Rabu, 30 Jun 2010

KIDS PLAY HOUSE

Sapa tau menda alah ni berapa rial?


Pic adalah digoogle. HIks


Serabut aku hari2 dina duk mintak suh beli rumah kecik.

Kesnya dia duk tengok kat skolah abang dia ada menda alah ni. Tiap2 kali lalu skolah tu (dah la skolah tu laluan utama kluar masuk ke rumah kami) mesti merayu rayu mintak suh di beli. Lepas tu, tiap2 pagi (hari skolahla) wajib bawak dia pi hantar abang gi skolah. Kalo tak bawak or tak kejutkan dia tido, mmg meragam satu hari. Kes tak dapat tengok rumah kecik.

Haish..minah kecik ni pun. Mintak yg murah2 dah lah kan. hak hak. Mak bapak tangkai jering uols.;P

Aku ingat nak singgah satu kedai bundle. Kedai tu biasanya byk menan kanak2 ygg besar bagak cenggini. Tapi tu lah, sampai ke hari ni duk lalu jer, singgah nya tidak. Hiks

BERPUSING PUSING

Aku pun tatau masalah apa kena kat aku ni.

Malam semalam sakit kepala giler2. Biasanya kalo terkena panas terik mmg sakit kepala mcm tu. Tp duk ingat2 takde la kena panas sgt siang hari tu. So telan ubat tahan sakit 2 biji sbb dh tak tertahan sakitnya. Tp malam tu takdak selera makan, dah tgh malam hubby buat cekodok bilis, aku makan 2 bijik.

Time tido, semua org tido, tapi aku takleh tido. Tatau apasal. Pelik betul lah. Entah pukul berapa lena tatau. Tp jam 5 tersedar lg dan takleh tido dah. Tekak rasa kering giler.

Tengah duk baring2 tu, rasa loya nak muntah. So, dari subuh sampai jam 10, dah 6 kali muntah. Pening berpusing mmg sampai takleh angkat kepala. Tapi aku gagahkan diri gi keje. Duk kat rumah sorang2 boring lak.

Kat opis aku try tido. Tapi tak lena pun. Pening loya dan muntah. Pukul 11 try makan tp tak minum air. Dan siapkan keje sikit2. Pkl 12, mintak ngan bos nak gi klinik. Kat klinik punya la penuh ngan kekanak ribena yg nal buat medical check up. Yer lah, musim orang masuk u time ni kan. Dapat nombor plg last. Sakan. Kat klinik mmg aku baring jer kat sofa. Tak larat nak kontrol cun dah. Pening.

Bila jumpa doktor, check darah bagai semuanya ok. Check mata, check jantung, semuanya ok. Doktor tanya aku peknen ker? Erk...aku baru lesai bendera merah. So, doktor ckp konfem tak peknen la. Mebi keracunan.

Injek ubat tahan muntah/pening/loya. Sbb kalo ubat makan wajib aku muntah balik. Balik rumah terus tido. Memang tak larat giler. Dunia ku berpusing2.

Jam 5 ptg gagahkan diri bangun. Ok la sikit rasanya. Makan nasik sup yg hubby beli siap2 tgh hari tu. Alhamdulillah dah tak muntah. Tp tetap pening cuma tak seteruk belah pagi.

Hari ni pun masih lg pening2. Benci ah.

Isnin, 28 Jun 2010

EDDLEE FRIED CHICKEN

Satu fenomena ayam goreng celup tepung jenama eddlee telah melanda negeri pasir berdengung.

Walopun dah lama bertakhta di hati sanubari rakyat jelatanya, namun hari ni baru terhegeh hegeh mek nak buat review. Wakakaka

Ni orang panggil entry takdak idea namanya.



Salah satu kedai nya terletak di jalan apakenamantah (menghala ke wakaf che yeh tu) dekat pero.dua.




Ayam nya adalah super sedap. Harga nya lebih murah kalo nak banding ngan kehepsi. Tapi dia jual satu2 takdak set2 macam kehepsi tu.

Aku paling suka sup cendawannya. Tapi amat kuciwa semalam sbb sup cendawan habis stok. Tukang masak baru nak cucuh api dapur kayu kaedahnya. Malas nak menunggu.

