Isnin, 31 Januari 2011

MUDZALFA

Mudzalfa okeh.
Aku selalu silap sebut mudzalifah. Hehe



Dah kerap kali ajak hubby singgah sini nak menerai pizza. Tapi asyik tak jadi jer.
Semalam, kebetulana ada keje kt kb, teru tingg dapat idea nak lunch kat sini.
Kiranya awal2 lgi kami redha la. Kalo tak sedap pun ok, kalo mahal pun ok, kalo servis lembab pun ok. Hik hik. Kalo tak setting awal2 mmg tensen giler ah. Haha





Sebab piza lambat sikit nak tunggu masak, order dulu ayam goreng spicy seketul sorang. Not bad la rasa dia. Ok jer. Sedap. Boleh la celen kehepsi.:p



Air lak kami order ni. Tak perasan ada barbican kat situ. Teringin sgt nak try. Pengaruh blog punya pasal lah ni. Hik hik

Ni la air nya. Sebut sejora ya. 2 pilihan. Pineapple or manggo. Kami pilih dedua pineapple. Sedap jgk. Bila masa nestle ada produk ni eh? Tak perasan lah pulok.


Oh ini pizza nya. Kami pilih chicken peperoni. Takde side dishes yer. Sbb tu kena top up ngan menda2 lain. Ni size regular. Plg kecik. Ada saiz medium dan large jugak. Agak sedap. Ayam dia besar2 dan cheese banyak. Roti nya pun rangup. Mmg sedap ah.
Kiranya lps ni kalo malas nak pi pondok piza, makan kat sini jer lah. Memang layan.

PETI AIS BARU

Ingat dak angan2 2011 mek? Ok, mek copy paste sikit kat sini. Hehe


Oke, angan2 1. Nak beti peti ais baru. Peti ais lama mmg kecit cinonet. Stok kalo org datang rumah, masuk dapur mek, peti kena gelak dulu. Hampeh betul. Peti jenama sh.arp pintu 1. Dah hampir 9 thn kut. Mula2 kawen dulu MIL belikan. Tapi masih oke sampai sekarang. Cuma menantu dia ni tak sedar diri berlagak nak peti ais besar. Yer lah, kdg2 tak muat barang tau. Kecik ciput jer.


So.. ini peti idaman kalbu. Jenama sha.rp jugak. Insyaallah kalo ada jodoh, mek tempek dengan hidung kembang kat blog hokeh.;P



Tudiah, angan2 nak peti ais besar no!! Hehe





Ni lah peti air mek yg asal. MIL bagi hadiah kawen 9tahun yg dulu. Haha. Peti ni takde masalah apa selain tua. Cuma nya kecik cinonet aje. Susah nak muat barang sbb kurang spacing.Rupanya dah sememeh dan nampak uzur giler kan? Huhu






So, petang khamis lepas, kedai letrik call bitau g esbok kami udah sampei. padahal tgh hari tu hubby dah call, dorang ckp takde, mebi kena tunggu sabtu or lps CNY. Tensen haku. Lupa lak order petimusim CNY.Hmm.


Seperti biasa, pilih jenama ni lah jugak. Harapnya 'berwibawa' mcm esbox dulu la. Jgn ko buat onar yer!



Rupa bentuk nya. Masa driver lori tu call, dia dah pesan awal2 suh stand by 3-4 org nak bantu dia hangkut. Sbb dia boleh dtg 2 org jer. Mmg berat giler oh nak turun kan dari lori. Dah masuk rumah tu ok skt sbb ada tayar kecik tu kan. Tp rumah mek ada step2 yg ala2 tu terpaksa la dorang hangkut terus masuk dapur. Hihi.

hari pertama kasik relax dulu. Tengok2 jer lah. Besoknya baru boleh pasang letrik. Sbb baru turun lori kan, jauh tu perjalanan dari kl ke kb.


No compartment atas. Luas giler. Mmg sengaja ambik yg takde divider (side by side). Kalo yg tu mmg sempit ah ruang2 dia.



Ni belah bawah. Boleh simpan stok lauk byk22. Hoyeh.

Dan amat gembira dgn sistem hybrid sebab sayur dan buah lambat kecut. Slalunya kalo 2 hari dan kering mintak nyawa. Ni sampai 10 hari masih ok lg.

