Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Isnin, 26 September 2011

POT LUCK RAYA

Disebab kan ofis kami tak buat open house raya. Maka nya kami staf gegirl pakat ramai2 buat pot luck raya. Lps masuk balik keje syawal ari tu, ramai2 pakat puasa ganti dan puasa enam. Seronok puasa ramai2 walopun balik berbuka kat rumah masing2. Hehe


Kami bergambar bersama buat kenangan. Sbb hujung tahun ni ada yg dah pencen. Ni jer semua staf pompuan kat ofis mek. Gaduh pun hat ni, kamceng pun hat ni. Takdak dah yang lain.



Tengok betapa rajin nya mek merewang. Hihi.;P

Ni feveret semua orang. Rojak buah. Ada sorang staff tu mmg pakar buat kuah rojak nya. Sampai termimpi mimpi u. Oh buah kedondong tu mek bawak dari rumah.


Macam2 dorang masak. Nasik putih dan nasik minyak masak kt ofis jer. Ada yg buat kuzi ayam, ayam masak merah, roti jala, makaroni bakar, puding, agar2. Tapai pulut. puding koktel. Ketupat pulut. Tapi sebab mek tak pandai masak dan MALAS, mek beli frozen kek jer. hehe. Senang dan cepat. Jugak sedap.


Macam2 biskut raya dok ada. Semua sedap2. Pandai2 semua ofismate mek masak. Mek sorang jer terbabas dari trek. Hik hik


So, jamuan hari tu mmg best. Semua orang dapat makan. Best sgt2.

Selasa, 20 September 2011

OPEN HOUSE JAJAHAN

Macam acara wajib jer. tetiap tahun bila masuk syawal, setiap jabatan kena bukak gerai masing2. Masa meeting, wakil2 jabatan dh di bagitau menu apa yg wajib di sediakan. Senang. Kali ni opis mek kena sediakan nasik ayam jugak. Macam tahun lepas.



Setiap jabatan diberikan gerai masing2. So suka hati mak bapak korang lah nak hias cemana. Ada pertandingan gerai tercantik jugak. Yang tentu2 nya tidak di menangi oleh ofis mek. Hazabbbb.


Persiapan gerai.



Pemandangan gerai kami. Kali ni kami dapat gerai hujung. Takdak lah panas terkurung sangat. Ok lah kan deco2 tu. Ada ketupat ada scallop merah lagi. Haha. Malas nak berhias over2.



Makanan yg ada. Cendol, air tebu, air roselle, murtabak, satay, puding, rojak buah, kerang bakar, aneka laksa, nasik minyak, nasik ayam, lontong, popia, cekodok, ketupat, tapai dan macam2.

Melepaskan lelah sementara menunggu waktu makan bermula. Haha



Sebahagian dari kami. Muka belengas giler okeh. Panas. haha

Rabu, 14 September 2011

OPEN HOUSE OPIS

Ekceli opis mek sendiri takdak open house ini tahun. Sbb next week ada family day. Kira sekali harung ngan family day la kan. Sbb masih bulan syawal katanya.

Tapi hat ni, semua jajahn berhimpun kt HQ. Masing2 dah dpt gerai dan menu. Opis mek kena sediakan rojak mee dan rojak buah.

Mek pergi dh lewat. Dalam jam 12 kut. Banyak makanan dah habis. Lagi pun jam 1 tu masing dah sibuk nak kemas gerai.

Macam2 makanan ada. Sempat makan mee kari dan mihun soto. Minum ayaq kelapa. Pastu menda lain rasa dah tak boleh nak telan dah.

Seronok jumpa kenkawan from daerah lain. Banyak benda boleh borak.


Sempat bergambar nag ex opismate. Rindu ngan masakan dia. Dulu masa satu opis, dia suka masak. Dan tentu nya mmg sedap.;)



Lepak2 makan mee kari.




Aik awat terkecik lak gambar ni. Muka mmg belengas giler. Lantak arr. :P

Rabu, 7 September 2011

EID 2011 - DAY 2

Hari kedua aidilfitri berkesempatan landing balik lps subuh. Nyaman nya rasa. Haha


Pastu bangun pakat2 ngan hubby kemas rumah, mop lantai, basuh segala perkakasan. Pastu masak lebih kurang utk sarap.

Posing sket utk 2nd day aidilfitri. Hik hik


Jam 11 pagi baru berkesempatan menziarahi pusara. Al fatihah buat arwah bapa mertua, nenek dan atuk hubby.


Balik dr kubur singgah rumah sedara hubby yg dekat2. Lepak2 lebih kurang balik rumah sbb jam 12.30 nak gi kenduri kat bukit marak lak.

