Khamis, 6 Januari 2011

Banjir

Dari malam tadi, sampai ke saat ni hujan masih menggila (wah ayat mcm novel). Sejuk wehhh!!

Pagi tadi bangun tido dgn perasaan amat malas. Maklom ler sejuk2 ni best tido. Hehe. Tp anak mau skolah, Dan keje pun kene pegi. Baju pun belom iron, wajib la menggagahkan diri bangun.

Rumah jiran keliling kelalang udah banjir. Rumah mek selamat sbb sama level ngan jalan. Tinggi skt la. Pastu hantar Dina pun dlm air.

Pegi keje sedikit teruja sbb sana sini dh naik air. Ada satu jln tu air dah melimpah. Arus deras lak tu. Tengok2 kete kancil sapa ntah tersadai dlm bendang. Hanyut air agaknya.

Perjalanan ke opis patut nya stengah jam jadik sejam stengah. Boring giler duk dlm kete. Jem nya sampai polis kena jaga. Last2 pusing ambik jln lain.

Area opis dh naik air. Sekejapan balai polis call bitau jln yg Kami lalu td dah tutup kepada kenderaan ringan. Cemana nk balik Wei, semua jln dah naik air. So kami2 yg rumah berpotensi tersekat banjir mintak balik awal.

Sementara tu sempat masuk kedai beli stok lauk. Harap2 tak berlapar lah. Hihi. Bab lapar nombor 1 duk pikiaq.

Pastu journey balik keje mmg mencabar jiwa raga. Mcm2 boleh tengok. Air atas jln byk giler. Kami try satu jln kampung tp terpaksa pusing blk. Tak berani nk harung la. Seb baik selamat sampai rumah.

Tp area rumah Kami air dh byk. Hubby biasa ah ngan hobi dia tahannpukat, tahan tauk. Ni pun baru balik dr bendang. Kesian tgk Danish kesejukan sampai biru bibir. Hihi. Tp tetap semangat nk ikut Abah.

Aku pun tatau sampai bila nk hujan ni. Harap2 takde la teruk sgt. Oke, sampai sini dulu. Bye2.

Sent from my iPhone

2 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

lambat lak ye banjir thn ni...

KV berkata...

joy, a-a, baru nak banjir dah masuk tahun baru.