Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kawan. Papar semua catatan

Isnin, 20 Februari 2012

GARRETT

Woohooo...akhir nya bila dh tua bangka baru lah merasa makan garrett yuhols. Begini la naseb orang kampung katakan.

Tu pun naseb baik belas ihsan my bff. Bff mek semua hilir2, mek sorang jer darat. Nasib korang lah dapat kawan macam mek. Hik hik


Bff mek ni ekceli pi jumpa cik abang dia kat kl. So, dia mengwar2 kan pasal garrett ni. Makan nya, mek pun taip lah 'ehem ehem' kat status dia. Terus minah tu paham. Siap imessage lg nak perisa apa. Mana mek nak tau, mek kan darat. Ko belasah jer beli hat mana pun. Mek tibai jer. Lagi pun mek kirim nga ailio jer. Kwang kwang kwang


Dulu2 slalu baca blog verde pasal garrett ni. Pastu verde gak la yg bitau garrett buka kedai kat malaysia. Pastu asyik duk telan air liur jer lah tgk posting org pasal garrett. Kesian aku tau! Korang ni.

Tapi alhamdulillah kan ada bff baek hati tak nak bagi kawan dia yg darat ni kempunan. Tenkiu babeh belanja mek garrett.


Si garrett pujaan hati.


Malam tadi dah terai ngan hubby. Perisa apa ntah tp ada gajus skali dlm tu. Tapi ya ampunnnnn!!! Manis gilak. Terbuntang bijik mata tahan manis. Sakit gigi mek. Tak sanggup pulak tetengah malam makan manis kan, so tutup balik. Makan petang nanti lah ngan anak2.

Ok la, atleast mek dah merasa si garrett pujaan hati semorang. Takde la aku jakun sangat.;P

Selasa, 10 Mei 2011

LOVELY GIFT

My fren, pegi jenjalan makan angin kat australia. Kelesss ko nyah.

Dah sebulan lebih balik, tapi blom berkesempatan nak jumpa. Dan semalam, berjumpa sebab nak pinjam garmin. Hak hak. Giler kedekk, garmin pun takleh nak beli sendiri. Hihi



Dan tentu nya ada cenderahati utk BFF dia kan.


Hat bulat mcm piring ni aku tatau apa benda. Lupa nak tnya. Mebi pelapik gelas kut? Ke benda apa eh? Mek darat uols!



Enam ekor beruang koala fridge magnet.

Dan gelas kecik comel ni.



Tenkiu yunk. U know who u are.

Isnin, 4 April 2011

ENTRY BERKEPAM


Dah lama gegambar ni duk bersawang dlm draft, so aku post kan ajer lah.

Entry yg patutnya dh lama aku publish, tp masa tu mood malas gils gils. So kasik berkepam dulu ler kat situ. Huhu


Masa coti2 skolah tu ari. Adik my bff si madam S bersanding katanya. Majlis sanding ler, majlis kawen dah lama, siap peknen bagai dah. Maju kamu wahai Uyar! Congrats. Hehe


Tapi gegambar aku ngan madam s jer, perantin sibuk shoot angel terlentang terbalik, malas nak ganggu.





Menunya best sbb ada ulam2 dan vudu. Haha. Syok makan. Hubby minum ayaq jer. Dia petang2 tak makan nasik. Larik cenel katanya.

Buat uyar dan suami, tanhiah beb. Moga beroleh kebahagiaan yang abadi. Insyaallah.



Disudahkan dgn gambar madam s beraksi dgn beg baru nya. Dia tak abgi aku aplod kat fb, so aku pedajal dia kat sinih. Wahahahha. Hambek mu!

Isnin, 21 Februari 2011

KENDURI KAT PASIR MAS

Sabtu lps, kami memenuhi undangan kenduri ex ofismate kat pasir mas. Walopun dh lama tak bekerja bersama tp still berhubungan gitu.




Dina dengan bubur kacang nya.




Danish dengan nasik manis aka wajik.


Makanan nya sedap sekali. Nasik beriani lauk dgaing kerutup, ayam berempah, pajeri nenas, papadom dan mcm2 lg. Ada gak cara berlauk, laksa, wajik dan bubur. Gambar makanan takdan nak snap, sibuk layan anak2 makan.



Lepas dah kenyang ambik peluang borak2 ngan tuan rumah.



Ngeh ngeh. Tetap nak menempel jugak.;P



On da way balik, terus berdesup ke tesco. Banyak brg nak kena beli.

