Isnin, 28 Februari 2011

JENJALAN KE RUMAH SYIDAH

Dah sampai beringin terus terus la kontek kenkawan. Ramai kawan mek duk beringin uols. So, kalo tak menziarah mmg sangat tak elok lah kan. Hehe



Malam pertama jenjalan ke rumah syidah. Kawan masa utm dulu. Dan zaman skolah pun mmg berkawan ngan dia. Selalu jumpa time sukan skolah. Tak sangka bila masuk u satu course plk. So terus geng. Dan syidah pun bertemu jodoh ngan kawan satu course. Laagi la syok kalo jumpa jumpi. Haha




Kesian syidah balik keje tergesa gesa nak prepare dinner. Tu dia siap pesan lauk dia beli semua, nasik jer dia masak. Haha. Adei...segan la. Nyusahkan mu jer syidah wei. Nak naik rumah syidah tu pun anak buah siap duk pesan jgn lama nanti nak kluar makan2 lak. Hadehhh. Mana nak sumbat semua makanan. Tolonggggg!!!


Me n syidah. Syidah ni dari dulu kurus kering sampai beranak 2 pun size tu jer la. AKu jugak macam terlebih yis. Huwaaaaaa.


Sambil kat dapur sambil bergossip. Banyak betul cerita nak catch up. Tu pun tak abih. Syidah siap suh overnight kat rumah dia. Berapa kali bangun nak balik, duduk semula. Punya la hangat bercerita. Haha



Kaum bapak berborak sakan, kaum anak main sepah2. Tengok tuan rumah kalut tu. Haha


Sebelum turun, bergambaran lah dulu.;P



Tenkiu syidah. Nanti ai pergi jenjalan lg rumah yu okeh.;P

PERGI KL

Takdak keje uols. Macam dah lama tak pegi kl. Hik hik. Boleh?
So, khamis lps, kami bertolak ke KL.
Kononnya nak bertolak awal sesubuh safei.
Tapi nak kena masak bekal lunch dulu.
Pung pang pung pangkat dapur, jam 8.45 baru boleh gerak.
Seb baik mlm tu dah siap pack segala brg.
Tu versi anak baru dua.
Kalo ramai tatau ler. Hak hak.



Sampai RNR Gua mUsang singgah jap nak pakai tandas. Dalam jam 11 kut. Tak ingat la.
So, kekanak ribena tu apa la, pulun segala mainan yg ada.
Makin syok sbb diaorang jer yg konker. Takdak org pun.




30 minit jer kat situ. Takde pasal nak singgah lama2 kan. Bukan nak pi gua musang. Nak pi kl yg jauh lagi nun. Hihi

Teruskan perjalanan. Dalam 2.30 singgah masjid bentong nak mandi, solat dan makan. Pastu singgah genting sempah beli buah berangan sbb dina kecoh nak buah berangan.

Sampai tol gombak terus sms anak buah. Dia baru nak turun dr ofis. So kami pakai garmin utk cari rumah dia kat seri gombak. Apartment beringin.

Kali ni tak tido hotel. Rasa nya lps2 ni pun, sbb dorang ni mesti membebel kalo tido hotel. Baik duit hotel tu wat shopping dorang cakap. Haha. Betul gak kan.

Kami kat kl 2 mlm jer pun. Jadi lah. Bawak anak2 jenjalan dan mama nya sibuk nk shopping. Walopun shopping lite2 tapi retail therapy katanya. hahaha.

Ok bersambung next entry...

Ahad, 27 Februari 2011

KURANG ASAM

Ni aku nak cerita pengalaman aku kat tandas shell ke caltex (aku lupaaaa) highway karak petang semalam.

Bengang giler wohh.

Kesnya, dina membuang dlm keta. Bila nak isi tank fuel tu terus lah nak pakai tandas kan. Mula2 aku masuk tandas takde org. Tengah menguruskan dina tu, ada org masuk tandas sebelah. Ok lah, tak kisah sbb nak uruskan hal masing2 kan.

