Memaparkan catatan dengan label myself. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label myself. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012

COMEL TAK ?

Akhirnya.....


Ada jugak mek gegambor masa kecik. Huhu

Mek orang kampung yuols. Orang susah lak tu. Mana nak ada gegambor masa kecik khen. Kamera pun tok kenal eh.


So, bila ada sedara yg terlebih rajin mengaplod gegambar masa kecik baru mek tau ada jugak terselit gambar mek. Tp gambar terpaksa di edit. Seksi bebenor. Walopun tika tu urat malu tak tumbuh lagi, tp bila dh tua bangka ni mmg segan la tgk gambar tak berbaju. Walopun blom akil baligh. Gitew.

Mek abadikan dlm blog personal sebagai kenangan. Ramai yg komen rupa mek sejibik macam Dina. Tp mek rasa takdak pun. Tatau ler. Korang tgk ler sendiri.


Masa ni umor berapa tatau. Kecik benor lagi ni. Tektek pun blom tumbuh. Hua hua hua. Kemain mek posing. Orang darat kamera lah katakan. Hik hik




Ni pun lokasi yg sama. Air terjun Jeram Linang. Dekat jer ngan rumah. Dalam gambar ni kak M dan kak I pun ada sama. Tp kak I dh pakai baju time ni. Agak nya tektek dia tah tumbuh kut? hua hua hua.



Masa ni dh rumaja okeh. Tp masih lagi skolah rendah kut. Wah, sopan santun mek. Macam ustajah. Hik hik



Comei tak mek? Aku rasa comel jer. Hahaha.

p/s: perahsan!!!!!!

Isnin, 27 Februari 2012

KALAU TAK KURUS LAGI TATAU LER


sky cycle hat aku beli kt bundle. Ari tu kemian semangat gi oga@a, tap non hado. Agak nya dah takde kut. Aku malas nk tanya bebudak SA dia. Makanya tiap2 kali aku lalu kedai tu aku kecewa sendiri.

tp ptg semalam, lps pick up dina kat skul, aku ajak hubby singgah kedai perabot bundle. Nak cari katil single kayu solid untuk atuk. Kalo kedai perabut biasa susah nak jumpa. Kalo ada pun wajib mahal giler.

ekceli my hubby yg jumpa menda nih. Excited dia panggil aku. Bila aku pi tgk, Dina tgh gigih mengayuh. Pastu siap merengek rengek mintak abah dia beli kan. Ko ingat ni basikal bmx ker?

pungpungpang terus bayar pitih. Budak kedai tu terus angkut dlm lori dan folo kami balik. Hehe. Senang jer urusniaga petang semalam.

So, aku letak kat living room. Area lepak dan tgk tv. Senang aku nak feel citer korea. Tak yah turun main badminton dah. Kayuh jer menatang nih.

memula tu try 5 minit. Hazab giler nak cukupkan 5 minit. Semput aku weiii! Rest kejap tgk tv dan masak. Pastu smbg balik kayuh sambil tgk korea. Nak cukup kan 10 minit tu mmg mintak nyawa. Dah la kena gaduh ngan dina berebut giliran.

Setakat hari pertama mmg puas hati lah. Tengah semangat ni kan. Berpeluh giler. Lencun satu badan. Lengan gemok aku pun basah. Sukaaaaaaaa

Harap nya aku tak jemu la. Mmg sengaja dh taruk depan tv. Tak nak bagi cepat bosan.

Kalo tak kurus jugak aku makan la 'gajah putih' ni. Huhu

Khamis, 19 Januari 2012

JADUAL SEORANG MAMA BERANAK 2 YANG SUDAH BERSEKOLAH

Dah lama aku nk tulis pasal ni, tp cam biasa ah, asyik malas sajork.

Tapi ari ni mood sudah mari. Besok2 dah tua boleh baca awat aku meroyan sesangat.

Aku tau orang lain lebih penat dari aku. Tapi aku tetap nak cerita pasal aku gak. Tak kira.

Oke, kita mula kan ngan hari minggu.