Rege sebenar? Tak mampu ku jawab sbb tukang beli dan tukang bayar adalah bos besar. Bini bos tunggu dalam kete sesedap dalam ekon sambil mengcamwhore perasan sendiri.;P

BAKPO

Ada anak yang tengah nak meng explore memang betul2 menguji minda.

Dulu danish. Now bila dah besar sikit ok lah bab pening pasal dia.

La ni zaman dina pulak. Banyak betul tanya. Kalo letih2 boleh hangen di buatnya. Huhu

Contoh:

Pergi pasar malam jumpa orang kudung kaki mintak sedekah.

Dina: Mama, bakpo dia?
Mama: Dia cacat, dia mintak sedekah.
Dina: Bakpo dia mintak sedekah?
Mama: Dia takleh keje, kaki dia takdok
Dina: Bakpo kaki dia takdok?
Mama: Kaki dia kudung
Dina: Bakpo kaki dia kudung?
Mama: Kaki dia putus.
Dina: Bakpo kaki dia putus?
Mama: Dia eksiden
Dina: Bakpo dia eksiden?
Mama: Dia bawak motor laju
Dina: Bakpodia bawak motor laju?
Mama: Dia mat rempit
Dina: Bakpo dia mat rempit?
Mama: Dia nakal, besok2 dina jangan nakal, jangan jadi mat rempit, nanti jadi macam dia.
Dina: Bakpo dia nakal?
Mama: Erkkkk
Dina: Bakpo mama?

Adeh..aku tatau nak habiskan cemana perbualan di atas.

Dan, banyak lg persoalan2 yg timbul yg mmg letih giler aku nak perah otak. ;P

Rabu, 23 Jun 2010

BESOK

Besok aku bakal kesunyian. Huhu

Kes nya
1. My BFF (kat opis) pagi tadi dah selamat naik bas gi langkawi. Sakan ikut rombongan neh.
2. Opismate lain (set2 gegirl) pakat gi kursus aset kat kota bharu.

Makanya,
1. besok aku takdak kawan sembang dan gosip
2. besok aku takdak kawan nak pi pasar tani time rehat

Habis tu, apa la nak jadi ngan aku besok?

Masalah gak ni. Huhu

p/s: harapnya internet connection besok tidak memogokkan diri.;P

LAWA KE TIDAK

hihi... isu ni dah seminggu menerawang di fikiran ku. Ewahhh

Ari tu, ada sorang minah ( bukan nama sebenar) ni ckp ngan aku ada org kirim salam. Orang tu pesan supaya minah tu cakap kat aku yg dia tu pakwe lama aku.

Aku? Urkkkkk. Terkedu dan saspen. Wakaka. Yang mana satu? Macam la ramai benor bekas pakwe aku meh. Wakakaka.;P

Oke lah,minah pun cakap la nama org yg mengirim salam tu. AKu pun dah boleh recall balik my late memories. Hihi

Tapi yg aku nak tergelak nya, mamat tu (bukan nama sebenar) sibuk tanya pasal laki aku hensem ke tak. Mana hensem dari dia? Amboi. Pastu banyak lagi soklan2 sensasi yg aku tak sanggup nak tulis kat sini.

Yang jadik havoc nya, soklan2 tu di tanya depan bini dia. Makanya kecoh lah bini mamat ni bertanya pasal aku. Aku ni lawa ke? Mana lagi lawa antara aku dan dia. Dan byk lg soklan2 sensasi yg aku tak sanggup nak taip kat sini.

Sadis. Aku huduh jer. Huhu

Kut yer pun mamat, tak payah la tanya depan bini mu. Sabar2 lah sikit kalo excited sgt pun. Naseb tak baik bini mu dtg mencari ku tak ke naya? Padahal takdak isu pun. Huhu


Adeh.

Benda ni dah berbelas tahun berlalu (nampak sgt dah tua aku ni..huhu) So, takde isu dah yang nak dirungkai kan. Masing2 dah ada life sendiri. Apatah lg masing2 dah bahagia dgn keluarga masing2. Apa lg yg perlu di tambah serabut kan?

Lagi pun tu kisah cinta zaman monyet. Macam monyet la, bergayut dahan tu, pastu bergayut dahan lain pulak. Tak ingat dah dahan lama. Erkk... betui ka aku ni? Haha


P/s: Nasib baik laki mek hensem.;P (sila la korang muntah. Wakakaka)

Selasa, 22 Jun 2010

DINNER @ HAYAKI

malam ahad lepas, kami dinner kat hayaki cafe tengah bandar. tatau nak makan apa. bila tgk hayaki, terus on kat situ jer lah.