Akan tetapi, orang sebelah main kasar pulak. Dia simbah air sampai masuk cubical aku lak. Basah kaki mek tau! Aku dah cuak dah. Org ni basuh berak ke hape?

Aku sabar lagi. Nak ngelak kena air cebuk dia tu, aku naik kat slab yg lbh tinggi. Akan tetapi, org sebelah tu main kasar lg. Tadi aku duh bawah, air masuk kut lubang bawah partition tu. Bila aku panjat satu step air cebuk dia masuk kut celah2 partition tu. Kuat giler ok. Geli weiiiii. Aku sabar lg, tp makin menjadi jadi pulak.

Terus aku bertempik. "Wei basah wei!! Abih kena org sebelah ni! Geli lah!!" Eh tak ingat dah apa lagi aku membebel. Tapi geram giler. Dina tengah menyanyi terus terdiam menganga. Aku sound lagu tu pun org sebelah tu ala2 jer respon nya. Geram betul.

Aku ingat nak tunggu tengok rupa cemana yg pengotor sgt tuannya. Tp dia lambat kluar. So tak jadi aku tunggu. Dah la panas terik, hati aku membahang lak.

Masuk kete, aku membebel sampai aku tertido. haha

Tapi geram la weiii!!! Kurang asam punya org. Tak de kesedaran sivik betul. APa la yg pengotor sgt tu!

Rabu, 23 Februari 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2)


WORDLESS WEDNESDAY (1)






p/s: Teratak bonda dalam kenangan

Selasa, 22 Februari 2011

SAMPEL PERCUMA

hari tu terbaca kat blog joy pasal sampel libresse percuma.
Terus tak buang masa, isi segala form mak nenek yg diminta.
Tapi maaf, link nya mek lupa. Huhu





Semalam dah sampai sampel nya.



Tudiah, not for sale katanya. Hak hak




Isi dlm nya. Cukup la stok sebulan.

GULAI TELUR IKAN DURI

Now musim ikan duri bertelur kan.
Telur dia mmg susah nak dapat kalo kat pasar.
Biasanya org jual ikan jer.
Beli ikan, kalo ikan tu bertelur kira bonus la.
Tapi semalam, enchik suami masuk pasar mencari.
Dapat gak la sekilo.
Anak gadis dia si dina sarah tu mmg penggemar telur ikan duri ni.
Padahal kami (read: aku dan suami) pun suka gak. Hehe




Ini lah rupa wajah ikan duri.



Telur dia berbiji besar lbh kurang dlm gambar ni.
P/s: dua2 gambar adalah hasil gugel yer.





So, semalam masak lemak telur ikan duri. Kuah dia pekat giler sbb dah keluar bendalir hat dlm kantung telur tu.
Macam tak jelas tekstur telur nya, tapi mek malas nak snap hat lain. Maafin ya.;P

Isnin, 21 Februari 2011

KENDURI KAT PASIR MAS

Sabtu lps, kami memenuhi undangan kenduri ex ofismate kat pasir mas. Walopun dh lama tak bekerja bersama tp still berhubungan gitu.




Dina dengan bubur kacang nya.




Danish dengan nasik manis aka wajik.


Makanan nya sedap sekali. Nasik beriani lauk dgaing kerutup, ayam berempah, pajeri nenas, papadom dan mcm2 lg. Ada gak cara berlauk, laksa, wajik dan bubur. Gambar makanan takdan nak snap, sibuk layan anak2 makan.



Lepas dah kenyang ambik peluang borak2 ngan tuan rumah.



Ngeh ngeh. Tetap nak menempel jugak.;P



On da way balik, terus berdesup ke tesco. Banyak brg nak kena beli.

JERUK CELAGI

Celagi = tamarind

Aku beli celagi yg dah dikupas kulit dan direndam air garam.
Beli 2 hengget jer. Banyak giler. Bahagia sungguh!
Balik rumah, terus basuh dan toskan.
Pastu nak lagi sedap. Buang bijik2 nya. Senang nak makan kaedahnya.



Tengok lah bibik ku yg shekshi. Kusyuk buang bijik. Tapi jgn salah paham. Mama dia yg potong ngan pisau, dia tukang kopek bijik jer. Jangan ada yg ingat nanti aku bagi dina main pisau.;P



Berjaya!!!