Jumaat
-Sapu rumah, tangga, laman (kalo rajin mop lantai ngan basuh bilik air)
- Basuh kasut skolah danish
-kutip kain baju humbang dlm mesin
- kutip kain baju yg dh kering lipat atau hanger masuk dlm 'bilik' masing2
-sarapan
-tgk tv kejap
-masak utk tgh hari
-makan anak beranak
-siap kan danish nk pi masjid (towel baju melayu semua kan sediakan)
-mandikan dina (minah ni susah mandi pagi)
-solat zuhur
-jemur kain
-lepak dpn tv (atau kenkadang sambung jahit manik)
-solat asar
-jaga kedai
-tolong hubby berkebun (now projek kandang itik pulak)
-masak2 utk dinner
-kerah anak2 mandi
-kerah anak2 solat dan mengaji
-bagi danish makan, suapkan dina makan (kalo tak suap lgsg takmo makan)
-solat isya
-dinner laki bini
-kalo tkade pape baru boleh rebah blkg

Sabtu
-pegi pasar (kalo jumaat takgi, sabtu kena pegi)
-sapu kemas rumah
-iron segunung baju stok seminggu (mkn masa 2 jam lbh)
-masak2 utk lunch
-lunch
-kerah anak mandi
-kerah anak wat homework
-solat zuhur
-lepak kejap
-solat asar
-jaga kedai
-tolong hubby berkebun (punggah kelapa tanam serai tanam nenas tanam kelapa dan mcm2 xtvt, projek kandang itik lg)
-masak utk dinner(takde skip masak okeh, walopun kdg2 kami tapau makanan luar, tetap kena masak gak utk MIL dan atuk. Huwaaaa)
-kerah anak mandi
-kerah anak solat dan mengaji
-sambung ajar homework anak
-susun buku skolah danish
-simpan beg kindy dina
-siap semua kasut stoking belt danish
-lepak tgk tv dan tido

Hari kerja
-bangun solat subuh
-kejut danish
-bakar roti utk danish
-wat air milo bekal utk danish n dina
-10 kali kejut dina
-layan dina meragam sbb ngantuk malas bangun
-mandikan dina ngan air suam
-dress up dina
-siapkan roti bakar utk danish
-ambik beg2 semua letak kat tangga
-kerah anak sarap cepat2
-pakai baju dan mekap lbh kurang
-drop danish kt skolah
-drop dina kt skolah
-kerja
-balik keje ambik dina (danish MIL dah ambik)
-layan angin dina kat kedai mana2 dulu
-punggah semua beg2
-solat asar
-basuh tgn baju keje nga 'anak2 dia'
-setelkan beg kindy dina
-masak utk dinner
-kerah anak mandi, mengaji
-bagi danish makan dan suap dina
-solat isya
-dinner laki bini
-teman danish wt homework
-siap kan beg skolah danish
-tgk tv dan tido


Hiks...sikit jer kan? Tapi aku penat gilerrrrrrr. Rasa mau patah pinggang. Dan rasa nak nangis kadang2. I'm not a supermak, but must acting as supermak. Huwaaaaaaaaa. Demi keluarga, ku tempuhi jua. Kalo aku tak buat, sapa nak buat? huhu

Husband tetap tolong. Tp kdg2 aku rasa penat sgt2. Kalo time cuti skolah rasa heaven giler. Huhu. Dan kalo penat sangat aku jadi pemarah. Marah anak2, marah husband, membebel tak tentu pasal. Macam orang sewel. Tp tu jugak cara nak lepaskan tekanan.

Korang cemana yer?

Selasa, 17 Januari 2012

NOMBOR MISTERI

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Korang yg bijak pandai....
Tolong selesai kan masalah misteri nusantara aku neh

Hari ahad (eh masuk isnin dah kan sbb dah jam 12.13am)
Henfon aku bunyik kreng kreng.
Tanjat boboi tau. Aku dah la baru nak lena. (mlm tu aku tertakut sbb tgk citer 49days tu kan. Saspen. So, aku duk teringat2 babak yg aku takut tu padahal bukan citer seram pown)

Dalam mamai tu aku tgk nombor pelik kluar kat skrin henfon. Aku tanya hubby, nombor sapa pelik ni? Hubby pun mamai gak. Dia cakap, angkat jer lah kan. Banyak tanya lak. Hiks

So aku pun dengan saspen cakap 'hello?'

