Memaparkan catatan dengan label dina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dina. Papar semua catatan

Ahad, 4 Mac 2012

KENA TEGUR

Malam tadi mistik misteri nusantara betul la.

Lps teman kan hubby dinner, kami sambung lepak tgk tv. Dina ekceli jam 8 dh tertido. Dia cakap pedih mata dan ngantuk sgt2. Mek saspek dia tak sedap badan kut. Macam nak demam.Tubuh dia pun suam2 masa mandi maghrib tu.

Baru jer duduk, mek tgk dia celik mata. Terus tegur suh dia sambung tido. Kebetulan abang nya pun dh ketidoran.

Tp dia gi bantai sengih2 kat kami (mek + abah nya). Dalam hati dah terdetik dah, apsal lak minah ni. Slalu nya, kalo terjaga mesti merengek power punya la. Nak2 kalo tertido awal. Kami pujuk2 suh dia tido, dia sambung gelak lg sampai mengekek. Aku dlm hati dh gabra. Tp pura2 strong.

Pastu nampak pelik dia gelak tu, cuit hubby. Hubby angguk paham. Terus kami baca ayat kursi.Hembus2 skt kt ubun2 dia. Pastu dia merengek cam slalu. Lega. Tp tak sampai seminit terus gelak mengekek lagi. Aduyaiiii, meremang bulu roma ai.

Cuba bangun kan dia. Banyak kali abah nya tepuk nak kasi sedar, tp dia bantai gelak jer. Macam lucu sgt. Aku ambik bawak ke riba. Abah dia tanya, mama mana? Sengih2 tunjuk ngan nada gatal ke arah aku. Tanya abah mana, sengih2 lg sambil gelak tunjuk kat abah dia. Tnya lagi, abang mana, dia gelak lagi kuat.

Mana tak berdiri bulu roma weiiii?

Hadoi, kami sambung baca ayat2 kursi. Pastu dia mcm tersedar, menguap dan dia ckp mengantuk. Aabah dia tnya mimpi apa. Dia geleng jer mcm tatau pape. Abah dia tnya lg dia gelakkan apa, dia geleng. Pastu sambung baring. Dan merengek. Masa tu kami tau yg dia dh normal.

Tp aku mmg panik giler ah. Jantung dup dap laju kencang giler. Pastu kami masuk tido awal. Tetap takleh tido, asal nak lelap jer dia mengigau, meracau. Selalu nya ada lah dia mengigau. Tp aku rilex jer, biasa ah bebudak kan. Tp kali ni siap gelak2, haru biru aku jadik nya. Tp lega st sbb takde dh gelak2. Cuma merengek dan membebel tah pape.

Last2 aku suapkan ubat demam demam sbb badan dia makin panas. Lama gak nak setel masalah ngigau ni. Akhirnya kami dpt tido ngan aman. Alhamdulillah

Bangun pagi ni, tanya dia mimpi apa. Dia cakap tatau. Tp badan dia still suam2. Suapkan ubat dan bawak bekal ubat gi skul. Dia mmg obses ngn skolah. Demam skt2 pun tetap nk g skul.

Ekceli ptg semalam kami menziarah 2 org jiran yg sakit. Orang2 yg sakit tu mmg rapat ngan Dina. Sorang dh 2 minggu takleh tido. Sorang lg kena strok. Agak nya tubuh dia dh lemah (sbb nak demam kan) tu yg senang 'kena tegur' org tua cakap.

Fuhh...mmg menakutkan lah bagi aku pengalaman mcm tu. Walopun org lain kena teruk lg. Tp tak sanggup ah.

Khamis, 1 Mac 2012

OBSES

Gambar beg skolah dina yg aku post dlm fb jumaat lepas. Macam2 komen aku dapat. Adeiiii. Tp aku lupa cara nak print screen. Tolong ajarin. Huhu

Blom 2 bulan berskolah dah rabak hancur beg dia. Haru betul lah minah tu. Pastu tau lak sedih menangis sampai meleleh hingus bagai. Very der drama.

Pastu kebetulan moyang dia dpt duit BR1M tu kan. So, moyang bagi la sikit kat dia. Dan2 tu nak beli beg skolah. Siap sound nak yg sejibik macam tu. Hat ni aku beli kat pasar minggu jer. Kedai lelong. Barang ada masa tu jer, pastu takdak. Dan plg penting Morahh. Kalo cari kat kedai beg biasa sejibik mcm ni mmg hazab lah nak membayar.