Tengah bersiap2 nak gi kenduri, rumah mek kena serbu. 7 bijik kereta uols. Penuh rumah mek. Takpe, tetamu datang bawak rezeki. Lagi pun time raya gini lah masing2 ambik peluang mengeratkan silaturahim. Sembang2, minum2, makan2, dorang berangkat balik. Kemas rumah lebih kurang kami pun berdesup pi kenduri.

Balik rumah sempat rest kejap. Pastu tetamu masih datang silih berganti. Meriah sungguh raya tahun ni. Lagi pun mek tak buat open house, so dorang dtg ikut masa kesesuaian dorang la kan.


Hampir maghrib opismate dtang beraya. Ekceli dorang suami isteri ni junior mek masa skolah dulu. Lagi lah kecohkan. Macam2 benda nak borak.


Tengok dina buat perangai. Atas meja pun dia duduk. Haish budak ni.


Me n my junior.


Oke, berakhir lah raya ke 2. Tido mmg best bila tubuh penat sgt. Hehe

Isnin, 5 September 2011

EID 2011 - DAY 1

Pagi raya agak terlewat bangun. Huwaaaa!! Dah la byk keje tak setel. Hari sebelum tu mmg banyak giler keje. Kalah bibik uols.

Dah la mek keje half day. Balik rumah terus operasi potong ayam 3 ekoq. Lps setel ayam gaul dgn perencah sate. Bergegas solat zuhur terus sambung cucuk sate. Sebesen besar agaknya dlm 300 cucuk kut. Sorang diri okeh. Hazab betul.

Sementara hubby bawak MIL ke klinik (mak mertua ai deman yu), mek sibuk mengirai roti jala lak. Walopun hanya sekilo tepung, tp sebesen yu! Mao patah pinggang. Huwaaa. Nak menagis rasa. Tapi kerana niat nak menjamu orang di pagi raya, mek redho jek la. Huhu

Pas abih kirai roti jala, sambung cucuk sate daging lak sesambil rebus ketupat nasi. Pastu sambung masak utk berbuka. Orang azan maghrib mek kalut buat benda apa ntah.

Lepas berbuka, rest kejap. Pastu sambung kemas rumah. Teman suami dan anak2 main bunga api dan mercun. Takde guna beli kalo tak cucuh malam raya kaedahnya. Jam 9.45 terus naik kete balik kampung jap ambik kuah sate. Mek mintak belas ihsan kakak jer kuah sate. Bayangkan 45 minit sehala perjalanan. Hampir 12 malam baru sampai rumah sendiri. Huwaaa. Badan penat giler. Terus masuk tido.

Besoknya, bangun meng'kari' daging dan kentang. Kuah roti jala. Hubby take over sapu rumah dan mula bakar sate. Mek sesambil kat dapur sesambil meng'serve' meja. Lupa plak cawan piring blom lap. Aduhaiiiii. Orang balik masjid mek baru hegeh2 nak mandi. Letih betul. Tapi dah nama nya raya kan, hadap jer lah. Hik hik



Meja makan mek pagi raya. Masa ni sebelum kena serbu.


Antara tetamu yang awal. Lps tu tak putus2 orang berkunjung. Mek pulak, masuk keluar dapur buat air. Pastu ulang alik masuk dapur basuh pinggan cawan. Hik hik

Posing tetap posing. Wajib di pagi raya walopun muka dah belengas giler. Macam mana nak menten vouge kalo kalah bibik masuk keluar dapur? Cer citer.


Family potrait. Nasib baik Dina bagi kerjasama. Takmo ambik gambar minah tu, mengada betul.


Jam 12, takmo tunggu dah. Mesti nak balik kampung mek. Adik beradik dah penuh rumah kakak berkumpul nak jumpa jumpi. Kebiasaanya setelah arwah ayah dan emak takde ni, mmg kami berkumpul kat rumah Kak M waktu tengahari. Senang lps tu tak payah pegi rumah sapa2 dah. Kumpul, gossip2, makan2, bagi duit raya, salam2 dan bersurai.

Sebahagian keluarga besar mek. Tahun ni tak sempat bergambar elok2. Kalut semacam ntah.

Balik rumah dah jam 3 kut. Rest kejap pastu sambung layan tetamu. Masa petang dah habis sate nya. Naseb baik mek back up ngan roti jala. Serta kacang dan maruku.

Malam sambung main mercun pastu terus ke lalaland.

