Isnin, 10 Januari 2011

SUP IKAN HARUAN

Syer resepi lagik uols. Haha. Hujan2 banjir ni takdak keje namanya. ASyik masak2 jer keje nya. Dah la suami pagi petang duk bawak balik ikan sungai. Kali ni kita masak sup pulak yer.




Bahan2 utama. 1 bunjut sup bunjut cap adabi. Halia sikit, bawang merah dan bawang putih tumbuk bersama.



Memula, tumis halia kasik garing dulu.




Pastu masukkan bawang2 tumbuk lak. Kasi garing jugek.


Masukkan air sikit, masukkan bunjut tu. Pastu baru masukkan air bnyk2. hehe. Tpi kalo korang nak masukkan air byk2 dulu pun oke. Suka hati.



Oh ini lah watak utama nya. Ikan haruan. Mek ambik kepala jer. Bahagian lain boleh goreng garing2.
Masukkan ikan, dah menggelegak, masukkan garam dan perasa. Biar duk reneh kat situ sampai tinggal separuh kuahnya. Boleh angkat.



Sup ikan haruan.


Nanti hiris daun sup, daun bawang, dan cili. Pastu tabur bawang goreng dan perah asam limau nipis.

Oke, daa!!