Belah sana bunyi nafas org jer. Aku ni, 'hello?'

Pastu sore pompuan merdu jer cakap 'hello'

Aku balas balik 'hello?'

Dia pun balas 'hello'. ni mau sejuta kali hello ni. Tetiba dia senyap. aku duk hello2 sensorang.

Saspen sungguh. Takkan lah hantu call aku kan?

So, kalo korang tau nombor pebenda lagu ni

65 9858 6138

Sila lah bitau aku, supaya hidup ku tidak diselubungi misteri.

Seumur hidup aku tak pernah tengok nombor telefon lagu ni.;P

Ahad, 15 Januari 2012

KACAU

Semalam aku gi pasar. Pastu lalu depan kedai kek. Ajak hubby riki2 kek utk besday anak bujang nati. memula tu nak tgk2 jer, pastu pikir2 malas dh nak dtg balik. Terus order. Hari yg nak tu dtg pick up jer.

Prung prang prung prang setel kat kedai kek. agenda lain lak diteruskan.

Tapi dah on de way balik tu baru teringat. Awat aku pi ckp kat minah kek tu umur anak 8 thn. Aku nak sambut birthday anak yg ke 9. Hadoyaiiii. Awat kacau haru biru sgt ni. Malas dh nak pusing balik pi betulkan.

Pastu mula lah meroyan kat suami suh call kedai kek. Nak call sendiri malu lah pulak. Aku mmg pemalu tak bertempat. Huhu

Hubby cakap ok, nanti dia call. Sampai la ni masih tak call2. Huhu

Kalo korang tengok aku aplod gambar kek dengan angka yang salah, makna nya hubby aku tak call kedai kek lah tu. Hik hik

Sadis!

Isnin, 14 November 2011

BESDAY PREZZIE

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Rabu, 2 November 2011

KONFEM 33

Alhamdulillah, syukur. Diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas lagi di bumi tuhan ni.
Today, mek dah 33 tahun.

Erkkkk??? 33???
Tua dah ker?
Awat mek rasa mek muda remaja lagi?
Sungguh tak sedar diri. Hik hik






Walopun baru 33 (ehemmm) rasa nya dah terlalu banyak menikmati nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Syukur sgt2. Walopun bagi org lain, apa lah sgt kan. Tapi bagi aku mmg syukur tak terhingga. Kita manusia biasa. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Allah tak bagi semua. Makanya wajib bersyukur dengan rezeki limpah kurnia NYA. Alhamdulillah.


Terima kasih buat rakan yg wish. Sungguh touching n ver der terharu okeh. Mekasih semua. Doa kan yg terbaik utk mek dan moga mek pun boleh berikan yang terbaik untuk semua. Insyaallah

Pagi2 hubby dah wish. Pastu tanya nak hadiah apa. Sebab merajuk (gaduh bodoh2) aku taknak pape, takde perasaan. Huwehhhh...org tua merajuk mmg buruk. Tapi lantak ah dah rasa nak merajuk kan. Pastu dah terima jawapan tak nak apa2 (betul ke aku tak menyesal ni????) terus di beri tazkirah akibat marah dan merajuk. Hambek sedass!!

Terus merajuk lagi. Huhu.

Sampai bila aku nak merajuk ni? Hadoyaiiiiiii

Isnin, 22 Ogos 2011

LUNCAI

Luncai tu apa yer?

Walopun aku selalu dengar peribahasa, 'biarlah luncai terjun bersama labu2 nya' (maaf kalo tak tepat, tapi aku lupa yang sebetulnya).

Hmm...korang berblog untuk apa?

Kalu aku, blog adalah catatan peribadi. Macam diari. So, apa yg aku buat, aku beli, aku rasa, aku fikir, ada aku catat dalam blog. Sebagai kenangan. Tapi blog bukan diari. Diari lebih peribadi. Hanya kita yg baca apa yg kita tulis kat diari. Tapi blog ni orang lain boleh baca. Dari ceruk mana dunia pun orang boleh baca asalkan kita tak 'kunci' nya.

