Isnin, 17 Mei 2010

STOK DARI KAMPUNG

Sabtu lepas, balik kampung. Anak2 duk merengek nak balik. Kesian jugak kat anak2 nak jumpa sepupu sepapat dorang. Yelah, belah abah dah takde sepupu. Mengharapkan belah mama je lah. Walopun banyak keje nak kena buat time weekend, curi gak la masa untuk balik kampung sekejap. 45 minit jer pun.


Kebetulan abang ipar baru sampai dari kedah. Banyak stok lauk mentah yang dia borong kat sinun. Aku pun apa lagi, wajib la mengepow sedikit sebanyak. Hik hik


macam2 ada.




Closed up satu2. Ini ketam nipah. Ambik sikit jer sbb hubby berpantang. Dia kena resdung yang kronik.


Kepala ikan jemuduk. nanti nak kari or gulai kuning. Tengok encik hubby nak selera cemana nanti.




Dan udang lipan. Tatau la betul ke tidak namanya ni. Aku tak pernahjumpa udang spesis ni kat sini. Kat kedah 3 hengget jer sekilo. Biaq betui?



Pelik betul rupa paras dia. Ekor macam udang ketok (macam predator tu). Kepala macam ibu angguk2 tu. Ala kalo kat sini glemer bila kita jumpa ibu angguk2 tu mesti nak cakap;
'sudu sudu seno, Dina tido lagu mano?'
Pastu mesti ibu angguk ni berubah kedudukan dia dan siap terangguk angguk. Hihi.

Udang ni dah selamat aku goreng blek pepper malam tadi. Bersungguh sungguh irdina maisarah makan.

9 ulasan:

Yaya berkata...

mak aihhh ketammm ..menggoda..lama tak mkn ketam nehh huhuuu

Zareda Norman berkata...

udang lipan tu emmang murah kat belah utara.. goreng blackpepper memang sedap lah

mrs shaifull berkata...

KV, betulla tu udang lipan, kat belah sana mmg murah udang tu, kalau kat sana, rebus mkn camtu je :)

attyfir berkata...

beshnya balik kg..lepas tu dpt mcm2 habuan..

lom penah lagi makan udang..uh..

edyan7 berkata...

udang lipan tu aku panggil udang mancis.. apsal? tak tau le..org kedai yg panggil... biasa masak sup je.. tak bole pulak lama2... isi nye abes bercerai..hehe..

sedap pulak nmpk ketam2 ni..haisshh...

Unknown berkata...

udang lipan ke namanya.. suspen aje.. kot2 lipan..heheeee..

tp nmpk fresh2 udang2 & ketam tu.. perghhh buat BBQ sodap tuuu..

Mag berkata...

ibu sengguk2 tu mentadak mentadu ke? huhu

udang lipan ni kalo fresh manis sangat kan. pernah makan sekali jer kat kk

KV berkata...

aleeya,
menggoda beb!

kak zar,
hihi..dina suka betul!

mrs shaifull,
oo..rebus sedap ker? Ntah bila nak jumpa lagi udang lipan ni. Huhu

atty,
mmg balik kampung adalah best dgn banyak advantage. Haha

yan,
ha'a, isi nya banyak yg bercerai.;(

ayu,
mula2 tgk mmg gerun. Haha

farah,
ooo..lupa nama komersial binatang tu mentadak mentadu. Kah kah kah

eynda berkata...

Tak pernah makan udang lipan tu...nama je orang kedah :-p