Ni aku nak cerita pengalaman aku deal ngan ejen2 haprak. Tak bersabit ngan orang lain okeh. Hanya pasal aku. Karang ada yang makan hati tak pasal2 pulak.
1. Insuran aku punya sendiri
Memula keje kt sini dulu, ejen ni datang jumpa aku. Masa tu aku bodoh2. Memang tatau langsung pasal insuran. Pastu aku tak reti nak tolak. Mcm2 dia duk kempen aku tak paham apebenda pun. Last2 dia mintak slip gaji aku wat potongan gaji by biro angkasa. Selamat duit aku 110 hengget masuk akaun depa tetiap bulan. Aku pun mikir, ok la, bagus jugak ada insuran.
Tapi sepanjang 10 tahun, (dah lebih 10 tahun aku keje kat sini rupanya) aku tak pernah claim apa2. Masuk wad ke hapa ke aku pegi klinik/spital gomen. Aku mmg blur terus pasal insuran ni. aku tatau depa cover apa. Yang aku tau, tetiap bulan dlm slip gaji ada potongan 110 hengget.
Bila dh lama2 tu, ejen takde masalah lah dgn aku sbb aku bayar cara potong gaji kan. Bila tahun lepas sampai surat pelarasan apa benda ntah, aku call ejen. Tak berangkat pun. Nanar aku carik kontek number dia. Bila dapat, dia layan aku acuh tak acuh jer. Siap suruh aku gi bank bayar sendiri. Bengang ok. So, aku dgn bodoh nya pi bayar sendiri. Setel kat situ.
Pastu, bila dah cukup 10 tahun, aku pikir takde pekdah aku duk byr tetiap bulan, bukan nya banyak pun saving. Baik aku simpan asb jer. Pada duk saving ngan insuran, baik aku ambik medical card jer. So, aku pegi bank tanya if aku surrender berapa aku dapat. Bank pun bg tau la amaun nya berapa. Masa tu, memang aku dah redha aku dapat berapa pun, aku tekad nak stop ajer. Naseb baik dpt byk jugak walopun kalo aku simpan sendiri lg byk aku dapat. Huhu
So kebetulan, masa kat bank tu ada wakil ejen (bukan ejen aku) kat situ. Orang bank suh aku folo awek tu pi setelkan apa yg aku mahu. Jumpa bos awek tu, so dia ckp la prung preng prung preng apa yg aku kena buat. Balik rumah mmg panik giler aku cari polisi aku tak jumpa. Huwaaa. Seb baik hubby jumpa bawah rak tv. Agak nya masa pindah rumah dulu aku letak sekali ngan album gambar kut. So, aku pegi balik jumpa orang tu, pasal ejen aku tu mmg aku takmo pikir dah, nak kontek pun payah. Orang tu cakap, mebi dlm 3minggu aku dapat cek aku. Cuma nya potongan biro angkasa tu akan terlajak ke beberapa bulan. Takpe ah, janji dorang bayar balik.
2. Ejen insuran anak2 aku.
Ha, ni pulak kerana kawan, kawan binasa. Abang kepada kawan aku ni ejen insuran tuut. Sibuk berkempen suh belikan insuran utk anak aku. Masa tu danish tak cukup umur 1 tahun lg. Prung preng prung preng, kami pun pilih la satu pakejyg kiranya ok lah utk danish.
Tetiba, ejen tu call bagitau dia dah stop insuran tuut, dia join insuran teet pulak. Haru betul, kami baru 2 thn bayar, dia suh kami skip dan burn jer duit selama 2 thn tu. Suh folo insuran baru pulak. Banyak cantik. Tapi kami takmo stop dan kami paksa dia jadi ejen kami jgk. Lantak lah! Bila danish kemalangan kecil (biasa lah budak2 kan) amat susah nak claim. Masa berkempen dulu mcm2 kebaikan, bila nak claim cakap itu tak cover, ini tak cover. Hangen tau. Last2 dpt jugak claim.
Tiba time dina pulak, kami ambik insuran ngan ejen sama sbb pikir senang satu ejen. Ari tu kan dina masuk wad, so mmg kami nak claim la sbb kami berhak. oleh pulak kami yg kena naik turun tangga spital tu uruskan sendiri form claim. Berapa kali pegi spital baru nak setel.
Bab danish pun sama, dah la nak setel kat sepital makan sebulan. Tetiba dia call cakap hilang pulak benda tu. Hangen ok. Tp nasib baik dia nak uruskan sendiri pulak. Hmm..hilang sikit amarah. Tetiba call pulak tnya kami cemana cara nak isi form. Huwaaaaa. Geram aku. Mmg bengang betul. Hubby cakap, kalo masa tu polisi danish ada dlm kete, mmg masa tu dah kami pegi surrender kan insuran danish. Lantak lah tak dpt claim pun. Wat sakit hati jer.
3. Fund
Oke, org sibuk2 main saham, kawan2 aku pun ramai gak nak jadi ejen. Macam bank keluarkan saham2 dorang. So, segan ngan kenkawan aku join la sikit. Mmg sikit sgt sbb aku bimbang jugak takut saham tu merudum.
Tapi dah 3tahun takde naik2 pun saham aku, makin merudum ada la. Bukan salah ejen, ini aku tahu. So, aku suh hubby call ejen cakap nak jual balik saham2 aku tu. Bila sms 2-3 tak berbalas, hubby call pulak. Boleh dia suh kami pi setel sendiri. Dia dah tak aktif dah. Adeiii. Mmg haprak betul lah. Benci tau. Dulu kemain lg, bila kita perlukan dia, dia tak layan pulak.
Kalo lagu tu, semua nak kena setel sendiri, baik tak payah ada ejen. Geram la wei!!
P/s: aku dah stopkan 2 perkara, insuran aku dan fund tu. Hat dina ngan danish nanti tunggu claim dpt, pastu mmg kami nak stop kan jugak. Bengang dengan ejen yg haprak.
7 ulasan:
haha sabor2 nak tergelak ada nak tumpang marah pun ada
mama adib,
hehe...daku masih gerammm!!!
bc pun geram..sabar kak..
sabar kak sabar hehe
nanak dan lady,
ha-a, masih sabar ni. Hehe
kak kv,
nok ejen prudential my mom hok di kb ko? meme molek dia tuh, masa my sis nok masuk kbmc, dia teros arrange talipong dokter straight. jadi masa gi kbmc tros ghoyak nok jupo dokter sekian2, dia terus masuk jupo jah.
insurans ni penting, tapi kene amik denge ejen hok molek. baru sedap :D
jane,
ha-a, mmg insuran penting sgt, tp bila deal ngan ejen yg haprak mmg meyakitkan kepala. Lagi sakit hati. Takpe, beri ahkak tempoh bertenang dulu. Hihi
Catat Ulasan