Isnin, 17 Oktober 2011

DINA & DENTIST

Lepas benti nyonyot botol tu, masalah gusi bengkak dan bernanah minah kepoh ni masih blom selesai. Walopun dah ambik antibiotik dan ubat surut bengkak tetap jugak takde perkembangan.

So kami decided bawak dia gi klinik gigi. Risau jugak sbb ni pengalaman pertama dia. Karang kecoh klinik dengan raungan nya. Huhu.

Tapi dia elok baik jer jumpa doktor. Bila doc check dia cakap mmg tak boleh buat apa dah kecuali kena cabut gigi geraham dia. Terkejut gak kami. Tapi bila doktor cakap nanah dan bengkak tu takkan sembuh dan berulang ulang, so kami rasa better dicabut lah. Risau gak sbb dia 4 thn kan, Tp doktor cakap, untuk kes2 tertentu dibolehkan. Nak tunggu gigi gugur sendiri mmg lambat ah. Nanti darjah 4@5 baru gigi tu tercabut sendiri. Lambat lagi. Dah lah gusi dah merah sangat dan merebak ke atas. Lelangit nya.

So masa ceck up tu doktor bagi antibiotik dan vitamin gusi. 3 hari kemudian baru datang cabut gigi. Memang risau nak bawak dia cabut gigi. Mesti meraung punya lah. Doktor pun awal2 dah pesan mmg kena pegang kuat2 nanti.



Malam tu kami rasuah dia makan tutti frutti dulu. Haha. Hepi sgt dpt red velvet dan topping mashmallow bunga2.


Besok nya jam 9 kejut kan dia. Bagi srapan roti canai dan mandikan dia. Sesambil tu cuba saiko kan dia. Cakap la proses nanti macam mana. Dia ok jer, Konfiden. Abahnya pulak yang gabra lebih. Geram betul dibuat nya. Siap takmo bawak anak dia pi klinik tu. Takuuut. Aduhai. Mek jugak yg terpaksa keraskan semangat.


Memula masuk tu doktor tengok sekali lg. Doktor cakap mmg wajib cabut lah. Kes kecemasan. So, memula sapu ubat perisa strawberi kasi semut2 gusi. Tapi lps tu doktor suh nurse 2 org pegang kepala dan bahu dia. Aku lak pegang tangan. Seriau weh time cucuk ubat bius tu. Meraung tak hengat anak dara mek. Jarum panjang giler. Dah lah byk tempat nak kena injek. Aku dh la takde pengalaman cabut gigi kat klinik. Hubby awal2 lg menyorok belakang aku. Hampeh betul.

Siap injek bawak dia kleuar dulu. Kasik tenang2. 5 minit gak dia sambung nangis. Pastu kasi dia main2 tepi klinik tu. Biar dia ngan dunia dia dulu. Kat hati mmg risau giler takut dia takmo masuk utk cabut gigi. Cuba saiko lg. Dia diam jer. Bila dipanggil masuk mmg kuat giler dia peluk. Pastu nak baringkan dia kat kerusi pun dia takmo lepas pelukan. Nurse dh risau dah. Tapi bila pujuk2 dia ok. Siap nganga bila doktor nak tengok.

Pastu doktor pesan walopun dh bius tp mebi dia akan terkejut gak time proses cabut tu. So, doktor suh pegang tangan dia. Aku jugak yg kena pegang. Hubby awal2 dah serender. Hmmmphh!! Bila doktor check dah terbius ke blom dia dah rilex. Lega aku tengok. Tapi masa proses cabut tu kuat giler gigi dia. Aku tengok doktor tu macam habis tenaga jer. Haha. Lama betul tak tercabut2. So aku dh tak sanggup nk tengok. Tp bila jer aku tunduk, doktor pun cakap, "Ha!!! ni gigi nya". Panjang jugak tunjang gigi geraham budak eh. Ada 3 tunjang. Doktor tanya nak bawak balik gigi ke tidak, dia geleng tak mo. Hahaha


So aku bawak dia sambung main kat luar klinik. Kasi dia cool dulu. Padahal dia ok jer. Aku yg gabra lebih.


Masa ni baru lps cabut gigi.


Pastu bawak dia pi taman main2 dulu kasi rewards sbb dia berkelakuan baik. Hahaha



Harap2 lps ni dah takde lah masalah lagu ni. Tak sanggup aku dah. Huwaaaaa. Stress okeh.

3 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

hahaha..lawaklah cerita kv ni...klu k.bi...k.bi yg penakut bagai...mesti husband kena pegang ank bila dlm bilik doktor...tp kv terbalik plak...agaknya dia lebih sensitif bab ank sakit kot...

KV berkata...

memang ka bi. Awal2 dia dah cakap, kesihatan anak adalah kelemahan dia. Aduyaiiii

Sriyana berkata...

adoi tak dapat bayangkan bawak anak cabut giig. kalau sendiri cabut pun macam dah setengah mati hehe