Khamis, 30 April 2009

MASIH KAH KAU INGAT

Erynn sakan dok berzikir suh aku jawab tag dia. Aku cubit budak ni kang.

Oke lah, ambik ati, hakak buat jugak demi mu dek!


Terima lah gambar aku dan tok laki ku. Hihi. Di tasik mines, seri kembangan kah? Eh, masa ni hubby gemuk sgt la. La ni dh kurus sikit. Aku jugak yg bagai di pam2.


1) Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya …
Hari pertama melaporkan diri di pejabat kami bertugas sekarang. Aku yg tegur dia dulu. Tp masa tu tegur sekadar rakan sepelaporan diri jek. Takde makna pon.

2) Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
Mula2 borak tu ok. Pastu aku jadik menyampah giler ngan dia. Sbb nya, dia byk cakap sungguh. Kalo dia bertanya, mmg dia tanya bertalu talu sehingga aku naik menyampah. Benci tau!

3) Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda …
Mcm2 tempat dating. Kat opis pun jadik. Org lain (opismate) wat dunno jer sbb masa tu, hanya aku ngan dia jer remaja. Haha. Remaja katanya. Pastu pantai la, pendek kata abih keliling kelate lah kami ronda.

4) Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya …
Dia balik course dari johor. Pastu dia mintak nak hantar aku balik rumah. Kebetulan masa tu aku tak bawak kete pi keje (dah di sengajakan pun..haha). Dia cakap, dia tak nak lengah masa lg dah. Malas nak tunggu dah. Eh, aku lupa lah ayat dia macamana. Sbb aku pun poyo giler. Keluar kete cepat2. Malu siot.



5) Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?
Hmm jap nak kira. Rasanya dari 2001 kut. Bulan bape eks. Tapi kami declare lps arwah ayah meninggal. Dia bawak mak dia (MIL aku ler) datang ziarah. Siap pi ambik aku kt kubur lg tu. Abih anak2 buah pakat naik kete dia. Tak larat nak balik jalan kaki dah. Eh, terpesong tajuk. Berapa lama ek. Dari april 2001 kut, kami tunang 14 feb 2002 dan kawen 26 mei 2002. Malas aku nak kira lah.

6) Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?
hampir tujuh tahun. Alhamdulillah. Semoga kesetiaan antara kami berkekalan.

7) Kejutan yg pernah dia buat pada anda …
Masa birthday aku, lps declare dia hadiah kan loket emas gambar angsa berpasangan. Sungguh comel. Padahal before tu dia takdak wish apa pun. Aku dah sedih giler sbb ingatkan dia lupa dh birthday aku. Siut jer. Haha. Dah kawen ni, dia sekadar wish jer, hadiah pilih sendiri. Haha. Takpe lah, janji dia ingat dan belikan aku hadiah kan.

8) Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga …
Dgn tahap kesihatan rahim aku, rasanya kami stop lah pasal anak2 ni. Alhamdulillah Allah swt kurniakan kami anak sepasang. Tapi kalo Allah swt beri jugak rezeki, kami redha dan berserah je lah. Rumah sendiri tempat berteduh pun dah ada, dalam masa terdekat ni mebi nak beli kete idaman dia (masalahnya interest bank naik plk, kena tunggu 3 bulan lg). Pastu cari duit dan cari dan cari. Insyaallah, usaha yg kuat akan menemukan kejayaan.
9) Bagaimana dia melayani karenah anak2 ?
kalo anak lelaki sulung mmg garang sikit sbb dah besar kan. Kalo anak pompan bongsu mmg dia manja kan giler2. Sampaikan aku kdg2 kena masuk campur. Biar adil dan saksama walopun aku tau dia syg dua2 mcm nyawa dia sendiri.

10) Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda
Rapat jugak. Sbb dia jenis peramah dan suka wat lawak. Aku ni jenis tak bercakap sgt. Nasib baik dia anak tunggal dan mertua aku pun anak tunggal. So aku takde ipar duai biras bagai belah dia. Hehe. Selamat aku.


Makanya kau nak panjang kan tag ni pada:-

1. Nonie - mamarisyiariana
2. Ain - mama danish n sarah
3. Tiara - mama ayraa bini beckham
4. Cokolat - mama afifdani bini yeop
5. Zareda - ibu ika (tak merempit ke kak?)

Oke, sila jawab tag masing2 yer!

22 ulasan:

cokolat berkata...

akak... nak zikir kat tinger akak ni dari jauh..
erynpon tag saya jugak ni.. huhuhu!!

runnnnnnnnnnnnnnnn!

Jasfyra berkata...

so sweet kisah percintaan ko kv

oren... berkata...

hahahaha...baru tahu camana kv kenal dan kawen ngan suami dia...

~~ciklinn~~ berkata...

wah sonoknyer baca kak.. hihihihi dgn adanya TAG ni dapatlah linn tau kisah korang...

marinahunny berkata...

hehehe mek gelak soram2 baca kisah cinta kv..xde part II ke..?? hahaha laarikkk!!

- tety - berkata...

syok la eh time becinta ari2 leh jumpa & sokmo p dating.... & skang pun kan.... :)

KV berkata...

cok,
takpe, nanti akak zikir kat blog mu hari2. Ahahaha

zura,
sweet kah? Eh, aku lupa nak citer cemana boleh terrr jatuh cinta lah.

oren,
hik hik.. ntah pape kan

linn,
linn lah pencetus ni!!

marina,
part II? Huhu..

tety,
wahaha..sbb tu kena kurang kan jumpa taim ofis.

Mama-Danish & Sarah berkata...

pecah rahsia. setuju ngan ciklinn, bagusnya tag ni kita dapat lebih mengenali antara satu sama lain kan??

KV berkata...

ain,
jgn lupa jawab tag tau!!

Zareda Norman berkata...

heheh kena juga ek.. memula baca macam layanss jer tag KV ni.. romantik gitu.. ehhehhe

rupanya kena tag juga. hahha nanti kak zar buat okes

KV berkata...

kak zar,
nanti tak bizi, akak buat tau!

izman berkata...

hebat gak kamu goda suami kamu yer, sampai terus jadik. he.3x...

KV berkata...

izman,
wah silap paham tu. Dia yg adjust aku. Wakakaka

Mas berkata...

wah selamat aku.

KV berkata...

mas,
takpe, kali ni mu lps. Haha

sya berkata...

Itulah KV orang kata org yg paling kita tak suka selalunya jadi jodoh kita.. sama jugak ngan kak sya..walaupun jodoh tak panjang

Ummibatrisya berkata...

sweet aje :)

atty's berkata...

amboi kemain lomantis lagi hah;..happy weekend..kv

Mak Su berkata...

wow! romantiknya hadiah loket emas tu

kakpiah berkata...

menakotkan la tag yg nihhh..

*sujud syukor sbb tak kena tag..*

ujang berkata...

Mr KV,,,, tolong.....kat mana nak beli racun cicak tu...rumah ana dah jadi gelangang bola sepak cicak ler...kasi tolong.....

ujang berkata...

Mr KV...kat JB ni..masuk gak pasar lambak...tapi tak nampak pun ....