Isnin, 29 Ogos 2011

ALL ABOUT RAYA

Fuhhh...semangat nak beraya sudah lama meresap ke dalam jiwa. Hik hik

Selamat hari raya uols. Maaf kan mek andai kata terkasar bahasa atau tersilap bicara. Jemput datang beraya ke rumah mek uols.

Semalam adalah ramadhan yg paling hepi. Balik kampung berbuka dengan adik beradik dan anak2 buah. Penuh hall dan gegak gempita. Ada snap gambar tp malas nk aplod. Dan bila reramai cenggitu menu nya mmg best gilak. Kecoh samapi nak pecah rumah. Lps solat maghrib terus berdentam dentum main mercun dan bunga api. Pastu sambung makan jeruk buah rotan. Korang pernah makan tak? Sedap tau. Dan susah nak dpat sekarang. Sayang kakak much2.

Oke checklist raya.
Baju raya _ Semua dah setel. Yg sopan yg kasual yg klasik. Dah siap jahit manik, tempek batu dan iron. 3 jam ambik masa sudahkan iron. Rasa nak mereng. Huhu. Tudung raya dah beli. Tapi ada satu kaler takde dlm stok. Frust gilak.

Kasut raya - dah siap beli dah semua. Mek sorang jer takdak kasut baru. Redho jer lah. Tak sanggup mengharungi jem kota bharu.

Biskut raya - mek buat cornflakes madu jer. Ingat nak try buat benda2 lain tp tak cukup masa dan malas. Hat lain2 beli jer semua. Dah siap masuk balang dah pun.

Langsir raya - Ari tu dah tempah kat nagoya kan. Malam td dah setel gantung semua. Hari ni nak kena basuh langsir2 lama.

Laman rumah - hubby dah setelkan weekend lepas. Dah mesin rumput dah trim bunga dah macam2.

Lampu lip lap _ dah siap pasang dh. Ingat kan yg lama dh rosak. Rupa2 nya wayar kt rumah tu putus. So, dah byk la skt lampu lip lap. Siap buleh pasang kt garaj kete lagi. Hehe

Pelita - Dah 5 hari kut hubby pacak. Lps hembus mmg kena tutup ngan plasti. Petang2 dan malam hujan kan uols.

Duit raya - dah siap tukar dan setel dah masuk dlm sampul. Buat keje ni nga dina dan danish bikin rumah kecoh

Makanan pagi raya - ingat nak buat sate ayam dan roti jala. Bahan perap sate dah ambik kat rumah kakak mlm tadi. Petang ni balik pau kuah sate lak. Haha. Roti jala tu sekali ingat malas buat, sekali ingat nak buat. Tengok kerajinan petang nanti lah. Tapai MIL dah setelkan semalam. Ketupat palas mebi pagi ni kut MIL buat. Tp kesian lak dia demam. Mek mmg tak pandai buat ketupat uols.

Apa lagi eh? Itu jer lah kut yg teringat nak taip.

Dan jemputan kenduri mmg byk musim raya ni. Hari khamis tu bertindan tindan. Insyaallah kalo takdak aral akan dipenuhi. Moga2 tidak la hazab sgt mengharungi jem nanti.

Selamat bercuti uols. Hati2 di jalan raya dan di mana saja anda beraya.

Rabu, 24 Ogos 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2)







p/s: cincin raya

WORDLESS WEDNESDAY (1)



p/s: tudung raya

Ahad, 21 Ogos 2011

ALMARI RAYA

Apa2 benda yg di beli seblom raya adalah di anggap brg2 raya yer. Harap maklomat. Hik hik



Almari pinggan uols.



Akhir nya pinggan2 korel mek ada bilik masing2. Kalu dak, hauz tak boleh bernyawa duk dalam kotak bawah katil.


Bersemadi lah korang dengan aman di situ yek.


Ok ni lak lemari display aka lemari hiasan. Kononnya nak taruk brg2 tembaga or what so ever. Tp non ado brg2 aku rupa nya. Ke mana kah menghilang brg2 mertua ku. Ku cari2 tapi tak kejumpaan neh. Kuciwa. Pastu ada sepasang kaki lilin tembaga pusaka arwah mak tp pakat malas nak mem'brasso'. cemana tu?

Hat ni gambar versi gelap malap yer.


Ni mek snap waktu malam. Takde cahaya kat belakang. Comei dak? Cakap lah comel. Letih mek jelajah kedai perabut hat ada kat sini tau.


Owh akhirnya mek ada lemari kasut. Hoyeh. Dah lama nak beli tapi tak jumpa. Jumpa gak kat brandiss. Murah lak tu.