Rabu, 29 Disember 2010

OLE - OLE

Hehe...siap tempek dh kat situ ole2 from KK.




Brooch sepasang.




Tenkiu my fren. Ari baru jer bagi kek lapis ngn terubuk masin. Jenjalan lah selalu yer. Kerap sikit mek dapat ole2. Hehe

Rabu, 8 Disember 2010

MONA KAWEN

Mona is adik my best fren, alin. Hehe

Khamis lepas kenduri kawennya. So, gigih la pakat ngan bff sorang lagik, nak pegi sama2. Ekceli kete lain2, jumpa kat rumah mami jer sekali.

Makanan sedap. Tapi dah kenyang membuntal melantak buffet, terus makan sikit. Ambik hati tuan rumah kaedahnya. Gambar makanan lupa nak snap. Ada ayam pecik dan sewaktu dengannya. Kuih cara berlauk yg mebeles, dan tapai pulut.


Me dgn my besties.


Me ngan mona, pengantin baru.



Tahniah buat mona dan suami. Moga berbahagia ke akhir hayat dan di kurniakan anak2 yang comel dan sihat. AMin.

Rabu, 17 November 2010

JUMPA ROOMMATE

Masa kat pantai penarik tu, tergerak hati nak sms kawan lama. My rumet masa kat utm. Asal satu daerah lagi. Tiap kali raya wajib reunion gether2.

Hehe...sampai cherating sms kat dia. Pastu pung pang pung pang campur sesat barat, akhirnya sampai gak kami ke damansara kuantan. Lorong tak ingat. Hehehe.



Me dan tuan rumah. Zura. Tengok la saiz kami. Dulu sama kecik sama besar, now aku yg membesar sorang2. Cemana? Jelesssss weh!

Tenkiu buat yu n hubby, nuar sbb bersusah payah. Siap hidang kan mee sup lagi. Dan sempat merasa biskut raya yg baru diambik. panas2lagi tu. Haha



Lepak2 kat laman sesambil layan anak2 main dan bergaduh rebut barang. hahaha


Zura n qistina.



Pastu dekat pukul 7 kami mintak izin dulu. Nak cari hotel kat kontan. Dah janji ngan anak2 nak tido hotel. Walopun zura ajak lepak kt rumah dia jer.



babai tuan rumahhh!!

Rabu, 27 Januari 2010

KERANG BUSUK

Dah banyak hari aku asyik duk tersengih sorang2. Hak hak. Kalo org cakap aku gilo pun munasabah. Tapi mmg takleh nak kawal la. Nak tersengih jek. Ah, sudah.

Hiks

Kes:
Wife ex boifren BFF zaman remaja aku dah keje skali ngan aku.

Haha. Kecik nya dunia.

Tak sabar aku nak chat ngan A. Dah lama mek tu tak online. No hp dia aku hilang. Huhu. Tak sabar nak bergossip ni. Banyak aku nak cerita. Wakaka

Rabu, 6 Januari 2010

PROSPEK

Bila rakan anda yang berpuluh tahun (melampau lah tu, means dh lama tak jumpa) tetiba telah mengontek anda (setelah sekian lama lost kontek), apa kah perasaan anda?

1. Happy sebab hubungan persahabatan yg renggang bakal bertaut kembali

2. Rimas sebab anda tak suka pada dia

3. Risau sebab kemungkinan anda bakal menjadi prospek



Hahaha...kamu2 semua pilih sendiri jawapan nya.

Kami (aku n hubby) kalo tetiba ada sms bertanya khabar dari nombor yang tidak di kenali, terus kami gelak. Sebab nya, mcm2 kemungkinan bakal berlaku. Sama ada betul kawan lama bertanya khabar, atau kawan lama mencari kontek lama untuk dijadikan prospek. Tapi, tetap jawab sms tersebut, pikir positif la. Walo pun dalam hati tetap was2. Hik hik.

Korang tau prospek apa? MLM la. Hadoiiii. Serabut tau.

Nak jadi cerita, ada kawan hubby telah mengontek hubby ajak ke rumah nya. Mintak datang jer. Mintak tolong dengar apa yg dia nak cerita. Berpuluh kali permintaan nya di tolak, sampai takde alasan dah. So, pergi lah suami ku rumah kawan beliau.

