Isnin, 4 Februari 2008

DUHAI HATI...

Duhai hati..tabah lah. Moga aku terus mampu menempuh ujian dari MU ya ALLAH. Hanya itu yg bermain di fikiran kv.

Dua hari (jumaat dan sabtu) dina demam. Kv langsung tak kontek family tanya fasal mak. Selalunya ari sabtu kv ambik giliran jaga mak dekat wad. Tp kv takde jadual. Anak kecik, mana boleh susun jadual.

Hari ahad (kelmarin) masuk kerja. Tetiba MIL kakak kv (kami keje 1 ofis), bertanya tentang mak kv yg katanya tetiba uzur. Terkejut gajah kv di buatnya. Mmg shock betul!! Rasa kecik hati terus bersarang dlm dada. Kenapa they ols tak inform kv? Rasa sedih dan terpinggir. Nak release tension kv ngadu kat hubby. Berubah muka hubby. Hubby pujuk kv. Katanya tak baik bersangka buruk. Kv pun malas nak sesakkan dada. Ofismate ckp, tak yah pikir karang 'strok' otak pulak. Huhu

Last2 kv tumpang kete ofis ke kota bharu. Abg (no 2) dan wife kv punya giliran. Tgk muka mak entah warna apa. Kalo selalu kuning, dah bertukar jd hijau, biru, ntahapahapntah. Rasa sedih giler. Jujur, mmg rasa nak menitik air mata. Dia nak buka kelopak mata pun tak boleh.

Abg kv crita yg mak mula beronar pagi sabtu (masa tu giliran abg sulung ngan wife dia). Darah tak stabil. Tinggi sgt dan rendah sgt. Mak terketar ketar tak sedar kan diri. Langsung dah tak kenal org. Abg sulung call abg kv yg ni dlm pkl 1 suh dtg segera sbb dia risau keadaan mak. Tp pkl 3 dia call blk ckp yg mak stabil. Kv pun pikir mungkin dorang tak nak nyusahkan kv kut. Yer lah, dah la susah hati dgn anak demam kuat, tetiba dpt berita gitu lagi la kacau bilau kv jd nya. Di persimpangan dilema. Nak berlari pd mak, anak yg demam sapa nak jaga, kan? So, perasan kv pulih serta merta.

Hubby sms tanya khabar betul ke mak spt yg MIL kakak kv ckp kan tu. Kv terus call hubby. Senang crita. Malas nak sms nnti kena taip pjg2 plk. Petang skt mak makin ok. Darah pun dah stabil semula. Mak dah kenal kv. Plg kv rasa nak menitis air mata masa mak mintak kv jgn balik dulu. Kv sms hubby suh call MIL tanyakan khabar dina. Kalo dina ok maybe kita org blk lewat skt. Alhamdulillah dina ok.

Dlm pkl 6++ kv n hubby balik. Masa tu mak tgh tido. Malas nak kejutkan dia takut dia sedih tgk kv nak balik. Kv pun harap mak dan family faham sbb kv ada komitmen lain. Kalo dina dah besar, tak kisah lah kalo kv berkampung kat spital.

Balik tu dina dok menangis. Mengantuk dan lapar. Segera mandikan dia dan suap nestum. Alahai...kesian anak dara kebuluran. Huhu. Sori syg! Pas tu suapkan ubat dan terus dia tido. Alhamdulillah tido nya tak byk ragam. Cuma batuk ada skt2 tp lps sapu vicks dia ok.

Besok, insyaallah kv dan hubby cuti sbb doktor nak buat pembedahan berkamera utk batu karang dlm hempedu mak. Mengikut doktor, may be mak kv letih sgt akibat drp itu. Lps buat besok (tu pun kalo mak stabil), doktor nak tgk plk sama ada mak mampu utk di bedah.

Oh ya, hikmah disebalik kejadian pembatalan operation tu, pakar bius bagitau yg dia rasa konfius dgn tahap kesihatan mak. Rasanya tubuh mak dah tak mampu utk di operate (tgk keadaan skrg). Mungkin akan berlaku kegagalan paru2. Lega kami dgr.

Kakak kv (yg sakit kanser pangkal rahim tu) pun dah 2 minggu di HUSM. Kv tak sempat jenguk sgt dia kat sana. Tumpuan semuanya lbh pd mak. Nasib baik anak sulung dia yg jaga (baru habis diploma poly). Dah dua kali tak sedar kan diri. Doktor ckp kurang protein dan kalsium.

Ya Allah, Kau tabah kan lah hati kami menempuh segala dugaan ini. Amin.

9 ulasan:

Sastri berkata...

harap KV dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan ini... *hugs*

viruspadu berkata...

sabar yer...

speechless**

Kak Lady berkata...

KV...tabahkanlah hati dan banyakkan bersabar menerima dugaan Allah ini...dalam apa jua hal semoga KV reda atas apa yang telah janjikan buat KV sekeluarga...

Semoga Dina akan sembuh...& KV...take care...

*Hugs*

Oren... berkata...

yalah..harap KV sabaq byk2 noo...ujian kita mcm sama..diuji rasa serba salah..cuma keadaan saja berbeza..

psstt..next week 16-18 aku ke kelantan lagi..meeting..rasanya depa nih mmg nak visit kelantan year 2008 kut...

pB berkata...

tak terdaya kak pB nak komen

Zareda berkata...

KV
sabar berbanyak.. itu saja yang mampu kak zar katakan. Kalau kak zar di tempat KV pun tentu remuk redam hati kak zar ni..

Apapun jangan putus doa dan harapan. Redha dan sentiasa bersyukur dengan ujian Allah swt..

KV, tenang ye..

miss_tree berkata...

kak kv...
sabar ok?
:|

kasutVincci berkata...

terima kasih atas doa dan kata2 semangat. Setiap org berlainan ujian yg Allah swt berikan. Apa pun moga kita semua mampu menempuh nya dgn sabar dan tenang.

happyirfa berkata...

SALAM KV..
pikir yg positif jer..dlm keadaan macam ni semua org cepat terasa hati.jd byk2 bersabar yer