Memaparkan catatan dengan label tv. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tv. Papar semua catatan

Isnin, 2 Januari 2012

OMBAK RINDU - DARI KACAMATA KU

Kesian aku kan, org lain dh berzaman tengok ombak rindu. aku baru hegeh2 tengok. Tu pun naseb baik tok laki tolong beli cd lanun kt pasar malam.

Dah beli tu, 2 hari berkepam. Cari masa yg sesuai. So, pagi sabtu tu lps kemas basuh bibiks kebagai, ambik baju bajan segunung, ambik iron, ambik board, duk depan tv pasang cd ombak rindu. Anak2 aku hambat pi mancing ngan abah dorang. Baru senang aku nak feel nanges ke merembes ke. Kan?


Ombak rindu katanya.




Kalo novel dah tak terkira berapa kali aku baca. Dari zaman remaja, masa awal2 dulu keratan novel ada dlm mag remaja. Pastu sibuk kumpul duit nak beli novel sbb nak tau kesudahan cerita. Tapi tak beli2 jugak. Last2 pinjam org punya. Tatau berapa kali dh aku pinjam org punya. Dan bila tau filem nya nak kluar terus gi cari novel. Ada sebijik jer kat popular kb mall. Cover masih lama ok! Hehe

Bagi aku lah kan, dah beratus pendapat dan komen aku baca pasal crita ni. Ada yg mabuk kepayang, ada yg sedih ada yg biasa, ada yg berlagak ada yg macam2. So, aku persiapkan diri dan mental lah untuk penerimaan aku sendiri ttg crita ni. Awal2 dah ckp kt diri sendiri jgn nak sama kan ngan novel. Mampus nak sama sbb movie 2 jam, novel aku baca sehari. So, nawaitu melihat tu adalah kerana aaron aziz oppa. Hik hik


Ngan lisa surihani. Comel jek minah ni. Eh kalo fazura bawak watak mila mmg best aku rasa.




Hariz oppa ngan maya karin. Ekceli aku tak minat maya karin. Slang dia lain dr org melayu kita. Kalo fazura bawak watak dia ok ke tak eh? Mampus lah aku minat giler ngan fazura. Leh jadik lsbian karang. Ampun, heroin pun fazura, jahat pun fazura, ko ada?



Komen? Boleh la. Takde lah tak menarik langsung. Lagi pun aku dh hafal jalan cerita. So, walopun diringkaskan aku boleh cacth up jer. Bab adegan 18sx tu mmg la bahaya utk kanak2 walopun lite2. Tetap bahaya okeh. Tp agak menarik utk org dewasa. Kahhhhh. Naseb baik aku tgk sensorang, dan feel sensorang. Kalu dina ada dan bertanya, kalut aku nak auta dia.

Memang menarik gak la. Lagu dia best. Sedih dan sayu jer rasa. Walopun dlm movie perasaan tak mendalam sgt, tp aku dh terbiasa ngan novel nya. So aku faham2 sendiri la. Bergenang gak ayaq mata. Biar lah ada yg cakap sikit pun tak sedih. Lantak korang lah kan. Perasaan dan minat masing2. Gitu. So, tak yah gaduh2 yer. Masing nak menegakkan hujah. Tak tahan taw. Haha
.Suami ku mengejek dari jendela (rumah mek jendela labuh) sbb aku feel lelebih. Aww.


Aku kan mabuk aaron aziz. Walopun feel lbh kurang, aku tambah feel sendiri lah.;P

Hariz oppa!!! Merembes okeh.

Dan soundtrack nya amat best. Berkali kali dah dgr (sblm tgk movie) sudah terbiasa dgn lirik nya.


So mek bagi 3 bintang. Hihi.

Ahad, 9 Oktober 2011

BICARA HATI

Now kan, banyak cerita kat tv, di adaptasi dari novel. Syok. Minggu lps baca paper, banyak cerita2 yg sedang dlm pengambaran dan jugak tunggu Q. Soooo hepi. Selalu baca novel jak, nanti2 boleh tgk drama pulak. Leh sama2 bayang watak dalam novel2 tu. Hehe

Novel kasih yg suci tentu nya best kan. Sapa yg lupa akan nora elena dan seth tan. Tak sabar jugak nak tgk filem ombak rindu. Izzah dan hariz. Aaron aziz tu. Hero pujaan malaya.

