Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat hari guru
Buat semua bekas guru2 KV
Buat kawan - kawan yang bergelar guru, cikgu, teacher
Buat kawan - kawan yang bergelar pensyarah
Buat kawan - kawan yang seangkatan dengan nya.
Juga buat adik beradik ku, anak2 buah ku, sepupu sepapat ku yang bergelar cikgu.
Semoga di rahmati Allah senantiasa.

Masa kecik2 dulu, guru adalah kerjaya idaman ku.
Asal tanya cita2 jer, mesti nak jadi cikgu.
Jadi cikgu adalah syok kerana menjadi idola anak2 murid.
baju cikgu lawa
tudung cikgu lawa
perfume cikgu bau sedap
anak cikgu comel dan pandai
pendek kata semua yang best2 lah pasal cikgu

sampai masuk sekolah menengah, pengetua cakap
dah2 la nak jadi cikgu
cuba pilih kerjaya lain
jadi eksekutif, keje nya kutip pitih
amboi pengetua!
Tapi kerjaya cikgu adalah idaman ku
Tatau la cemana boleh tersesat masuk bidang engineering ni. Huhu

Benornya dalam family ku terbahagi kepada 2 kerjaya.
1. Pendidikan (cikgu/pensyarah)
2. Kejuruteraan (semua bidang engineering)
Memang kiranya takde yg masuk bidang lain. 2 bidang ni top charta. haha

Oh, anak bujang ku rilex jer bila anak2 jiran duk kecoh beli hadiah untuk cikgu.
Yang dia kalut, cikgu pesan suh pakai baju pj. Cikgu suh bawak pinggan dan gelas.
Bila aku tanya hadiah, takdak respon.
So aku anggap dia belum paham (padahal masa skolah pasti dan pra tak pernah ketinggalan bagi cikgu hadiah)

Akan tetapi, tengah bersarapan pagi ni, tetiba mintak hadiah nak bagi kat cikgu.
Tak ke bagi mama dia bertambah kalut di pagi hari?
Bergegas aku gi cari tudung yg duk beli banyak2 yg blom pakai tu. Nak cari benda lain tak sempat dah. Lagi pulak dia nak bagi kat cikgu kelas dia jer. Cikgu Siti Khadijah. Satu hadiah jer.
Selamat aku. Kalo nak bagi kat semua cikgu tahun 1, mana nak gagau hadiah taim tuh!
Nasib baik ada kedai runcit, boleh pow wrapping paper nga salotep.
Sambil dia sarap sambil aku wrap hadiah. Ada pulak pembantu tak bergaji irdina maisah. Makin 'cepat' la keje aku. Sabar je lah.
Aku potong kertas tebal buat bentuk love (bajet abih kretif dah tu wei)suh dia tulis sendiri selamat hari guru tempek kat kotak hadiah. Jadi lah.
Tersengih sengih bangga dapat bawak hadiah nak bagi kat cikgu.
Aku lah yg semput dibuatnya.
Anak oh anak!

papepun, selamat hari guru, Cikgu!


p/s: Lagu tema hari guru sedap kan?

1 ulasan:

onnie berkata...

salam....
cikgu2 ni if dpt hadiah pen merah laaaaaagi suka tau! leh wat stok setahun...hehheehehhehe....