Kadang2 aku terlupa tentang itu. Seolah olah blog tu aku sorang yang baca. Maklumlah, pengkomen pun takde. Lagi la buat aku terlupa. Makanya kadang2, aku menulis entry syok sendiri. Bukan sekadar luahan perasaan tp ianya juga kenangan peribadi. Kan kat blog boleh taruk mcm2 terutama nya gambar. Dalam diari takde gambar.

So, sempena bulan ramadan al mubarak ni, aku nak mensuci kan hati. Takmo sentap2 dan takmo pikir yang negatif. Makanya dengan rasa rendah hati aku nak mohon maaf andai kata ada entry dlm blog aku ni mengguris perasaan sapa2. Mungkin aku tersalah buat orang menyampah. Mungkin aku ter show off benda yang tak sepatutnya. Banyak kemungkinan. Jadi aku mohon maaf dengan ikhlas.

Maaf kan aku yer.

Ahad, 10 Julai 2011

DAN MEK PUN KEMBALI GASTRIK

Dah 4 hari (hari ni hari ke5) hidup mek huru hara akibat gastrik.

Bukan tak biasa kena serangan gastrik, tp kali ni lain macam sikit. Biasa nya kalo kena, mesti senak ulu hati. Mmg sakit giler. Mek tak amal kan makan ubat pun. Biasa nya baring kasi belakang rehat. Atau pun mintak hubby picit belakang. Minum susu panas. Separuh hari dah 'setel'

Tapi kali ni bukan sakit perut. Mula nya sakit kepala. Ingat duk mengadap pc dan novel tak henti2. Pastu rasa loya nak muntah. Mek bertahan jer wat tatau. Tapi malam nya langsung tak boleh tido. Rasa rimas, rasa mcam lelah. Dan xtvt seterusnya adalah masuk toliet. Muntah dan muntah sampai lembik. Besok nya bersambung mcm tu jgk. Gagah kan diri masuk ofis tp mmg surrender ah.

Hubby bawak gi klinik. Doktor injek sedas. Darah ok. Kenaling weh. Ingat mek darah tinggi. Tapi bacaan just 111/65. Bacaan bawah agak rendah sikit sbb kebiasaan mek punya bacaan 70. Tapi doktor cakap ok. Maka nya ok lah kut. So doktor saspek gastrik lah. Injet sedas bagi tahan muntah. Balik rumah makan kuetiau sup dan tido. Tido mati hokeh. Langsung tak sedar. Anak balik skolah ka, dina tgk kartun ka, hubby ngan anak2 lunch ka. Mmg langsung tak sedar. Sedar2 dah jam 5 ptg. Hulaweiii lama betul mek tido.

Sedar2 tu perut lapar giler. Sambung makam lg kuetiau sup tadi. Mek mkn skt2 sbb bimbang muntah balik.

Now dah ok, cuma mmg sepanjang hari rasa pening dan loya. Cuma boleh bertahan la. So, mek ambik ubat gastrik secara berkala. Macam hubby buat dulu. Harap2 nya cepat2 lah ok.

Tak tahan weh, mcm mabuk mengandung rasa nya. Seluruh alam berpusing.

Rabu, 6 Julai 2011

GEMUK DAN KAYA

Hiks...keles tajuk kan?

Opismate mek selalu perli,
"buat apa mu sibuk2 nak kurus, gemuk la ok, nanti orang ckap mu kaya. Kalo kurus orang cakap mu miskin, tak cukup makan!"

Tudiah statement dorang!!!!

Memang mengundang makian mek betul lah dorang ni. Dorang tu, melantak tak hengat donia tapi kurus kerempeng jer. Mek ni, pagi2 makan biskut mayat cicah milo kosong jer. Tak kurus2. Aduhaiii! Sakit jiwa aku di buat nya.

Oke, masuk lg bab gemuk dan kaya.

Sabtu lepas gi kb mall. Saja jenjalan. Lepas temahkan hubby sopim baju sluar keje dia, mek masuk lady department lak. Nak cari tiset tangan panjang tp jenis yg gedobos. Bukan apa, bila ada xtvt kat opis rasa sengan lak nak pakai inner or baju sempit2. Padahal kenkadang mek sauk jer. Opis mek tu kan org2 veteran dah semua. Rasa kurang elok pulak. Aduh, pjg mukadimah nya haih!