Dina yg tak sudah2 dgn gula2 nya.



Milo beng utk danish dan sirap limau utk abah.


nasik lemak utk abah


nasik tomyam untuk mama



Mihun goreng utk danish n dina


Makanan ok2 jer lah.

Isnin, 21 Jun 2010

SINGGAH DI CAMERON HIGHLANDS

Lepas dari batu gajah, kami terus shoot ke simpang pulai sbb nak ke cameron.

Masa tu dah jam 6.15. Kami bajet dlm jam 7.30 ke 7.45 dah sampai brinchang. Dah la tak booking mana2 hotel. Makanan dlm kete pun langsung takdak. Malas nak singgah pasar malam kat batu gajah sbb nak kejar masa takut gelap kat jalan simpang pulai yg berbukit bukau tu.

Masuk simpang raja hari dh malam. Blom samapi kea farm dah jem. Argh sudah. Dina dah menagis nangis cakap sakit perut. Dia lapar. Alahai, kesian anak mek kelubur. Nak benti buat susu mmg takdak tempat. Sambil2 jem tu, gugel dlm garmin hotel2 sekitar pasar malam brinchang. Kami target rosa pasadena. Penuh. try pine n roses, bilik ada. Terus jer booking. Tapi bila sampai 3 kali pusing mmg langsung takleh nak parking. Dah la jem hazab sungguh. Hubby dah tension giler sbb dia kesian anak2 dia lapar. Aku pun stress tapi otak kena ligat berfikir lah jugak kan.

Last2 cari tempat lain. Try iris hotel. Ada satu bilik jer. Mahal gilo. Rasa mcm hidup2 kena tipu. Dah la takdak parking. Kami masuk lorong iris hotel tu. Benti buat susu untuk dina. Lepas abig menyusu dia muntah sikit. Dah muntah tu baru dia ok. Adeh, kesian mek kecik tu.

Tengah panik takdak tempat tidur tu dah la lapar giler. Masa tu jah hampir jam 9 kut. Tertengok banner hotel wira awan. Bila call, dorang ckp masuk 100 meter dr iris hotel tu. So, kami belasah jer lah. Alhamdulilah. Dapat parking depan2 hotel. Naik bilik basuh muka terus turun nak gi pasar malam. menggigil lapar. Huwaaa.

Pastu pikir, kalo naik kete memang takleh parking la. Bagi tambah stress jer. So, kluar kan stroller dina, buh dia dlm tu, kami jalan kaki jer gi pasar malam. Anggap xtvt bakar lemak la. Nasib baik danish ok gagah perkasa lagi. Beli jer makanan kat pasar malam yg goreng2 tu dulu sambil berjalan sambil makan. Ops, bertambah tonggek montot mek daki cerun ke pasar malam. Naik cramp betis aku.

Semua makanan yg duk ada kat pasar mlm tu kami rasa nak beli. Hua hua hua. Beli nasik kukus, udang celup tepung, ayam percik sebelah, jagung rebus, jambu epal, stroberi fresh, fish ball, cendawan celup tepung, gula2, air. Naik senget dan berat giler stroller dina. Hak hak. Yang paling penting, aiskrim stroberi adalah best. Sedap nya rasa mcm nak menari jer. Mmg tak lepas peluang beli aiskrim strobeli tiap kali gi cameron. Hi hi

Dah siap membeli tu terus balik bilik makan2 dan solat. Lepas tu masing2 dah tak larat dah. Terus tido. Heehe

Pagi besok nya, terus shoot ke cameron bharat nak beli teh.


Tukang bayar.










Pastu gi ladang stroberi. Masa tu tak ramai org lagik. Dapat parking depan2.






Jam 11 kami kluar dr situ terus gi check out. Jem dari brinchang sampai ke kea farm pulok doh. Aduhhh.. dah la byk barang nak beli kat kea farm. Alhamdulillah dpt park kete depan2 tu jer. Tapi hujan agak lebat. Dina plk dh tido, so mek turun sorang2 jer gi kea farm. Oh before tu dah beli nasik bekal siap2. Asal lapar jer benti makan. Tak sanggup dh tengok anak2 kelaparan. Huhu..


