Memaparkan catatan dengan label wishlist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wishlist. Papar semua catatan

Rabu, 11 Januari 2012

BAJU UNTUK CIK AIPONG

Hihi..dah setel beli henfun tu, wajib lah carik baju bajan nya kan. Risau calar. Barang baru kan, sayang nya lebih lah skt. Kih kih



Memula beli pouch animob ni. Sbb nya nanti dlm henbeg tak bergesel ngan benda lain. Tercover gitew.



Comel kan? Macam2 kaler. mek feeling gegurl, haruslah ambik shocking pink. Hek hek. Murah jer. Beli kt kedai ceria 99.


Pastu gi tempek screen protection belakang depan. Depan ambik hat clear, blkg ambik dust. Pastu beli casing jugak. Very der gegurl rite? Reben uols. Matik lah

MY WISH COME TRUE

Wish list utk tahun 2012 sudah tercapai untuk iphone 4s. Tepuk tepuk tepuk









Dapat bear biru seketol. Comelllll


So korang sila2 lah whatsapp ai yer. hehe;P

Khamis, 29 Disember 2011

AKHIRNYA 2011

Salam uols. Pekabar semua? Semua baik2 kan.

Pejam celik pejam celik dah nak abih tahun. Dah makin kertu. Huwaaaaaaaa!!!!!!


Apa pencapaian uols sepanjang 2011. Mek takde benda yg sangat membanggakn kut. Biasa2 jer. Ala...mcm berjaya menstop kan dina nyonyot botol tu kira nya kategori biasa lah kan. Hik hik. Pastu hujung tahun ni akhirnya jawtan mek di buat pelarasan semula. Atleast merasa lah diploma yg selama ni mek pegang dihargai. Bersyukur sgt walopun gaji naik ciput.

Hmm rasa nya banyak wishlist yg tercapai sepanjang tahun ni. Alhamdulillah. Jenjalan pun sampai target gak. Walopun tak pi oversea (mek tak mampu..nanges), tapi boleh lah bawak anak2 jenjalan. Anak2 hepi. mak bapak pun hepi.

Danish masuk tahun 3 dah 2012 ni. Dah boleh membaca. Walopun slow (dulu) now dah boleh cacth up gak la. Walopun tak secemerlang anak orang lain, tp mek bersyukur sgt2 dah. Dina pun 1 jan ni dah masuk kindy. Rabu (semalam) dah bawak dia pi tengok kindy dia sekali ngan bayar yuran. Ambik pakej sampai jam 5. Serabut perut kalo dia kat rumah lama. Banyak benda tak menyenangkan (bahaya) dia main. Rumah pengasuh tak nak pegi dah. Hangen aku jadik nya. So harapnya kat kindy tu nanti, selain bermain dia boleh belajar mcm2 perkara.


Korang dah ada wishlist utk 2012?


Wishlist aku lebih kepada kebendaan la. Hik hik. Meh buat senarai. Angan2 tak payah bayar yer uols.

1. Iphone 4s (iphone 3 dah jual, stick ngan bb dulu. Tp bb kurang best, nak iphone jugakkkkk)

2. Mau bawak anak2 jenjalan melaka. Naik boat tgh malam tgk rumah2 melaka, naik tower berpusing tu dan makan2. Mebi leh jumpa kawan lama.

3. Nak pegi Singapore. Dah lama mengidam. Harap2 2012 tercapai lah hasrat. Kesian mek tau, org lain dh bosan mek tak sampai2 lagi. Huhu. So, mulai sekarang sila penuhkan tabung ayam.

4. Nak beli beg longchamp. Rasa nya takmo dah kuch2 bagai. Tapi mana tau angin lintang pulak karang. Haha. Tapi kalo hubby nk beli kan gucci or lv mek redha jer.

5. Kurus? Hmm hangat2 tahik ayam jer la. Nak maintain body jer. Diet dan bersenam. Kalo kurus alhamdulillah. Kalo tidak, pasrah jer lah.