Cari punya cari baju tapi tak jumpa. Kalo saiz xl sekali pun punya lah kecit dan sengkat. Letih mek mengharung lepas satu table ke satu table. Tapi non hado. Letih ada lah.

Pastu mula la mek membebel kat hubby
"dorang ni, buat baju takde saiz aku pun, dorang ingat aku takde duit ke nak beli baju eh?"
bukan la membahasa kan aku kat hubby tapi ayat tu lebih kepada merungut.

Korang tau apa hubby mek jawab,
'ntah, dorang tatau ke orang gemuk la kaya banyak duit!"
selamba tak boleh blah hokeh.
Adeii...gelak galak sakan mek laki bini. Padahal lebih kepada gelakkan diri sendiri yg gemuk.

Pastu sambung lagik cerita.
Mek kluar ngan bff mek. Jugak menyinggah ke kb mall. Misi mencari baju diteruskan.
Pastu mek cam biasa membebel susah nak cari baju saiz gedobos.
Dorang ni apsal tak buat patent loose eh. Patent fit2 mana sesuai ngan makcik2 macam mek ni. Geram weh!

My bff pun sambung bebelan mek
"ntah dorang ni, dorang tatau ker budak kecik2 ni takdak duit nak beli baju sendiri. Cer buat baju besar2 sikit utk org2 kaya yg banyak duit! Doang tatau ke orang kaya ni body besar2?"

Masa mek dengar dia membebel tu, mmg letih aku gelak. Adeiii. 3 kali statement keji mek dengar. Hahaha

Semua statement tu tak betul lah ekceli. Saja jer nak pujuk mek dorang tu. Padahal aku tensen giler tak jumpa baju saiz aku yg selesa. Hmmm

Rabu, 27 April 2011

MENGEJI ATAU MEMUJI

Korang suka yang mana?

Macam aku lah kan, aku ikut mood.

Contoh nya, kalo aku kena keji sokmo takde bab lain, mesti bab gemuk.
Sampai kadang2 aku nak ajak org yg mengutuk tu duk sekali ngan aku.
Tengok apa aku makan, apa aku buat.
Baru dia tau nak mengeji ke nak memuji.

Kadang2 mcm dah imun bila kena keji ni.
Tapi kadang2 rasa nak bagi penampar.
Mula lah satu hari tu rasa down giler.
Mula lah rasa takde keyakinan diri.
Mula lah rasa semua orang lawa, aku sorang jer yang hodoh.
Bengong kan?

Tapi aku manusia.
Normal lah lah aku berperasaan gituh


Akan tetapi, aku rasa baik di keji dari dipuji.
Sebab yang mengeji itu berkata benar.
Cuma penyampaiannya yang telus membuat kan aku sentap.
Padahal itu lah kebenarannya.
Cuma aku jer yang tak boleh nak terima kenyataan.
Hik hik

Bila dipuji, aku rasa lebih dikeji dari yang mengeji.
Sebab nya, orang yang memuji itu berpura - pura.
Dia menyindir.
So, itu akan buat aku rasa lagi tak selesa, lagi sakit hati.

Contohnya,
'eh lawa la mu sekarang'
padahal? Hazabedah.
Kita sendiri tau.
Kita sendiri boleh menilai.
Orang2 itu sekadar berbahasa.
Atau sekadar memancing mood utk mempergunakan kita.

Makanya, musahabah lah diri sendiri kaedahnya.
Kalo dah diri hazab, jangan duk feeling2 anjelina jolie.
;P

Khamis, 21 April 2011

SAHAM BANK RAKYAT

Korang dah beli?



Mek sudah.


Hari tu pergi berdua ngan hubby. Dengar khabar kat kb Q nya pjg giler. Kat kubang kerian kuota 20 org jer sehari. So, pergi jerteh jer lah. Jerteh tu terengganu hokey! Jangan tatau. haha.

