Ahad, 30 Mei 2010

HATI MENGGELETIS

Macam2 aku ni kan. Hihi. Layannn


  • Bila tengok aria.ni sale giler2. Aku rasa mau pegiiiiiii dan2 ni jugak. Huhu. Tapi takde kawan nak meneman. Cemana ni? Eh, kalo beli untuk raya sempat basi tak? Hahahaha/;P
  • Bila tengok banner paksen garage extreme sale. Huwaaa!!! Mau mau mau. Siapa mau join? Susah2 sgt, aku paksa hubby lah meneman. ;P
  • Bila tengok banner 'jom naik heli'. Hahaha. Gilo apakah? Tapi hubby beriya iya ajak naik heli. Entah berapa juta tiket nya eh? Sapa tau? Malas nak call person in charge.
  • Mau pergi bercuti cutian sempena keputeraan agung. Mau test itu cal.dina ler. Eh, macam aku drive! Haha. Sejak beli tak penah gi mana2(selain bawak balik from kl tu) Hehe. Hubby ajak gi cameron jer. Tapi aku mcm boring. Alasan dia cuaca panas giler. Kesian kat anak. So, cameron adalah lebih baik. Tapi dari tak pegi mana2, baik angguk yer dok? Tengok lah nanti
  • Nak beli kasut dan henbeg baru. Weekend lepas hubby dah nak beli kasut baru tp aku rasa nanti lah. Beg? Hubby cakap tunggu raya. Nanti nak raya aku sibuk nak beg baru pulak. Ye dok?
  • Nak gi kl. Patutnya weekend ni aku gi kl. Rombongan cik kiah (ofis) konvoi reramai. Sambil menyelam sambil minum ayaq. Tp big boss mau join dan dia tiada kelapangan ini weekend. KIV tatau biler tp on june jugak ler kaedahnya.
  • Nak beli bedak kompek (pelik jer aku eja ni). Sapa yg boleh beri cadangan.Tolong cadang pada aku yg tak reti mekap ni. Slalu aku pakai bedak bayi jer. So bila buh blusher 'dia' tak kekal lama. Kdg2 mek pun nak voks jugak uols. Hihi. Tpi takmo foundation. Just bedak kompek yg boleh buat kan kulit muka mek gebussss.

Itu jer lah yang aku duk menggeletis setakat ni. Karang ada lagi yang aku duk kemaruk aku mengarut lagik. Hehe

Jumaat, 28 Mei 2010

TIVI TIGA KAMPUNG

Ni kisah anak dara mek yer.

Aku gelar dia tivitiga kampung junior. Wakakaka


Ye lah, kalo danish dulu, atuk dia jaga. Atuk dia lak, sambil tolong jaga kedai, sambil jaga cucu. Jadi, takde gi mana2, duk bertumah je lah kat rumah.

Tapi si Dina ni, aku takmo atuk dia jaga. Yelah,atuk dia punnak jugak adamasa untuk diri sendiri kan. Lagi pun senang kalo orang jaga, ada apa2 aku gi letak jer dina kat rumah pengasuh. Sbbnya dulu masih atuk jaga danishmmg susah betul. Time sesapa sakit masuk wad, mmg susah giler, MIL anak tunggal, hubby anak tunggal, mmg takde nak mintak tolong sapa. So Danish tatau nak bagi kat sapa jaga buat sementara. Memang susah giler ah. Makanya, belajar dari pengalaman, Dina aku letak kat rumah pengasuh, aku ada course ke, balik lambat ke, pengasuh yg handle dia. Lagi pun, pengasuh sebelah rumah aku jer.

Eh, terpesong tajuk. hihi

Nak jadi cerita, pengasuh Dina tu anak remaja tp sudah berumur. Hak hak. Masih bujang tp sudah 28 tahun. Gituh. Akan tetapi, dia punya connection seluruh kampung tau. Kalo dia pegi mana2, mmg Dina suka ikut dia.

Kalo pagi pegi sarap kat satu2 nya kedai kopi wanita (first time aku jumpa kedai kopi yg ahli2 nya wanita lepak2 minum kat situ) I mean kedai kopi kampung ler.

Pastu dia suka ikut ibu (dina panggil ibu) dia meniaga jualan langsung. Kain pasang, a.von, le.no, me.nang dan sebagainya.

Pastu dia suka ikut ibu dia kutip hutang.

