Memaparkan catatan dengan label diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diet. Papar semua catatan

Rabu, 25 November 2009

PENYELESAIAN MUDAH

La ni kan aku makan beras herba poni taj mahal (tak ingat ejaan). Tapi atuk ngan MIL tetap makan beras siam biasa.

So, kena tanak 2 jenis beras lah kan.

Hari tu berkira kira nak beli rice cooker kecik sbb nasik utk aku ngan hubby separuh pot jek. Punya la mahal, tak padan ngan kecik. Asyik tertangguh jek nak beli. Kedekut sikit aku bab2 cenggini. Tp akibat kedekut tu, kena la tanak nasik pakai dapur gas. Satu hal pulak kalo tak teringat. Bisa hangit oh, maklum lah dah terbiasa ngan periuk letrik kan.


Satu hari tu, tgh dok rosted ayam, terpandang menu rice kt microvawe. Terus TINGGGGG!!! dapat idea. Haha. Senang jek. Masuk beras dlm bekas, tekan menu dan biarkan cenggitu. Mudah kerja ku.
Terima kasih pencipta microvawe. Mek suka. Mek suka


Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 24 November 2009

SEDAP YANG 'MEMBUNUH'

Hiks tajuk..sakan.

Hubby beli ikan sungai ni ngan kawan dia. So, hubby suh aku masak steam.

Nak jadi kan cerita, sambil kukus ikan tu, aku gak masak suhun sup. Rasa takmo makan nasik. Masak pulak sikit jer. Sesambil nak diet kan. Hihi

Tgh nak makan mihun sup tu anak sibuk nak sama. Sebagai ibu yang bertanggungjawab (haha) aku pun bagi anak2. Aku makan kuah ngan sayur ngan lauk jek. Rasa nya memang la kenyang. Tapi takat kenyang air je lah.



#selingan#
Ikan yang sungguh besar. Sekor tu tak muat pinggan. Segar dan manis isinya.


Anak2 sibuk sama nak menengok ikan.


Oke, masuk tajuk balik. Hiks

Lepas isya' hubby ajak ratah ikan kukus tu. Sedap nya, aduhaiii..manis sungguh isinya. Tak sampai 5 minit, perut aku sakit. Ah, sudah. Mula la aku panik tak tentu hala. Rasa panas dan pedih dalam perut. Makan biskut, minum soya, minum susu, makan spirulina semua tak jalan.

Mintak hubby urut pinggang. Jugak tak lega2. Mmg takdak kes lain la. Perut ku meragam kes tak ambik makanan berat pastu makan ikan steam yg masam dan banyak halia. Adoiii..serik oh.

Dalam jam 12 kut lps minum lagik susu panas, aku lena. SEdar2 jam 4 pagi, dah lega perut. Dan jugak lega perasaan ku.

Terjawab tak tajuk entry? Hahahhaa

Besok nya, sambungan period pain plk. Ayoyo. Fening mek. Nak jadikan cerita, aku kan ambil pil. Makanya period aku ala2. Kdg2 tak berbekas pun kat p*d. Bila jadik pening loya nak muntah tu, mula la aku saspek aku preggy bagai. Gilo. Huhu

Tgh hari hubby ajak teman dia gi renew roadtax. Dok dlm ambank tu tgk orang pun aku pening. Berpusing pusing. Tah pape jek. Mula la aku stress!! Huhu.

Lesai kat bank, singgah makan nasik ulam, baru la hilang sikit pening aku. Agaknya perut aku masih tak betul kut. Angin banyak dlm badan. Sbb tu aku pening loya2. Tambah2 plk aku kena batuk yg tah pape. Bukan batuk sokmo. Tp tetiba tekak rasa geli dan tak leh nak tahan. Batuk2 sampai muntah2. Lps tu kepala rasa sakit dan pening. Hampir 2 bulan dah kut duk main baik cenggini. Seksa weh.

Dan jugak mendapat pesanan khas dari hubby. Tak payah berangan angan nak makan ubat diet bagai. Takut terkesan kat usus ku. Nampak gayanya, mmg takdak potensi nak kurus lah ni. Uwaaaaa...

Dah la aku tak blh nak diet buat sementara ni. Nak makan ubat kurus pun tak berani. Nak jogging pun asyik hujan jek ni. Masak la.

