Huish..nak menaip ni pun geram aku masih meluap luap lg ni. Maaf lah yer kalo bahasa kurang sopan terkeluar nanti. Maklum ler, org tgh marah ni. Huhu
Aku terima call td, dr nombor yg tdk dikenali (handphone to handphone). Patutnya kalo aku tak nak angkat pun tak pe kan? Tapi mikirkan kut2 ada apa2 yg boleh aku bantu atau org tu aku kenal, mek pick up jugak la.
Org nya langsung tak bagi salam, terus tnya adakah aku keje kat pejabat tuuut. Eh bukan tanya aku keje, tapi tanya:
Dia: hello, ni pejabat tuut?
Aku: yer, saya keje kat situ. Kenapa ya? Siapa ni?
Dia : Saya tuuut, dari pejabat tuut.
Aku: Yer, ada apa encik?
Dia: Saya nak tanya kenapa surat yg kami hantar pd 28hb tak balas2. Kita nak maklumat segera.
Aku: Surat pasal apa encik
Dia: Pasal bla bla bla bla
Aku: Oh, kalo mcm tu saya kena tanya bos saya dulu, sbb saya tak tahu menahu pasal ni, tapi kalo encik nak.. (tak sempat habiskan ayat aku)
Dia: Eh, awak jangan la nak lari dari tanggungjawab. Awak kena lah ambik pesanan saya ni. Kena lah selesaikan masalah ni. (wah, sakan ko sembur aku yer)
Aku: Hehe (gelak dlm tangisan)
Encik, saya kena tanya bos saya dulu. Bukan masalah tanggungjawab ke hapa. Entah dia dapat ke tdk tak tau surat tu. Eh, macamana encik boleh telefon saya ni?
Dia: Saya tanya pejabat tuut, sbb saya takde no kontek sesiapa kat pjbt awak. Saya just ada nombor pejabat. Tapi bila call, takde org angkat.
Aku: Encik, pjbt saya tu dh berapa bulan telefon rosak, bila org call line masuk, tp kami tak dengar ringing. Nak baiki kos nya berapa belas ribu ntah, tgh tunggu peruntukan ni. Sbb tu bila encik call tak berjawab!
Dia: Oh kena buat aduan la!
Aku: Lama dah buat aduan kat hq. Tungu respon dorang la ni. Takpe lah, nanti saya kontek boss saya cemana cerita pasal surat tu.
Dia: Saya kena hentam dalam meeting semalam sbb ada 6 pjbt yg tak respon. Pagi ni pun kena marah lagi. (macam aku peduli ko kena marah pun)
Aku: (tak ingat dah apa aku bebel)
Pastu aku call bos aku bagitau yg org tu ckp aku tak bertanggunggjawab. Amboi!!!! Sedap mulut hang yer! Dah la ambik no phone aku kat mana2, cakap pulak kurang ajar. Padan muka kau kena marah ngan tuut dlm meeting lak tu. Hehe. Pas tu dah malu nak lampiaskan kemarahan tu kat org lain lak yek. Banyak cantik.
Bila siasat, takde pun surat tu sampai kat pjbt aku. Tgh dok taip ni aku terima lg call dari dia. Hah, baru nak cak elok, siap sebut nama aku pun. Pandai lak cakap sopan santun yer! Pandai lak cakap terima kasih ngan aku (dia call sekali lg tanya dh terima blom faximili)
Aku ni mikirkan kut2 malu jabatan, sbb tu aku dok sabar jek ni. Kalu dak, harus ku sembur. Rasakan glemer seantero dunia nanti. Haish!!
Tapi mmg bengang ah bila memikirkan kita sepatutnya tak terlibat langsung tetiba diletakkan beban kesalahan atas batu jemala patik ini.
Dugaan. (nasib baik lunch td aku dpt shopping bena best, sejuk sikit hati amarah. Hehe)
Salam sumbangsih
KV & Co
10 ulasan:
alahaiii, ni yang tak seronok ni ek... :(
macam2 kes betul lah.. macam2 manusia pun ada.. nasib baik lah saya tak deal dgn orang macam ni..
maksu,
rezeki saya nak kena maksu..huhu
noniey,
akak pun berdoa supaya tak berjumpa dah orang macam ni. Geram!
tetiba je org tu hangin ye...tgh datang bulan kot!
xD
..ehem..soping apa tu?...saja jek nak kepoci..kekeke
eemmmm tu la kan.. tak pasal2 nak hambur org lain.. emm saba ya KV.. wah ada penyejuk hati la plak..
p/s: aku pun tgh bengang ngan org yg ntah apa2 je komen kat blog
KV
suka suki jer dia nak marah ek
jaja,
ntah..kureng agaknya kut.
mommy CT,
hehe,,brg2 anak tp mama dia yg excited
cute,
sapa nok? Nanti aku gi baca.
kak zar,
suka suki mak bapak dia pulak kan.
sesuka hati lepaskan amarah kat orang...
aku memang tak respek orang mcm nie..tak professional langsung!!
mak aii sabo jelah .. hangin tak tentu psl plk ...
Catat Ulasan