Khamis, 23 Jun 2011

M.A.I.D



Masih tak ilang mabuk ngan novel. ARi tu gi popular nak cari bahan bacaan. Terus ternampak novel ni. Mula2 tu was2 nak beli sbb now aku perasan byk novelis tulis buku mcm lbh kurang jer jalan cerita. Tak thrill lak rasa nya.

Novel ni mengisahkan sorang budak yg nak cari keje. Mmg terdesak giler ah. Sampai timbul idea nk jd pembantu rumah. Pastu ada rezeki dia boleh jd pembantu rumah. Tp tuan rumah nya mmg kerk giler. Cerewet. Komunikasi dorang ngan nota2 jer.

Pastu byk la kes2 lucu yg boleh korang gelak terbahak bahak. Mmg best lah. Sampai dorang kena paksa kawen kes nak jaga reputasi family majikan. Banyak lah scene romantik yg buat kita angau. Cam biasa, baca novel cinta mesti angau kan.

Dan tentu nya ada halangan2 yg terpaksa dorang tempuhi sebelum menemui kebahagiaan.

Jalan cerita novel ni mengingatkan aku tentang drama korea Full House. Walopun jalan cerita nya berbeza, tp ada part2 tu yg sama. Dan kelakar pun sama. Mmg suka lah baca novel ni.


p/s: oh, korang jgn bosan yer, pasni banyak lg entry mek pasal novel2 cinta. Hahaha

Rabu, 22 Jun 2011

LANGSIR RAYA

Fuhhh!!! Lega aku dah setel tempah langsir raya.

Eh before tu, korang dah habis ganti puasa? Mek masih berbaki sehari lagi. Insyaallah next week la. Ahad lps dh ganti sehari. Susah you know. Bukan sbb mek terliur org makan, tidak sama sekali. Tapi start jam 5.30 (balik keje exactly) terus melepek. Rendam udang, ayam dan tanak nasik dlm microwave terus baring.

Kononnya nak alih perhatian baca lah novel. Tapi letih giler sampai hilang tumpuan. Huhu. Mmg dugaan betul lah. Jam 6.50 baru hegeh2 masuk dpaur. Masak simple jer. Udang butter prawn yg tak menjadi. Walopun aku pakai acuan roti jala mengirai telur tetap tak jadi. Tp Rasa nya tetap sedap tau. Haha. Pastu wat ayam goreng halia. Ada pulak rebung match dgn budu. Bertambah makan nasik beras herba ponni. Dalam jam 9 kut baru pulih tenaga. Humang aih, teruk betul kan. Macam budak2.

OKe, back to the topic. Isnin lps gi kb ngan hubby. Mmg semata mata nak tempah langsir. Dari sehari ke sehari duk tangguh. Pastu sesambil duk survey rege. Nak yg lawa nampak ekslusif tapi MURAH. Mana nak dapat kan? Tetap jugak gigih mencari.

Last2 kawan sajes suh gi nagoya. Mmg betul la upah jahit kat situ murah sgt. Lagi pun langsir rumah mek simple paling ringkas dalam dunia. Langsir lama mek, hubby n MIL jahit sendiri jer. Tapi bab nak potong kain tu yg hazab sikit. Mek ni skill jahit menjahit kurang la uols. Senget jer jadik nya. Tu bab potong kain, blom masuk bab jahit plk. Stress korang tau tak?


Pilih punya pilih sampai mabuk kain. Haha. Konon tanya pendapat hubby, tapi tetap pilih hok mek berkenan. Hubby pun malas dan letih melayan, angguk jer lah. Tp mek puas hati sbb dia ada sama. Nanti kalo buruk jadi nya takde la mek rasa bersalah kan. Sbb dia dh setuju ngan pilihan mek. Hihi. Taktik tuuu

Mek tempah utk hall dan ruang menonton jer. Langsir dapur dah lama beli. Beli kat bundle jer pun. Tapi lawa gilos. Tunggu nak raya lah baru gantung. Very der cheap ma!!