Ingat kan apa, duk kempen suh join MLM. Mcm2 alasan hubby dok bagi, tapi siap suh wat loan bank lagi. Hamboih!! Banyak cantik. Yang lagi best, bukan kawan hubby yg mengempen, tapi adik dia dan adik ipar dia. Buat pengetahuan semua, adik dan adik ipar kwn hubby tu tak pernah ada tegur menengur antara kami (hubby dah biasa ngan adik kawan dia masa kecik2, tp bila dh besar dah bersuami dah tak bertegur sapa dah) dorang pandang kami pun sebelah mata jer. Motif? Entah, agaknya dia rasa dia hebat kut. Lantak la. Dah dia hebat.

Tapi, sebab nak kempen hubby suh masuk MLM, banyak cakap pulak kan. Mesra lak tu. Tetiba. Magik dak? Hihi. Pastu kempen hubby suh masuk, nanti ada statement bank, kalu orang nak tuduh rasuah ke hapa boleh tunjuk statement bank. Tak ke mendidih korang dengar statement lagu tu? Mek panas nok!!

Rasuah kepala hotak mu!! Kuli batak macam kami nak rasuah binatang apa? Macam la aku laki bini ada kuasa nak meluluskan projek ke hapa. Rasa nak pelangkung jer dorang bila hubby cerita. Ish, silap orang la. Kami ni keje siang malam nak cari duit, senang2 jer nak ckp rasuah (walo pun keje tetap, banyak lg keje yg kami buat, selain masa pejabat. Eh kenapa aku sibuk nak cerita kat sini kn? Masuk topik balik) . Tak kena langsung berkempen macam tu. Tau!

Pastu duk tunjuk org tu pakai kete tu, orang ni pakai kete ni. No plat dikaburkan. Pastu duk ckp dorang dah ada prospek yg di jamin nak join. Siap cakap sampai bila nak makan gaji. Amboii!!! Malas nak panjang kes, hubby angguk2 jer. Balik rumah duk gelak jer. Hadoii. Kerana MLM, tak pernah bertegur sapa, tetiba jadik ramah kan?

Lepas tu, kawan hubby asyik call duk tanya bila nak join. Lama2 mebi dia fedup. Tetiba si adik dia pulak call. (Tak pernah2 hubby atau dia sendiri ada nombor masing2.) Duk kempen kalo takmo masuk yang 20k, masuk yg murah sikit 4k jer. Hubby cakap takmo. Tp dia takmo mengalah, duk kempen lagi. Hubby ckp, nanti2 lah dia pikir. Lama kelamaan dorang boring agaknya, dah lost kontek balik. Haha

Tiap2 hari pegi dan balik keje kami duk lalu depan rumah dia. Takde pun kete baru. Takdak dengar pun dorang dpt gi umrah.

Now, dah setahun lebih kut berlalu. Takde apa2 perubahan pun kat mereka. Tapi ada satu yg berubah, nampak jer kami lalu si adik menjeling tajam. Hak hak hak. Wah, upline sombong balik eh? ;P


Kami bukan mengeji MLM. Tapi, nak berkempen pun biar lah kena cara. Hormati orang yang takmo join. Tak perlu lah guna pendekatan yg 'kasar'. Kita bukan nya kenal sepenuh nya orang yg kita nak kempen tu. Kita mungkin tau dengan pandangan 'kasar' tapi kita tak kenal 'sebaliknya' prospek kita. So, jangan lah kawan jadi musuh hanya kerna kita nak kaya.

Jumaat, 30 Oktober 2009

CEMBURU

Kisah kawan aku. Tapi suka2 jer aku publish kat blog. Hak hak hak. Kalo tuan dia baca teruk aku kena bambu. Ya ampun!!!

Kawan aku yg tempat kejenya penuh ngan pompuan lawa, pompuan bergaya, pompuan bersuami kaya. Hahaha.

Makanya, timbul konflik antara mereka. Aku ada itu, kau ada ini. Masing2 kalut bersaing.

Kawan aku, yang sebelum ini bekerja dalam suasana yang biasa, mendapat 'kejutan' bila bekerja dengan suasana baru.