So, bawak dia gi mydin kubang kerian suh dia pilih sendiri. Aku lupa lak nak snap gambar beg baru. Dapat la dlm rega 40 hengget. Mahal weh beg skolah budak. Sbb bertayar boleh tarik kan. Nak tak nak setuju jer lah ngan pilihan dia.

Ni aku nak cerita pasal obsesi dia ngan skolah. Kalo tak tido, mesti mulut pot pet pot pet pasal skolah. Naik jer kete (masa balik) terus nyanyi2 lagu baru. Terus baca bacaan baru (iqra). Terus buat eksyen apa saja yg teacher ajar.

Sampai kat rumah. Bukak beg kemas baju baru utk persalinan besok. Semua dia buat sendiri. Top stok makanan (kek apollo ke, gula2 ke, mcm2). Cuma botol air jer malas buh dlam sinki. Pastu terus buat homework. Bukan homework pun. Perasan lebih. Dia mana ada homework. Tp bila tgk abang buat homework dia pun kalut sama.

Masalahnya, kalo boleh berdikari tak pe jugak. Ni semua mama nak kena buat. Tolong dia mengeja. Tolong melukis, tolong mewarna. Kalo kejap jer takpe, tapi ni sepanjang masa nak kena hadap dia buat homework mmg aku bertukar jadik orang hijau lah. Stress ok. Bukan tak menyokong kerajinan dia. Tp org lain pun ada benda yg nk di setelkan. Bila tak layan, meraung satu rumah hempas badan. Mmg stress la weiiii. Haru biru hidup aku.

So, bila 100 kali sehari bukak katup beg, heret jer ke mana dia mau, hempas jer ikut suka hati, mana tak rabak beg tu.

Lps beli beg baru aku suh dia berdoa. Moga2 tahan 4 bualn beg baru. Hadoiiii

Makcik kepoh

Khamis, 9 Februari 2012

AKU, EMAK YG CEMBENG

Pagi tadi, masa menguruskan dina nak ke skul, aku sikat rambut dia.
Dia membebel marah2 cakap sakit.
Aku pun lawan membebel gak sbb dia takmo syampoo rambut. Dah kusut masai rambut, jadi susah nak sikat.

Dia pun cakap;

"mama, nanti adik besar, adik sikat rambut mama ok?"

aku terkejut dan lebih kepada terharu benornya.

Aku pun vakap ngan dia;

"ok, mama dh tua nanti adik sikat rambut, mandikan mama, basuh berak mama" terus ayaq mata bergenang. Huhu

Dia pandang jer aku kut cermin, pastu jawab "ok".

Huhu, alangkah bertuah nya kalo betul anak2 mengotakan janji dorang. Moga anak2 aku rajin berbakti pada ibu bapa, pada sapa2 lah. Jangan lupa diri. Amin



Mama n doter. Teman akrab, kawan bergaduh, memang dia best fren aku lah.






Sayang awak irdina maisarah. Moga membesar menjadi orang yg tidak menyombong diri yer.

Isnin, 9 Januari 2012

RUMUSAN SEMINGGU DI KINDY

Oke, catatan utk hari tua yuhols. Dah nganguk besok boleh baca lg. Mana aku nak ingat semua ttg tumbesaran anak2 aku kan. Baik tulis kat blog katanyer.

Seminggu berskolah, ok lah bagi Dina yg tak pernah pegi skolah. Duduk rumah pengasuh yg dua tiga langkah jer dari rumah sendiri. Pastu ujung2 dah takmo langsung pegi rumah Ibu. Main2 kat rumah sendiri jer. Mmg mengundang bahaya.

So, bila dia ok gi skolah aku syukur sgt2. Ni rumusan seminggu ok. Lps ni kalo timbul masalah lain, kita citer lain lak. Hak hak

Pagi2 kena kejut 4-5 kali. Org dah biasa bangun tido pkl 11. Nak bangun jam 6.30? Mmg kem salam lah. Dari 6.30 duk kejut sampai lah pkl 7 baru nk bangun. Kdg2 terbabas 4-5 minit. Buleh lah di maafkan walopun aku dh bertukar jadi mak lampir. Owh masa ni mmg nak kena psikologi abih abisan lah. Tak nak bagi mood merudum katanya. Mandi pun air panas. Tp cocer mmg sejuk gilak now kan. Pakai baju pakai bedak pakai tudung. Setel. Dah perasan lawa.

