Isnin, 21 Jun 2010

SINGGAH DI CAMERON HIGHLANDS

Lepas dari batu gajah, kami terus shoot ke simpang pulai sbb nak ke cameron.

Masa tu dah jam 6.15. Kami bajet dlm jam 7.30 ke 7.45 dah sampai brinchang. Dah la tak booking mana2 hotel. Makanan dlm kete pun langsung takdak. Malas nak singgah pasar malam kat batu gajah sbb nak kejar masa takut gelap kat jalan simpang pulai yg berbukit bukau tu.

Masuk simpang raja hari dh malam. Blom samapi kea farm dah jem. Argh sudah. Dina dah menagis nangis cakap sakit perut. Dia lapar. Alahai, kesian anak mek kelubur. Nak benti buat susu mmg takdak tempat. Sambil2 jem tu, gugel dlm garmin hotel2 sekitar pasar malam brinchang. Kami target rosa pasadena. Penuh. try pine n roses, bilik ada. Terus jer booking. Tapi bila sampai 3 kali pusing mmg langsung takleh nak parking. Dah la jem hazab sungguh. Hubby dah tension giler sbb dia kesian anak2 dia lapar. Aku pun stress tapi otak kena ligat berfikir lah jugak kan.

Last2 cari tempat lain. Try iris hotel. Ada satu bilik jer. Mahal gilo. Rasa mcm hidup2 kena tipu. Dah la takdak parking. Kami masuk lorong iris hotel tu. Benti buat susu untuk dina. Lepas abig menyusu dia muntah sikit. Dah muntah tu baru dia ok. Adeh, kesian mek kecik tu.

Tengah panik takdak tempat tidur tu dah la lapar giler. Masa tu jah hampir jam 9 kut. Tertengok banner hotel wira awan. Bila call, dorang ckp masuk 100 meter dr iris hotel tu. So, kami belasah jer lah. Alhamdulilah. Dapat parking depan2 hotel. Naik bilik basuh muka terus turun nak gi pasar malam. menggigil lapar. Huwaaa.

Pastu pikir, kalo naik kete memang takleh parking la. Bagi tambah stress jer. So, kluar kan stroller dina, buh dia dlm tu, kami jalan kaki jer gi pasar malam. Anggap xtvt bakar lemak la. Nasib baik danish ok gagah perkasa lagi. Beli jer makanan kat pasar malam yg goreng2 tu dulu sambil berjalan sambil makan. Ops, bertambah tonggek montot mek daki cerun ke pasar malam. Naik cramp betis aku.

Semua makanan yg duk ada kat pasar mlm tu kami rasa nak beli. Hua hua hua. Beli nasik kukus, udang celup tepung, ayam percik sebelah, jagung rebus, jambu epal, stroberi fresh, fish ball, cendawan celup tepung, gula2, air. Naik senget dan berat giler stroller dina. Hak hak. Yang paling penting, aiskrim stroberi adalah best. Sedap nya rasa mcm nak menari jer. Mmg tak lepas peluang beli aiskrim strobeli tiap kali gi cameron. Hi hi

Dah siap membeli tu terus balik bilik makan2 dan solat. Lepas tu masing2 dah tak larat dah. Terus tido. Heehe

Pagi besok nya, terus shoot ke cameron bharat nak beli teh.


Tukang bayar.










Pastu gi ladang stroberi. Masa tu tak ramai org lagik. Dapat parking depan2.






Jam 11 kami kluar dr situ terus gi check out. Jem dari brinchang sampai ke kea farm pulok doh. Aduhhh.. dah la byk barang nak beli kat kea farm. Alhamdulillah dpt park kete depan2 tu jer. Tapi hujan agak lebat. Dina plk dh tido, so mek turun sorang2 jer gi kea farm. Oh before tu dah beli nasik bekal siap2. Asal lapar jer benti makan. Tak sanggup dh tengok anak2 kelaparan. Huhu..


Bunga2 segar kat kea farm.



Kami selamat sampai kat ruumah jam 7 petang. Alhamdulillah. Walopun stress sikit kat cameron tapi cuti2 malaysia kali ni adalah best buat kami.

10 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

seronoknyerr...
pernah seklai je sampai CH tapi x tido sana:)

KV berkata...

TTM,
air mandi sejuk menggigil. Tapi TTM dah terbiasa pun dgn air sejuk belu kat sinun. Hihi

Biarlah rahsia berkata...

jalan sakan kv kali ni...
membuatkan k.bi tk sabar nk tunggu hbs pantang.

Mag berkata...

rindu nak makan eskem strawberi

KV berkata...

kak bie,
pantang? Biaq betulllll. Bila??

farah,
adalah plg best!!

Purpleheart berkata...

seronoknya..bila la nak sampai..

Ealyie berkata...

bila la den dapat naik atas tuuu...*sob..sob..sob..*

Lady of Leisure berkata...

bestnya cameron teringin nak ke sana lagi

Zaila Mohamad berkata...

sakan kak KV jale deh;)

mrs shaifull berkata...

la, sian budak2 lapar sampai muntah, next time sediakan bekalan sket utk anak2, :)