Jumaat, 28 Mei 2010

TIVI TIGA KAMPUNG

Ni kisah anak dara mek yer.

Aku gelar dia tivitiga kampung junior. Wakakaka


Ye lah, kalo danish dulu, atuk dia jaga. Atuk dia lak, sambil tolong jaga kedai, sambil jaga cucu. Jadi, takde gi mana2, duk bertumah je lah kat rumah.

Tapi si Dina ni, aku takmo atuk dia jaga. Yelah,atuk dia punnak jugak adamasa untuk diri sendiri kan. Lagi pun senang kalo orang jaga, ada apa2 aku gi letak jer dina kat rumah pengasuh. Sbbnya dulu masih atuk jaga danishmmg susah betul. Time sesapa sakit masuk wad, mmg susah giler, MIL anak tunggal, hubby anak tunggal, mmg takde nak mintak tolong sapa. So Danish tatau nak bagi kat sapa jaga buat sementara. Memang susah giler ah. Makanya, belajar dari pengalaman, Dina aku letak kat rumah pengasuh, aku ada course ke, balik lambat ke, pengasuh yg handle dia. Lagi pun, pengasuh sebelah rumah aku jer.

Eh, terpesong tajuk. hihi

Nak jadi cerita, pengasuh Dina tu anak remaja tp sudah berumur. Hak hak. Masih bujang tp sudah 28 tahun. Gituh. Akan tetapi, dia punya connection seluruh kampung tau. Kalo dia pegi mana2, mmg Dina suka ikut dia.

Kalo pagi pegi sarap kat satu2 nya kedai kopi wanita (first time aku jumpa kedai kopi yg ahli2 nya wanita lepak2 minum kat situ) I mean kedai kopi kampung ler.

Pastu dia suka ikut ibu (dina panggil ibu) dia meniaga jualan langsung. Kain pasang, a.von, le.no, me.nang dan sebagainya.

Pastu dia suka ikut ibu dia kutip hutang.

Pastu dia suka ikut ibu dia beli sayur. Dorang tak main beli sayur ngan penjaja ni, beli direct dari ladang uols. Haha. Kemain sungguh!

Macam2 lagi lah aktiviti dorang! Siap naik bas gi pasar tani. Excited giler Dina balik cerita dia naik bas. Haha

Lagi satu, yang terbaru. Masuk jer jam 10.30, kecoh ajak ibu dia gi rumah cik ros sbb nak tengok cik ros mekap. Masa tu cik ros bersiap nak gi keje. Haha. Selain ibu dia cerita, dina cerita sendiri ngan aku. Ayyoh, sakan anak dara mek!


Sebab tu, kalo aku bawak dina pi jogging ker, ronda2 kampung ngan motosikal ke, atau pegi kedai ke pasar malam ke, mesti ada orang menegur siap panggil2 nama dia. Mmg mula2 tu kami agak terkejut, sbb kami tak kenal pun sapa yang menegur tapi orang2 tu kenal mek kecik tu. Semua peringkat usia pulak tu. Kanak2 baya dia, yang besar sikit, remaja, makcik2, pakcik2 malah, orang masjid pun kenal dia. Glemer giler anak dara mek!



Tivi tiga kampung junior (sbb title tivitiga senior dapat kat ibu dia. haha)

2 ulasan:

Zaila Mohamad berkata...

hahahahaa comel je Dina tu..28 tahun??sebaya ngan sayalah Ibu Dina tu;D

Yaya berkata...

sama cekgu neseri damia pun muda2 gaks..24, 26, 30 hehehe