Masuk bab sarapan plk. Now tgh kemaruk roti bakar. Sama ngan abang danish. Danish ok tkde masalah. Lagi pun mamat tu dah std 3. Besar panjang dh. Tp Dina ni kena main angin skt. Milo suam kena mug upin ipin. Pastu roti bakar tu filling majerin ngan gula. Kdg2 kena topap sekaya. Pastu tak puas hati kaya banyak, atau gula skt, atau majerin skt. Adeiiii...hangen aku pepagi. Tapi sabarrrrrr.

Ok setel belah pagi. Drop abang kat skolah, pastu drop dia plk. Cikgu sambut kat main gate. Kdg2 kalo ramai sgt aku masuk hantar sendiri. Kesian gak kt cikgu kelam kabut kan.

Ok, bab ambik balik skolah plk.
Ekceli my bff pun hantar anak satu skul ngan anak aku. Tp dia lewat 3 hari sbb dia hantar kindy lain dulu. Pastu tetiba tukar sbb anak dia tak suka kindy asal. Masa bbf aku pi regis anak dia, sempat dia ushar cikgu pasal anak aku lak.

Cikgu pun terus report cakap Dina duk kelas kat level 1. Tu kiranya grup takde masalah dan aktif. Pastu kalo cikgu tnya pape, konfiden jer jawab. Terus my bff bagitau cikgu yg dia kenal aku. Kahhhhh

Akan tetapi, ptg tu bila abah nya gi ambik, dia tengah nangis. Takde maknanya hero kt skolah kalo cembeng. haha. Dia tak puas hati sbb dia ckp lambat gi ambik. Kindy dia ada 3 syift. Jam 12, jam 2 dan jam 5. So dia stress tgk kawan2 dia balik awal. Pastu ptg dia tido. Bila bangun tu suasana dia tak biasa kan, terus lah cembeng. Hahaha. Hari lps tu pun sama. Dia cakap sakit perut plk. Banyak auta sungguh la. Hari khamis tu ok sbb kami balik awal kan.

So minggu ni kami cuba awal skt dr selalu. Dah pesan beratus pesanan jgn nangis kalo mama lewat. Semalam ambik dia tgh tido. Bangun mamai2 mcm nk menangis tp kembali ok lps tunjuk sepit rambut baru. Hmm....kemain ko nak!

Tu jer lah masaalah dia. Tp dia suka gi skul. Boleh wat mcm2 xtvt. Pastu rajin wat latih tubi sendiri. Pastu suka kat teacher2 yg baik hati. Dia marah aku panggil cikgu, suh panggil teacher. Amboii.

Pastu dia boleh komplen kat cikgu yg kuetiau goreng tak sedap. Dia tak suka. Adoi, jujur2 pun tgk keadaan lah anak wei. Letih aku gelak dlm perut. Taleh tunjuk gelak depan dia, nanti dia moncong. kah kah kah

Balik skolah terus kemas balik baju yg nak bawak besok hari. Pilih sendiri baju mana nak pakai. Awal2 aritu siap nak bawak mekap bagai. Kemain tau. (owh semalam dia komplen ada kawan dia pakai syampoo dan bedak dia. Ambik byk lak tu. Terus dia tak puas hati. So pujuk dia ckp mebi kawan dia takde duit nk beli bedak n syampoo. Kongsi2 lah) Pastu semalam mintak bawak telekung sbb cikgu dh ajar solat.

Walopun dlm hati kecik aku masih takut dan risau, tp aku lega lah kalo nak banding ngan ada anak kawan2 aku yg langsung takmo pi skolah. Menangis meraung tunjuk perasaan. Tu lg masalah besar.

Kira dh syukur sgt2 lah walopun kena beli jiwa dan rasuah mcm2. Hmmm

Jumaat, 6 Januari 2012

track suit n legging

Masa beli seluar dina tu ari, ada satu seluar tu ketat kat pinggang. Sakit perut anak dara mek nanti. So gi tukar ambik yg lain. Bpleh tukar yg sepesen atau pesen lain yg sama harga atau pun yg harga lbh mahal. Korang top up ah duit. Eh kalo harga kurang boleh ke eh? Lupa nak nanya. Hihi.


Sesambil tukar tu, termeroyan ada stok yg best. Tp kena bawak2 mengucap. Hihi. Tambah 2 lai jer lah. Kenot tahan, kenot tahan. Huhu


Ok hat kuning depan tu naomi, shocking pin tu benetton, dan hat klabu tu H&M. Comel jek tgk dina pakai. Cam nak gi beli lg la wei. Mabuk sudah.;P

Rabu, 4 Januari 2012

TAK HABIS2 LAGI CITER KATIL

Akhirnya, anak dara mek yg ngada2 nak katil pwincess sumpah mahal tak hengat tu memilih katil pooh. Tepuk tepuk tangan. Lega hati ai taw.

