Selasa, 26 Julai 2011

GELORA - MA LEE CHUSWAN

Ekceli, aku tak perasan pun kewujudan novel gelora karya ma lee chuswan ni.

Dulu aku selalu gelakkan anak buah (dia lbh tua dari aku), sbb dia selalu mintak tolong aku carikan dia novel2 ma lee chuswan. Sangat2 best katanya. Tapi aku takleh nak bayang sbb aku rasa aku tak pernah ingat aku pernah baca karya2 dia.


Minggu dulu, masa gi Ipoh aku ajak hubby gi Ipoh Parade. Sengaja mengisi masa malam yg kosong. Terpandang kedai buku Popular terus ajak hubby gi situ. Now mmg kedai buku menjadi kedai pujaan ku. Mabuk ngan novel cinta masih menjadi jadi. Hehe


Masa kat Ipoh jugak aku jumpa novel Kasih Yang Suci. Nora Elena dan Seth Tan yang menjadi pujaan ramai. Hanya itu lah satu2 nya buku yang tinggal. Memamg rezeki aku nak jumpa Seth Tan kat Ipoh agak nya. Hehe.


Oke, berbalik kepada novel gelora. Aku tidak mencari nya kerna setelah sekian lama aku mencari karya2 ma lee chuswan, tak pernah berjumpa. Tapi bila tepandang novel baru di satu sudut. Hati terus terpaku memandang nama Ma Lee Chuswan terpahat disitu. Terus grab ok. Lantak lah best ke tidak, janji beli dulu.



Dia dilahirkan buta untuk menilai sebuah kejujuran.....


Balik rumah terus aku kerobek plastik wrapping. Lantak lah best ke tidak. Janji baca dulu. Hehe. Sebaris ayat pertama terus aku terimbau masa lalu. Zaman ku meniti remaja. Sudah terlintas di fikiran novel ni lah rupa2 nya menjadi buruan zaman remaja ku. Masa tu majalah remaja yg editor nya ritchie rachman. Novel ni disiarkan dlm remaja tapi tidak sepenuhnya. Hati terus melompat lompat kegembiraan. Setelah umur 32 tahun baru ku jumpa novel ni. Dan baru ku tahu penulis nya adalah ma lee chuswan.

Kisah adam dan mila yang penuh kecurigaan, egoistik, rindu dan dendam. Adam, pecinta yang setia, terikat atas nama anak angkat Pak Mus, bapa Mila makanya di pujuk hati yg rawan, agar membatas kan rasa cinta nya pada Mila. Dan Mila gadis cantik yang penuh curiga akibat perbuatan sepupu nya. Dendam nya terhadap Adam tak pernah sudah. Sehingga da menyesali nama nya Mila Nur Adam. Mila Cahaya Adam. Nama yang terpatri terus mengikat dia dan Adam.

Keputusan Pak Mus mewasiatkan Mila mengahwini Adam membuat kan hidup Mila huru hara. Namun penuh kegembiraan buat Adam. Jika tidak bersetuju Mila akan kehilangan segala hartanya. Dan tentu nya semua akan jadi milik Adam. Memikirkan itu, Mila tidak rela melepaskan segala harta yg sepatut menjadi miliknya kepada musuh tradisi nya.

Penuh gelora pembawaan cerita nya. Agak bahaya bagi kanak2 'bawah umur' sbb cerita nya penuh dengan hal-hal orang 'dewasa'. Korang baca lah sendiri. Mebi ada yg sependapat ngan aku dan ada yang tidak.

Dan semalam, aku masih gigih mengugel karya2 lain tulisan ma lee chuswan. Membaca sinopsis setiap karyanya membuat hati tak sabar memiliki semua karya nya. Dengar cerita Creative Enterprise menerbitkan semula novel Selamat Tinggal Sayang. Dijual secara online. Kalo korang tahu kat mana boleh aku dpt kan di Kelantan ni, sila bagitau yer.

Begitu juga dengan Lamaran Kedua, Tirai Impian dan Permata Hati. Mungkin jugak ada karya2 nya yang lain, yang aku terlepas pandang. Sila syer ngan aku cemana nak dapatkan novel2 nya. Susah nak dapat sbb novel lama. Sudah tidak diterbitkan.

Tapi semalam, aku dengan gigih nya meng 'add' ma lee chuswan ke senarai frenlist fb ku. Hak hak. Amat berbangga kerana dia approve dan lagi berbangga sebab penulis berasal dari daerah kelahiran ku.

Tak sabar untuk memiliki karnya nya yang lain.

9 ulasan:

Opie berkata...

kaki novel skrg nih best2 buku die..tebal lak tuh..tp tak beli lagi gelora nih...ai pon tgh mabuk buku nih...pantang nampak kedai buku leh jadik sawan...hahahhah

AyunasiA berkata...

pernah terbaca satu novel maleechuswan ni semasa remaja dulu dan menjadi turning point meminati karya beliau. tapi sampai sekarang tak ingat citer apa :( ayat dia power lah.

KLMari berkata...

KV..kalau search kat mphonline tu, ada stock..bolehlah order...terus sampai depan rumah..:)

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789838939423

KV berkata...

opie,
buku gelora mmg buat kita bergelora tau. Beli lah, pasti tak menyesal. Hehe

ayu,
ha-a, ayat dia power giler. Lagi pun dia penulis berbangsa siam. Jadi, mungkin lebih terbuka gaya penceritaannya.

KLMari,
kv dah order selamat tinggal sayang dan satu lg karya lamia aimal secara online ngan creative ent. But tq for the info.;)

Mas berkata...

saya pernah bc novel selamat tinggal sayang 8thn lepas dan smpai skrg sy masih igt cte die.. seyes best.. xsaba nk beli novel gelora ni..

Unknown berkata...

Saya ada 2 copy buku gelora..ceritanya mmg best..tp yg cetakan pertamalah...covernya cantik mmg sesuai dgn tajuk...saya sebenarnya peminat fanatik karya ma lee chus wan ni...hampir semua karya beliau saya ada..skrg ni msh mencari...

Unknown berkata...

Saya ada 2 copy buku gelora..ceritanya mmg best..tp yg cetakan pertamalah...covernya cantik mmg sesuai dgn tajuk...saya sebenarnya peminat fanatik karya ma lee chus wan ni...hampir semua karya beliau saya ada..skrg ni msh mencari...

Unknown berkata...

Saya ada 2 copy buku gelora..ceritanya mmg best..tp yg cetakan pertamalah...covernya cantik mmg sesuai dgn tajuk...saya sebenarnya peminat fanatik karya ma lee chus wan ni...hampir semua karya beliau saya ada..skrg ni msh mencari...

Unknown berkata...

Salam sis. Buku sis ni dua- dua original dr cetakan pertama ke? Ada niat nk jual tak..hehe. Klu cetakan yg bru (Kaki Novel), sama ke isinya dgn yg lama atau ada penambhn/ prubahn?