Tapi cerita kau laksana bulan (aina emir) pun best. SUka tgk lakonan zulhuzaimi dan ayu raudhah. Ulangkali tgk kat utube. Hehe

Tadi baca blog abang nara. Katanya osman ali tengah shoot drama bicara hati. Wahahaha...tak sabar weh nak tgk tengku shahran dan zalia. Novel ni jugak antara yg best dalam koleksi ku. Ulang kali baca tak pernah nak jemu.


Zahlia dibawakan oleh kris chempaka. Sapa minah ni wei? Tak pernah nampak pun. Sekali tgk mcm natasha hudson.


Tengku shahran oleh sharnaaz ahmad. Hensem jugak kan mamat ni. Rasa nya ok lah kut ngan watak tengku shahran.


Dorang dlm bicara hati (gambar di cilok dr blog abang nara)



Tak sabar nak tengok astro tayang bulan depan. Weeehuuu

Isnin, 25 Julai 2011

LIE TO ME

Korang dah tengok LIE TO ME?

K drama genre komedi romantik yg akan biat korang gelak terbahak bahak. Dalam masa yg sama geram, sedih berdebar, suka. Macam2 boleh rasa. Seolah olah baca novel bila tengok cerita ni.

Mek suka sangat cerita ni ala2 MY GIRL. Suka benar kalo hero nya jenis garang, konfiden dan nampak 'mahal'. Heroin nya Yoon Eun Hye sungguh comel cute dan kelakar. Walopun nampak agak keanak anakan tapi aura nya tetap ada. Hero nya Kang Ji Hwan toksah citer lah mmg berapi api aura nya. Kalah tengok seth tan dalam nora elena gituh.

Tapi tak adil nak bandingkan citer melayu nga k drama kan? Citer melayu wajib la jaga adab sopan. Mana boleh kiss2 bagai. Salah. Hehe


Gegambar yg mek gugel. Tak susun memolek yer. Berserabut gituh.

Ni time mamat hensem ni pertama kali terpukau nga heroin nya. Walopun asyik gaduh2 tetap jugak jatuh cinta katanya.




Ni lak scene kat pulau jeju. Masa hero nya ikut heroin pi sinun. Masa ni dia luahkan secara rasmi apa yg dia rasa kat heroin.



Oh ni cover page citer ni. Apa lak nampak ji hwan mcm adik2 ni? Huhu


Eh, gambar ni lagik. Layan.




Kalo korang perasan, ji hwan ni suka pakai bunga comel kat blazer dia. Sungguh kiyut. Korea kan pesen kiut2. Bila lelaki pakai pun nampak segak jer. Kalo hati dah suka kan? Hehe



Pada korang yg tak tengok lagi, pi la tengok. Best tau.

Sinopsis? Malas nak taip. Tak saspen. Mek dengan muka tak malu nya suh rina copy citer2 k drama kt ext hard disk mek masa gi KL last week. Dengan pesanan 'keras', apa2 pun lie to me wajib ada dlm ehd mek. Hahaha. Sungguh seronok. Tak puas tengok tau. Lagi2 scene karaoke i love icecream dan scene cola kiss. Hik hik

Ahad, 3 Julai 2011

FULL HOUSE

Full House adalah korean drama yg aku tak pernah nak jemu tengok selain my girl. Mmg lawak cerita dia. Tapi dalam pada duk lawak tu tetap sedih tau. Berapa kali tengok pun, tetap berjejeran air mata ku. Owh..mmg feel habis ah.








Sweet jer dorang ni gaduh2 kan. Dah nama pun kawen kontrak tentu la masing2 ada agenda tersendiri



Kawan si heroin tu mmg bila kita tengok rasa nk lepuk2 jer kepala dorang. Sungguh mengharu biru kan.