Walopun dia tak kenal pooh tu karekter kemenda, tp janji kartun sudehh. Lantak ko lah nak.




Nak bagi aura pwincess tu, mek beli sticker ukur tinggi jer lah. Beli 2 set, tapi baru tempek 1 set. Nak tempek celah mana lagi tatau ler.;P


Kengkonon celik2 mata tengok pwincess. Kemain ko nak!


Owh cadar pun mek beli pooh jugak. Dah letih cari cadar pwincess yg morah. Nan hado. So, pooh pun pooh lah. Janji senada ngan katil. Yang penting morah2 jer. Hik hik

seminggu pun tak abih2 demam katil baru anak aku.;P

Selasa, 3 Januari 2012

DINA & KINDY

Anak dara mek, dina dah selamat mek hantar kindy. Rasa tiba2 mcm dah 'kehilangan' anak kecik. Huhu. Sayu jer hati. Over tau!

Tapi, tetap jugak nak ken api skolah kan. 5 thn dah, wajib dah kena belajar. Dunia zaman sekarang katanya.

Untuk membuatkan dia teruja nk g skul, mek belikan mcm2 kelengkapan skolah dia. Tp lupa nak snap semua. Beg skolah princess terutamanya, awal2 dh beli. Nasib baik tak hancur beg tu before skolah bukak.


Stoking baru. Walopun dia tak pakai kasut gi skolah (pakai selipar jer), tp aku tetap beli gak stoking, sbb dia jeles abang dia ada stoking skolah. Hihi. Oh walopun size stoking utk bdk 8 thn, tp muat jer kaki giant dia. Hehe



Towel baru. Sbb aku hantar dia sampai petang kan. Cikgu awal2 dah pesan suh pack baju tukar dlm beg dia.


Track n legging. Beli kat kedai rejek jer. Old nav* ada, plac* ada, mcm2 lg ada. Rasa mcm nak beli semua patent. Mabuk wehhhh


Syampoo, ubat gigi dan berus gigi.



toiletteries (betui ka eja ni?) bag. Senang buh semua benda dlm tu. Bedak sikat pun aku buh skali. Nak kasi senang cikgu nak handle.



Dina dan uniform skolah nya. Aku beli 2 pasang jek unifom. 4 hari pakai unifom, hari khamis baju sukan katanya. Tp baju sukan blom dapat lg.


Gambar yg aku sempat snap pagi ni. Ekceli ni hari ke 3 dia ke skolah. Hari pertama dan kedua tak sempat ak snap gambar. Kalut skt. Hahaha



Abang pn dah mula skolah hari ni. So dedua excited nak gi skolah.

Pengalaman hari pertama hantar dina ke kindy mcm nak gugur jantung aku. Punya lah berdebar. Aku ngaku mmg aku over, sapa lah yg tak over kan (tak nak kalah jgk ni).

Aku hantar dia 1 jan (ahad). Tapi hari rabu before tu aku dh bawak dia pi kindy sbb ak byr yuran daftar bla2 semua tu kan. Nak bagi dia tgk dulu kindy dia. Cikgu acah sh dia duk terus, tp dia takmo, segan. Haha

Pagi 1 jan tu aku kejut dia byk kali. Risau gak sbb dia biasa bangun lewat. Karang dibuat meragam pagi2 stress lak aku laki bini. Pujuk bangun dan mandikan ngan hot water. Hari pertama blom dpt uniform, so pakai baju biasa jer.

Sampai kt skolah cikgu dh sambut (owner kindy). Hari tu takde org sgt. Mebi parent byk yg hantar hari ni kut. Sama ngan skolah biasa buka. So, awal2 cikgu dh ajak masuk. Aku suh dia jalan sendiri tp dia diam jer. Aku tnya dia malu ke? Dia angguk. Dalam hati dh berdebar giler. Tp bila cikgu hulur tgn nk pimpin dia ok jer. Tp aku tgk muka dia dh nk menangis. Adeiiii...serius aku risau. takut dia meragam.

Cikgu sih salam mama, suh salam abah. Semua dia buat. Cikgu suh ambik beg, pastu cikgu bawak tunjuk meja. Ok jer patuh arahan cikgu.