Hehe..korang jgn nyampah yer mek tempek peti ais baru mek. Maklum la, 10 tahun sekali blom tentu beli. Hak hak

Jumaat, 28 Januari 2011

Terawang awang

Now kan, aku perasan kalo lewat makan aku jadik pening Dan nk muntah. Ala2 mabuk mengandung gitew. Tambah2 kalo pulun keje kuat. Selalunya sakit perut kruk krek berkokok. Sakit ulu hati. Tp dah tak senak dah. Jadik pening2 pulak.

Mcm pagi tadi. Bangun subuh agak awal skt utk weekend (kalo weekdays, wajib awal. Hihi). Hajatnya nk sambung tido. Tp Hubby sibuk nk menerai alat massaging yg dia baru beli. Pot pet pot pet terus aku layan fb. Hihi

Pastu sambung convert brg2 dlm peti lama ke peti ais baru. Hoyeh, peti baru mek dah sampai petang semalam. Nanti mek snap2 pic okeh. Hihi

Agak lama jugak nk setelkan benda2 tu plus basuh esbok lama nak taruk dlm kedai runcit. Dah pindah2 gi Mari tu wajib la lantai kotor kan. Hubby cuci Dan mop lantai. Mek sambung basuh kasut skolah Danish Dan mendobi. Pastu masuk dapur lg basuh2 apa yg perlu. Masa usung peti ais lama ke kedai tu rasa mcm nk pitam. Lembik betul la.

Dah la masa tu dh lewat. Agaknya makanan kt kedai pun dh habis. Nasib baik atuk bawa balik 2 bekas kecik pulut kuning. Gulai ikan tongkol Dan ayam goreng. Makan lah Kami 4 beranak. Ok la sebagai alas perut.

Mil pulak demam. So mek take over jaga kedai runcit sementara Hubby alter pipe2 tersumbat. Byk pipe air dah slow.

Tp kan efek pening nya satu hari terasa. Benci lah. Mkn tgh hari pun tk hilang.

Oh jgn nk speku mek pregnant pulek. Hihi
Sent from my iPhone

Rabu, 26 Januari 2011

DINA SARAH

Macam dah lama tak bercerita pasal dina sarah. Dah besar anak dara mek. Makin banyak akal. Tahun ni kiranya 4 thn la umur dia. Sibuk nak gi skolah. Kalo dulu, masa umur danish 4 thn, dah hantar pi pasti, tp pasti dah tak terima budak umur 4 thn. Hmm..nak hantar pi kindie yg canggih2 mcm kesian pulak nak kena duduk satu hari kat kindie. Last2, duduk ngan ibu dia jer lah.





Now, makin suka melawa. Pengaruh che ros pujaan hatinya. Lepas mandi, lama giler duk depan cermin. Nak pakai bedak, perfume, lipstik semua2 lah. Nak make up dia cakap. Siap mintak pengepit bulu mata. Amboiiii!!!


Dah suka pakai dress. Tapi untuk masa2 tertentu jer. Kalo kat rumah nak pakai jeans sokmo sbb abang pakai sluar. Kalo kat rumah ibu baru lah suka pakai gown.



Semua benda nak kaler pink. Sampai mengidam nak pelihara kucing kaler pink. Macam2.




Dah sebulan pun kepala dia gatal2. Aku dah naik heran. Belek2 tak jumpa apa2. Tapi menggaru la kepala dia sokmo. Last2 ibu dia kelebek2, dah berjangkit kutu ngan sapa ntah. Hadoiii..tensen nya. Tu pun, asal ada masa senggang ibu dia sibuk kelebek rambut cari kutu. Bila balik rumah, dia siap suruh aku cari kutu. sbb dia ckp, kalo kutu banyak, nanti kutu usung dia dan buang kat sungai. Nanti dia mati. Hehe. Pandai ibu dia saiko. Petang nanti nak kena pi farmasi lah cari ubat kutu.

p/s: semua gambar dlm keadaan dia marah. Takmo di snap gambar. haha

KUIH BAKUL

Macam dah lama tak makan kuih bakul. Dah banyak tahun rasanya. Ari tu, pegi supermarket, tengok kuih bakul bertimbun timbun orang duk jual, sama naik ngan limau mandarin. Maklum la, nak raya cina kan.



