Rabu, 31 Disember 2008

HIJRIAH DI RAI, MASIHI DI NANTI

Mlm ni, tepat jam 12 mlm, maka tamat lah sudah tahun 2008 yg meninggalkan sejuta kenangan buat iols. Suka duka bercampur aduk.

Tahun 2008 juga (dgn izin Allah) memberi macam2 kejayaan. Alhamdulillah. Tentu byk jgk sejarah sedih.;(

Tahun 2009 juga dinantikan penuh makna. Yg tak bestnya bila melihat angka usia yg makin bertambah. Hik hik. Masih tak sedar diri lg tu!! Macam muda lg. Takpe, janji kt hati sentiasa muda dan bersemangat,kan?

Takmo list satu persatu azam. Sbb azam seumur hidup dan sentiasa carry foward dari tahun ke tahun. Azam nak jadi kaya dan boleh hidup senang. Hahaha. Nak shopping!!!

Makanya, kena berusaha dgn lbh gigih, chaiyuk! chaiyuk!

Malam ni ingat nya kalo takde pape nak gi stadium. Tgk countdown dan bunga api. Tu pun kalo larat. Haha. Sbb nya mlm ni dah janji ngan tok wan minah tukang urut, nak overhaul sikit. Dah setahun dah tak berurut sejak dina lahir hari tu. Mmg badan sakit sana sini dah.

So, kalo ada cerita best mlm ni kv update pagi besok.

Happy new year to uols. Moga kita semua diberkatiNYA.

blogger

sapa yang ada masalah mcm kv ek?
bila upload gambar masa buat en3 tu, tp gambar tak keluar. Tulisan tah apa2 yg keluar nya.

Bikin mek fenin lah uols.

Sapa boleh tolong kv?

Please help me!!!

RENTETAN PERISTIWA 2008

Dah blog kv kan, harus lah kv cacat sejarah hidup kv pd tahun 2008 ni.

Januari
* dina masih lg dgn ragam tangis. Tatau dah nak berubat cemana.
* arwah mak masih kritikal di wad 28, HRPZ II.





Februari
* 11hb arwah mak menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah segala urusan jenazah dpt diselesaikan dgn sempurna.
* besan mak (mertua lelaki abg kedua) meninggal dunia
* 21hb mak saudara kv pula meninggal dunia

Mac
* 10hb besan mak (mertua lelaki kakak ke3) meninggal dunia
* seluruh negara mengundi menentukan kerajaan yg akan memerintah

April
* 11hb arwah kakak ke2 meninggal dunia sakit kanser pangkal rahim.

Mei
* 26hb ulang tahun perkahwinan kami yg ke6.


Jun
* Tiada benda menarik rasanya.

Julai
* Sibuk menyiapkan kerja2 terakhir rumah kami

Ogos
* 7/8/08 ulang tahun kelahiran hubby yg ke 31
* 8/8/08 alhamdulillah kami telah menduduki dgn rasmi nya rumah idaman kami. Syukur sgt2.
* dina dah boleh berjalan. Alhamdulillah

September
* menjalani ibadah puasa
* 12hb ulang tahun kelahiran dina yg pertama.



Oktober
* aidil fitri pertama di rumah baru
* adilfitri pertama tanpa arwah ibu dan kakak ke3
* majlis kesyukuran menduduki rumah baru (ramai teman yg hadir) Alhamdulillah


{parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwSZnEYuwyuBffkB_MNi0YT_F8tyaR06xKKP8Ug3CEGkGeJHypLHvjP_LoRrYd_OATC6glvxVlaUig-H17VNrY6mquzYLLsodSoj3_tT3bTeeNXT33sDakjVE4nAK1MM8s5_2nDy94fpYc/s1600-h/DSC00696.JPG">


November
* 2hb ulang tahun kelahiran kv yg ke 30. Huhu..dah masuk angka 3

Disember
* 24hb family day dan rombongan che kiah ke cameron highlands.
* 30hb surat pemberitahuan anjakan gaji kv telah di terima (tq mas sbb dah bagitau akak awal2) Dan kv meraikannya di pizza hut semalam yg mana pizza kami lupa dibuat, bila dibuat dah hangit dan kena wat semula. Tragedi sungguh!

{parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnT-LAqfLU7qpybsMHHD2r_NviXayR-XqvR9ZNQuPbECLfrqWg8yMPQ_cue2khIq5ZNsS1FVn8AYjunaoJgyddaBuhDZZ91nZRvB91e9-dD23tkHsNHDNbvTp8qWKYpipsXz87RpM0iYoA/s1600-h/DSC01293.JPG">

Selasa, 30 Disember 2008

CAMERON - SHOPPING

Gambar kt bawah ni, antara brg2 yg sempat kv beli masa kt cemeron. Bunga periuk kera yg dlm pasu besar tu, yg huby panjat lereng bukit simpang pulai - kampung raja tu.

Paling comel, payung kecik kaler merah utk dina. Siap ada wisel tu. Haha














Ahad, 28 Disember 2008

CAMERON - DAY 3

Hari ketiga, sarap roti bakar dan ayam goreng semalam. Ada lagi saki baki nasi dan meehon goreng. Sesambil tu masak simple je, sardin dan telur dadar. Lps semua dh mkn dan packing jam 10 kami dh check out.

Destinasi pertama gi red giant strawberi. Self plucking katanya. Salad mmg murah giler. Layan kekanak ribena main rides dan shopping brg2 hiasan. Masa ni terjumpa legging utk dina. Terus sambar. Tapi malas lak nak gi tukar sbb legging tu sedang elok je ngan dina. Kalo ambik saiz besar sket baru leh pakai lama.

Kt sini sempat makan dan minum segala yg berasaskan stroberi. Aiskrim, cheese kek, smoothie, aiskrim goreng dan macam2 lagi. Semuanya stroberi. Haha

Pastu gi beli bunga2 sket. Dah tau mmg bawak balik rumah pun bknnya lama bunga tu hidup. Takpe lah, sekadar memenuhi keinginan.

Dah tgh hari, kami pun beransur keluar. Singgah kt Kea farm nak beli sayur dan buah. Dan jugak brg2 lain.

Jem dari brinchang ke kea farm tu mmg teruk giler. Semua org nak gi kea farm la. Tp nak tak nak mmg kena berhenti gak. Lagi pun kat mana lagu dh nak shopping. Kat kea farm, semua ada.

Semua bernasur keluar. Tp kami berhenti kumpul lps simpang pulai - kampung raja. Anak buah nak blk kl, kami lak nak blk kelate. So, sesi babai kt situ lah. Semua org pening dan mabuk. Haha

Masa menunggu tu, hubby dan anak2 buah sibuk panjat lereng bukit nak ambik orkid liar. Macam2 jenis orkid kami dpat. Yg plg best, hubby jumpa pokok periuk kera yg lawa. Besar lak tu. Terlompat lompat kv hepi banget. haha.

Bila dah tgk my hubby jumpa pokok yg best2, msg2 dh tk tahan, terus pakat panjat lereng bukit. Hihi

Pastu singgah RnR gua musang utk makan tgh hari (jam 4 lbh) sambil solat jamak. Pastu tukar tayar kete kembara abg ipar kv. Jam 6, baru beransur pulang. 7.30 mlm sampai rumah akak kv. Singgah solat jamak skjp terus kami blk. Beli burger (lapar semula). 8.30 mlm baru sampai rumah.

Alahmdulillah, family day yg julung kali kami buat ni berjaya. Niat dan hasrat nak berkumpul dan mengeratkan silaturrahim dimakbulkan Allah taala.























CAMERON - DAY 2

Pagi2 pakat masak sarapan. Nasik goreng, roti bakar dan sampinagn lain. Hujan pulak, start dari pagi tak henti2. So, lps masak dan makan lunch baru dapat keluar.

Memula tu kami gi taman mardi dulu. Tempat wajib pegi kalo ke cameron. haha. Ye lah, walo pun dah jemu, tapi masih ada yg belum sampai kan. Harus lah bawak gi situ. Kan.

Puas pusing dlm taman mardi, kami ke cameron bharat tea pulak. Sesambil tgk ladang teh. Boleh shopping teh dan mengeteh jugak. Haha.

Lps tu gi pasar malam brinchang sekali lagi sbb dansih sibuk nak kan sarung tgn. Ye lah, org lain dah ada sorang satu, dia jek yg takde. Org lain pun mengikut sama pegi. Biasa lh, harus beli benda2 lain secara tak sengaja. Hehe

Malam nya, kami buat bbq. Bekalan bawak dr rumah siap2. Udang, sotong, ikan, paru, sosej. Lps tu goreng ayam kfc dan nuget, jugak fries. Jugak goreng mihun dan nasik. Mmg tak sah kalo tak makan makanan berat. Karang tak len atido lak. Haha. Makan sampai kembung dan sambung menonton filem p ramlee. Mmg happy sakan lah. Alhamdulillah.