Aku nga abah dia? Blurrrrr tatau nak buat apa. hahahahahaha

Pastu abah dia nak tunggu, tp aku cakap tak payah. Biar cikgu jalankan tugas dia. Kami cepat2 keluar. Masa tu mmg rasa jantung aku laju giler. Aku takut dia meraung dan kejar aku. Tapi ok jer. Senyap sunyi jer suasana. hahaha. Aku yg over lebih. Anak ok jek.


Pagi tu kan banjir (tiba2) so aku takleh gi keje. Kami uturn dan makan nasik kerabu dekat2 ngan kindy dia. Lps makan tu lalu depan skolah dia. Nampak suasana ok jer, ok lah gamak nya kut. Haha


Dah tgh hari kami masuk ofis (air dah surut skt). Lalu depan skolah dia. Sempat la intai2, nampak ok jer suasana. Hahaha. Kecoh jer aku ni.

So, petang tu kami ambik dia dlm jam 5 lbh. Dia tak nampak pun kami dtg. Tgh lompat2 bermain. Lega sungguh perasaan aku. Cikgu pun cakap dia ok, langsung takde masalah. Mmg lega giler2 ah. Tatau nak cakap cemana perasaan aku. Ngalahkan anak masuk U kata kau.

Macam dia cerita pasal skolah dia, mmg excited habis ah. Cikgu best, skolah best, makan best, kawan2 best. So, ok lah. Setel pasal kindy Dina.

CUma pagi2 kena psiko la tak nak bagi dia meragam bangun tido. Haha

Isnin, 2 Januari 2012

KATIL IDAMAN

Masa berjaya stop membotol dulu kan Dina pernah tagih janji nak katil princess. Dulu masa tak nak beli jumpa gak kat mana2 kedai. Pastu bila sampai time nak beli susah plk nak jumpa nya. Lagi satu, jumpa kt kb mall brand d****y, harga sampai 1k tp dia punya papan lantai tu dh patah. ERkkk...dimanakah kualiti ngan harga yg ditawarkan tu? Mcm tak berbaloi. Mek kan kedeks, so takmo lah beli yg tu.


Survey punya survey tak jugak jumpa. Dah la Dina dah besar pjg tp still tido dlm cot. Sungguh tak sesuai lah kan. Mcm mana sekali pun kena beli katil. Aku terlintas idea nak beli katil single kaler pink pastu tempek sendiri sticker princess. Kira nya tu last choice ah.


Minah yg ngada2 nak katil princess! Comot abih baju makan aiskrim.



Last2 jumpa katil kartun kat satu kedai ni. Kami snap gambar suh dia pilih yg mana satu dia berkenan.


Korang agak2 yg mana dia pilih? Hik hik. Ngada2 kan wat entry saspen. Nanti lah mek snap gambar. Kita tunjuk mana satu pilihan dia.;P


Hehe..setel 1 entry.;P

Isnin, 17 Oktober 2011

DINA & DENTIST

Lepas benti nyonyot botol tu, masalah gusi bengkak dan bernanah minah kepoh ni masih blom selesai. Walopun dah ambik antibiotik dan ubat surut bengkak tetap jugak takde perkembangan.

So kami decided bawak dia gi klinik gigi. Risau jugak sbb ni pengalaman pertama dia. Karang kecoh klinik dengan raungan nya. Huhu.

Tapi dia elok baik jer jumpa doktor. Bila doc check dia cakap mmg tak boleh buat apa dah kecuali kena cabut gigi geraham dia. Terkejut gak kami. Tapi bila doktor cakap nanah dan bengkak tu takkan sembuh dan berulang ulang, so kami rasa better dicabut lah. Risau gak sbb dia 4 thn kan, Tp doktor cakap, untuk kes2 tertentu dibolehkan. Nak tunggu gigi gugur sendiri mmg lambat ah. Nanti darjah 4@5 baru gigi tu tercabut sendiri. Lambat lagi. Dah lah gusi dah merah sangat dan merebak ke atas. Lelangit nya.

So masa ceck up tu doktor bagi antibiotik dan vitamin gusi. 3 hari kemudian baru datang cabut gigi. Memang risau nak bawak dia cabut gigi. Mesti meraung punya lah. Doktor pun awal2 dah pesan mmg kena pegang kuat2 nanti.



Malam tu kami rasuah dia makan tutti frutti dulu. Haha. Hepi sgt dpt red velvet dan topping mashmallow bunga2.


Besok nya jam 9 kejut kan dia. Bagi srapan roti canai dan mandikan dia. Sesambil tu cuba saiko kan dia. Cakap la proses nanti macam mana. Dia ok jer, Konfiden. Abahnya pulak yang gabra lebih. Geram betul dibuat nya. Siap takmo bawak anak dia pi klinik tu. Takuuut. Aduhai. Mek jugak yg terpaksa keraskan semangat.