6. Nak ubah suai dapur. Buat dinding baru, tambah penyedut asap n minyak tu (apa nama saintifik benda tu oiii?). Pastu nak buat kabinet utk microwave ngan oven tu. Takde lah bersepah2 atas kaunter top tu.

7. Nak beli gazebo utk laman, nak beli buaian rotan yg gantung2 tu. Adeiii mesti indah nyaman laman rumah mek. Angan2 uols. Sekali lagi di ingatkan tak payah bayar.;)

8. Kereta baru mebi? Hahaha. Kete hubby tu tak sesuai utk bawak gi keje lah rasanya. Naik kancil buruk tu lah dulu. Hihi. Banyak jasa tuuuu


Uiii...dah 8 wishlist aku. Banyak giler ni. Tapi takpe, hidup kita mesti ada target kan. Usahakan sehingga mendapatnya. Dok gitu? Tak dapat tahun depan, tahun depan lagi. HHaha.

Rasa mcm nak bukak kedai, tp mebi 2012 tak sempat lagi kut. Kena buat kertas kerja dulu, kaji baik buruk. So, utk thn 2012 ni majukan kedai runcit sedia ada.;)


Ok ah, abih sudah angan2 mek. Korang punya wishlist cemana?





Mek akhiri entry ni ngan gambar selipar baru mek.;P. Selamat tahun baru uols. Semoga segala hasrat tercapai okeh.



cauuu

Selasa, 15 Mac 2011

TABLET PC

*Pic pinjam yer.


Minggu lepas kan, mek pegi pc fair.
Nak tengok2 garmin ekceli.
Segan asek duk pinjam hat my bff jak.
Walopun kami konsep2 harta mu harta ku jua
Tapi kalo lama2 naik menyampah pulak karang.
Waka waka

So pergi la survey
Walopun takmo beli. Hihi
Kiranya tngok rege dulu, nak pi travel nanti pi beli la
Bila tatau, tgk keadaan gituh

Akan tetapi
Takkan nak tgk garmin jer kut
Kena la tgk gadjet2 hebat
walopun mek buta kayu.
Har har har

Tersangkut ngan satu tablet pc
ala2 hat hp gambar kt atas ni
murah jer
kalo hat wifi jer 699
kalo wifi n 3g 899
Dan kiyut
Ala2 iphone mek jer konsep nya
Boleh pusing terlentang terbalik jugek
Keyboard dia pun ada
Nak pakai touch screen dah tentu lah boleh
pastu mouse built in dia comel
alahaiiii comel nyaaaaa

Brand apa ke nama ntah
Dizzebele ke apa (tak reti eja)
Made from Spain katanya
mek gugel tak jumpa
ada simpan dia punya flyers
tp dalam kete
tak kuasa eh nak pi ngambik
terbakar kalori mek yg mahal ni nanti

Saiz nya lbh kurang diari
ala2 samsung tab ke hapa tu
Syok jer kalo duk dlm henbeg
terus feeling2 gadis urban yg intelektual
walopun haprak
wakakaka

Adei syok la wei
dan2 tu rasa nak beli
nasib baik cepat2 mengucap
fuhh fuhhh
hembus nafsu jahat pegi jauh2

Takpe takpe
kita masukkan dalam wishlist

Korang doakan mek terjumpa harta karun selonggok okeh
tak sabar nak memilikinya. ;P

Selasa, 8 Februari 2011

BERI HITAM

Walopun dh ada iphone (iphone3 jer pun..haha), tapi tetap tak guna sgt utk sms dan call. Iphone ku guna utk internet sajork. Lagi pun kalo kat rumah mmg berebut ngan dina danish, dorang sibuk nak main game. Apa tah lagi kalo pi travel mana2. So, henfon lain tetap kena ada lagi satu.






