Isnin, 24 Oktober 2011

KENA BLOCK

Nak tanya korang lah. Aku kan buta IT.

Aku perasan ada 2 orang yg telah block aku dr FB dia. Mebi ada lagi kut cuma aku yg tak perasan. Dorang bermasalah kut ngan aku tapi aku tatau apa benda nya. Lantak dorang lah kan. Aku bukan boleh paksa2 dorang nak suka kat aku.

So, aku nak tanya, if dia block aku, aku mmg lah dah sah2 takleh tengok langsung kewujudan dorang dlm fb kan. Yang aku musykil nya, dorang tu (setelah memblock aku) boleh tengok tak aku punya FB? Eh korang faham dak soklan aku ni? Ker berbelit eh? Sbb dorang dulu mmg freindlist aku kan.

Kalo boleh tgk fb aku, makna nya unfair lah kan. Kalo dedua sama tak boleh tengok baru lah 'meriah'. Kalo dorang boleh tengok (stalk) cemana aku nak block dorang ni? Cer korang ajar sikit.

Tolong lah menjawab kemusykilan patik pacar yang hina ini.

Segala tunjuk ajar di dahulu kan dengan ucapan ribuan terima kaseh.

Dengan ini, mek akhiri entry ini dengan slogan;

TUNJUK AJAR KU SIFOOOOOO

6 ulasan:

atty's berkata...

salam kv..bila diaorg block kv..kv takleh baca status atau aktiviti diaorg..tp diaorg boleh tgk aktiviti kv..

kalau kv nak buat yg sama , masa tulis status..kv custom ler..supaya diaorg pun takleh tgk status kv.

HappyIrfa berkata...

baru nak jawab..sama cam atty ..
hehe..mmg unfair la..baik ko check ko punya privacy setting tu

aNaYaNa berkata...

a'ah..better revise privasi setting..nak gitaw pun dah lama tak men fb..lgpun fb skang makin canggih..

KV berkata...

tenkiu all

Zurin berkata...

Eh? Rasanya tak boleh sebenarnya. Saya pernah block orang, and lepas tu memang tak boleh tengok langsung dah. Tak tau la if dah tukar.

KV berkata...

zurin,
saya tak pernah block org. Sebab tu tatau boleh ke tidak. mmg konfem org yg memblock pun tak boleh tengok eh?