Oh, lupa nak cerita. Ari tu aku gi butik levi's. Nak suh hubby belanja jeans selai. Punya la carik yg lawa. Saiz 32 pun aku tak muat. Ayoyo. Padahal cap lain aku pakai 32 jugak. Ok jek, apsal cutting levi's tak boleh pulak. Down sungguh rasanya. Agaknya, tak merasa lah aku nak ber'levi's'. Huhu. SA suh aku ambik 505. Aku dh try. Huduh sgt. Sbb bumper n peha besar. So, kena ambik size besar. Bila cenggitu, mmg kat betis ngan kaki tu nampak besar giler. Buruk sungguh pemandangan. Uhuhuhu

Keluar butik levi's tu mula la aku membebel tak sudah2. Sibuk nak kurus. Weh, sibuk nak kurus semata mata nak pakai levi's. Ahahaha

Hmm..sedih aku mikir kan masalah gemuk ni. Dina pun pandai komplen 'mama gemuk'. Oh, anak dara ku sungguh jujur berkata kata.

Nak buat aku lagik down. Kawan2 lama aku. Dekat skolah ke, dekat u ke, anak dah berapa msg2 tapi body semua org menten. Malah lagi slim pun ada. Awat aku jek sorang tetiba membesar bagai johan ni? Heran, mek heran ni. Bakpo semua org lain lawa2 sakan bergaya? Adoiii..tekanan di situ.

Oke lah, selesai sudah sesi meluah perasaan buat sementara ini. Nak sambung jahit manik baju raya jap.

Salam sumbangsih
KV & Co

Selasa, 3 Februari 2009

DIET YG HAMPEH

Udah2 lah cerita pasal sentap yer. Kesian korang dok tolong pikir pasai aku dok sakit hati tu. Ye lah, makin lama masa makin hilang lah sakit hati tu.

So, cerita lain.

Aku kan tgh gigih dan bersemangat kononnya nak kuruskan badan. Haha

So, belah pagi aku tetap makan nasik sbb aku tak nak kena gastrik. Seksa woo. Tp nasik yg aku beli tu sikit jer tau. Separuh dari nasik biasa dan aku cuba tak habiskan. Hihi

Tg hari lak aku makan laksa penag, takmo laksa kelantan sbb santan kan. Atau aku makan tomyam je tanpa nasik atau mee. Korang ada idea tak makanan yg tdk berat? Nanti bagitau aku yer.

Balik keje, kalo aku rasa nak nguyah atau apa2 yg sewaktu dgnnya aku makan salad atau buah. Kadg2 aku ratah baby corn. Hihi

Malam pulak aku masak yg berkuah mcm sup sayur ke, taruk tauhu. Atau makan yong tau hu. Apa lagi ek yg best dan tdk memberatkan?

Sementara tu aku akan lompat tali skipping sambil memasak. Haha. Sudah memasak, layan main badminton pulak. Dari 6.30 sampai maghrib. Sakan aku ni. Punya lah gigih.

Tapi aku pun tak tau lah sehingga bila semangat aku ni bertahan. Chaiyuk! Chaiyuk.

Ops...aku pun dah cari merata beras herba ponny tu tp tak kejumpaan la. Patut la sas ngan cen ckp dorang cari takdak. Ke tak takde kat pasaran ek?

Penimbang berat pun blom beli. Ntahpapa la aku ni. Asyik lupa jer time gi kota bharu tu. Maklum la, sibuk ngejor mek dina tu.

Eh, aku nak tanya pendapat korang la. Perut aku belah kiri (atas skt pada tuutt) tu selalu senak sejak aku lahir kan dina. Tp senak nya tu aku boleh tahan. Aku dok ingat senak tu akibat pregnant kan dina. Ye lah, uri aku yg terlekat takleh buang pun kt situ lah. Pastu aku dok pikir maybe urat kat pinggang berketul. Selalu kalo sakit2 hubby akan urut kt situ lah. Tp dia tak berani nak urut kat perut.

Pastu dgn aku slalu dok pening nak muntah, sakit kepala. Dan perut dok senak2 tu, aku rasa aku kena batu karang ke ek? Tp aku tak gi check doktor lagi la. Kebetulan, hari jumaat lps perut aku tang situ sakit giler. Memulas macam nak uk uk tp takde pun nak uk uk. Sakit macam nak bersalin pun ada, cuma kuat ngan tdk. Aku malas ak gi spital gomen, cari la klinik swasta tp non ado yg bukak ptg jumaat tu. So, aku bertahan sampai mlm. Last2 belah malam, sakit tu hilang cenggitu jek. Aku pun bila dah tak sakit malas nak gi klinik dh. Hehe.