Isnin, 14 Mei 2012

Mothers day

Haram sambutan mothers day eh? Mek tk sempat gugel carik pun lg. Tp ada baca kt status fb few frens.

Ekceli, sejak bergelar ibu tak pernah pun sambut. Malas nk ajar anak2. Dah besar nanti tau lah dorang menghargai mama dorang kan?

Hubby lak, bila aku tnya tak nak widh mother's day to me kah? Terus dia jawab tak payah, sama jer hari mana2 pun. Dah jadi ibu dah pun. Hampeh betul, dan malas nk sakit hati. So wat bodo jer lah.

Bila claim hadiah pulak dia cakap tunggu lah. Nanti dia bagi sekali harung. Mothers day, anniversary dan raya. Tudiah, penjimatan berganda tok laki Mek. Jangan ko lupa janji sudah. Hazab lah Mek berzikir nanti.

Balik skolah tu dina excited bagi kad yg dorang buat sama2 ngan teacher. Masa bagi kad tu siap cium pipi dah ucap "hepi wednesday mama!" tuduah, wednesday katanya. Betulkan pun dia takmo terima. Teacher nya aja yg betul. Bia lah dia. Tp touching ah rasa. Dh besar anak Mek rupanya. Huhu

Danish lak, ikut abah dia g mancing ptg semalam. Bila balik, dia berikan seikat bunga yg dia cantum siap2. Walopun bunga liar jer tp lawa. Terharu lak rasa. Bahagianya ada anak.

Moga dorang tau, walaupun tanpa wish or hadiah mama dorang tetap sayang dorang ketat2. Tp Kalo bagi hadiah lg sayang. Haha. Dasarrrrrr

I love u anak2

2 ulasan:

FAM berkata...

alololo abg danish, dlm hati ada taman. sweet gesture :)

KV berkata...

fatin,
akak pun mmg terkujat ah. Campur terharu. Hihi