Pastu dia suka ikut ibu dia beli sayur. Dorang tak main beli sayur ngan penjaja ni, beli direct dari ladang uols. Haha. Kemain sungguh!

Macam2 lagi lah aktiviti dorang! Siap naik bas gi pasar tani. Excited giler Dina balik cerita dia naik bas. Haha

Lagi satu, yang terbaru. Masuk jer jam 10.30, kecoh ajak ibu dia gi rumah cik ros sbb nak tengok cik ros mekap. Masa tu cik ros bersiap nak gi keje. Haha. Selain ibu dia cerita, dina cerita sendiri ngan aku. Ayyoh, sakan anak dara mek!


Sebab tu, kalo aku bawak dina pi jogging ker, ronda2 kampung ngan motosikal ke, atau pegi kedai ke pasar malam ke, mesti ada orang menegur siap panggil2 nama dia. Mmg mula2 tu kami agak terkejut, sbb kami tak kenal pun sapa yang menegur tapi orang2 tu kenal mek kecik tu. Semua peringkat usia pulak tu. Kanak2 baya dia, yang besar sikit, remaja, makcik2, pakcik2 malah, orang masjid pun kenal dia. Glemer giler anak dara mek!



Tivi tiga kampung junior (sbb title tivitiga senior dapat kat ibu dia. haha)

Khamis, 27 Mei 2010

BEG LAPTOP KU

Aritu kan masa beli mini lappy tak beli beg carry. Beli sarung jek. So,macam byk benda nak kena bawak kan. AKu jenis malas nak pakai bateri. Kena lah bawak segala wayar berlipat sirat siap ngan fan tikus kabel segala mak nenek yang berkaitan dengannya.


So, sebagai bidan terjun, beg shopping tote ini telah menyumbangkan baktinya padaku.





Tapi memandangkan cap kedai nya tak berapa nak glemer, mek rasa kureng voks bawak itu tote. So, mek beli yang baru. Lebih gojes. Siap crosstich bertangkai rotan uols!















Tada!!! Mek bersama beg laptop baru. Voks ke tak? ;P



Hehe..jumpa beg tu kat kedai bundle. Sehengget jer rege dia.

Tapi rege tak penting, yangpenting penampilan, ye dok? Harus yakin. Wahaha

Rabu, 26 Mei 2010

8 TAHUN HIDUP BERSAMA

Hari ini, genap 8 tahun KV & Co.

Hari ini, lepas isya', dengan 2 kali lafaz (lafaz pertama tok imam tak terima dia cakap koho/perlahan sangat).

Setelah 8 tahun, mcm2 perkara yang dilalui bersama. Suka duka. Melengkapi antara satu sama lain.



Alhamdulillah, Allah kurniakan pada ku pasangan yang hebat, yang melengkapi, yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan dan segala galanya.

Pengorbanan, kasih sayang, keperitan, kebahgiaan, bercampur gaul menjadi satu. Moga hidup kami terus diberkati.





Sempena anniversary kali ini, ku memohon pada Mu Ya Allah, moga rumahtangga yang terbina ini sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Mu.



Hadiah?


Takmo kek, sbb nanti tak abih makan. Mebi boleh beli cis kek sepotong kat resepi rahsia.





Kalo dapat ini syok jugak. Haha




Atau pun kasut keje (jugak dilenjan sebagai kasut jalan2)


Tapi tengok ler, mandrem mana satu yang menjadi. haha

Oh, aku tengah duk fikir nak hadiahkan apa untuk encik suami. Macam takdok idea la pulak!


P/s: pic adalah sumber gogelan.

Isnin, 24 Mei 2010

EDISI CIK KIAH : PANTAI BATU BURUK

Lesai kat pasar payang, bas cik kiah menuju ke pantai batu buruk. Plan nak dinner kat situ.



Saksikan cik kiah n the gang sibuk mengisi masa lapang dengan bergambaran tah apapantah. Hik hik

















Dari siang sampai ke malam tak sudah2 bergambar. Wahaha. Mabuk kamera sungguh cik kiah. Last2 cc call suh gi makan. Tudiah!


Makan ringan2 ajer. kuey tiau dan mee goreng. Siap makan air nya takdak. haru betul!

Sudah makan baru bertolak balik.



Gambar terakhir cik kiah sebelum bas tutup lampu.