Stress kawan aku. Bukan dia nak bersaing. Tapi segala tindak tanduk, apa yg dia buat, apa yang dia ada, apa yang dia beli, disiasat dengan penuh bersemangat. hak hak hak

Mula2 aku dengar aku tergelak. Sebab ofis aku 10 org jer pompuan. Separuh dari nya dh nak pencen. Pangkat mak2 ngan aku. Dua tiga kerat lg pangkat adik2 ngan aku. Tp aku kawan ngan makcik makcik ni. Makanya tak wujud persaingan. Dorang biarkan aku dgn cara aku, dan aku pun rilex je la nga cara dorang. Eh, termelalut masuk crite aku lak dah.

Tapi hari2 dok ym mesti klaur crita ada sorang minah ni yg sokmo dok kalut kalo kawan aku ni beli pape. Hari2 dok siasat ada benda baru ke tak. Tak ke tension lagu tu. Siap banding2 kan kualiti, harga dan bla bla bla. Sampaikan kawan aku blur tatau nak buat apa. Serabut tok sah cerita la. Nak gi keje pun rasa stress.

Kalo beli pakaian, kain pasang ke, kasut ke henbeg ke, habis semua di kerobeknya nak tgk. Kalo beli gajet2 baru ke, habis jugak di telek nya. Pastu bukan setakat kerobek ke telek ke, siap ckp org punya tak best, tak standard, tak canggih, tak mahal. HAdoi lah. Parah ni. Kalo jadi kat aku, aku pun stress ni. Hiks. Pastu sentap bila org beli pape yg dia tak beli.

Pastu siap perli2 kawan aku ni suka shopping. Nanti benkrap suami katanya. Mcm2 la nada perlian nya. Hingga dlm fb pun dia tulis. Aku pun tumpang baca dan tumpang gelak jer lah. Nak buat apa.

Dan, bukan kat kawan aku jer dia jeles, semua opismate dia la. Org ada kete apa, dia pun sibuk nak bersaing. Sampai gaji cukup2 makan jer sbb nak pakai kete mewah. Pastu siap boikot kalo org lain ada kete mewah gak. Haha, mujur aku tak keje sekali ngan dia. Aku pakai kancil buruk 660 jek. Harus pandang sebelah mata pun tak ni. Hehe. Eh, lagi pun mmg aku takde degree. Tok leh keje sekali ngan dorang.

Korang ada tak opismate yg pesen cenggini?







Salam sumbangsih
KV & Co

Ahad, 12 Julai 2009

TERKEDU

Pagi ni masuk keje aku kalut wat report yg khamis lps blom setel. Ingat nk siap kan before gi sarap. Dlm jam 8.30 tu hubby mai bagaitau yg anak akram (opismate dan kamceng aku) telah meninggal dunia jam 5 pg tadi.

Mmg tekejut, kelu, menggeletar. Tatau apa perasaan aku. Terus takdak mood nak wat keje. Rupanya unit aku pun takdak org tau. Tu pasal tak kecoh.

So, minum air sikit, kami pakat konvoi ke rumah mertua nya di kg pek (dekat mee kg pek yg tersohor tu).

Sampai jer, aku lihat akram tgh sambut tetamu. Riaknya tabah namun msg2 paham lah hati seorang bapa yg kehilangan anak.

Arwah Darwish (anak sulung berumur 7 bln) sakit angin pasang. Sama mcm danish. Tu yg buat aku rasa risau giler bila kenangkan danish.

Bulan 5 lps dia dh buat appoinment utk operate tp doktor husm tak nak buat sbb darwish terlalu kecik (masa tu baru 5 bln). Berat nya tak mencapai tahap yg sepatutnya. Pastu dorang set satu date yg baru (aku tk ingat bila).

Jadi, arwah darwish selalu kembung perut, takleh nak minum susu. Semalam dia demam dan langsung takleh nak menyusu. Parent nya dh bawak gi klinik, doktor bagi ubat kembung dan doktor klinik dh pesan kalo tak ok kena terus bawak gi spital. Balik tu dh boleh menyusu cuma dlm jam 3pg susu yg diminumnya keluar kut hidung. Dan darwish mula menggigil. Dalam pukul 4.30 macam tu, akram cerita yg darwish senyum. So dorang rasa lega. Sambil menjaga darwish dorang terlena kejap sbb dh hampir pkl 5pg. Dalam 15 minit mcm tu akram tersedar, tgk2 darwish dh takde.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Insyaallah, arwah akan dikebumi kan jam 12 tgh hari nanti.

Semoga darwish menunggu ibu dan bapa nya di sana kelak.

Pada akram dan angah, tabah dan sabar. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Kalo benda ni jadi pada akak, Tatau lah adakah akak setabah kamu berdua.



