Memaparkan catatan dengan label pets. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pets. Papar semua catatan

Ahad, 9 Ogos 2009

MACAM2 HAL

Terima kasih buat kawan2 yg memberi pandangan pasal pets untuk dina tu. Kamipun ingat buat sementara ni tak yah beli lah apa2 binatang untuk dia.

Sbb nya, kat rumah ibu dina dah ada kucing2 (bukan deme tu pelihara, tp kucing liar tu asyik dok cari makan kt situ). Pastu ibu dina pun rajin bawak dina gi main anak arnab kat rumah sorang jiran (aku lupa namanya, hehe).

Lagi pulak, smalam. Abang pengasuh dina dah tangkap 2 ekor (sepasang) anak 'ketam' atau hubby panggil 'kuah'. Spesis tupai tapi tak boleh panjat pokok. Hanya takat panjat pagar boleh ler. Kemain suka Dina sbb dah ada pet baru. Teruja.

Itu jer cerita pasal kisah binatang kesayangan. Hehe

Semalam pulak, aku laki bini mmg susah hati betul sbb dina meraung guling2 bagitau sakit! Sakit! Panik kami dibuat nya. Tatau sama ada dia sakit telinga ke, sakit kepala ke. Sbb dia tunjuk area tu. Tp nak tgk dia tak bagi. Last2 kami bagi dia tido dulu. Bila hubby suluh takde pape dln telinga dia. Risau weh!

Mcm2 andaian kami. Kut2 dia pening kepala sbb selsema ker. Atau telinga dia masuk benda ke (tp kalo masuk serangga harus lg hebat tangisan dan guling2 nya). Ke dia pening sbb minum air soya yg hubby tak perasan sedikit masam ker. ATuk ckp, kut2 telinga dia masuk air sbb ptg tu dia mandi sendiri kat laman. Mcm2 andaian.

Awal2 tu, tido dia terganggu lah sikit. Pastu mcm biasa perangai dia. Mintak susu. Habis sebotol dia hisap. Pastu lena balik. Kami masih risau. Tp lps tu dia tido elok jer. Kami ingat dh kena stand by gi klinik dah. Pagi tadi bangun elok jer. Sengih2, mintak susu. Siap menyanyi berjoget bagai. Huhu.

Tapi mmg lega sungguh la. Tu ah, aku kdg2 terpikir. Mental keibubapaan tak berapa kuat la aku ni. Ni pun dok risau2. Harapnya takde pape. Insyaallah.



Salam sumbangsih
KV & Co