Kasut baru separuh bersusun. Puasa2 ni letih lah nak kobek bawah katil. Huhu


Owh pegi brandiss mmg tak sah kalo tak berpinau bijik mata. Semua rasa nakkkk jer. Pitis jer takdok. Hua hua hua. Mek beli wrought iron trolley. Raya2 ni senang nak letak gelas dan air.


Ok setel entry lemari raya.

Veru der entry makcik2 okeh. Lantak.

Selasa, 16 Ogos 2011

KASUT RAYA

Sabtu lepas, dalam malas2 pun, gagahkan diri pegi al ikhsan. Motif? Nak cari kasut raya anak2. Kota bharu jem gilak la wei. Korang pegi la taim mana pun mmg hazab betul jem nya. Tu blom org balik beraya lagi. Hauzzz



So, ini kasut raya abang danish




Ini lak kasut raya Dina Sarah. Sengaja mek guna kuasa veto pilih yg ni sebab kalo pakai dress pun seswai kan? Padahal Dina nk yg lebih sporty. Lantak. Huhu


Sandal abah. My hubby mmg jenis simple. So gini jer lah gaya nya.


Me? Huwaaaa..takdak kasut raya la uols. Pakai yg mana ada jer lah.


Oh, dapat gak free gift satu tote bag kaler merah dan satu lagi beg kasut.

Khamis, 28 Julai 2011

Rabu, 22 Jun 2011

LANGSIR RAYA

Fuhhh!!! Lega aku dah setel tempah langsir raya.

Eh before tu, korang dah habis ganti puasa? Mek masih berbaki sehari lagi. Insyaallah next week la. Ahad lps dh ganti sehari. Susah you know. Bukan sbb mek terliur org makan, tidak sama sekali. Tapi start jam 5.30 (balik keje exactly) terus melepek. Rendam udang, ayam dan tanak nasik dlm microwave terus baring.

Kononnya nak alih perhatian baca lah novel. Tapi letih giler sampai hilang tumpuan. Huhu. Mmg dugaan betul lah. Jam 6.50 baru hegeh2 masuk dpaur. Masak simple jer. Udang butter prawn yg tak menjadi. Walopun aku pakai acuan roti jala mengirai telur tetap tak jadi. Tp Rasa nya tetap sedap tau. Haha. Pastu wat ayam goreng halia. Ada pulak rebung match dgn budu. Bertambah makan nasik beras herba ponni. Dalam jam 9 kut baru pulih tenaga. Humang aih, teruk betul kan. Macam budak2.

OKe, back to the topic. Isnin lps gi kb ngan hubby. Mmg semata mata nak tempah langsir. Dari sehari ke sehari duk tangguh. Pastu sesambil duk survey rege. Nak yg lawa nampak ekslusif tapi MURAH. Mana nak dapat kan? Tetap jugak gigih mencari.

Last2 kawan sajes suh gi nagoya. Mmg betul la upah jahit kat situ murah sgt. Lagi pun langsir rumah mek simple paling ringkas dalam dunia. Langsir lama mek, hubby n MIL jahit sendiri jer. Tapi bab nak potong kain tu yg hazab sikit. Mek ni skill jahit menjahit kurang la uols. Senget jer jadik nya. Tu bab potong kain, blom masuk bab jahit plk. Stress korang tau tak?


Pilih punya pilih sampai mabuk kain. Haha. Konon tanya pendapat hubby, tapi tetap pilih hok mek berkenan. Hubby pun malas dan letih melayan, angguk jer lah. Tp mek puas hati sbb dia ada sama. Nanti kalo buruk jadi nya takde la mek rasa bersalah kan. Sbb dia dh setuju ngan pilihan mek. Hihi. Taktik tuuu

Mek tempah utk hall dan ruang menonton jer. Langsir dapur dah lama beli. Beli kat bundle jer pun. Tapi lawa gilos. Tunggu nak raya lah baru gantung. Very der cheap ma!!


Ok, utk hall pilih thai silk jugak (dulu pun thai silk) tp badan kain tu ala keromok kecut2 gitu. Crepe lah konon. Kaler? Tatau nak describe. Biru/gold tp sekali nampak mcm coklat. Dah la langsir lama coklat/hijau/gold. Karang nampak sama jer langsir mek. Matik lah!! Hmm tapi, yg lama badan dia berjahit petak2 serong. Harap lain lah yer. Mek dah tempah dah pun. Huhu

Hat kat ruang menonton, dinding kaler fink yuuu. Langsir lama kaler maroon cerah mcm2 nak merah2 sikit. Ingat nak cari kaler pepel. Tapi hati terberkenan ngan kaler kelabu. Pastu badan kain tu ada sulam2 maroon. Lantak lah. Mek ambik hat tu jer. Malas nak pikir dah.

