Isnin, 31 Oktober 2011

JOM HEBOH KOTA BHARU

Jumaat lepas sempat menyibukkan diri anak beranak ke jom heboh. Hihi. Acara wajib pegi katanya.

Sebab dah tau jem mmg hazabedah, kami cari jalan luar dan terus park kat mahkamah. Takyah stuck dlm jem. Jalan kaki sikit jer, elok utk bakar kalori. Hehe







Setel pusing2 kat situ terus ajak anak2 makan mekdi. Nak kluar dr kota bharu mmg serabut tgk jem. Memula nak lepak kat mcD wakaf che yeh, tp jalan nak ke situ jem plk dah. Terus pusing balik masuk bandar. Lepak mcD bandar jer lah.

Antara barangan yg sempat di beli di jom heboh.

Ingat nak tengok fasha dan aril(cinta elysa) tu tapi tak jumpa plk dorang. Ada tomok ngan akim jer duk nyanyi. Hmm malas nak layan,;)

Khamis, 27 Oktober 2011

MADE IN THAILAND

Sebai sebai. Made in thailand. Kata nyerrr



Isnin lepas gi makan gulai kat Repek (sokmo aku bertukar ngan pendek). Pendek tu jangan di sebut pendek = tak tinggi. Tapi PENDIK ok. Sekian kelas bahasa.;P


So, dah terlajak kesitu, apa salah nya naik perahu pegi MUNDOK, thailand. Hik hik. Tapi pernafasan kena guna teknik yang betul lah. Bau menusuk kalbu tahi lembu mmg bikin aku muntah. Geli weiiiiii. Malam lembu berak, besok pagi keta pijak2. Harus lah baunya sakan. Pitammmm.

Oh isnin tu mmg kete byk giler. Hari nat kan isnin dan jumaat. Kebetulan ramai org luar dtg mebi yg ambik kesempatan cuti sambung ngn deepavali kut. Sbb aku dengar semua org duk cakap key ell. Aku jer org tempatan.



Bersama BFF ku yg semangat dan excited serta jakun serta gayat gemuruh naik perahu. Maklom ler pertama kali katanya. Sian ko madam, mundok pun baru nak sampai. Sila gelakkan dia. Hak hak.


Sampai sinun semua kemaruk nak membeli. Haha. Memula tibai goreng pisang. Sedap giler siap ada bijan2 lagi. Pastu mcm2, terus rambang mata.


Aku siap bawak 1000 kok lg (duit siam). Ekceli tu duit raya aku yg ofismate bagi. Dah lama duk simpan dalam wallet tunggu nak binasakan di Mundok. Eh, kalo korang shooping pakai duit siam mmg dapat murah skt tau. Sbb penjual tak yah gi tukar duit nanti.

(abaikan muka ku yg belengas tangas tu yer. Panas giler hari tu. Balik tu aku demam)


My BFF excited jumpa air mineral di packing mcm air bateri. Hahaha. Jakunnnnn


Pegi mundok mmg tak sah kalo tak makan2. Yang pasti nya mihun celup dorang BEST. Selera aku la, selera korang aku tatau. Hiks



Dan tujuan utama ke sinun adalah mencari manik. Ofismate dah bertaus kali bagitau suh beli manik kat sinun sbb murah giler. Naow kan aku kemaruk jait manik. Wajib la mencari walopun hampir2 putus asa. Susah wei nak jumpa. Nasib baik ada pekedai sarankan gi cari kedai abang harun. Jumpa jgk akhirnya.

antara manik2 yg sempat ku borong. MMg murah weiii.


Beli jugak fabric starch ni. Aku beli hat refill jer. MUrah sekali ganda banding ngn hat dalam botol. Hik hik. Penjimatan uols.


Sabun siam pun beli wei. Senang nak tanggalkan kotoran degil.


Dan tak lupa jugak tudung natasya cotton yg murah giler. Rasa mcm nak beli sekodi. Hahaha.


Apa lagi ek yg aku beli. Owh jambu kristal (buah jambu rendam dalam sos pear), hubby beli kuali besar dan ketur 2 bijik. Anak buah beli periuk dan mcm2. My BFF beli mcm2 kekacang dan bilis sira. Pendek kata semua nak beli lah.



Tak sabar utk next trip. Hehe

Isnin, 24 Oktober 2011

KENA BLOCK

Nak tanya korang lah. Aku kan buta IT.

Aku perasan ada 2 orang yg telah block aku dr FB dia. Mebi ada lagi kut cuma aku yg tak perasan. Dorang bermasalah kut ngan aku tapi aku tatau apa benda nya. Lantak dorang lah kan. Aku bukan boleh paksa2 dorang nak suka kat aku.

So, aku nak tanya, if dia block aku, aku mmg lah dah sah2 takleh tengok langsung kewujudan dorang dlm fb kan. Yang aku musykil nya, dorang tu (setelah memblock aku) boleh tengok tak aku punya FB? Eh korang faham dak soklan aku ni? Ker berbelit eh? Sbb dorang dulu mmg freindlist aku kan.

