Cuti skolah 2 minggu ni mmg jemputan kenduri bersusun susun. Kalo tak silap aku, ada 16 jemputan kut. Ker lebih eh? Sampai aku tak ingat sapa dulu sapa kendian. Kad jemputan tertinggal kat opis la. Kalo kat rumah mesti danish n dina dah wat main pondok2. So, cuti skolah adalah tidak perlu berangan angan nak gi makan angin. Tambah2 pulak jem yg hazabedah, lagi mengundang puaka. Plus rate yg berganda, lagi mengundang makian kan.
Eceh, panjang lak intro, Hehe
Semalam, ada 3 kenduri. Memula tu aku ingat aku jer sorang kat rumah tu free. Hubby, atuk dan MIL mmg ada jemputan. Alih2 akuuuu jugak yg nak kena temankan hubby. MIL dan atuk tak larat nak pegi.
Destinasi pertama ke pasir puteh kita. Kampung halaman ku. Tapi tak sempat lajak ke kampung, separuh jalan jer. Banyak agenda lain. Lagi pun JUmaat ari tu baru balik lah. Bila sampai, awal2 dina dh nampak pengantin. Pelamin nya kat bawah. Kecoh minah tu nak tgk pengantin. So, aku pun ambik nasik separuh sbb ingat dia tak selera sbb duk mabuk pengantin tu. Rupa2 nya, nasik abih dia makan (aku ler yg nyuap nya) sambil mata pandang pengantin dan mulit potpet2 tanya mcm. Bila dia sedar nasik abih, dia mintak tambah. So aku pegi la tambah, tp segan la aku nak makan sbb meja aku duduk tu sekali nga sedara mara hubby. Karang dorang tuduh aku butuk lantak lak. Dah la aku laparr giler sbb ari sabtu tu satu hari aku cherry berry sampai dehidrasi. Huhu
Pastu, hubby ckp nak langsung ke destinasi ke2 sbb dia dh tak larat nak balik rumah dulu. Tempat ke 2 ni dah dekat ngan rumah. Aku dh cakap dh ngan hubby nak makan lg sbb kenduri pertama td aku tak sempat makan.
So bila sampai kat rumah pengantin ke2, dina dh tanya, "nak makan lagi ke mama?". Aku ni takut org dengar, angguk jer lah. Ambik lagi nasik separuh. Aku ingat dia dh takmo makan. Tiba2 dia pun nak makan jugak. Dia cakap sedap gulai kawah, dia suka. Yerrr lah! So, sambil makan, sambil suap dia. Mulut tak henti2 bebel pulak tu. Siap sound kat aku, "mama, kita ni dah kenyang sangat dah ni kan?" Amboi, awak tu yg kenyang, mama ni kelaparan tau!
Dalam pada duk kenyang tu, mulut asyik nganga ker bila aku suap. Last2 aku makan sira labu jer. Adei la dina sarah ni!
Balik rumah dalam jam 4.30 tengok2 dia tertidur. Letih akibat kenyang lah tu. Bila sedar join abah nya ngecat konkrit slab pagar. Lepas maghrib, dia ikut abah dia gi beli petrol. Dalam kete (menurut cerita abah nya lah), dia merungut dia letih, nak balik tido. Mau tak letih. Makan banyak sgt!
Sampai rumah, dia tgk atuk dia tgh makan nasik. Terus masuk dapur sbb nak join makan. Gulai kawah yg tuan rumah kenduri pertama kirim utk atuk ada. Makan lagi minah tu. Siap tak cukup lauk tu. Dia kluar report ngan aku dia makan bertambah. Bila aku berleter takut dia gemuk, dia cakap dia makan sikit jer. Yer lah, sikit sgt lah tu. Budak bertuah betul. Mmg sehari hari dia tak suka makan. Membotol jer keje dia. Tapi kalo kenduri, mmg siap lah. Dia pulun abih abisan la.
Malam tadi, dlm jam 3 kut dia kejut abah dia cakap sakit perut. Nak membuang. Hahaha. Adei. membuang sambil mata terpejam okeh. Lama giler abahnya tunggu dia dlm tandas.

Hmm.. walopun begitu dina sarah tetap kesayangan abah dan mama. Hehe