Ok, utk hall pilih thai silk jugak (dulu pun thai silk) tp badan kain tu ala keromok kecut2 gitu. Crepe lah konon. Kaler? Tatau nak describe. Biru/gold tp sekali nampak mcm coklat. Dah la langsir lama coklat/hijau/gold. Karang nampak sama jer langsir mek. Matik lah!! Hmm tapi, yg lama badan dia berjahit petak2 serong. Harap lain lah yer. Mek dah tempah dah pun. Huhu

Hat kat ruang menonton, dinding kaler fink yuuu. Langsir lama kaler maroon cerah mcm2 nak merah2 sikit. Ingat nak cari kaler pepel. Tapi hati terberkenan ngan kaler kelabu. Pastu badan kain tu ada sulam2 maroon. Lantak lah. Mek ambik hat tu jer. Malas nak pikir dah.

Janji raya tahun ni, mek ada langsir baru. Insyaallah. Hehe

Isnin, 20 Jun 2011

RINDU DI AWAN BIRU

Masih lg kemaruk ngan novel cinta. Haha. Mabuk seh!



Masih takdak stok kasih yg suci kat kota bharu. So, beli aje lah karya meen zulaika yg baru ni.
Rindu di awan biru katanya.


Sinopsis:
Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jad fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak 3. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkan dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Walawei...mmg syok ah citer ni. Sampai tatau nak komen. Best sangat.

Ahad, 19 Jun 2011

NASI MANDI MERAIKAN HARI BAPA

Sempena meraikan hari bapa, kami gi makan nasik mandi dot dot dot (tak ingat nama panjang dia). Makan kat muzdalfa sajork. Malas nak gi tempat lain. Plan asal nak makan piza. Hubby suka sgt piza mfc ni.

Tp bila tengok menu nasik arab, dan2 tu tukar plan. Haha. Dedua nak nasik arab. Pastu malas nak tambah order takut tak habis nak makan. Pergi berdua jer, anak2 tak ikut. Hehe. Hari bapa, tapi anak2 takdok.






Kami order mountain dew ngan neskape ais. Takmo order barbican sebab terkejut hari tu bising cakap ada alkohol. Tekedu aku nga hubby, makna nya selama ni kami minum arak lah. Huwaaaa. Pastu kluar kenyataan (dari mana ntah. Hubby yg baca) cakap ukm dh kluarkan statement barbican tak mengandungi alkohol. Tapi tetap tak berani nak order walopun budak kaunter tu cakap barbican konfem halal. Huhu


Hubby order ayam punya. Siap ada hummus(tatau eja) dan salad nya sekali.


Mek punya kambeng. Hat lain2 semuanya sama. Nasik arab ni mmg sedap kan. Makan nasik pun boleh balun cenggitu jer. Nasik dia panjang2.





Pastu singgah kb mall. Tanya hubby nak hadiah apa, tapi mcm biasa lah hubby mek, semua dia takmo. Last2 beli tiset jer. Tu pun paksa2 dia try. Mek tatau nak beli apa lah uols. Janji dia tau mek sayang dia dan menghargai dia sebagai bapa kepada anak2 mek. Kan? Love u very deep la hubby!


Selamat hari bapa Bi, moga terus menjalankan tanggungjawab sbg seorang bapa yg penyanyang. Dan bangga mempunyai Danish Azran dan Irdina Maisarah dalam hidup you. Mmmuahhh!!

Khamis, 16 Jun 2011

MERDU LIRIK KASIH

Lagi koleksi novel.

Tu ari kan pi cari novel kasih yg suci takdak stok. Pastu kecewa, terus cari novel lain buat ganti sementara.

Baca sinopsis mcm best jer novel durrah fatiha ni. Ada gak novel2 dia sblm ni mek beli. Tapi lupa tajuk. Malas nk check kat gobok.;P



Baru separuh ku baca. Syok wei. Terbuai buai gitu. Terus angan2 tak sudah. Haha. Kemaruk betul.

Ok, mek taip skt sinopsis dia.

Pertemuan dgn gadis yg langsung tdk tertarik kpd nya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan dtg, dia tdk teragak - agak utk mengenakan gadis itu.

Dlm bertikam lidah & berbalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina jg spt membalas rasa tsbt walaupun gadis itu sebenarnya terikat dgn Talhah yg baik dan penyayang.