Aku pun tatau kenapa aku tak makan kuih bakul dlm tempoh yang lama. Takde alasan. Dedulu, aku kenal kuih bakul ni sbb abang ipar keje ngan tauke cina. Tiap2 kali nak raya cina, mmg byk dia dpt limau ngan kuih bakul.

Ingat lg masa tu, kakak dan mak (2-2 dah arwah. Al fatihah) akan potong nipis nipis, celup telur dan goreng. Sedap sungguh. Masa tu kuih bakul kecik2 jer. Dorang buh dlm plastik nipis tu. Tutup nya pun plastk nipis di potong bulat. Now, aku susah nak jumpa yg lagu tu. Kalo kat supermarket harus lah dipack dgn lawa kan. Dan ada brand masing2. Yang paling penting, HALAL.



Ini kuih bakul yang aku beli ahad lepas. Siap ada gambar arnab lg. Maklum ler, tahun arnab katanya.

Tapi aku makan gitu jer, tak sempat pun nak goreng bagai. Hehe

LAMAN KU BERKECAH LAGI

Lepas pasang paving block kat laman ari tu, kaki lima rumah lebih rendah. Kami sengaja up kan level paving blok sbb nak pasang mozek kat kaki lima. Musim hujan tu ari siap air bertakung kat situ. Silap2 buat, dina tengah berenang ala2 mandi kolam dibuatnya. Hmm..minah tu.



So, dah panas sikit ni, call tukang mozek suh datang siapkan cepat2. Tak tahan air asyik bertakung kat situ. Akan tetapi, silap perkiraan mozek dibeli tak cukup. Huwaaaaa..


nampak tak masih ada saki baki ruang kosong kat situ.



Nasib baik tukang tu pandai, dia siapkan kat sisi dulu.


dan depan jugak. Lega lah sikit kalo anak2 nak main area tu pun.


Kami tak cuci pun lagi. Tunggu sehingga tukang abih pasang baru nak gi beli asid mozek.

Selasa, 25 Januari 2011

AGENT YANG HAMPEH

Ni aku nak cerita pengalaman aku deal ngan ejen2 haprak. Tak bersabit ngan orang lain okeh. Hanya pasal aku. Karang ada yang makan hati tak pasal2 pulak.

1. Insuran aku punya sendiri
Memula keje kt sini dulu, ejen ni datang jumpa aku. Masa tu aku bodoh2. Memang tatau langsung pasal insuran. Pastu aku tak reti nak tolak. Mcm2 dia duk kempen aku tak paham apebenda pun. Last2 dia mintak slip gaji aku wat potongan gaji by biro angkasa. Selamat duit aku 110 hengget masuk akaun depa tetiap bulan. Aku pun mikir, ok la, bagus jugak ada insuran.

Tapi sepanjang 10 tahun, (dah lebih 10 tahun aku keje kat sini rupanya) aku tak pernah claim apa2. Masuk wad ke hapa ke aku pegi klinik/spital gomen. Aku mmg blur terus pasal insuran ni. aku tatau depa cover apa. Yang aku tau, tetiap bulan dlm slip gaji ada potongan 110 hengget.

Bila dh lama2 tu, ejen takde masalah lah dgn aku sbb aku bayar cara potong gaji kan. Bila tahun lepas sampai surat pelarasan apa benda ntah, aku call ejen. Tak berangkat pun. Nanar aku carik kontek number dia. Bila dapat, dia layan aku acuh tak acuh jer. Siap suruh aku gi bank bayar sendiri. Bengang ok. So, aku dgn bodoh nya pi bayar sendiri. Setel kat situ.

