Rabu, 22 Jun 2011

LANGSIR RAYA

Fuhhh!!! Lega aku dah setel tempah langsir raya.

Eh before tu, korang dah habis ganti puasa? Mek masih berbaki sehari lagi. Insyaallah next week la. Ahad lps dh ganti sehari. Susah you know. Bukan sbb mek terliur org makan, tidak sama sekali. Tapi start jam 5.30 (balik keje exactly) terus melepek. Rendam udang, ayam dan tanak nasik dlm microwave terus baring.

Kononnya nak alih perhatian baca lah novel. Tapi letih giler sampai hilang tumpuan. Huhu. Mmg dugaan betul lah. Jam 6.50 baru hegeh2 masuk dpaur. Masak simple jer. Udang butter prawn yg tak menjadi. Walopun aku pakai acuan roti jala mengirai telur tetap tak jadi. Tp Rasa nya tetap sedap tau. Haha. Pastu wat ayam goreng halia. Ada pulak rebung match dgn budu. Bertambah makan nasik beras herba ponni. Dalam jam 9 kut baru pulih tenaga. Humang aih, teruk betul kan. Macam budak2.

OKe, back to the topic. Isnin lps gi kb ngan hubby. Mmg semata mata nak tempah langsir. Dari sehari ke sehari duk tangguh. Pastu sesambil duk survey rege. Nak yg lawa nampak ekslusif tapi MURAH. Mana nak dapat kan? Tetap jugak gigih mencari.

Last2 kawan sajes suh gi nagoya. Mmg betul la upah jahit kat situ murah sgt. Lagi pun langsir rumah mek simple paling ringkas dalam dunia. Langsir lama mek, hubby n MIL jahit sendiri jer. Tapi bab nak potong kain tu yg hazab sikit. Mek ni skill jahit menjahit kurang la uols. Senget jer jadik nya. Tu bab potong kain, blom masuk bab jahit plk. Stress korang tau tak?


Pilih punya pilih sampai mabuk kain. Haha. Konon tanya pendapat hubby, tapi tetap pilih hok mek berkenan. Hubby pun malas dan letih melayan, angguk jer lah. Tp mek puas hati sbb dia ada sama. Nanti kalo buruk jadi nya takde la mek rasa bersalah kan. Sbb dia dh setuju ngan pilihan mek. Hihi. Taktik tuuu

Mek tempah utk hall dan ruang menonton jer. Langsir dapur dah lama beli. Beli kat bundle jer pun. Tapi lawa gilos. Tunggu nak raya lah baru gantung. Very der cheap ma!!


Ok, utk hall pilih thai silk jugak (dulu pun thai silk) tp badan kain tu ala keromok kecut2 gitu. Crepe lah konon. Kaler? Tatau nak describe. Biru/gold tp sekali nampak mcm coklat. Dah la langsir lama coklat/hijau/gold. Karang nampak sama jer langsir mek. Matik lah!! Hmm tapi, yg lama badan dia berjahit petak2 serong. Harap lain lah yer. Mek dah tempah dah pun. Huhu

Hat kat ruang menonton, dinding kaler fink yuuu. Langsir lama kaler maroon cerah mcm2 nak merah2 sikit. Ingat nak cari kaler pepel. Tapi hati terberkenan ngan kaler kelabu. Pastu badan kain tu ada sulam2 maroon. Lantak lah. Mek ambik hat tu jer. Malas nak pikir dah.

Janji raya tahun ni, mek ada langsir baru. Insyaallah. Hehe

2 ulasan:

yayayuyee berkata...

kak..boleh saya tahu bpe rm akak tempah lgsir kat nagoya??ingat nk tempah jgk..tapi takut cm mahal la plak..nagoya kb ke kak?

KV berkata...

nagoya kb jer dik. RM 6 sekeping tak lebih 3m pjg.