Akan tetapi, bila tengok cerita ni, hero nya si Rain tu tak hensem sgt. Cute. Cuma badan mantop dan tinggi. Mek soookaa. Hehe. Gatal. Akan tetapi 2nd lead nya (tatau nama penuh, malas nk gugel) mmg HOT giler. Padahal dh tau dia 2nd lead kan, tp hati kita tetap berkata agar heroin pilih mamat tu pun takpe. Haha. Mmg HOT lah mamat tu.



Oke, lepas FULL HOUSE mek dh tatau nak tengok cerita apa. Korang ada cadangan tak?

Rabu, 27 Oktober 2010

HERO MELAYU

Maaf yer, entry tak berilmiah. hehe


Korang rasa kan, hero melayu mana yg hot sgt2 bagi korang eh?

Aku mcm takde pilihan la bila tgk cerita2 melayu. Dedulu suka rosyam. Tp dah tua tak syok pulak tgk rosyam jadik hero. Pastu kan, asyik2 farid kamil jer. Umur aku dh tua sgt nak banding ngan farid kamil tu. So, rasa mcm takleh masuk ah cerita2. Kurang feel. ;P



Tapi suka mamat ni, org singapore kan? Aaron aziz. Hensem weh. Tapi paling syok bila dia cakap, setiap filem dia, dia belikan henbeg lv sebijik kat bini dia. Wahhhh!! Caya lah.


Ni pun sorang lg yg aku rasa hot. Adi putra. Yang lain2 puas pikir, tp tatau sapa.

Rabu, 17 Februari 2010

James bond

Syok kan. Dah 4 malam duk layan James bond kat tv2.

Memang tk pernah jemu.

Ahad, 10 Januari 2010

Juara lagu 2009

Blom tamat. Blom tau sapa yg menang. Aku saspek Faizal tahir. Dia kan anak emas tibitiga. Ngee.

Apa2 Hal pun yg paling menusuk kalbu adalah persembahan rock kapak SEARCH. Syok wa cakap Lu! Huhu... Terasa mau head banging bila lagu Pawana berkumandang. Tapi mikir kan takut terkantoi dgn ibu mertua, simpan dlm hati je lah perasaan tu. Hiks

ok la, dah Tiba masa utk result, jom sama2 tengok.

Rabu, 6 Januari 2010

KEMARUK KOREA

Aku ada satu penyakit baru (padahal dah lama, now merebak kembali)


Mabuk citer korea. Espeacially drama bersiri dorang.


Kemabukan terkini.

Kalo cenel 303 aku baru lps abih tgk full house. Syok ooo. Lawak sampai boleh gelak guling2. Sedih sampai aku nangis bercucuran ayaq mata. Syahdu, jatuh cinta, blushing, macam2 rasa ada
Walopun crita ni dah lama tv 8 siar, masa tu aku tak sempat tengok. Tetap la aku tangkap leleh layan tv korea. Balik kerja terkam tv dulu. Kalah anak2. Hak hak.

Aku suka watak heroin dia. Lawa lah minah tu. Tapi mmg aku ada masalah nak ingat nama2 watak. Susah nak di sebut. Er, heroin citer sama tak ngan citer My Girl? Rupa lebih kurang jer.

Yg aku rasa kurang syok, watak tambahan lelaki lebih hot dari hero. Haha. Gilak. So, aku rasa kalo heroin pilih watak tambahan tu ok jer bagi aku. Sewel! ;P




Dan jugak siri BOF kat tv 8 ni (ulangan). Jam 8.30 tak bagi dh hubby tgk buletin utama. Sampai danish pun dh terbiasa 'oh. mama tengok cite korea'. Hik hik

La ni tgh episod sedih. Uwa...nangis aku tau.

Cuma aku rasa kurang best sbb bagi aku heroin drama ni tak berapa comel mcm criter2 lain.

Now, kalo sempat aku mengadap utube tgk episod2 yg aku terlepas drama full house. BOF lak aku masih mengikuti kat tv.

Napa bila aku tgk citer korea, penuh penghayatan ek? Aku tak reti nak layan citer hindustan ke, melayu ke. Kalo crite omputeh pun harus komidi romantik jugak yg aku pilih.