Pastu, bila dah cukup 10 tahun, aku pikir takde pekdah aku duk byr tetiap bulan, bukan nya banyak pun saving. Baik aku simpan asb jer. Pada duk saving ngan insuran, baik aku ambik medical card jer. So, aku pegi bank tanya if aku surrender berapa aku dapat. Bank pun bg tau la amaun nya berapa. Masa tu, memang aku dah redha aku dapat berapa pun, aku tekad nak stop ajer. Naseb baik dpt byk jugak walopun kalo aku simpan sendiri lg byk aku dapat. Huhu

So kebetulan, masa kat bank tu ada wakil ejen (bukan ejen aku) kat situ. Orang bank suh aku folo awek tu pi setelkan apa yg aku mahu. Jumpa bos awek tu, so dia ckp la prung preng prung preng apa yg aku kena buat. Balik rumah mmg panik giler aku cari polisi aku tak jumpa. Huwaaa. Seb baik hubby jumpa bawah rak tv. Agak nya masa pindah rumah dulu aku letak sekali ngan album gambar kut. So, aku pegi balik jumpa orang tu, pasal ejen aku tu mmg aku takmo pikir dah, nak kontek pun payah. Orang tu cakap, mebi dlm 3minggu aku dapat cek aku. Cuma nya potongan biro angkasa tu akan terlajak ke beberapa bulan. Takpe ah, janji dorang bayar balik.

2. Ejen insuran anak2 aku.
Ha, ni pulak kerana kawan, kawan binasa. Abang kepada kawan aku ni ejen insuran tuut. Sibuk berkempen suh belikan insuran utk anak aku. Masa tu danish tak cukup umur 1 tahun lg. Prung preng prung preng, kami pun pilih la satu pakejyg kiranya ok lah utk danish.

Tetiba, ejen tu call bagitau dia dah stop insuran tuut, dia join insuran teet pulak. Haru betul, kami baru 2 thn bayar, dia suh kami skip dan burn jer duit selama 2 thn tu. Suh folo insuran baru pulak. Banyak cantik. Tapi kami takmo stop dan kami paksa dia jadi ejen kami jgk. Lantak lah! Bila danish kemalangan kecil (biasa lah budak2 kan) amat susah nak claim. Masa berkempen dulu mcm2 kebaikan, bila nak claim cakap itu tak cover, ini tak cover. Hangen tau. Last2 dpt jugak claim.

Tiba time dina pulak, kami ambik insuran ngan ejen sama sbb pikir senang satu ejen. Ari tu kan dina masuk wad, so mmg kami nak claim la sbb kami berhak. oleh pulak kami yg kena naik turun tangga spital tu uruskan sendiri form claim. Berapa kali pegi spital baru nak setel.

Bab danish pun sama, dah la nak setel kat sepital makan sebulan. Tetiba dia call cakap hilang pulak benda tu. Hangen ok. Tp nasib baik dia nak uruskan sendiri pulak. Hmm..hilang sikit amarah. Tetiba call pulak tnya kami cemana cara nak isi form. Huwaaaaa. Geram aku. Mmg bengang betul. Hubby cakap, kalo masa tu polisi danish ada dlm kete, mmg masa tu dah kami pegi surrender kan insuran danish. Lantak lah tak dpt claim pun. Wat sakit hati jer.

3. Fund
Oke, org sibuk2 main saham, kawan2 aku pun ramai gak nak jadi ejen. Macam bank keluarkan saham2 dorang. So, segan ngan kenkawan aku join la sikit. Mmg sikit sgt sbb aku bimbang jugak takut saham tu merudum.

Tapi dah 3tahun takde naik2 pun saham aku, makin merudum ada la. Bukan salah ejen, ini aku tahu. So, aku suh hubby call ejen cakap nak jual balik saham2 aku tu. Bila sms 2-3 tak berbalas, hubby call pulak. Boleh dia suh kami pi setel sendiri. Dia dah tak aktif dah. Adeiii. Mmg haprak betul lah. Benci tau. Dulu kemain lg, bila kita perlukan dia, dia tak layan pulak.

Kalo lagu tu, semua nak kena setel sendiri, baik tak payah ada ejen. Geram la wei!!



P/s: aku dah stopkan 2 perkara, insuran aku dan fund tu. Hat dina ngan danish nanti tunggu claim dpt, pastu mmg kami nak stop kan jugak. Bengang dengan ejen yg haprak.

ORKID AIR

Tak abes2 crita pasal pokok orkid air. Haha. Masak!!


Tapi tetap jugak nak tempek dalam blog.




Sudah berbunga uols!



Kasik closed up siket. Hehe



Comei ajer.