Biji2 dah setambun. Haha



Dah siap buang bijik.



Lepas tu terus gaul gula. Malas nak masak air gula dah. Nanti dia cair ngan sendiri membentuk kuah. Kalo nak pedas, picit cabai sikit. Dah cair gula, masukkan semua tu dlm botol, simpan dalam peti sejuk. Time bulan nak mengambang terus ngap sejuk2. Wallah!

Ahad, 20 Februari 2011

DATING

Dah lama tak kluar berdua malam2. Hehe
Bila dah anak dua, bila dah berumur, bila dah obesiti, mmg penat nak kluar2 ni. Hehe
So mlm jumaat lepas, duk borak2 ngan hubby, tetiba terus wat rancangan nak kluar.
Tapi nak kena tunggu anak2 tido dulu.
Dalam jam 11.30 kut dina baru tido. Kami pun tgh syok tgk criter apantah kat tivi.
Last2 hubby suh bersiap.
Bukan bersiap make up ke hapa.
Tukar baju jer.
Takkan nak kluar pakai kaftan kut.
Kalo kaftan sutera mahal tu ok la.
Ni kaftan 10 hengget beli kat pasar minggu. Hihi
Dan terus hangkut dina taruk dlm bilik nenek dia. ;P


Bila dah larut malam mcm tu, takde tempat nak tuju dah kecuali pasar malam wakaf che yeh. Kalo tak silap dorang berniaga sampai 3 pagi kut. Tapi tak sure lah.
Musim2 gini tak ramai org.


Gegambar yg sempat ku snap. Maafkan kualiti gambar. Pakai henfon sajork. Tu pun sambil berjalan. Tak kuasa nka benti utk snap. Malu aii.;P






Tengah pusing2 tu, terjumpa gewe apek (cik jejari runcing). Ngan 2 org kawan dia. Tapi segan lah nak tegur. Hihi. Tengok jer lah.;P

Dah puas pusing tu, tatau nak biat apa dah. Dalam sejam lbh kut kat sana. Kami pun decided kluar dari situ. Singgah minum kat mana2 ker dulu. Pastu pikir dah lewat malam ni, takkan nak minum ayaq manis kut. Bali rumah jer lah. Taram air mineral dlm kete je. Hehe

Seronok jugak dating berdua tanpa anak2. Jarang2 boleh dilakukan utk menyemai kaseh sayang katanya. Hehe

Khamis, 17 Februari 2011

ROTI KAMPUNG

Sangat suka ngan ini roti
very der kekampungan
kat kampung hubby (now dah jadi kampung ku) hek hek, ada satu kedai kopi yg buat roti sendiri.
Nampak tak comel, tp roti nya lembut alahai.
Sedap gilos.
Itu citarasa aku lah.
Cita rasa org kampung.
Orang lain mek tak tahu.;P




Dibungkus dlm plastik merah lagu ni.



Bentuk roti.




Hat ni inti kaya. Kadang2 ada inti kacang merah atau kelapa pandan.


1 bungkus ada 5 bijik.
Regenya seringgit. Murahhhhh
Kalo dpt kat aku, 5 bijik tu sekejap jer aku taram.
Tp pikir2 kena lah kawal makan. So 2 bijik jer lah.
Kena berebut ngan danish gak, sbb dia pun gemar sgt ngan roti Junuh ni.
Oh, nama tuan kedai tu Yunus yer. Hihi

HADIAH PENUH KASIH SAYANG D\FROM MY BFF

Hoyehhhh
Amat hepi sbb my bff sudi jahitkan mek tudung syria.
Suh jait satu jer, tp bila dia bagi, tengok2 ada dua.
Laaagi la hepi.
Hik hik




Tapi ari ni tak sempat pakai sbb ari ni pakai baju kunen. Lain kali boleh melawa ngan syria baru. Hehe.

Tengkiu madam, nanti mu jahit lg untuk aku yer.;P

Rabu, 16 Februari 2011