Kalo boleh tgk fb aku, makna nya unfair lah kan. Kalo dedua sama tak boleh tengok baru lah 'meriah'. Kalo dorang boleh tengok (stalk) cemana aku nak block dorang ni? Cer korang ajar sikit.

Tolong lah menjawab kemusykilan patik pacar yang hina ini.

Segala tunjuk ajar di dahulu kan dengan ucapan ribuan terima kaseh.

Dengan ini, mek akhiri entry ini dengan slogan;

TUNJUK AJAR KU SIFOOOOOO

Sabtu, 22 Oktober 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

DINA & DENTIST

Lepas benti nyonyot botol tu, masalah gusi bengkak dan bernanah minah kepoh ni masih blom selesai. Walopun dah ambik antibiotik dan ubat surut bengkak tetap jugak takde perkembangan.

So kami decided bawak dia gi klinik gigi. Risau jugak sbb ni pengalaman pertama dia. Karang kecoh klinik dengan raungan nya. Huhu.

Tapi dia elok baik jer jumpa doktor. Bila doc check dia cakap mmg tak boleh buat apa dah kecuali kena cabut gigi geraham dia. Terkejut gak kami. Tapi bila doktor cakap nanah dan bengkak tu takkan sembuh dan berulang ulang, so kami rasa better dicabut lah. Risau gak sbb dia 4 thn kan, Tp doktor cakap, untuk kes2 tertentu dibolehkan. Nak tunggu gigi gugur sendiri mmg lambat ah. Nanti darjah 4@5 baru gigi tu tercabut sendiri. Lambat lagi. Dah lah gusi dah merah sangat dan merebak ke atas. Lelangit nya.

So masa ceck up tu doktor bagi antibiotik dan vitamin gusi. 3 hari kemudian baru datang cabut gigi. Memang risau nak bawak dia cabut gigi. Mesti meraung punya lah. Doktor pun awal2 dah pesan mmg kena pegang kuat2 nanti.



Malam tu kami rasuah dia makan tutti frutti dulu. Haha. Hepi sgt dpt red velvet dan topping mashmallow bunga2.


Besok nya jam 9 kejut kan dia. Bagi srapan roti canai dan mandikan dia. Sesambil tu cuba saiko kan dia. Cakap la proses nanti macam mana. Dia ok jer, Konfiden. Abahnya pulak yang gabra lebih. Geram betul dibuat nya. Siap takmo bawak anak dia pi klinik tu. Takuuut. Aduhai. Mek jugak yg terpaksa keraskan semangat.


Memula masuk tu doktor tengok sekali lg. Doktor cakap mmg wajib cabut lah. Kes kecemasan. So, memula sapu ubat perisa strawberi kasi semut2 gusi. Tapi lps tu doktor suh nurse 2 org pegang kepala dan bahu dia. Aku lak pegang tangan. Seriau weh time cucuk ubat bius tu. Meraung tak hengat anak dara mek. Jarum panjang giler. Dah lah byk tempat nak kena injek. Aku dh la takde pengalaman cabut gigi kat klinik. Hubby awal2 lg menyorok belakang aku. Hampeh betul.

Siap injek bawak dia kleuar dulu. Kasik tenang2. 5 minit gak dia sambung nangis. Pastu kasi dia main2 tepi klinik tu. Biar dia ngan dunia dia dulu. Kat hati mmg risau giler takut dia takmo masuk utk cabut gigi. Cuba saiko lg. Dia diam jer. Bila dipanggil masuk mmg kuat giler dia peluk. Pastu nak baringkan dia kat kerusi pun dia takmo lepas pelukan. Nurse dh risau dah. Tapi bila pujuk2 dia ok. Siap nganga bila doktor nak tengok.

Pastu doktor pesan walopun dh bius tp mebi dia akan terkejut gak time proses cabut tu. So, doktor suh pegang tangan dia. Aku jugak yg kena pegang. Hubby awal2 dah serender. Hmmmphh!! Bila doktor check dah terbius ke blom dia dah rilex. Lega aku tengok. Tapi masa proses cabut tu kuat giler gigi dia. Aku tengok doktor tu macam habis tenaga jer. Haha. Lama betul tak tercabut2. So aku dh tak sanggup nk tengok. Tp bila jer aku tunduk, doktor pun cakap, "Ha!!! ni gigi nya". Panjang jugak tunjang gigi geraham budak eh. Ada 3 tunjang. Doktor tanya nak bawak balik gigi ke tidak, dia geleng tak mo. Hahaha


So aku bawak dia sambung main kat luar klinik. Kasi dia cool dulu. Padahal dia ok jer. Aku yg gabra lebih.


Masa ni baru lps cabut gigi.


Pastu bawak dia pi taman main2 dulu kasi rewards sbb dia berkelakuan baik. Hahaha



Harap2 lps ni dah takde lah masalah lagu ni. Tak sanggup aku dah. Huwaaaaa. Stress okeh.