Salam sumbangsih
KV & Co

Isnin, 23 Februari 2009

BELASAH JER

Aku tatau nak buh tajuk apa. Belasah jer lah. Hiks

Ari sabtu tu lps lunch aku ngantuk giler. Dina lak takmo tido ptg. Tekanan aku tau. Tersengguk sengguk mcm burung belatuk. Kesian aku tau.

Last2 pkl 4 minah tu br tido. AKu lak bila anak tido mata takmo pejam lak. Dok terkebil kebil tah pape.

Tak sampai sejam minah tu tido dia bangkit. Meraung sakan lak tu. Huh..tekanan lg. Last2 mandikan dia sambil meraung tu. Macam budak kena dera okeh. Sakan anak dara aku.

Kami pun gi tesco beli brg dapur skt. Pastu tatau nak dinner apa. Mati kutu katanya. Pastu layan anak naik lori la, kapal terbang la. Mcm2. Tapi tak buh token. Ahahaa. Punya lah kedekut taik idung masin mak bapak budak2 ni. Mak bapak sapa lah tu?

Tetiba, aku terpandang sorang mamat yg mcm aku kenal. Nak konfemkan, aku gigih pi tanya hubby. Mmg sah, mamat tu kami kenal.

Alkisahnya, mamat tu bekas laki kawan aku. Dulu aku pernah citer. Dorang bercerai sbb laki dia kena tangkap basah. So, mamat tu dh kawin ngan minah tu. Minah tu dulu pun dh janda anak sorang. Satu kerjaan lak aku laki bini dok mengintai di celah2 lori keteapi bagai tu nak tgk anak bini dia. Dorang tgh makan kat food court situ. Ahahah. Gilo ke apa. Cerita sensasi kan. Harus aku kepochi lebey!!

Aku benornya menanti mamat tu pandang aku. Aku benar2 nak tegur dia bertanya khabar. Nak terjah macam tu segan lak ngan anak bini mertua dia. Kan. Nanti gaduh lak dorang laki bini sbb aku gi tegur kan. Mana lah tau. Kan.

Mamat tu dulu mmg kiranya rapat jgk lah ngan aku. Ye lah, dah suami kawan baik aku kan. Dah jd cenggitu, agaknya dia segan lah kut. Sebab nya, apabila terserempak dia cecepat lari dan pura2 tak nampak aku. Huhu. Takpe lah. Cuma aku harap suatu hari nanti aku boleh bertegur sapa ngan dia. Tak yah lah nak putuskan silaturahim kan. Dah tersurat dia ngan kawan aku takde jodoh. Nak wat cemana.

Ok stop citer tu.

Anak2 aku sakan dok main kete lori tu. Aku lak boring nunggu kt situ. So, ajak hubby gi kb mall sbb aku nak usha henbeg ngan wedges. Ye lah, dah kertu ni takde dah feel nak high heel bagai. Pakai weges lg senang. Selesa. Kaki aku pun tak sakit. Hehe

Tp awat la kt kota bharu ni takdak weges yg gojes. Yg cun melecun. Kecewa aku tau. Masuk tgk clarks pun tah pape design dia. Buruk betul. Dah lah mahal. Tp kalo lawa boleh dipikir pikir kan. Ni, tgk pun sedih. Masuk dr cardin, semua rendah2 mcm selipar jamban lak. Tak gojes langsung.

Pastu aku gi masuk pacific. Usha guess. Tp kt kota bharu ada henbeg jer. Kasut bagai takdak. Berkenan ngan henbeg guess kaler hitam. Less 40%. Tp shiny sgt lak. Hubby lak tak berkenan. Katanya mcm yg jual kt pasar malam. Huhu. Tak jd aku nak berangan angan. Tgk weges sembonia lak. Huduh. Jumpa kt crocodile lak. Ok lah. Not bad. Harga pun murah banget. Tp laki mek nak terkencis lak. Adoii. Tekanan tau. Tak menyokong langsung.

Last2 layan anak2 naik menatang2 ni pulak. Anak2 aku ni tak sah kalu tak manjat benda ni semua. Sekali lg naik without token. Ahahaha. Janji naik kan. Walopun tak bergerak.







Nampak gaya nya, aku kena pujuk rayu suami kaw2 sket ni. Lenkali nak gi beli weges tu lah. Sian aku takdak kasut kerja tau!!!