Rabu, 9 Disember 2009

PERLU KAH PENGALAMAN BERCINTA DALAM HIDUP ANDA?

Bukan entry ilmiah ok. Hihi

Menjawab persoalan.

Berdasarkan pengalaman, aku rasa perlu la.

Tak kira lah cinta macam mana. Cinta monyet ka, cinta maut ka. Janji ada pengalaman bercinta. Sebab, masa bercinta, kita boleh rasa angau. Rasa rindu. Rasa cemburu. Rasa bahagia, rasa kemaruk.

Tak kisah la sama ada pasangan hidup kita cinta pertama ke, atau cinta ke sepuluh ke, tp 'rasa' masa bercinta tu kita pernah alami.

Kenapa aku utara kan isu ini (wah, skema giler ayat aku. Hihi)

La ni aku dok serabut tgk lelaki lelaki tua mabuk cinta. Motif??

Dorang yg mabuk cinta ni, tak pernah merasa pengalaman bercinta. Kawin pun org tua yg cari kan. Bila tak pernah merasa, dh tua baru nak merasa, impak dia bukan sedikit.

Selain merosakkan rumah tangga, jadik papa kedana.

Aku perasan, sekitar tempat aku hidup ni, mcm ada sindiket memperdaya lelaki tua. Lelaki miang keladi. Tambah2 org yg tak pernah bercinta di zaman muda. Pantang anak remaja mengusyar sikit, terus di timpa perasaan. Kalo keje hebat tu lain cerita, keje pun ala2 jer. Sibuk nak bercinta. Anak bini kt rumah pun makan ala kadar jer.

Masalahnya, geng remaja ini sungguh bijak memperdaya dorang. Modus operandi nya sama. Hantar sms ke mana nombor. Suh syer air time. Mamat2 'darat' ni, bila terima sms mcm tu terus la call si penghantar sms. Hah, bila dah koling2, terus la bebudak ni masuk daun. Memula tu syer airtime. Pastu hari2 tolong top up prepaid. Pastu bank in kan duit.

Akan tetapi, tidak pernah berjumpa di alam nyata. Gila tak? Tp feeling bercinta tu toksah ckp la. Sekali bergayut 3 jam blom lesai lagi. Panas kat telinga, pakai loudspeaker. Apa nak heran.

Hantar gambar, tp gambar snap kt majalah. Cakap keje situ keje sini. Semua bohong belaka. Tapi, malaun2 bodoh ni, tetap percaya, itu lah rupa awek dia. So, kita ni malas nak bertegang urat, biarkan lah. Teruskan ko diperbodohkan. Gitu.

eh, tetiba aku malas la nak naip nya. Huhu. Siap janji nak kawen. Sanggup jd bini no 2. Tajuk cerita nya, senang jer. LELAKI BODOH DI TIPU OLEH PEREMPUAN CERDIK.

Aku rasa kan, kalu lelaki2 bodoh ni dulu pernah ada pengalaman bercinta, mesti dia tak senang di tipu. Dah tua baru nak merasa angau, baru nak bergayut kat phone (tp setakat dlm phone jek, tuan tak kenal pun). Masalah tak korang rasa?

Sebabnya, secara logik akal, perempuan muda bergetah masih study (kononnya) takkan la nak jatuh cinta ngan lelaki tua. Bukan kaya pun. Takat cukup makan jer.

Eh, aku pun kalo jadik bebudak pompuan mesti aku tipu jugak. Bukannya kenal pun. Dpt prepaid, dpt duit. Tak luak apa pun. Kan? Setakat lenguh mulut jer. Haha. Tapi aku baik. Aku bini orang. Haha. Gilo ah.

Malas nak pikir aku. Wahai budak pompuan, goreng lah selagi engkau mampu.

7 ulasan:

oren berkata...

aku baru terpikir2 tajuk entry mu nih...

dh lama tak rasa angau tu..rasanya, lps dh kawen, terus takde perasaan dah..hahahah...gile kejam neh...

dan kat opis nih plak, bukan lelaki tua yg kena, tapi pangkat makcik..aku tak tau la sejauh mana, samada kena goreng ka, hapa ka..tapi asik la bergayut..meluat la plak nengok..padahal dh bercucu tu...eeeiiii..jgn la aku terjebak ke kancah seperti ittew..

Zaila Mohamad berkata...

best kan dilamun cinta ni..kalu kat opis Zaila ni pulok, banyak cinta terlarang, bini orang dok gelenya nga laki orang..isy, macam2 pesen cinta kan loni

KV berkata...

oren,
ha'a, perempuan durjana pun ada gak aku jumpa. Masalah betul dorang ni.
Mintak2 kita tdk terjebak ke kancah itu. Amin.

zaila,
pesen gitu pun ada dik kt opis ahkak ni. Nyampah nya eiii!!!!!

Zareda Norman berkata...

sekarang ni mmg mcm trend, suami org bercinta ngan bini org..

doa aje yg terbaik utk kita.. jangan sampai terkena tempiasnya

KV berkata...

kak zar,
sama2 lah kita berdoa. Moga dijauh kan. Amin

Tanpa Nama berkata...

perlu... kenangan manis tu..malu-malu kucing gitu...hahahah

KV berkata...

has,
mmg syok banget!!!