Azad teruja kala takdir memihak kpd nya. Namun, hidup tdk selalunya bahagia. Dlm meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dlm kancah fitnah yg menghancurkannya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi. Sudikan Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga?


Adeiii...gigih mek taip okeh.;P
Tak sabar nak habiskan bacaan ptg nanti.;P

Rabu, 15 Jun 2011

KASIH YANG SUCI




Susah betul nak dapatkan novel ni. Ari tu masa awal2 criter nora elena aku tak ambik pusing pun. Sbb dah pernah baca novel ni. Tp tatau pinjam ngan sapa sbb dh lama sgt.

Tapi this week kan dh nak abis citer nore elena. So, ingat nak beli gak la novel dia. Simpan wat kenangan. Boleh angau kat aaron aziz gituh. Padahal boleh jer tgk dlm tonton.

Tapi feel baca novel ngan tgk citer tak sama kan. Akan tetapi, dulu masa baca novel biasa2 jer. Now bila aaron aziz yg jd seth tan terus angau giler. Pasni kalo baca pun mesti terbayang muka aaron aziz ngan siti saleha yang mantop dan gebu tu. Awat la budak siti tu comel sgt eh? Sempurna nya figura seorang wanita. Indah sungguh kejadian Allah swt.

Nampak gaya kena ajak hubby gi pusing kota bharu la. Kena jejak semua bookstore. Harap2 ada jodoh lah ngan novel ni.

KOrang dh beli blom? Ke tak mabuk kat seth tan?

Selasa, 14 Jun 2011

KU LEPASKAN KAU PERGI



Bukan anak dara mek dina carah yer. Beg hat dina pegang tu.
Gambar snap mlm td. Masa duk tengok2 utk kali yg terakhir.

Dah 2 malam duk fikir nak let go my sukey ni.
Yer lah, asyik duk terperuk jer dlm dust bag. Pakai nya tidak. Macam membazir pulak rasa.

Bila ku tnya my fren, mau ke dak my bag, dia terus offer kawan dia. Dan2 tu kawan dia mau. Aku mcm terkejut gak. Terus tnya hubby. So hubby tnya aku balik. Tak sayang ker? Tak menyesal ke? Hmm aku dah puas fikir, so aku cakap aku nak let go jer. Makanya, hubby cakap, teguh dengan keputusan, jangan fikir lg.

My fren beratus kali tnya, tak sayang ke wei? Dia pulak tumpang sedih. Adeiii. So, pagi tadi, dah selamat bertukar tangan. Alhhamdulillah, tuan baru nya lebih gorjes mengalahkan tuan asal. Tuan asal mcm hantu kak limah jer. Haha

Ok lah, setahun bersama ku. At least merasa gak pakai 'sukey'.

Walopun sedih, ku lepaskan ko pergi.;P
Cool babeh!

Isnin, 6 Jun 2011

DINA DAN GULAI KAWAH

Cuti skolah 2 minggu ni mmg jemputan kenduri bersusun susun. Kalo tak silap aku, ada 16 jemputan kut. Ker lebih eh? Sampai aku tak ingat sapa dulu sapa kendian. Kad jemputan tertinggal kat opis la. Kalo kat rumah mesti danish n dina dah wat main pondok2. So, cuti skolah adalah tidak perlu berangan angan nak gi makan angin. Tambah2 pulak jem yg hazabedah, lagi mengundang puaka. Plus rate yg berganda, lagi mengundang makian kan.

Eceh, panjang lak intro, Hehe

Semalam, ada 3 kenduri. Memula tu aku ingat aku jer sorang kat rumah tu free. Hubby, atuk dan MIL mmg ada jemputan. Alih2 akuuuu jugak yg nak kena temankan hubby. MIL dan atuk tak larat nak pegi.