Isnin, 24 Januari 2011

DANISH'S BIRTHDAY BASH

Dah seminggu plan nak buat majlis kesyukuran sempena birthday danish yg ke 8. Tapi takde lah nak buat grand kebagai. Ajak kenkawan dia keliling rumah jer. Tu pun kecik besar tua muda dlm 50 org gak.

Duk pikir2 menu yg sesuai, sbb nak ajak jam 3 ptg kan, takde la menu berat sgt, sbb mebi org dh makan before gi solat jumaat tu kan.

Last2 bincang2 ngan hubby buat menu ringkas jer. Mihun goreng. Pastu beli roti untuk cicah ngan kari daging kentang. Dah mintak tolong ngan ibu dina dan sepupu MIL suh dtg tolong masak. Ok, setel bab makan.

Sehari dua sblm tu sibuk acri belon dan brg2 nak buh dlm party pack. Alah, bagi suka bebudak jer pun. Takde la pelik2 sgt barangan nya pun.



malam tu, sibuk bungkus party pack. 2 beradik ni excited banget. Langsung takmo bagi mama n abah tolong. Tp kena guide la, byk brg trtinggal kenkadang tuh. Hehe


Lepas siap tu, terus masuk dapur nak buat dadih pulak. 2 beradik tu mmg kecoh nak menolong.


Besoknya, pepagi lagi hubby pi beli daging sbb takut abih daging yg elok kalo tak pegi awal. Lps kemas rumah lbh kurang terus keluar pi tesco nak cari bebarang lain. Byk gak benda nak beli. Ayam, udang, bawang2, limau mandarin, nugget dan mcm2. Dah siap kat tesco tu terus gi kedai kek. Mmg langsung tak tempah kek, beli yg ready made aje. Senang suh danish pilih sendiri jenis mana yg dia nak.

Balik rumah tu, ibu dina dah sampai dah dgn segala senduk sudip kuali periuk. Haha. Terus bertungkus lumus kat dapur. Semuanya masak ngam2 org balik solat jumaat. masa tu aku tak goreng nugget lagik. Huwaaa. Mau fengsan jadik nya. Kih kih.

Sesambil tu atur hidangan kat meja, tengok2 jam dh pkl 3. Bebudak dah sampai dah. Haha. aku blom mandi dan solat pun lagik.


Terus ajak bebudak naik suh tiup belon. Naseb baik ramai yg menolong. Kejap jer 50 bijik belon dorang setelkan.





sementara mek mandi dan solat, jemput tetamu makan2 dulu.

Pastu sesi tiup lilin dan potong kek. Ni lah kek pilihan danish. penat pujuk ambik kek yg sedap2 sikit (ikut citarasa mak dia) tp tak makan pujuk jugak. tetap jugak nak kek ni sbb ada hiasan lori. Boleyh?


Oke, ready nak tiup lilin. Masa ni dia segan2 sbb semua org duk nyanyi happy birthday to you. hehe



Kira ok lah majlis ari tu. Walopun ringkas, tp tetamu dpt makan dengan selesa dan bertambah tambah. Walopun penat, tp berbaloi rasanya.





tetap nak buh gambar tuan rumah. Hihi


happy birthday abang danish. Membesar dengan baik yer. Jadi anak yg soleh, mendengar nasihat dan tidak terburu buru dlm mengambil tindakan. Jugak belajar sungguh2. Mama dan abah doakan yg terbaik buat abang.

Ahad, 23 Januari 2011

DADIH

First time buat dadih sendiri uols. Hek hek.
Kecoh giler walopun dadih instant. Haha
Ada aku kesah? Lantak, yg penting mek berjaya buat walopun tak pernah buat dan tak pernah tengok org buat. Kalo makan tu mmg selalu lah. hihi


Oke, beli stok serbuk soya dadih kat mana2 kedai lah. Mek pilih perisa mangga ngan honey dew.



Susu cair. Satu plastik dadih kena buh 1 tin (400 gm) susu cair oke.


100 gm gula. Yang ni mmg mek timbang betul2. Takut over manis, atau tawar habiaq.