Itu jer lah edisi cik kiah terengganu. Havoc nya ngalah kan gi PAris. hehe

EDISI CIK KIAH : PASAR PAYANG

Sekejapan jer cik kiah kat masjid kristal. Bas asyik duk honk2222 suh naik bas cepat2. Dorang takut pasar katup nanti tak sempat nak membeli dan membelah.



Terima lah gambar2 cik kiah mokmok tengah mabuk batik 3d. hihi







Agak penat budak SA tu jadik model. Dah lah asyik lipat dan bukak jer. Akhirnya cik kiah beli sepasang jek batik 3d.

Pastu beli kopok ikan tambang dan batik sarung untuk org2 kat rumah. Tu jer.

EDISI CIK KIAH : MASJID KRISTAL

Solat jamak kat masjid kristal.



Pape hal pong, pose2 adalah acara wajib. Ngehehe




Dan snap syok sendiri dlm ladies jugak adalah wajib. Maaf kan kejakunan cik kiah.


Masjid kristal. Berapa kali datang pun wajib snap. Hehe



Suasana dalam masjid. Dan sejuk ekon masjid adalah syok. Siap ekon kluar kut lantai. Cik kiah berdiri atas tu macam orang jakun giler wa cakap lu. Heaven!





Curi snap gambar mimbar. Hehe


The dome!



Bersambung lagik ke episod seterusnya.

Ahad, 23 Mei 2010

EDISI CIK KIAH : NAIK BAS KE SETIU

Lepas menyoru sehabis daya kat demong, cik kiah naik bas menuju ke setiu pulek.



kali ni cik kiah ambik seat paling belakang. Syok sebab tinggi. Nampak seluruh alam. Kalo seat biasa cik kiah rasa lemas tak nampak pape. Fening uols!

See! Hepikan cik kiah?




Perjalanan di teruskannnnn



Sampai kat satu tempat di daerah setiu, bas stop lagik. Ada orang nak jamu makan. Tak sampai 30 minit pun pekena nasik dagang tadi. Huwaaa.




Terbuntang mata cik kiah tengok menu. Nanges!



Tak larat dah nak makan, cik kiah pose2 manja je lah. Tengok muka sememeh giler berminyak wajah cik kiah. Wet tissue please!



Naik bas lagi, nun sekejap jer dah nampak masjid kristal! Hoyeh!


bersambung di episod akan datang.;P

EDISI CIK KIAH : NAIK BAS KE DEMONG

Gambar adalah turutan terbalik oke. Cik kiah malas nak edit semula.

Ofis cik kiah gi teganu ari khamis. Naik bas uols, berkurun tak nak bas adalah sedikit sexcited di situ. Hua hua hua. Bertolak hampir jam 9 pagi.

Destinasi mula2, pusat pembiakan ikan di demong, kuala besut. Terengganu. Sempadan jer.


Brunch. Nak kata breakfast dah 10.30 ku time tu. Nasik dagang teganu. Kalo nasik dagang kelantan campur beras merah. Dan gulai ikan aye (tongkol) adalah superb! Campur macam2 kuih yg aku tak larat nak makang.



Suasana dalam dewan makan. Deme ni bab menjamu selera mmg pantang. Termasuk ci kiah ler. Ngehehe



Oh ini tank pembiakan ikan puyu yer geng. Nampak kan figura cik kiah duk snap ikan. Agak terkantoi di situ.;P



Tank pembiakan udang galah. ANak kecik cotek lagih.



Ini ikan talapia merah. Masih kecik.



Cik kiah tak lepas kan peluang bermain manja2 dengan anak ikan talapia. Agak geli di situ.;P



Ibu gamat putih. Pelik jer nampaknya.



Ibu gamat hitam.



Anak2 gamat macam cacing kaedahnya uols!




Sibuk semorang nak tengok ikan kerapu yg berat nya 140kg. Tapi sampai kesudah tak timbul2. Hanya nampak bayang2 ajork.


Ni pun ikan kerapu yg agak besar gak. Dorang nak injek apekebenda ntah. Cik kiah sibuk nak ambik gambar. Tak dengar apa yg dorang cakap. Sungguh gagal di situ. hehe




Cik kiah dalam bilil taklimat. Tak sah kalo tak duduk area2 belakang. hihi.



Sesi lawatan. Sibuk tengok ikan besar.



Cik kiah sexcited naik bas uols. Maaf kan kejakunannya.



Hola. Abih edisi 1. nanti sambung ke episod seterusnya.;P