Destinasi pertama ke pasir puteh kita. Kampung halaman ku. Tapi tak sempat lajak ke kampung, separuh jalan jer. Banyak agenda lain. Lagi pun JUmaat ari tu baru balik lah. Bila sampai, awal2 dina dh nampak pengantin. Pelamin nya kat bawah. Kecoh minah tu nak tgk pengantin. So, aku pun ambik nasik separuh sbb ingat dia tak selera sbb duk mabuk pengantin tu. Rupa2 nya, nasik abih dia makan (aku ler yg nyuap nya) sambil mata pandang pengantin dan mulit potpet2 tanya mcm. Bila dia sedar nasik abih, dia mintak tambah. So aku pegi la tambah, tp segan la aku nak makan sbb meja aku duduk tu sekali nga sedara mara hubby. Karang dorang tuduh aku butuk lantak lak. Dah la aku laparr giler sbb ari sabtu tu satu hari aku cherry berry sampai dehidrasi. Huhu

Pastu, hubby ckp nak langsung ke destinasi ke2 sbb dia dh tak larat nak balik rumah dulu. Tempat ke 2 ni dah dekat ngan rumah. Aku dh cakap dh ngan hubby nak makan lg sbb kenduri pertama td aku tak sempat makan.

So bila sampai kat rumah pengantin ke2, dina dh tanya, "nak makan lagi ke mama?". Aku ni takut org dengar, angguk jer lah. Ambik lagi nasik separuh. Aku ingat dia dh takmo makan. Tiba2 dia pun nak makan jugak. Dia cakap sedap gulai kawah, dia suka. Yerrr lah! So, sambil makan, sambil suap dia. Mulut tak henti2 bebel pulak tu. Siap sound kat aku, "mama, kita ni dah kenyang sangat dah ni kan?" Amboi, awak tu yg kenyang, mama ni kelaparan tau!

Dalam pada duk kenyang tu, mulut asyik nganga ker bila aku suap. Last2 aku makan sira labu jer. Adei la dina sarah ni!

Balik rumah dalam jam 4.30 tengok2 dia tertidur. Letih akibat kenyang lah tu. Bila sedar join abah nya ngecat konkrit slab pagar. Lepas maghrib, dia ikut abah dia gi beli petrol. Dalam kete (menurut cerita abah nya lah), dia merungut dia letih, nak balik tido. Mau tak letih. Makan banyak sgt!

Sampai rumah, dia tgk atuk dia tgh makan nasik. Terus masuk dapur sbb nak join makan. Gulai kawah yg tuan rumah kenduri pertama kirim utk atuk ada. Makan lagi minah tu. Siap tak cukup lauk tu. Dia kluar report ngan aku dia makan bertambah. Bila aku berleter takut dia gemuk, dia cakap dia makan sikit jer. Yer lah, sikit sgt lah tu. Budak bertuah betul. Mmg sehari hari dia tak suka makan. Membotol jer keje dia. Tapi kalo kenduri, mmg siap lah. Dia pulun abih abisan la.

Malam tadi, dlm jam 3 kut dia kejut abah dia cakap sakit perut. Nak membuang. Hahaha. Adei. membuang sambil mata terpejam okeh. Lama giler abahnya tunggu dia dlm tandas.



Hmm.. walopun begitu dina sarah tetap kesayangan abah dan mama. Hehe

Jumaat, 3 Jun 2011

Mek tak sempat tengok Seth Tan ehem - ehem dgn Elena

Giler frust okeh.

Ari tu dh terbaca tweet Aaron aziz pasal dia dpt 'hanimun' kt Cameron. Mek pun apa lg la, mmg sexcited giler owk.

Akan tetapi, syok duk tgk adegan pelangi tipu2 tu, ibu Dina datang pulok doh. Nak bayar duit bra Avon hat dia kirim.

Abih tu takkan mek takmo layan tetamu pulakkan. Layan la dia borak sambil dia duk ralit cerita perangai Dina.

Tengah borak2 tu, mata duk tgk2 jgk kt tv. Tp hilang konsentasi okeh. Alih2, dah masuk bab bangun pagi dah!

Huwaaa... Melepas.

Dah la kt rumah takdak Internet. Slalu nya lunch hour mmg mek layan Seth tan kt tonton. Makanya ahad ni baru boleh repeat tgk. Huhu

Adei la, apsal la crite Nora Elena ni menghuru hara kan perempuan2 di Malaysia. Siap memberi harapan palsu membuat2 perempuan2 ini. Hak hak

Sent from my iPhone