Mek tak ikut pun cara2 yg dia sajes tu suh buh awal2 lg atas dapur. Rebus air (air 3 liter ok), lepas mendidih tu buh dalam besen terus. Masukkan gula, masukkan susu cair, kacau dalam 5 minit. Pastu masuk kan serbuk dadih dan kacau sampai semua bersatu hati.



Susun bekas molek2 atas meja, or tempat tinggi sikit la. Nanti tak pepasal kena kat anak2. Panas woo. Biasanya satu plastik bag tu dlm plg minima 40 bekas yer adik2.



Dah masukkan cecair dadih tu, biarkan sejuk kejap, dia dlm proses sejuk dan membeku. Lepas tu boleh tutup dan simpan dlm esbok. Besoknya dah boleh mamam.


Tengok danish tu, sibuk betul menjadi pembantu dapur.;P

KETAM NIPAH

Sepatutnya petang rabu adalah lah petang cuti memasak. Beli kat pasar malam sajork. Balik keje, solat, landing, main badminton dan pegi pasar malam naik motor.

Akan tetapi....


Bila suami ku pulang dari kedai (beli stok kedai) di bawa pulang nya ketam nipah.
Huwaaaa!!! Lebur niat ku nak bersantai petang. Terpaksa lah masak2. Karang suami murka lak.
Tengok2 dlm esbok, paste lada hitam dh yillek. Terus mati kutu tatau nak masak apa. Langsung aku pun stress. Huhu


Ketam nipah. Agak besar. 4 ekor sekilo.




Korang bunuh ketam nipah ni cemana eh? Aku humban jer dlm air panas. Suh hubby buat, dia awal2 lg mencicit lari. Aku jugak yg kena!



Last2 masak tumis pedas ajer lah. Senang cerita.

Jumaat, 21 Januari 2011

DANISH'S 8TH BIRTHDAY

*schedule entry



Hari ni, jumaat bersamaan 21 Jan 2011, genap lah usia anak ku 8 thn. Muhammad Danish Azran. Anak yg lahir pada usia kandungan 30 minggu. Tanpa apa2 persiapan. Memang kelam kabut giler.

Berpantang adalah tidak seperti berpantang. Hari2 ke husm utk pam susu. Tak kisah lah, asal anak yang sedang bertarung nyawa dlm inkubator dapat cukup susu ibunya.

Kali pertama melihat tubuh nya, seakan tidak percaya ada manusia yg diciptakan Allah swt sekecil itu. Dengan berat masa lahir 1.25kg dan 2 hari kemudian surut 1.1 kg.

34 hari berada dlm inkubator NICU. 5 hari dalam wad kanak2 tp tetap dengan inkubator. Cuma 2 hari terakhir berada dlm udara biasa. Discaj wad dengan berat 1.7kg. Hati amat gundah mengharungi 41 hari yang meyesakkan dada.



Alhamdulillah, bila berada di rumah, tumbersaran nya normal. Dan gemuk mcm baby2 lain. Syukur sgt.


Sewaktu usia 6 bulan.




2 tahun.



3 tahun.



4 tahun dah hantar pi pasti. Suh belajar berkawan.


5 tahun baru dapat adik.



Ini lah danish sekarang. Kurus keding mcm org tak cukup makan. Tp mmg dia bermasalah skt bab makan, tak makan takpe, janji dapat main. Budak lelaki katakan.


Insyallah, hari ni ada wat makan2 sikit ajak kenkawan dia dtg makan kek. Nanti hat tu kita apdet lain yer.


Buat anak sulung ku Muhamad Danish Azran, selamat ulang tahun kelahiran ke 8. Semoga abang berjaya dalam hidup. Menjadi anak yg bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Insyallah. Mama dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang. Amin.

Khamis, 20 Januari 2011

BISKUT CJH

Aku duk panggil biskut CJH, rupa2 nya biskut kacang. Hahaha
CJH tu nama company/kilang yang mebuat nya eh. Hehe





Rupa bentuk biskut ni.



Ada inti.


sedap tapi takleh mkn banyak sbb muak. Tp best sbb dia tak manis sgt, rasa lemak2 gitu. Kalo makan jgn bercakap, wajib tersembur sembur debu tepung. Haha

Rabu, 19 Januari 2011

WW(2)





Kjp jer pakai shawl belit2. Pastu dh rimas. Sent from my iPhone