Selasa, 11 Oktober 2011

BOTOL LESS

Lega aku bila Irdina Maisarah dah berjaya stop nyonyot botol. Dah lama pujuk dia suh benti tapi kami mcm ala2 kadar jer. Tapi hati raisau gak sbb awal tahun depan dah nak hantar dia pi kindie. Macam susah lak kalo dia masih nyonyot botol.


Alkisahnya dia cakap dia sakit gigi. Dah 3 minggu. Tapi kami tak ambik pot sgt sbb gigi geraham dia ada yg rosak, bila makan, mesti masuk sisa2 makanan kan. Dah seminggu dia masih bersungut lagi, bila tengok gusi dia bengkak giler siap bernanah. Humang aih. Terkjut beruk abah nya. Mama nya rilex jer. Abah yg over.

Masuk minggu ke dua masih tak surut2 bengkak. Pastu abah nya dah geram tak kasi dia nyonyot botol. Tak nak tambah lagi kesan sampingan kata nya. Mana lah tau kut2 kuman kat botol tu kan duk bermaharajalela dlm mulut dia.

Malam tu dia tido ngan merajuk tanpa botol. Kebetulan besok nya pun sabtu cuti weekend. So kami terus ambik peluang tak bagi dia nyonyot botol. Bawak dia pi jumpa doktor. Tapi bukan klinik gigi lah. Klinik regular kami. Doktor bagi antibiotik dan ubat surut bengkak. Kami pun terus ambik kesempatan cakap doktor dah tak bagi dia hisap botol. Alhamdulillah satu hari tu dia berjaya lupa kan botol. Tapi kejap2 mintak susu. Kejap2 mintal susu. Kemaruk agak nya. Dia minum ngan gelas jer.


Pastu besok nya ahad tu kami kerja. Mmg hati risau sgt takut dia terbabas. Dah pesan kat pengasuh, dah pesan kat MIL. Harap sgt dorang bagi kerjasama. Bila balik keje tu terus tanya hisap botol ke tidak. Hihi. Dengan bangga nya dia cakap dia dah besar, dah nak skolah. Takmo hisap botol dh. Wah!!! Bangga rasanya.

So, sampai ke hari ni masih berjaya lah misi kami. Harap nya tak terbabas lah. Walopun ada sekali dia bersungut lps sembuh gusi ni nak hisap botol balik. Hahaha. Terus kena ceramah. Pastu malam tadi bila dukung bawak masuk bilik siap mengigau mintak botol susu. Hahaha.



So, mak bapak hepi2 sbb dah tak payah basuh botol susu.


No more tommee tippee




No more MAM



No more avent.



Tapi malam tadi dah pandai tuntut janji. Nak katil princess. Hamboiii bukan main lagi ko nak! Dulu kami pernah janji ngan dia, kalo dia berjaya benti nyonyot botol kami nak belikan katil princess. Haha. Masih ingat lagi rupanya.


Dah besar anak dara ku.;) Alhamdulillah

5 ulasan:

zailamohamad berkata...

pah bilo Dina nak dapat adiknyo kaka?? hahahah soalan maut tuuuuu

Angah berkata...

bagusnya dina..ko tau KV anak sulung aku pun masih membotol lagik..sekali pagi nak pi sekolah, sekali malam nak tido. masih la 3 kali sehari..

KV berkata...

zaila, ahahaha....sungguh soklan MAUT beb!

angah, kami pun berdebar debar takut dia lupa 'ikrar'. Huhu

HappyIrfa berkata...

bagusla tu..lagipun isap botol x lawa gigi :-).anak2 aku stop botol umur 4 tahun.minum kat cawan je..sebelum tido pun.minum susu dan pegi buang air sblum masuk tido..

harap2 si kenit pun sama mcm abang dan kakaknya

oren berkata...

hoho..anak aku hat 5 tahun tuh, masih membotol..serupa gak si naufal yg sebaya ngan dina nih..geram betui lah..

byk cengkadak..

masa mira dulu, aku buat cara kijam..aku baling botoi dia straight masuk tong sampah smabil hangin..terus dan2 tu dia berenti..takde mneggagau, takde mimpi..senang..