Ni ler henfon lagi satu tu. Norkiah e51. Pemberian kasih sayang oleh abang ku katanya. Tapi aku lenjan sampai lunyai. Ada satu ketika butang on/off dia tu hancur dan masa tu henfon abih bateri. Terus pengsan 2-3 hari. Kena hantar pi kedai kasi berfungsi button tu. Minggu lepas, lagi lah dia beronar. Frame crhome kat tepi tu tercabut dah. Terus hang jadik nya. Sms tak sampai, call senyap sunyi. Memang tensen lah. Naseb baik tak ikat getah lagi tak bagi dia terburai. Hik hik.







Makanya, mek pun mengguna kan kuasa power rangers, mengecek encik suami menghadiahkan henfon baru. Tp kalo dia tak beli pun, mmg wajib beli sendiri dah. Hazab betul dah henfon aku. Wahaha.




Dan, encik suami setuju beli henfon baru. Hoyeh. Terus perasan tak hengat mintak blekberi. Wakaka. Encik suami cakap, cukup lah norkiah c3. Huwaaaaaa. Tak hagak tu.







Tapi dia tetap gi beli jugak beri hitam idaman malaya ku itew. Mek suh beli yg paling simple jer. 2g ajer. Bukan nak pakai internet mobile pun, tp byk nak call dan sms. Iphone dah ada kan. Tapi dia ckp nanti seken value drop, so baik beli 3g. Apa2 pun, patik menurut perintah. Nak beli yg AP jer, tp non hado stok, terus hubby beli yg blekberi waranti 18 bulan.My new henfon uols. Hoyehhh.






Lepas beli henfon terus pi booth salikom sbb nak tukar simkad. Simkad mek jaman tokong tonggek lagi. Bukai kedai henfon tu cakap simkad lama tak mampu nak support henfon canggih2 ni. Amboihhh. Naseb baik 10 hengget jer.




Pastu tuju kedai eksesori henfon nak pasang screen protection. Tapi kedai tutup. Masa ronda2 tu, jumpa booth yg jual aksesori gak, terus layan perasaan kat situ. 10 hengget skrin biasa, 12 hengget skrin tak berbekas cop jari. Ambik yg 12 hengget la. Awat masa iphone ari tu takde skrin tu eh? Hari2 kena lap. Tambah2 jari dina. Huhu




Nampak tak that girl baju hitam tu. Kemain lama dia pasang. Hubby dah gelak dah. Hubby cakap mesti kena tukar hat lain tu. Habis hubby ckp, terus the girl tu bangun ambik hat lain. Haha. Berpeluh peluh dia. Kesian pulak.




Oke, mek dlm status jakun lg ngan bb ni. Byk lg yg tak tahu. Nanti sapa2 tolong ajarin yer. Muahhh!!

Isnin, 31 Januari 2011

PETI AIS BARU

Ingat dak angan2 2011 mek? Ok, mek copy paste sikit kat sini. Hehe


Oke, angan2 1. Nak beti peti ais baru. Peti ais lama mmg kecit cinonet. Stok kalo org datang rumah, masuk dapur mek, peti kena gelak dulu. Hampeh betul. Peti jenama sh.arp pintu 1. Dah hampir 9 thn kut. Mula2 kawen dulu MIL belikan. Tapi masih oke sampai sekarang. Cuma menantu dia ni tak sedar diri berlagak nak peti ais besar. Yer lah, kdg2 tak muat barang tau. Kecik ciput jer.


So.. ini peti idaman kalbu. Jenama sha.rp jugak. Insyaallah kalo ada jodoh, mek tempek dengan hidung kembang kat blog hokeh.;P



Tudiah, angan2 nak peti ais besar no!! Hehe





Ni lah peti air mek yg asal. MIL bagi hadiah kawen 9tahun yg dulu. Haha. Peti ni takde masalah apa selain tua. Cuma nya kecik cinonet aje. Susah nak muat barang sbb kurang spacing.Rupanya dah sememeh dan nampak uzur giler kan? Huhu






So, petang khamis lepas, kedai letrik call bitau g esbok kami udah sampei. padahal tgh hari tu hubby dah call, dorang ckp takde, mebi kena tunggu sabtu or lps CNY. Tensen haku. Lupa lak order petimusim CNY.Hmm.


