Isnin, 3 Januari 2011

SAYANG SUNGGUH

Entah lah, kes jiwa kacau, nak kata haru biru hidup aku, tak jugak. Tp byk moment2 penting yg aku ter ignore. Sayang betul lah.

Contohnya, hari ni kan abang danish first day skolah. Tahun ni dia dah standard 2. Dah jadi anak bujang dah. So, aku siap2 lbh kurang apa yg patut, tp lupa nak snap piccy kenangan. Hmm...wajib balik keje karang aku gigih snap. Tu pun kalo rajin. Dan pagi tadi pun lupa nak snap dia nga uniform serba baru.

Pagi semalam lps jahit badge kat uniform dia, terus iron siap2 termasuk baju keje abahnya eh. Pastu lps balik from mydin tu, terus siap2 brg skolah yg lain. Kasut stokin, bag, buku2 dan alat tulis. Dan dia pulak, mmg excited giler nak pi skolah. Bosan melangut jer kat rumah lama sgt.

Suh tido awal, tp agaknya dia hepi sgt kut. Dekat pkl 11 baru dia lena. Tu pun dekat2 nak lena, aku panggil dia senyap. Abahnya ckp dah tido. Aku ingat nak tnya dia, dia ingat ke kelas baru dia kat mana. Massa nak tutup skolah ari tu, cikgu dah set up awal2 kelas baru dorang. Maknanya tak perlu nanar pada hari pertama. Good job lah cikgu. Hehe

Dia diam jer so aku ingat dia tido. 5 Minit lps tu dia gelak, dan terus tnya balik apa yg aku tnya dia. So, aku pun buat2 lupa. Waka waka. Hek hek. Pastu dia dengan megah nya bitau dia tau kat mana kelas dia. Hmm..

Pagi tadi, hubby kejutkan aku (mcm biasa) Padahal aku dah sedar, tp selagi hubby tak suh bangun mmg aku layan baring jer. Hahahha. Nak tengok jam, mata kabur (i'm specky okeh). SO, mengharapkan sepenuhnya khidmat suami bab2 tengok jam ni. Suami pulak, mengharapkan sepenuhnya jam henfon dia. Aku tatau la org lain punya, tp hubby punya e72 alwiz hang la. Teruk betul. So, alaram adalah tidak berbunyi. Jam dah 6.50. Hua hua hua. Naseb baik aku dah siap2 semuanya. Bangun solat mandi dan uruskan danish sarap jer lah.

Akan tetapi, sluar baru dia longgar lah pulak. Kurus betul mamat tu. Tak jumpa cari belt. Huhu. MIL tolong cari pun tk jumpa. Mana ntah aku pi simpan. Adeiii...pagi2 dh stress. SUh dia sarap siap2 dan pakai kasut. Dia sarap kat tangga je. Hehe. Sarapan nasik belauk yg MIL gi beli kt kedai sebelah rumah. Kalu dak, aku goreng roti canau segera je lah. Cicah gula. Mmg kegemaran dia lah. Hari2 wajib ada.

Last2 abah nya cari baru jumpa itu belt. Selamat. SO, kami drop dia kat pintu depan jer. Babai2 terus dia pegi sendiri. Eksyen lah tu. Maklum lah dah senior. Belajar rajin2 yer anak ku. Mama takmahu beri tekanan, tapi harap abang mampu menguruskan hidup abang sewajarnya. Mama dan abah sokong asalkan ianya terbaik buat abang. Insyaallah.

Tiada ulasan: