Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pokok. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2009

TRIM BONSAI

Biasanya keje trim pokok bunga ni hubby yang buat. Tp dlm sebulan ni bz sikit ngan keje. Malam pun keje. Weekend pun keje.

So, masa sabtu tu ari, aku ngan anak2 tatau nak buat apa. Makanya tercipta idea nak trim pokok bunga memandangkan bonsai ku sudah hilang rupa bentuknya.



Satu kete sorong kena buang.


Dah nampak ok sikit. Boleh lah. Bangga ngan diri sendiri ni. Hiks

Lepas, habis gatal2 merenyam tangan, jari jemari, lengan semua. Gosok genyek ngan dettol pun tak hilang. Abih berbintat lengan ku. Mek gatal nyah. Sampai ke hari ni masih gatal2.



Oh ya, ingat dak pokok malberi yg ofismate aku bagi dulu. Dah tumbuh elok dan siap berbuah. Gatalnya dia, kecik2 pun dah berbuah. Dah tetntu lah buah pun kecik cinonet.
Tapi takpe, kecik2 pun rasa dia tetap sama. Bestttt!!!



Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 26 Oktober 2009

KE NURSERI

Balik dr lata belatan tu, lepak2 kejap. Hubby ajak gi nurseri nak cari pokok2 bunga. Lagi pun tanah nak tanam rumput dah siap di ratakan.

Bila gi nurseri, harus mata melilau mabuk tgk pokok2. Orkid ada, teratai ada.


Macam - macam ada.



Tapak pejalan kaki pun ada.



Anak2 tgh mengusyar paip. Patah karang buleh pekdah. Hak hak



Oh, dina sgt teruja makan petai belalang. Tak cukup2. Sampai naik malu ai ngan tuan kedai.


End up, pokok buluh genting ni jugak yg kami beli. Dan siap dah bubuh dlm pasu.




Beli jugak pokok2 lain dan tanah baja. Dah siap tanam pun tp tak snap gambar. Hihi.


Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 23 Julai 2009

BULUH BETONG

Dah lama Kak J, kawan hubby nak hadiah kan kami pokok bunga. Tp mcm tatau nak create landskap cemana sbb byk benda yg kami nak setelkan dulu sebelum buat landskap. Tu pun kalo pitis ada, kalo dintis, melangut je lah. Haha


Masa hubby gi jalan2 nurseri kak J, dia suh hubby pilih nak pokok apa. Hubby pun kemain pening nak pilih, rambang mata you!! Haha. Last2 pilih pokokbuluh.


Balik keje 2 hari lps, kami tgk dah siap ada pokok buluh kat tangga. Suami kak J yg hantarkan. Wah, bila tgk ada pokok buluh kat tangga tu, mmg hati terus berbunga bunga. Berseri tangga ku okeh.;)







Cuma nya, pasu dia kecik sikit. Nanti hubby nak tukar pasu besar bentuk 4 segi. Senang rebung2 nya nak tumbuh.



Terima kasih daun keladi buat kak J dan suami. Hihi. Nanti kalo kami nak buat landskap, akak kautim murah2 yer. Hik hik

Sekian.



Salam sumbangsih
KV & Co

Khamis, 9 Julai 2009

HIJAU BUMI TUHAN

Lani, aku ngan hubby sibuk nak tanam menanam pokok buah. Pastu masalah tatau nak letak kawasan mana. Ye lah kan, sbb nanti dh besar meninggi masalah plk kalo nak buat pape. Kena tebang ke hapa kan, sayang lah pulak.



Danish dan dina tetap tk ketinggalan menyibuk sama. Haru biru tu biasa ah.




Tanam lg pokok mata kucing. Dah ada 4 pokok.


Pokok ciku.



Pokok pauh mas hitam.



Pokok manggis ni dh lama tanam belakang rumah.




Pokok kuini.


Dina main lari2 dan kejar2 dlm tanaman pisang atuknya.

Sekian.

Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 23 Jun 2009

MIAW MIAW MIAW SI KUCING

Hehe..bukan nak cerita pasal kucing pun.


Nak menempek pokok mata kucing aku ni ha. Lebat sungguh berbuah na! Syukur! Alhamdulillah. Murah rezeki.




Blom tua, tp bila try dh manis dah. Cuma isi nipis lah. Kena tunggu matang dulu.


Pokok ni benornya hampir2 menemui ajalnya. Nasib baik umur nya pjg. Hubby tanam masa kami dok rumah lama dulu. Dulukan, tanah kami tu jiran2 lalu kut tgh. Bila dah buat rumah baru kami kasi lalu kut tepi. Jadi pokok mata kucing ni sipi2 je ngan jalan. Masa kerja menambun, masuk batu, masuk pasir, lori2 besar lah, habis di redah nya pokok mata kucing aku ni. Sampai patah2 dibuatnya eh. Tp alhamdulillah dah kembali pulih dan tahun ni berbuah sungguh lebat. Ada rezeki nak makan mata kucing kat pokok sendiri.


Dina fisrt time merasa mata kucing yg dipetik sendiri. Punya lah seronok dan excited minah tu. Before ni kalo gi situ otomatik dia akan cakap "acok agih" maksud nya tak masak lagi. Sbb kami tak benarkan dia makan.


Bila dah dibenarkan makan (walopun blom masak bagai) harus lah dia pulun byk2. Haha


Alhamdulillah atas rezeki Allah. Amin.

Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 2 Jun 2009

STRAWBERI + RASBERI = MALBERI

Korang ada tgk tak majalah 3 kat tibitiga sabtu lps. Tgk tak buah melberi yg rege nya rm30 sekilo. Pastu takleh bawak balik. Petik dan makan kat situ. Ke aku silap info ek? Mana tempat tu, sabah ke sarawak? Sbb aku tgk pun dh separuh jalan.

Begini kisah nya. Wahaha

Hubby aku slalu buh minyak kete projek kt satu stesen minyak ni. Sbb dah terbiasa ngan budak2 pam tu, dorang slalu lah borak2. Tgh2 borak tu, bebudak tu ckp nk pegi ambik buah strawberi. Hubby aku dh pelik. Kat mana pulak ada buah strawberi kan.

Bila siasat bebudak tu ckp buah nya merah2, bila masak jd hitam. Dan rasanya masam2 manis. So, hubby wat kesimpulan, mebi buah rasberi kut. Haha. Hubby pesan kt bebudak tu suh cantas sikit pokok nya, nak balik tanam. Tp susah jgk sbb tatau bila hubby nak isi minyak kan.

So, aku ngan opismate, siap gi siasat lg pokok dan buah nya cemana. Punya lah gigih. Haha. Kami cari area restoren yg hubby ckp, tp tk jumpa.Kami ingat pokoknya menjalar. Pusing2 kedai tu rupanya pokoknya tinggi dan jadi pintu gerbang restoren tu. Tp kami nak mintak segan lah pulak. Kena minum2 kat kedai tu, wat ramah tamah sikit. Haha. Punya la byk pelan dlm otak ni. Tp tak jgk buat. Hehe

Masa lepak2 kt rumah tgk tivi, ada iklan majalah 3 kt tivi. Ada dia tunjuk buah ni. Kemain aku kecoh ngan opismate sama2 nak tgk sbb kami nak tau tu buah apa. Taktau nama beb. So, nak google pun tak leh ah. Hihi

Lps tgk majalah tiga tu, aku mai opis. OPismate aku (lelaki) tanya aku ada tgk tak majalah tiga. Ada tgk tak buah malberi. (Tgk majalah tiga baru tau nama. Aahaha) Aku pun dgn berlagak bagitau kat restroren tu ada pokoknya. Tp opismate aku ckp, kat rumah dia pun ada. Arrgghhh... tekanan aku mendengar. Punya lah dia gelak kan aku.

So, lepas gelakkan aku, dia bawakkan aku ranting2 pokok malberi. Benor nya dh lama dia nak suh aku tanam kat rumah. Tp asyik terlupa jer.


Masa dia bawak ranting pokok tu, hanya ada 2 bijik jer buah yg merah. So dia bawak jugak suh aku rasa.


Ini lah rupa pokok malberi. Dah selamat hubby aku semai dlm poly bag.


Ini gambar yg aku ambik ngn pakcik google. Buah baru merah. Kalo makan, masih masam.


Kalo dah hitam cenggini baru manis.


Tak sabar aku nak tunggu pokok malberi aku membesar dan berbuah. Nanti kalo korang dg rumah aku, boleh petik2 kan? Wah, fantasi tuh.

ok, lah. Panjang pulak riwayat kisah malberi kan. Chao!

Selasa, 24 Februari 2009

STROBERI

Nak eksyen kat korang ni.

Stroberi (pokok) yg aku beli kt cameron tuari dah berbuah lah. Best!!!

Takat ari ni dah 5 bijik masuk mulut aku. Mulut hubby aku baru 2 bijik. Anak2 aku tak suka. Bagus!!


Tp moskel sungguh lar. Awat yg berbuah kt rumah aku ni lg manis dr yg kat cameron. Agaknya rumah aku cuaca panas sokmo kut.