Seperti biasa, pilih jenama ni lah jugak. Harapnya 'berwibawa' mcm esbox dulu la. Jgn ko buat onar yer!



Rupa bentuk nya. Masa driver lori tu call, dia dah pesan awal2 suh stand by 3-4 org nak bantu dia hangkut. Sbb dia boleh dtg 2 org jer. Mmg berat giler oh nak turun kan dari lori. Dah masuk rumah tu ok skt sbb ada tayar kecik tu kan. Tp rumah mek ada step2 yg ala2 tu terpaksa la dorang hangkut terus masuk dapur. Hihi.

hari pertama kasik relax dulu. Tengok2 jer lah. Besoknya baru boleh pasang letrik. Sbb baru turun lori kan, jauh tu perjalanan dari kl ke kb.


No compartment atas. Luas giler. Mmg sengaja ambik yg takde divider (side by side). Kalo yg tu mmg sempit ah ruang2 dia.



Ni belah bawah. Boleh simpan stok lauk byk22. Hoyeh.

Dan amat gembira dgn sistem hybrid sebab sayur dan buah lambat kecut. Slalunya kalo 2 hari dan kering mintak nyawa. Ni sampai 10 hari masih ok lg.

Hehe..korang jgn nyampah yer mek tempek peti ais baru mek. Maklum la, 10 tahun sekali blom tentu beli. Hak hak

Khamis, 28 Januari 2010

KERIANGAN BERGANDA

Oh ada dua kehepian aku untuk hari ni.

Happy 1
Hubby tak jadi gi kl meninggalkan aku dan anak2. Walopun aku siap paksa2 suh dia pegi. Tp dlm hati dh terbayang betapa letih nya aku nak menguruskan anak2 di hari weekend. So, adalah sgt gumbira bila dia tak jadi pegi. Akan tetapi weekend depan rasanya wajib lah kut dia gi sana. Ada hal yg agak mustahak bagi dia. Aku tumpang haru biru kan ajer. Oh minggu ini adalah hepi, minggu depan tu hadap ler.


Happy 2
Oh yeahhhh!! Beg idaman ku sudah sampai. Dah lama duk mengidam beg hitam. Akhirnya setelah beratus kali memujuk hubby supaya memberi ijin (err..duit sendiri tapi tetap kena mintak izin taw. Mek kan isteri mistali), maka diizinkan dengan syarat dia kena pilih.

Fuhhh...nasib baik yg dia pilih aku berkenan.

Eh korang kalo nak beli beg, pegi beli ngan adek cheq yer. Servis terbaek wokk punya. Ailabyu la cheq!!!




Beg punjut coklat. Ngeh ngeh.












































Isi dalam nya. Membuat kan ku tersenyum riang. ali signature large hobo.



Sudah tertunai impian pasal henbeg utk 2010. Beg sampingan tak di kira yer!










Oh, dan cheq sungguh baik hati. Terharu beb terima lovely gift dari cheq. Harus mek wangi sepanjang hari. Wawawawa








Nanti korang pi blog cheq ya.

Khamis, 27 Ogos 2009

HADIAH YANG TERTUNGGAK

Kemain lama tunggu hadiah anniversary. Hiks...

Akhirnya, semalam hubby mengajak aku mengunjungi

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Maxis centre.
Menggodek dulu apa yg patut sebelum membeli.



Sbb aku nk pakai prepaid, kena pilih nombor dulu. Nombor sedia ada kan aku dh tukar jadik cel.com.




Akhirnya.....














Tada!!!!!!!