Bunga2 segar kat kea farm.



Kami selamat sampai kat ruumah jam 7 petang. Alhamdulillah. Walopun stress sikit kat cameron tapi cuti2 malaysia kali ni adalah best buat kami.

Ahad, 20 Jun 2010

kenapa saya baca Casa Arina

saya (dan2 tu saya) suka baca blog KNV sebab kak non adalah vogidevass!! Buleyh? Hak hak. Oke2, saya suka baca blog kak non yang bernama casa arina (nama blog dia ler) sebab suka baca pengalaman kak non kat negara orang di samping laskar2 chinta nya. Jugak suka sbb kak non suka share resepi yg best2 walopun sampai ke hari ni tak sempat nak menerai. Hiks. Tapi yg pasti mmg sukak la!

Oke, siap satu perenggan. Thehe.;P

Sabtu, 19 Jun 2010

WATER PARK

Lepas check out jam 12 kami gi lunch dulu. Isi perut siap2 baru masuk waterpark.

Kebetulan, masa nak gi check out tu, terjumpa ngan rakan 'senurseri' dina. Dorang datang 6 buah kete. Macam sekampung duk kat situ. Magik. So, janji jumpa dlm waterpark nanti.






Mula2, cecah kaki jer dulu.;P


Pastu usyar ngan tangan.;P



Dah siap merangkak dah!


Abang yg pemalu tengok jer dulu dari jauh.;P




Ni ler ada.m da.nial kawan satu rumah pengasuh dina













Sampai jam 3 duk dalam tu. Penat tak larat dah.Kami pun keluar sbb nak gi batu gajah rumah tok su hubby.



Tengok rambut dina, mengerbang semacam. Tak bagi sikat pulak tu!





Bai bai bukit merah. Dina dah meragam ngantuk dah.



Oke abih citer bukit merah. Giler byk siri. Haha. Pas ni sambung citer lain lak.;P

Jumaat, 18 Jun 2010

SKY CYCLE

Basikal udara atau pun anak2 mek panggil keretapi gatih.Hak hak




Hubby gelak sakan masamula2 berlepas. Gayat woooo!!



Aku pun gayat. Tapi dina rilex jea!



Kena snap gambar sendiri la. Sapa yg nak tolong snap kan? Hubby sibuk nak mengayuh. Pakai tangan tau. Danish lak kat belakang sekali.


Mula2 lalu tasik. Nampak tak danish kat belakang tu?


Lepas tasik, masuk hutan lak. Haha


The railways. Masuk hutan uols, tapi best. Siap boleh tengok hewan2 kat bawah tu. Dina terjerit jerit excited tgk arnab.


Danish cool kat belakang.;)


Dina depan sekali.


Memang gelak tak henti. Sebab gayat, seronok, macam2 ada. hahaha



Ni lah rupa nya binatang keretapi gatih ni.Patutnya naik 2-2 camni tapi mengadap antara satu sama lain.



Memang xtvt yg menyeronokkan. Rasa nak naik lagi la!! Hihi



bersambung....

Khamis, 17 Jun 2010

PERTUNJUKAN HAIWAN

Kat dalam ecopark jugak ada pertunjukan haiwan. Tp ada masa2 tertentu. Dorang dh ada jadual. Kalo tak silap 3 ke 2 kali sehari. Yg kami join ni hat jam 11 pagi.





Dina isi tangki dulu. Dahaga. Tp mmg kena bawak bekal airla. Walopun cuaca redup tapi berpeluh2 macam mandi. Huhu.


Hubby keletihan. Hehe


Tengah tunggu org penuh.


Hehe.;P


Dah masuk dah burung cerdik. Masa ni burung ber roller blade.


Main bola. Siap gelecek lagi tu.


Hat ni cari bola bawah mangkuk. Dorang siap mintak org awam pusing mangkuk sendiri. Tp jumpa gak burung cari. Hehe


Hat ni masa kena tembak ngan koboi. Berlakon mati. Tapi sempat makan kuaci. haha


Yang ni memerang kutip sampah. Bagus dia. ;P



Siap animal show kami gegas keluar sbb nak gi xtvt lain lak.


bersambung....