Jumaat, 21 Januari 2011

DANISH'S 8TH BIRTHDAY

*schedule entry



Hari ni, jumaat bersamaan 21 Jan 2011, genap lah usia anak ku 8 thn. Muhammad Danish Azran. Anak yg lahir pada usia kandungan 30 minggu. Tanpa apa2 persiapan. Memang kelam kabut giler.

Berpantang adalah tidak seperti berpantang. Hari2 ke husm utk pam susu. Tak kisah lah, asal anak yang sedang bertarung nyawa dlm inkubator dapat cukup susu ibunya.

Kali pertama melihat tubuh nya, seakan tidak percaya ada manusia yg diciptakan Allah swt sekecil itu. Dengan berat masa lahir 1.25kg dan 2 hari kemudian surut 1.1 kg.

34 hari berada dlm inkubator NICU. 5 hari dalam wad kanak2 tp tetap dengan inkubator. Cuma 2 hari terakhir berada dlm udara biasa. Discaj wad dengan berat 1.7kg. Hati amat gundah mengharungi 41 hari yang meyesakkan dada.



Alhamdulillah, bila berada di rumah, tumbersaran nya normal. Dan gemuk mcm baby2 lain. Syukur sgt.


Sewaktu usia 6 bulan.




2 tahun.



3 tahun.



4 tahun dah hantar pi pasti. Suh belajar berkawan.


5 tahun baru dapat adik.



Ini lah danish sekarang. Kurus keding mcm org tak cukup makan. Tp mmg dia bermasalah skt bab makan, tak makan takpe, janji dapat main. Budak lelaki katakan.


Insyallah, hari ni ada wat makan2 sikit ajak kenkawan dia dtg makan kek. Nanti hat tu kita apdet lain yer.


Buat anak sulung ku Muhamad Danish Azran, selamat ulang tahun kelahiran ke 8. Semoga abang berjaya dalam hidup. Menjadi anak yg bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Insyallah. Mama dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat abang. Amin.

3 ulasan:

TopsyTurvyMum berkata...

Happy BIrthday Danish!!
Semoga jadi anak yang soleh, sihat sentiasa...Amin

Sebijik cam muka ayah dia:)

Amboi mek..tukar langsir baru nampak!

Joy berkata...

happy birthday danish..sama aja muka dia dr kecik sampai besar ;)

marinahunny berkata...

hepi besday danish.. bila la danish nk gemuk mcm baby tu ;)