Memula masuk tu doktor tengok sekali lg. Doktor cakap mmg wajib cabut lah. Kes kecemasan. So, memula sapu ubat perisa strawberi kasi semut2 gusi. Tapi lps tu doktor suh nurse 2 org pegang kepala dan bahu dia. Aku lak pegang tangan. Seriau weh time cucuk ubat bius tu. Meraung tak hengat anak dara mek. Jarum panjang giler. Dah lah byk tempat nak kena injek. Aku dh la takde pengalaman cabut gigi kat klinik. Hubby awal2 lg menyorok belakang aku. Hampeh betul.

Siap injek bawak dia kleuar dulu. Kasik tenang2. 5 minit gak dia sambung nangis. Pastu kasi dia main2 tepi klinik tu. Biar dia ngan dunia dia dulu. Kat hati mmg risau giler takut dia takmo masuk utk cabut gigi. Cuba saiko lg. Dia diam jer. Bila dipanggil masuk mmg kuat giler dia peluk. Pastu nak baringkan dia kat kerusi pun dia takmo lepas pelukan. Nurse dh risau dah. Tapi bila pujuk2 dia ok. Siap nganga bila doktor nak tengok.

Pastu doktor pesan walopun dh bius tp mebi dia akan terkejut gak time proses cabut tu. So, doktor suh pegang tangan dia. Aku jugak yg kena pegang. Hubby awal2 dah serender. Hmmmphh!! Bila doktor check dah terbius ke blom dia dah rilex. Lega aku tengok. Tapi masa proses cabut tu kuat giler gigi dia. Aku tengok doktor tu macam habis tenaga jer. Haha. Lama betul tak tercabut2. So aku dh tak sanggup nk tengok. Tp bila jer aku tunduk, doktor pun cakap, "Ha!!! ni gigi nya". Panjang jugak tunjang gigi geraham budak eh. Ada 3 tunjang. Doktor tanya nak bawak balik gigi ke tidak, dia geleng tak mo. Hahaha


So aku bawak dia sambung main kat luar klinik. Kasi dia cool dulu. Padahal dia ok jer. Aku yg gabra lebih.


Masa ni baru lps cabut gigi.


Pastu bawak dia pi taman main2 dulu kasi rewards sbb dia berkelakuan baik. Hahaha



Harap2 lps ni dah takde lah masalah lagu ni. Tak sanggup aku dah. Huwaaaaa. Stress okeh.

Selasa, 11 Oktober 2011

BOTOL LESS

Lega aku bila Irdina Maisarah dah berjaya stop nyonyot botol. Dah lama pujuk dia suh benti tapi kami mcm ala2 kadar jer. Tapi hati raisau gak sbb awal tahun depan dah nak hantar dia pi kindie. Macam susah lak kalo dia masih nyonyot botol.


Alkisahnya dia cakap dia sakit gigi. Dah 3 minggu. Tapi kami tak ambik pot sgt sbb gigi geraham dia ada yg rosak, bila makan, mesti masuk sisa2 makanan kan. Dah seminggu dia masih bersungut lagi, bila tengok gusi dia bengkak giler siap bernanah. Humang aih. Terkjut beruk abah nya. Mama nya rilex jer. Abah yg over.

Masuk minggu ke dua masih tak surut2 bengkak. Pastu abah nya dah geram tak kasi dia nyonyot botol. Tak nak tambah lagi kesan sampingan kata nya. Mana lah tau kut2 kuman kat botol tu kan duk bermaharajalela dlm mulut dia.

Malam tu dia tido ngan merajuk tanpa botol. Kebetulan besok nya pun sabtu cuti weekend. So kami terus ambik peluang tak bagi dia nyonyot botol. Bawak dia pi jumpa doktor. Tapi bukan klinik gigi lah. Klinik regular kami. Doktor bagi antibiotik dan ubat surut bengkak. Kami pun terus ambik kesempatan cakap doktor dah tak bagi dia hisap botol. Alhamdulillah satu hari tu dia berjaya lupa kan botol. Tapi kejap2 mintak susu. Kejap2 mintal susu. Kemaruk agak nya. Dia minum ngan gelas jer.