Janji raya tahun ni, mek ada langsir baru. Insyaallah. Hehe

Jumaat, 22 April 2011

KAIN RAYA

Korang dah beli kain raya?



Mek sudah. Hehehe


So, warna tema utk tahun ni sudah dipilih. Kain dina dah siap pun di jahit. Simpan kemas2 dlm laci. nanti dia mintak nak pakai. Kain mek pun dah selamat hantar tailor. Karang kalo rajin boleh ler jahit manik.

Mebi ada yg cakap terlalu awal. Tp sbb malas sejarah lama berulang, mek beli jer awal2. Bulan puasa nanti tak terkejar kejar dan boleh rilex jer.

Puasa dah abih ganti? Hehe

Ahad, 21 November 2010

AIDILADHA 2010

Raya korban tahun ni sungguh takdak feel. Ntah. Mmg takde rasa. Hari sblm raya aku masih keje (eh, mcm org lain cuti, hak hak). Masuk pasar depan opis ni org ramai giler. Tgk org jual mcm2 esspecially ketupat daun palas. Pun tak de mood aku nak beraya.

Baju raya aku tadek. Tp being me, takde baju raya pun, berkoyan koyan baju tak raya tukang jahit siapkan. Weehooo. Anak2 pun takde baju raya. Dina ada spsg kurung riau yg pengasuhnya buat. Benornya utk raya puasa tp tak sempat siap, taram utk raya haji la. Baju bajan semu aku tak beli. Stok raya puasa byk lg tak pakai. Tapi...aku tetap pakaikan dorang ngan baju2 lama. Hahaha. Meroyan ke hapa aku ni?

Takpe lah, yg penting anak2 hepi. Pagi raya aku goreng meehun jer. Utk sarapan sendiri. Karamg lapar pulak org kat rumah ku. Hueh hueh hueh.



Pose2 pagi raya.

Dina carah pakai tudung lama. Naseb baik ala2 mecing (walopun tak mecing) Hahhaaa


Pastu aku sambung aku sambung jait manik kat baju kurung linen sementara tunggu enchik suami ajak pi tempat korban. Hubby suh aku jer 'korban', tp kali ni bagi can kat suami la, tahun lps dia dh bagi kat bini dia. Tahun depan mek ambik turn. Insyaallah kalo pjg umur. Gilir2 la.




Masing2 menengok lembu. Mcm tak pernah tgk lembu kan? hHahaha


Sudah disembelih oleh tok siak. Masa ni dina menyodok dlm tudung aku. Takut. Hahhaa



Masih lagi takut2.


Pastu tuan rumah ajak makan2 minum2. Tunggu sekejap, hubby hantar balik. Tukar syif pulak. MIL ngan atuk yg pegi siang lembu tu. Kami tunggu kat rumah sesambil aku sambung jait manik.

Bila daging sampai terus goreng2 dan rebus perut buat air asam. Lesai makan siap2 nak balik kampung. Hoyehhhhh. Hepi. Masa ni dh takde baju raya dah, sluar ngan tiset jer. Haha

Sampai kat kampung, lepak2 makan2 smabung masak2 utk dinner. Lps dinner jam 6.30 ptg kami beransur pulang. Lepak lagi.

Hari khamis (raya ke2) pegi kota bharu. Beli barang. Pastu gi jenjalan kb mall. Sopim sesikit, pastu gi maidenn mall, pastu dh tgh hari sambung terus pi mkn kenduri aqiqah anak kawn hubby. Lesai kenduri shoot balik cepat2 sbb kawan skolah hubby nk dtg bertandang.

Petang lepak2 sambil berkebun. Boring nya. Huhuhu. Terus ckp ngan hubby, napa la kampung dia jauh ngan kampung mek? kalo dekat alwiz mek balik kampung. Huhu. Sedih tau.

Pagu jumaat, pujuk hubby suh anta mek anak beranak balik kampung. Hoyeh, hubby setuju dgn sejuta pesanan. Baik bos. Kat kampung mmg best. Borak, gossip, masak, makan. Sesi makan entah berapa juta kali sampai hampir nak terkoyak baju (tudiah...makan tak hengat la wei. Diet buang ke laut dulu) Wakaka. Sambung lagi makan colek pauh epal.

Petang hubby dh dtg ambik. Janji lps asar, tp orang azan dia dah terpacak. Huwaaaaaa. Nak lama2 kat kampung. Takpe lah, nanti2 boleh balik lg.;)