Tapi citer korea mmg syok la.

Isnin, 10 Ogos 2009

JANGAN LUPA LIRIK..YEAY YEAY

Korang layan tak Jangan Lupa Lirik?

Aku suka tgk sbb kdg2 aku syok sendiri menyanyi sama. Ahaha

Tapi kan plg best tgk gelagat peserta lah. Ad yg cool, rileks jer. Tapi kalo yg over, masyaallah, rasa segan nak tgk. Aku yg termalu sendiri. Peserta terloncat loncat tergedik gedik tak kisah. Haha. Tah pape aku ni kan.

Kdg2 aku suh hubby tukar cenel. Tp hubby slalu ckp ngan aku.

"Tak pe ma, kita biarkan kalenjar adrenalin (betul ke ni?) kita pecah! Wakaka"

Nak tak nak terpaksa lah aku membiar perasaan tak best tgk peserta yg over tu memenuhi ruang menonton di rumah ku. Hiks

Tapi malam tadi, ada sorang akak ni, anak 3. Mula2 dia masuk tu terdetik dah di hati "mesti hancur ni"

Hubby kata "takpe, kita tgk jer".

Haha..mmg sah hancur ahkak ni. Sampaikan hubby aku cakap "kalo wife bi kat pentas macam tu, aku heret turun dah. Malu kat org kampung". Huhu

Mebi akak ni excited sgt dpt masuk tv kan? Bukan senang nak masuk tv. Glemer u! Satu malaya tgk kan. Pastu nak lawan rasa gemuruh, panik dan nak menari bagai. Kalo aku mmg tak sanggup ah. Takde kekuatan jiwa gitew. hehe






Takpe, sabtu depan kita sambung tgk lg akak ni. Boleh menang banyak ke tak. Hehe

Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 15 Mac 2009

AKU TENGOK KONSERT AF SAMBIL DORANG TENGOK AKU

Hik hik..punya lah panjang tajuk aku.

Semalam aku balik kampung. Kebetulan jumaat tu aku kan lawan boling. (Dan seperti biasa lah. Ranking kami hanya tgh2) Biasa aku balik jumaat. Ptg khamis tu akak aku call bagitau jgn balik jumaat. Dia suh balik ari sabtu. Ex abang ipar aku (suami arwah akak aku) nak kawin. Wah, hangat!!!

Takde rezeki aku nak jumpa irfa. Lagi pun aku tak sempat baca msg irfa kat shout box. So, pagi sabtu tu aku balik kg. Plannya, geng pompuan tak pegi majlis nikah tu. Hanya geng lelaki yg pegi. Macam yg aku ckp ngan irfa dlm sms. Bukan untuk meraikan tapi sekadar menghormati.

Lps asar dorang pegi satu kete. Aku n kak I ngasuh anak2. Huru hara rumah. Tapi layan je lah. Bukan anak org lain pun, anak aku dan anak buah aku. Haha. Wah akak2 aku masak best betul. Gulai itik serati dan udang galah masak masam manis. Udang galah tu akak aku beli kat sarawak. Di pi ziarah anak dia yg kena mengajar kt limbang nu. Naik perhau sambil tgk buaya. Sungguh mengerikan. Ops..terpesong tajuk.

Oh, ucapan kepada ex abang ipar aku. Kawin tu kawin lah jugak. Jangan anak2 ko terbiar sudah. Jgn cuba2 nak lpskan tanggungjawab. Itu jer. Tapi rasanya kami dh tau cerita masa depan cemana. Just tunggu dan lihat.

Pastu dlm 6.30 dorang balik. Dekat jer. Kampung sebelah jer rumah pengantin pompuan. Terus kecoh nak tgk gambar pengantin. Hahahah. Punya lah kepochi. Ops.. rahsia!!

Pastu sambung cerita anak2 buah aku (lpsn spm) yg nak further study. Kecoh begitu begini. Bincang punya bincang sampai ke malam. Solat maghrib terus berangkut pulang nak tgk konsert AF. Semangat ni. Sampai kakak ipar aku ajak pi beli laptop kt kb mall pun terpaksa kensel. Hahaha

Anak2 awal2 lg dh jenero dlm kete. Wah, aman aku nak tgk AF. Hik hik

Last2 AF tgk aku. Aku terlepas 4 org yg terakhir tu. Sedar2 AC umum yg budak dorang tu tak jadi keluar. Sapa ek yg 2 org tu? Aku blur2 lah. Nak tanya suami, dia lagi awal lentok sbb mmg dia tak minat sungguh jenis2 rancangan begini. Kalo dia tgk pun time audition. Boleh jadik bahan gelak.

Itu je lah. baiii.

Isnin, 19 Januari 2009

PENGALAMAN AKU MENENGOK AJL 23

Start jam 8 mlm dina dah mula menangis. Tension sungguh.

Minah tu mmg la. Kalo ngantuk, bukannya dia nak tido. Asyik meraung sajourk. Mmg sejak dr baby sampai dh umur hampir setahun lbh ni, hazab sungguh time nak tido. Meragam meragam dan meragam terus pengsan kaedahnya. Gitew.

Tp nak pengsan tu ler yg menyiksa org awam nya. Haha.

Dah aku pening pala. Satu hari aku weng. Mabuk minum neskape. Ntah la. Pusing2 macam mabuk ngandung tu. Ops, jan speku yer uols. Mek tak ngandung yer.

Entah lah, sejak umur melangkau 30 an ni byk benda yg dah tak boleh makan. Dah tua sgt ke aku ni? Err...ke tua sebelum usia ek? Huhu. Semua air yg berkrimer mcm tak boleh jer. Teh 2 in 1 ka, 3 in 1 ka. Semua bikin mek fenin.

Dah lah selesema. Dan sakit tekak. Tonsil pun bengkak. Aku pi telan ubat selsema sebijik. Harus lah mlm td aku weng2 jer. Nyesal plk aku telan ubat tu.

Wah, panjang mukadimah aku. Hiks

Oh ya, menengok ajl diiringi mujik tambahan raungan irdina maisarah. Siap nak baca buku. Siap ajak tgk ikan. Mcm2 la. Dah la abah dia sibuk keje part time, helo sana helo sini. Aduii...tension aku!

Ajl ok lah. Semua best. Masa spider nyanyi aku terlelap. Hampeh btol. Sedar2 dina meraung pulak. Ngigau apa ntah. Tgk2 stacy dah lesai perfomed. Huhu. Keciwa. Eh, spider dulu ke stacy dulu ek?. Aku pun dh fenin. Tgk dlm tido katakan.

Tp ok lah, at least bagus gak dina meraung. Kejut kan aku dr tido. Hahaha. Wah, ziana zain 'abih meta' kata ore kelate. Siap bukak kasut bagai nak feel lbh. Takut terpeleot time tarik kah?

So, mata aku pun segar bugar. Mampu lah tgk sampai habis. Best3x. Aku rasa ajl ni yg plg best. Before2 ni hambar je kan?

Plg best time bebudak idola kecil tu gabung ngan org tua (tua kah?) nyanyi isabela. Aku ni kalo bab isabela mmg die hard fan la. Minat habis. Sibuk aku laki bini dok mengharapkan amy search akan kluar wat seprais. Tp anti klimaks lah. Huhu

Result? Hmm ok lah. Aku ingat faizal tahir yg menang juara lagu. Sbb dh byk dia bolot yg lain kan. Tp best gak menang kat MUH tu. Suara dia mmg power ah. Berpitching pitching gitew. Sapa boleh tiru?

Cuma etnik kreatif tu ntah la. Tp mmg patut menang farawahida sbb vokal dia yg best antara 3 tu (eh, etnik kretif 3 jer ke?). Heliza ngan zahid hanya zahid yg ok. Heliza hancur. Yg si aiman tu terlalu kontrol la suara dia. Tak bebas.. Wahahaha. Walopun lagu farawahida tah pape, dh takde org lain dah kan. Sbb tu aku rasa juri bagi dia menang. Hiks.

Abih ajl 23, mata aku tak ngantuk pulak dh. Aduyaii..