Pastu besok nya ahad tu kami kerja. Mmg hati risau sgt takut dia terbabas. Dah pesan kat pengasuh, dah pesan kat MIL. Harap sgt dorang bagi kerjasama. Bila balik keje tu terus tanya hisap botol ke tidak. Hihi. Dengan bangga nya dia cakap dia dah besar, dah nak skolah. Takmo hisap botol dh. Wah!!! Bangga rasanya.

So, sampai ke hari ni masih berjaya lah misi kami. Harap nya tak terbabas lah. Walopun ada sekali dia bersungut lps sembuh gusi ni nak hisap botol balik. Hahaha. Terus kena ceramah. Pastu malam tadi bila dukung bawak masuk bilik siap mengigau mintak botol susu. Hahaha.



So, mak bapak hepi2 sbb dah tak payah basuh botol susu.


No more tommee tippee




No more MAM



No more avent.



Tapi malam tadi dah pandai tuntut janji. Nak katil princess. Hamboiii bukan main lagi ko nak! Dulu kami pernah janji ngan dia, kalo dia berjaya benti nyonyot botol kami nak belikan katil princess. Haha. Masih ingat lagi rupanya.


Dah besar anak dara ku.;) Alhamdulillah

Selasa, 13 September 2011

DINA'S BIRTHDAY BASH

Sambutan besday Dina kali ni kami wat simple jer. Kalo thn2 sebelum, kebetulan ngan raya, makanya sekali harung ngan open house.

Petang semalam, mintak tolong pengasuh dina gorengkan mihun. Mek goreng nugget n fries. Keropok hubby dah siap goreng awal2. Ajak kenkawan dina n danish dlm jam 6. Tapi 6.30 kut baru dpt makan. Hihi.



Kek tema padang bola. Maklum ler, anak dara mek kemaruk ngan bola uols. Rela takmo kek princess ke bagai. Kek ni mek beli on the spot jer. Takdak tempah2. Bawak dia gi kedai kek suh dia pilih sendirik.



Baca doa dan terus nyanyi hepi besday dan tiup lilin. Kemain perasan anak dara aku.

Tengah bahagikan goodies bag utk kenkawan.

Jemputans menjamu selera.


Hadiah yg dibeli khas dari munok, thailand. Haha. Beli utk abang nya seketul. Kalo dak nanti kecoh berebut.

Happy birthday my princess. Love u. Saranghaeyo.

Isnin, 12 September 2011

4 TAHUN

Hari ni 12 september 2011 genap 4 tahun usia anak dara mek Irdina Maisarah. Syukur pada Allah kerana mengurniakan kesihatan yg baik buat nya, akal yang cerdik buat nya. Dia lah racun dia lah penawar. Penghibur hati lara.



4 tahun dulu, di kala umat islam sibuk membuat persiapan menyambut puasa, mek bertarung nyawa melahirkan nya, sesubuh safei di pusat perubatan an nisa. Memang pengalaman melahirkan Dina membuatkan kami suami isteri insaf. Macam2 kompilasi yang berlaku sampai satu tahap mek rasa tiada peluang untuk sihat. Semangat merudum. Namun semangat hubby tak pernah luntur. Sentiasa tidak putus usaha. Aapatah lagi memandang wajah polos bayi di sisi. Alhamdulillah, kesihatan yg mek perolehi hari ini begitu memberangsangkan.




Selamat ulang tahun sayang. Moga membesar menjadi anak yg solehah. Yang mampu mebahagiakan orang sekeliling nya. Amin.

Rabu, 24 Ogos 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2)







p/s: cincin raya

Isnin, 6 Jun 2011

DINA DAN GULAI KAWAH

Cuti skolah 2 minggu ni mmg jemputan kenduri bersusun susun. Kalo tak silap aku, ada 16 jemputan kut. Ker lebih eh? Sampai aku tak ingat sapa dulu sapa kendian. Kad jemputan tertinggal kat opis la. Kalo kat rumah mesti danish n dina dah wat main pondok2. So, cuti skolah adalah tidak perlu berangan angan nak gi makan angin. Tambah2 pulak jem yg hazabedah, lagi mengundang puaka. Plus rate yg berganda, lagi mengundang makian kan.

Eceh, panjang lak intro, Hehe

Semalam, ada 3 kenduri. Memula tu aku ingat aku jer sorang kat rumah tu free. Hubby, atuk dan MIL mmg ada jemputan. Alih2 akuuuu jugak yg nak kena temankan hubby. MIL dan atuk tak larat nak pegi.