Siap dpt kurma lagi. Sayang nak makan sbb kotak comel sgt. Hehe


TQ bi! Ai lap u. Hehe

Salam sumbangsih
KV & Co

Rabu, 25 Mac 2009

TAG TIG TUG

Dak eryn telah pedajal aku. Ooo..balas dendam ko yek. Takpe, demi semangat kenkawanan, aku buat lah jugak. Hehe

title: HaJaT a.kA. wIsHLIsT

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday (wah, besday aku bulan 11, lambat lagi tapi takpe)
2. The list should be 10 numbers (umang aii, masak aku nak pikir)
3. Give it to 10 frens of yours? (ahahaha, masak gak nak pikir sapa aku nak pedajal pulak)


1. Aku nak kasut (spesifik wedges) satu almari. Sebab walopun aku sibuk mengejar anak2 tp aku maintan bergaya. Wakaka. Kat kota bharu takdak wedges yg gojes. Huduh2 semua. Uwaaa

2. Aku nak henbeg satu almari. Nak yg comel2, lawa2. Kat kota bharu jugak takdak pilihan yg best2. Huduh2.

3. Aku nak jeans levis. Aku punya dedulu semua tak muat dh. Dah bersaiz gajah kan. Dapat selai pun cukup lah dulu.

4. Aku nak taman yang ada kolam ikan koi, gazebo, air pancut supaya ptg2 aku boleh lepak teman anak2 main kat laman. Oh, nyaman nya.Aku nak pokok bunga orkid byk2. Nak penuh kan pegola aku.

5. Aku nak baju or blouse yg lawa2. Nak satu lemari jugak. Byk ah satu lemari. Hik hik

6. Aku nak henfon baru dgn no baru. Henfon yg ada ni takleh tukar sbb takut nanti tak dpat access internet free. Henfon aku skrg ni dorang silap setting kut.

7. Aku nak oven microvawe supaya bila aku rajin nak belajar wat kek ke apa ke, senang. Ni nak belajar wat tapi oven lak takde, terbantut niat aku.

8. Aku nak mini lappy. SEnang aku nak bawak ke sana ke mari buh dlm henbeg jer. Ni mcm cikgu lak aku dok bimbit beg lap tpo ke hulu ke hilir. Lagi pun mini lappy tu comel. Dan kiyut.

9. Aku nak kete mercedes A170. Wakaka. Giler punya wish list. Nak gantikan kete kancil buruk aku tu. Huhu. Sedih uols.

10. Aku nak lasik mata supaya aku tak yah pakai spec atau CL. Nanti senang aku nak bergaya ngan kaca mata hitam yg vouge2 tu.


Aku tak nak tag sapa2 sbb malas nak link. Hik hik. Selamat korang kan?

update: Harap maaf kalo ada yg salah faham. Ini setakat permainan tag okeh. Dah tajuk wishlist kan, harus angan2 tak sudah. Makanya, dgn angan2 tak yah bayar ni, harus aku merapu sakan. I'm soriiiii.

Isnin, 16 Mac 2009

AKU DAPAT DIGICAM BARU. hOYEH!!!!!!

Hehe... entry hepi!!!

Nak eksyen ngan korang, aku dapat digicam baru. Yg ni pun brand sony gak. Model DSC-W150 Super SteadyS Shot. Plg best kamera ni boleh fokus kat muka automatik. Jakun sungguh aku. MUla2 tau tu mmg excited banget.

Ingat nak suh hubby beli t300. Eh, aku lupa lah. T300 tu touch screen ek? Aku lupa lah. Memula tu aku ingat nak suh hubby beli yg touch screen. Kononnya hebat lah sikit. Tapi mikirkan yg aku ni bukannya lemah lembut bersopan satun, makanya hubby ku tidak mendengar permintaan ku. Makanya di beli yg ini.

Digicam lama? Jual kat mudah dot com. Hihi. Senang kan zaman sekarang.







Tapi kan, aku tetap nak gak henfon yg kamera terang sikit. Senang aku nak paparazi. Tiara suh ambik brand son*. Ye lah mmg brand ni aku pun tau kamera nya terang. Sbb tu digicam aku beli brand ni. Tp wat masa ni kalo henfon aku masih tertarik ngan norkiah. Tatau la napa. Tgk lah nanti apa yg aku nak beli. ANgan2 tak sudah ni. Tp ok apa angan2. Angan2 dulu pastu cuba lah grab nya. Kan?