Sebab mek tadek akaun bank rakyat, so kena buka buku dulu. Baru boleh beli saham nya. Menunggu agak lama sbb ramai yg blom ada akaun. Jarang yg nak tambah pelaburan. So, abih segala beg2 org dlm bank tu aku duk tgk. Baju dia, tudung dia. Ololoolo..beg coach minah tu lawa giler. Berair mulut mek nengok nya haih. Wakakak. Di samping main cookiedozer dlm iphone. Syok tau.

Oh aku tatau masih boleh beli ke tak sekarang sbb dana dia hanya 1 billion. Kalo cukup dana dorang akan stop. Sorang boleh beli just RM 500 jer. Kalo tambah pun banyak tu jugak.

So, apa lagi, cecepat ler gi beli. Ok la ada pelaburan gini selain dari asb.

Rabu, 20 April 2011

MOOD HURU HARA BERCAMPUR BAUR

Bila mood huru hara, terus mcm malas nak apdet blog. Byk benda aku nak taip, tp malas aplod gambar. Pastu malas nak edit.

Pastu bila internet weng, terus rasa nak bertukar jadik hulk hogan. Ada masa rasa selekeh rambut mengerbang mcm hantu kak limah. Serabut aku. Tiap 2 saat kena refresh. Wahai org2 berkenaan, biler le kome nak baiki kasi elok internet ni wei. Batak aku menunggu hari2 nak setelkan keje. Konon semua nak online, tp prasarana hampeh. Masing2 lps tangan. Rasa nak sekeh jer sorang2. Huhu

Pastu serabut lagi ngan audit sirim. Walopun aku tak terlibat secara langsung, tp tetap la kena menjerumuskan diri. Macam2 hal buat aku pening sampai nak muntah rasanya.

Kalut2 ngan sirim tu byk projek nak kena siapkan jugak. Semua nya versi tergesa gesa, byk benda nak kena kejar sbb tu kena tergesa gesa. Sepagi semalam berpanas dihurung org ramai masa site visit. Letih menulis dab menjawab pelbagai soalan. Pastu kena siapkan dokumentasi. Nak kena susun dan edit buat aku pening tgk angka kecik2 tu. Eh macam la aku sorang bekerja kan? Korang pun keje jugak. Hiks

Isnin, 18 April 2011

HMMMM...

Internet yg 2 saat sekali putus mmbuat kan mood nak apdet blog terus hilang.

Tensen bila keje tak leh nak setelkan akibat kekangan internet. Bila internet nak laju ni wei? Aku tnya sapa ntah. Benci tau bila keje asek kena tangguh jer.

Isnin, 11 April 2011

COMPACT POWDER

Dah tua bangka baru terhegeh hegeh nak beli compact powder. Kesian mek tau.


Dedulu, masa muka mek gebu (wahh...ambik baldi sorang sebijik, pegi muntah!!), takde nye aku nak pikior bedak kompek ke haper. Selamba jer taram bedak debu dina. Tu pun tak habis2. Ada aku kesah tarikh luput nya.


Akan tetapi, bila sudah tidak mengambil 'hormon' itu, jerawat gatal dah mula menyinggah. Huduh benar muka mek yg dah sedia tak comel ni. Huwaaaa!! Masa tu baru menggelupur nak ambik tahu pasal produk wajah. Padan muka la my fren kata.

Dulu aku selalu kutuk dia membazir beli bedak chan.nel. Mengada ngada aku cakap. Comel nya tidak. Ya ampun. Syok tahu kutuk rakan baik. Wakakak. Sekarang, rasain, my fren cakap dengan mek.

So setelah duk tnya kenkawan bedak apa yg elok, mereka mensajes pakai ni jer dulu. Lagi pun aku kan kedekk!! Hik hik



Ini ajer lah yg mampu. Dan harap muka mek kembali gebu dan bercahaya, bior ampuh dgn duit membeli nyer. Huwaaaaaa!!



Eh, hari ni rasa berseri2 jer muka. Tambah2 pakai lipstik baru cap 'sidi'. Wallah. ;P

Ahad, 3 April 2011

MISS P

Awat Cik P main sorok sorok peek a boo pulak ni?
Mek dah cuak neh.
Moskelllll
Jangan la main acah2 gini.
Huwaaaaa


adeiii serabut aku.
Karang nak pi beli tester lah!