Destinasi pertama ke pasir puteh kita. Kampung halaman ku. Tapi tak sempat lajak ke kampung, separuh jalan jer. Banyak agenda lain. Lagi pun JUmaat ari tu baru balik lah. Bila sampai, awal2 dina dh nampak pengantin. Pelamin nya kat bawah. Kecoh minah tu nak tgk pengantin. So, aku pun ambik nasik separuh sbb ingat dia tak selera sbb duk mabuk pengantin tu. Rupa2 nya, nasik abih dia makan (aku ler yg nyuap nya) sambil mata pandang pengantin dan mulit potpet2 tanya mcm. Bila dia sedar nasik abih, dia mintak tambah. So aku pegi la tambah, tp segan la aku nak makan sbb meja aku duduk tu sekali nga sedara mara hubby. Karang dorang tuduh aku butuk lantak lak. Dah la aku laparr giler sbb ari sabtu tu satu hari aku cherry berry sampai dehidrasi. Huhu

Pastu, hubby ckp nak langsung ke destinasi ke2 sbb dia dh tak larat nak balik rumah dulu. Tempat ke 2 ni dah dekat ngan rumah. Aku dh cakap dh ngan hubby nak makan lg sbb kenduri pertama td aku tak sempat makan.

So bila sampai kat rumah pengantin ke2, dina dh tanya, "nak makan lagi ke mama?". Aku ni takut org dengar, angguk jer lah. Ambik lagi nasik separuh. Aku ingat dia dh takmo makan. Tiba2 dia pun nak makan jugak. Dia cakap sedap gulai kawah, dia suka. Yerrr lah! So, sambil makan, sambil suap dia. Mulut tak henti2 bebel pulak tu. Siap sound kat aku, "mama, kita ni dah kenyang sangat dah ni kan?" Amboi, awak tu yg kenyang, mama ni kelaparan tau!

Dalam pada duk kenyang tu, mulut asyik nganga ker bila aku suap. Last2 aku makan sira labu jer. Adei la dina sarah ni!

Balik rumah dalam jam 4.30 tengok2 dia tertidur. Letih akibat kenyang lah tu. Bila sedar join abah nya ngecat konkrit slab pagar. Lepas maghrib, dia ikut abah dia gi beli petrol. Dalam kete (menurut cerita abah nya lah), dia merungut dia letih, nak balik tido. Mau tak letih. Makan banyak sgt!

Sampai rumah, dia tgk atuk dia tgh makan nasik. Terus masuk dapur sbb nak join makan. Gulai kawah yg tuan rumah kenduri pertama kirim utk atuk ada. Makan lagi minah tu. Siap tak cukup lauk tu. Dia kluar report ngan aku dia makan bertambah. Bila aku berleter takut dia gemuk, dia cakap dia makan sikit jer. Yer lah, sikit sgt lah tu. Budak bertuah betul. Mmg sehari hari dia tak suka makan. Membotol jer keje dia. Tapi kalo kenduri, mmg siap lah. Dia pulun abih abisan la.

Malam tadi, dlm jam 3 kut dia kejut abah dia cakap sakit perut. Nak membuang. Hahaha. Adei. membuang sambil mata terpejam okeh. Lama giler abahnya tunggu dia dlm tandas.



Hmm.. walopun begitu dina sarah tetap kesayangan abah dan mama. Hehe

Jumaat, 6 Mei 2011

MAINAN BARU

Mainan terbaru Dina.


Petang rabu tu gi pasar malam nak beli mee kuning. Langsung ternampak org jual mainan. Selalu nya aku bagi jer dia tengok, pastu tak beli pun. Hek hek


Tapi abahnya tak sampai hati. Tgk dina teruja sgt kan. Bukannya mahal pum.



Kalo boleh, tido pun nak peluk mainan baru.


Ngekor mama gi dapur pun bawak mainan gak.


Amat teruja dia. Dia buaian tu berayun sendiri, baby tu boleh nyanyi lagu twinkle2 little star.

Khamis, 5 Mei 2011

BESEN PUSAKA

Besen aluminium milik arwah moyang Dina.


Now dah jadi kolam renang dina dah. hak hak.




Wajib kalo arwah masih ada, kena hempuk dah cicit dia ni. Besen kesayangan katakan. Takut kemik. Hehe
Dulu masa Danish kecik2 pun slalu besen ni jadik mangsa.



Abahnya pun eh. Masa kecik, balik skolah panas2 tu, terus kedebum berenang dalam besen ni. Lantas kena marah. Hahaha



So, tiap kali tgk dina berendam dalam besen ni mesti kami gelak teringatkan arwah.

Al fatihah utk moyang dina. Moga mok tenang di sana. Amin