Isnin, 17 Januari 2011

TERKUNCI

Mebi ada yang dah baca status kat fb aku sabtu lepas.


Huhu. Huru hara satu rumah hokeh.


Alkisah.

Anak dara mek nak mandi tgh hari before nyotnyot dan nap. Biasa nya kami biarkan dia mandi sensorang sesambil 2-3 minit gi jenguk sekali. Sebab nya minah ni bukan mandi sgt pun. Suka nak main syampoo dan berus gigi.

Dan weekend adalah antara hari yg sibuk dlm hidup mek. Mek takdak bibik uols. Semua kerja harus dicakupi sendiri. Dan adalah tdk wajar utk menunggu dia mandi berjam jam dlm biliq ayaq tu.

Bagi mengelak kemalangan ke hapa (kena terangkan takut ada yg salah faham), lantai adalah penuh dgn tiles getah tu (apa ntah nama saintifik dia) dan ada baldi dan gayung. Tp dina tak suka buka paip tadah air dlm baldi. Kalo masuk bilik air, mmg dia curah air dlm baldi. Dia mau baldi kosong. So, mek pun mmg suh dia buat lagu tu. Utk keselamatan kan. Dan tak bagi dia tutup pintu. Dan biasa bila dia siap syampoo gosok gigi bagai, dia akan melaung laung nama mama dia suh setelkan bab mandi. Dia syampoo rambut dengan rambut kering kontang tau. Habit apa tatau ler.


Tengah kalut2 duk wat keje rumah (yg tak habis2 tu) hubby ckp dina panggil. Masa tu mek biasa jer sbb lagu tu sokmo2 kan.

Tapi.... bila pegi jenguk dengar suara dia meraung sakan. Tengok pintu tertutup. Ingat kan dia takleh bukak pintu sbb tgn licin. Maklum la sibuk bersyampoo.

Alih2 bila buka, tombol tu keras kat situ. Dina dr tadi duk meraung tak senyap2. Huwaaaaaaa!!! Teruk aku panik. Anak ku terkunci dlm bilik air la. Suh dia pulas tombol. Dia meraung raung ckp tak boleh. Padahal dia mahir dah buka kunci pintu bilik. Tp bilik air dia tak pernah buat.


Hadu...terus aku panik, pi panggil abah nya eh. Dan abah nya, mcm biasa lah, aku panik, dia lagi panik. Geram betul tau!

Panik dia menggagau cari anak kunci tak jumpa. Aku dh geram dah. Gatal sgt suka alih2 tempat simpan anak kunci. Kdg2 aku tatau mana dia simpan. Lama2 malas nak layan, so aku biarkan. Ha, last2, anak ko terlunci meraung nak pengsan ddalam nu! Hisyh geram betul!

Abih aku geledah sorok, bakul dsb. Tp non hado nak jumpa nya. Dina meraung tak senyap. Huwaaaaaa!! Kesian anak ku!

Last2 aku suh bapak nya cari tukul, ketuk jer tombol pintu tu. Tp dia takmo, takut pintu tu kena anak dia. Habis tu, nk buat mcm mana lagi? U tell me!! Geram!

Sesambil abah nya eh cari tukul, aku nga danish suh dina pulas tombol. Masa aku duk usyar tombol tu, dia rilex skt. Pastu danish sambung tugas sementara aku geledah lg cari kunci. Tak jumpa weh!

Pastu bapak nya dtg dgn kapak dan pemahat. Aku suh dina duk bucu dinding blik air tepi toilet bowl dan sink. Takut terpelanting tombol tu kena dia. Last2, terluak jugak pintu bilik air tu dikerjakan abah nya.

Tengok2 dina duk bucu dinding dengan mata membulat. Nasib baik dia paham arahan aku. Pi ambik dia terus dia sambung meraung lagi. Lembik dah. Agaknya letih meraung dan panik sgt. Peluh belengas tu toksah cerita lah. Aku bawak dia pi bilik air satu lg, mandikan dia, pakai kan baju, bagi susu, suh dia cool dulu. Bila tanya napa tak pulas tombol, dia ckp tangan dia licin. Kesian pulak, tp aku gelak tak hengat. Geram tau, suka sgt buat hal. Konon2 nak jd org dewasa la, tutup pintu bilik air.

Dia diam jer aku gelakkan dia. Malas nak layan. Agaknya dia takut dan malu kut. Lepas tu terus terlena.

* gambar lama, recycle


Memang betul2 pengajaran la buat kami. Buat Dina sendiri pun. Harap2 dia ingat la peristiwa ni dan ambik sebagai ikhtibar. Lega bila takde cedera ke hapa. Sampai ke hari ni pun aku usik bab dia terlunci tu memang dia wat dunno jek. Malas nak layan. Hihi

5 ulasan:

attyfir berkata...

Nasib dina takde apa.
kdg pintu mmg cenggitu
pandai stuck lak tertiba.

Irfa berkata...

mesti panik giler..ni pintu bilik aku pulak buat hal..dr luar takleh bukak..selalunya aku tinggal kenit tu dalm bilik bila nak solat..
skrg takleh wat lagu tu lagi..
nanti terkunci kenit aku dalam tu

lady lavender berkata...

dpt bayangkan camana time tu..panik & kelam kabut satu umah. Sian Dina..

KV berkata...

kakty,
tu ler, terkena time dina lak. Huru hara.

irfa,
bahaya seh. Kena letak pape kt pintu tu, takut tertiup dek angin.

lady,
hihi..bila ingat2 lucu lak rasa.;P

alia elena berkata...

hehe anak2 meks pun penah terkunci.. nasibla berdua sekali with kakak dia tapi dia bantai meraung gaks.. haha

tapi ada pengajarannya gaks tuk Dina kans.. pass ne dia sure tak bani dah nak kunci2 pintu kaedahnya..

hugs her..