Ahad, 3 Mei 2009

ENTRY SEDIH YANG POYO

Tika ini, saat ini, aku rasa sgt sedih. Sungguh poyo sekali.

Alkisahnya, adik beradik aku, sepupu sepapat, org kampung, semua akan bergerombolan che kiah ke kl jumaat nanti. Kes nya, 9hb (sabtu) maksu aku (adik abg ipar aku tp kami rapat giler) berkenduri kahwen anak sulung nya. Buat kat dewan komuniti apa ntah kat kl nun.

Ramai yg bertolak hari jumaat tp rabu tu pun ramai jugak yg dah pergi. Plan asalnya, aku nak gi ngan fire fly empat beranak. Sbb turun kt subang kan, dekat jer ngan dorang yg rata2 dok kawasan tu. Dah survey tiket bagai (murah lak time tuh) tetiba arahan big bos semua kakitangan teknikal kena gi klang, melawat kilang *tuut* pada 14hb (minggu slps kenduri tu).

Mmg lah hari nya tak bertindih, tp 2 minggu berturut turut ke kl (bukannya dekat) agak tidak kena jugak lah kan. Lg pun hubby malas nak gi sgt kenduri sbb byk protokol yg kena ikut. Lg pun semua org sibuk kenduri katanya, nanti sibuk anak nak tido la nak susu la, menangis panas lah nanti dia tension. So, dia takmo pegi. Dan aku sungguh sedih sekali.

Sbb bagi aku, taim ni lah semua org nak berkumpul. Lg pun semuanya pakai katering dan sebagai nya. Keje kami hanya packing cenderahati dan rebus telur. Jugak keje2 kecik yg lain. Dan aku yg kt kampung ni mendengar persiapan dorang rasa sungguh teruja sekali. Namun tdk mendapat sambutan langsung dr suami. Huhu.. sungguh aku sedih.

So, aku syor kt hubby yg aku fly ngan danish jek. Gi pagi jumaat, balik sabtu malam. Usul ku di rejek hubby dgn alasan dia malas jaga dina sorang diri. Kalo sorang yg jaga mmg penat giler. Sbb perangai dina kat rumah langsung tk sama kat rumah pengasuh. Hubby dh geram ngan aku yg sibuk nak pergi. Dia syor aku bawak danish n dina sekali. Uwaaaa... tak sanggup aku melayan karenah 2 beradik tu dlm flight seorang diri.

So, dia pujuk aku. Nanti2 akan ada lg kenduri. Tunggu dina besar, pergi lah, Dia takde pun nak larang. Before ni pun aku pergi sendiri tak bawak danish. Kali ni kena berkorban lah.

Nak mintak pengasuh jaga, 15 dan 16hb tu dah mintak dia jagakan. Rasa terlalu menyusahkan dia pulak. Sungguh sedih tau. Aku dh terbayang keseronokan berkumpul cenggitu. Walopun penat tp kegembiraan berkumpul tu tak dpt di bayar.

Namun, aku tetap mendengar perintah suami. Cuma aku sedih jer.

Maaf kan entry poyo aku.

6 ulasan:

Tijah berkata...

ko bawak dina jer la. biar danish lak tinggal. amacam?

KV berkata...

jah,
tak sanggup lak nak tinggalkan danish sbb dia dh 'cerdik'. Kalo dina tu lain la sbb masih kecik. Uwaaaa
sekadar meluah perasaan jer.

aNIe berkata...

KV...kita ni pompuan kan? Walau bagaimana jiwa ni melonjak2 nak pergi tapi bila suami tak bagi...hancur berkecai harapan tu...tapi terpaksa lah akur jugak...

Tapi macam kata cik abang KV...nanti2 ada jugak kenduri tu...tapi jgn pulak masa kenduri akan dtg tu nanti dina ada adik lagik...hehehhe

KV berkata...

kak anie,
hehe..walo pun nak sgt pegi, tp bila suami tak benar kan mmg lh kv tak pergi. Cuma sedih lah sikit. Haha...besok2 lak dina ada adik tak tau ler.

Zareda Norman berkata...

KV

Ikutkan aje kata kata suami tu KV. InsyaAllah ada kenduri lain boleh berkumpul lagi...

De' Sal berkata...

cian kv yer,sabarlah ya.tapi kalau kak sal,che abang ikut aje....tak pernah dia bantah apa pun.