Selasa, 11 Oktober 2011

BOTOL LESS

Lega aku bila Irdina Maisarah dah berjaya stop nyonyot botol. Dah lama pujuk dia suh benti tapi kami mcm ala2 kadar jer. Tapi hati raisau gak sbb awal tahun depan dah nak hantar dia pi kindie. Macam susah lak kalo dia masih nyonyot botol.


Alkisahnya dia cakap dia sakit gigi. Dah 3 minggu. Tapi kami tak ambik pot sgt sbb gigi geraham dia ada yg rosak, bila makan, mesti masuk sisa2 makanan kan. Dah seminggu dia masih bersungut lagi, bila tengok gusi dia bengkak giler siap bernanah. Humang aih. Terkjut beruk abah nya. Mama nya rilex jer. Abah yg over.

Masuk minggu ke dua masih tak surut2 bengkak. Pastu abah nya dah geram tak kasi dia nyonyot botol. Tak nak tambah lagi kesan sampingan kata nya. Mana lah tau kut2 kuman kat botol tu kan duk bermaharajalela dlm mulut dia.

Malam tu dia tido ngan merajuk tanpa botol. Kebetulan besok nya pun sabtu cuti weekend. So kami terus ambik peluang tak bagi dia nyonyot botol. Bawak dia pi jumpa doktor. Tapi bukan klinik gigi lah. Klinik regular kami. Doktor bagi antibiotik dan ubat surut bengkak. Kami pun terus ambik kesempatan cakap doktor dah tak bagi dia hisap botol. Alhamdulillah satu hari tu dia berjaya lupa kan botol. Tapi kejap2 mintak susu. Kejap2 mintal susu. Kemaruk agak nya. Dia minum ngan gelas jer.


Pastu besok nya ahad tu kami kerja. Mmg hati risau sgt takut dia terbabas. Dah pesan kat pengasuh, dah pesan kat MIL. Harap sgt dorang bagi kerjasama. Bila balik keje tu terus tanya hisap botol ke tidak. Hihi. Dengan bangga nya dia cakap dia dah besar, dah nak skolah. Takmo hisap botol dh. Wah!!! Bangga rasanya.

So, sampai ke hari ni masih berjaya lah misi kami. Harap nya tak terbabas lah. Walopun ada sekali dia bersungut lps sembuh gusi ni nak hisap botol balik. Hahaha. Terus kena ceramah. Pastu malam tadi bila dukung bawak masuk bilik siap mengigau mintak botol susu. Hahaha.



So, mak bapak hepi2 sbb dah tak payah basuh botol susu.


No more tommee tippee




No more MAM



No more avent.



Tapi malam tadi dah pandai tuntut janji. Nak katil princess. Hamboiii bukan main lagi ko nak! Dulu kami pernah janji ngan dia, kalo dia berjaya benti nyonyot botol kami nak belikan katil princess. Haha. Masih ingat lagi rupanya.


Dah besar anak dara ku.;) Alhamdulillah

Ahad, 9 Oktober 2011

BICARA HATI

Now kan, banyak cerita kat tv, di adaptasi dari novel. Syok. Minggu lps baca paper, banyak cerita2 yg sedang dlm pengambaran dan jugak tunggu Q. Soooo hepi. Selalu baca novel jak, nanti2 boleh tgk drama pulak. Leh sama2 bayang watak dalam novel2 tu. Hehe

Novel kasih yg suci tentu nya best kan. Sapa yg lupa akan nora elena dan seth tan. Tak sabar jugak nak tgk filem ombak rindu. Izzah dan hariz. Aaron aziz tu. Hero pujaan malaya.

Tapi cerita kau laksana bulan (aina emir) pun best. SUka tgk lakonan zulhuzaimi dan ayu raudhah. Ulangkali tgk kat utube. Hehe

Tadi baca blog abang nara. Katanya osman ali tengah shoot drama bicara hati. Wahahaha...tak sabar weh nak tgk tengku shahran dan zalia. Novel ni jugak antara yg best dalam koleksi ku. Ulang kali baca tak pernah nak jemu.


Zahlia dibawakan oleh kris chempaka. Sapa minah ni wei? Tak pernah nampak pun. Sekali tgk mcm natasha hudson.


Tengku shahran oleh sharnaaz ahmad. Hensem jugak kan mamat ni. Rasa nya ok lah kut ngan watak tengku shahran.


Dorang dlm bicara hati (gambar di cilok dr blog abang nara)



Tak sabar nak tengok astro tayang bulan depan. Weeehuuu

Selasa, 4 Oktober 2011

IPAD2

Setelah letih (hamboih) berfikir dan mengsurvey, maka nya ipad2 jadik pilihan. Amat berpuas hati. Walopun org ckap galaxy tab lagi power, tp mek fan apple. Tak boleh dimaafkan lah. Anak2 pun dh terbiasa ngan iphone. Sakit jiwa bila dorang berebut tuh. Harapnya pas ni hilang sikit kecoh berebut iphone.



Ipad2 pujaan seluruh keluarga. Siap kena buat giliran tuh. Pitammmm

Yer lah, nanti kaya ada duit banyak mek beli galaxy 8.9 pulak. Angan2 tak kena bayar uols. Fengsannnn!!