Rabu, 30 Mac 2011

Ahad, 27 Mac 2011

MAKIN LAMA

Tatau kenapa.
Makin lama makin malas nak apdet blog.
Why ah?
Blog adalah satu medium utk aku mencurah rasa
blog berbeza ngan fb
kalo kt fb aku menghadkan perkara2 tertentu sahaja
walopun kat blog bukan semua yg berlaku aku tempek
tp fb dan blog dua medium yg berlainan bagi aku

Bukan takde benda menarik dlm hidup aku
tapi malas nak buat entry
malas nak snap gambar
kalo ada gambar lg syok apdet blog
tp malasssss
huhu

korang mandrem aku utk rajin apdet blog hokeh!

Selasa, 15 Mac 2011

BILA SUAMI ANDA BERGURAU BIAWAK

Gurau biawak = gurauan sedikit terlampau

Huhu

Semalam, balik keje, terus solat asar sama2.
Usai solat landing jap lepas lelah lah konon.
Membebel isu apa ntah tak ingat.
Tapi terselit isu gemuk. Hua hua hua

Lantas si suami bertanya pada isteri;
"Mama dah takmo mengandung lagi ker?"
Sang isteri terkedu tatau nak jawab apa.
Huwaaaaaaa

Rasa sedih
Rasa bersalah
Rasa takut
Macam2 rasa si isteri rasa

Lantas si isteri merajuk (padahal si isteri tatau mcm mana nak bereaksi)
Si suami terus gelak
Kata nya dia hanya bergurau
Yer lah tu bergurau
Macam la si isteri tak paham

Hmm...
Si isteri bukan takmo mengandung lagi
Tp serik dengan 2 kehamilan sebelum nya masih terasa
Mcm2 serik, tak yah cerita lah
Tapi yang penting memang betul2 menjejaskan kesihatan lah
Dan suami paling tahu pasal tu
Alhamdulillah dah dapat anak sepasang


Tatau lah isteri nak komen apa
Masa dan keadaan menentukan
Ikut kan hati, dan nasihat doktor cukup lah dengan 2
Tapi mana tau ada rezeki di masa hadapan
Semua nya kerja Allah

Andai ada rezeki, isteri redha dan bersyukur.

Ahad, 20 Februari 2011

DATING

Dah lama tak kluar berdua malam2. Hehe
Bila dah anak dua, bila dah berumur, bila dah obesiti, mmg penat nak kluar2 ni. Hehe
So mlm jumaat lepas, duk borak2 ngan hubby, tetiba terus wat rancangan nak kluar.
Tapi nak kena tunggu anak2 tido dulu.
Dalam jam 11.30 kut dina baru tido. Kami pun tgh syok tgk criter apantah kat tivi.
Last2 hubby suh bersiap.
Bukan bersiap make up ke hapa.
Tukar baju jer.
Takkan nak kluar pakai kaftan kut.
Kalo kaftan sutera mahal tu ok la.
Ni kaftan 10 hengget beli kat pasar minggu. Hihi
Dan terus hangkut dina taruk dlm bilik nenek dia. ;P


Bila dah larut malam mcm tu, takde tempat nak tuju dah kecuali pasar malam wakaf che yeh. Kalo tak silap dorang berniaga sampai 3 pagi kut. Tapi tak sure lah.
Musim2 gini tak ramai org.


Gegambar yg sempat ku snap. Maafkan kualiti gambar. Pakai henfon sajork. Tu pun sambil berjalan. Tak kuasa nka benti utk snap. Malu aii.;P






Tengah pusing2 tu, terjumpa gewe apek (cik jejari runcing). Ngan 2 org kawan dia. Tapi segan lah nak tegur. Hihi. Tengok jer lah.;P

Dah puas pusing tu, tatau nak biat apa dah. Dalam sejam lbh kut kat sana. Kami pun decided kluar dari situ. Singgah minum kat mana2 ker dulu. Pastu pikir dah lewat malam ni, takkan nak minum ayaq manis kut. Bali rumah jer lah. Taram air mineral dlm kete je. Hehe

Seronok jugak dating berdua tanpa anak2. Jarang2 boleh dilakukan utk menyemai kaseh sayang katanya. Hehe