Isnin, 20 Oktober 2008

SOMBONG

Amaran : Entry ni sarkastik sikit. Awas bagi yang membaca. Hiks


Soalan nya, ADAKAH AKU SEORANG YANG SOMBONG??????

Alkisahnya, masa kenduri masuk rumah baru hari tu, sepupu kv ada bertanya pasal S (lelaki). S ni ofismate kv. Baru beberapa bulan je bertukar ke pjbt kv.

Masa my sepupu tanya tu, kv ckp la S blom dtg. Sbb kv mmg confirm hubby mmg jemput dia. My sepupu cerita lah yg rupanya si S ni pernah bertanya pasal kv pd dia. Bila my sepupu menerangkan kv ni sapa2 dgn dia, si S ni ckp yg dia tak tau. (Nampak mcm sombong dan berlagak la kut). S ni kamceng kpd adik sepupu kv tu (sepupu jgk lh kan). Dia pun kenal rapat dgn abg2 kv.

Masalahnya, walo pun dia kamceng or rapat or sebagainya dgn sepupu dan abg2 kv, tapi kv tak kenal dia. Bukan tak kenal langsung. Tapi ingat2 lupa. Sbb, masa dia dok rumah sepupu kv dulu pun kv dlm darjah satu gitu. La ni kv dah nak masuk 30 tau! Munasabah lah kv tak ingat dekat dia.

Adakah dia ingat dan kenal kv? Hampeh.

Sbb dr cerita my sepupu kv dpt la conclusionnya yg kv ni sombong la. Berlagak. Mentang pangkat besar dari dia (dgn dia je tau, sbb kv pun keje kuli gak) Maka kv tak tegur dia. Hello! Ko sapa aku nak tegur? Geram weh.

Dekat pejabat ni, dia kejenya 'lbh kurang' je lah. So dia takde meja krusi. Lepak kt tepi longkang atau kat surau je. Kalo ada apa2 keje, pegawai akan cari dan beri arahan. Takkan la kv nak pegi cari dia kat surau nak berkenalan. Surau lelaki weh. Pastu takkan kv nak gi lepak tepi longkang ngan geng lelaki semata mata nak gi tegur dia? Lain la kalo dia pompuan. Boleh gak sembang2 kt surau ke, kt bilik air ke kan. Atau pun dia ada meja krusi, sambil2 wat keje tu boleh le berkenalan.

Lps park kete, kami akan lalu blkg dorang lepak (tepi longkang). Biasanya kv senyum je kat dorang. Niat nya, senyum tu utk semua sekali la. Tak sangka plk yg senyuman kv tu tak di terima dan kv di cop sombong!

Lama kv pendam cerita ni sorang2. Last2 terbagitau dekat hubby. Hubby kata, patut ah bila dia gi solat di surau, si S ni akan buat muka dgn dia. Weh, laki aku langsung tak kenal kau tau! Bila hubby cuba berborak ngan dia, dia plk bo layan. Sejak kv cerita pasal tu, hubby gelak jer. Kami pun ignored dia dr hidup kami. Tak mati kalo tak kawan dgn dia pun.

Org lain yg baru masuk keje, takde masalah pun ngan kv. Rancak je borak. Mcm2 crita boleh sembang. Kv layan kan je!

Tak kisah lah kalo korang tuduh kv hati busuk pun. Menyampah tau dgn org yg sengaja cari pasal ni!

Ok, kisah lain lak.

Jugak masa hari kenduri rumah kv tu. Ada la sorang sepupu hubby ni. Lawa jgk. Dan suka melawa. Tapi umur dia tua 5-6 thn dr kami.

Dah beberapa kali jumpa pun, mmg dia suka menyombong. Mentang2 la kv ni huduh. Rumah mak mertua pun rumah papan jer dulu (tp la ni kami dah duduk rumah batu tau. Hahahaha). Eh, mcm la dia org kaya. Tak keje, dok pun rumah sewa. Huhu. So, Kv wat tatau je. Malas nak layan. Lg pun dia bknnya 'sapa2' pon. Hiks

Masa dia dtg hari tu, kv dah hulur tgn nak bersalam. Target hari tu, tak kira lah aku kenal ke tdk org tu, janji aku salam dan jemput dorang makan. Hihi.

Dia tak sambut salam kv uols!. mendidih beb! Sabar lg. Agaknya dia excited jumpa sedara mara dia kut. Maklum la, lama tak balik kampung. Tu mungkin yg tak perasan huluran tgn kv, kan?

Bila MIL perkenal kan dia dgn kv, dia wat tatau jer. Kv tunggu gak kt blkg dia. Kenkonon nak bersalam la. Tapi dia wat tatau jer? Adoii...mmg menguji tahap kesabaran meks tau! So, kv pun pusing sambut kedatangan tetamu lain. Lantak la.

Er, kv nak tanya, kalo korang gi majlis gitu, korang tak nak kenal ke tuan rumah nya yg mana satu?

Nak jadikan cerita, sabtu lps kv gi tesco. Dekat escalator, hubby tegur sorang pompuan. Dia escalator sebelah. Kv igt kn kwn skolah dia. Rupa2 nya, sepupu dia yg sombong tu. Huhu

Sepupu dia ni, bila tertengok kv, berubah air muka. Napa eks? Kv pun, mula la berlagak sombong. Malas nak layan sbb dh beberapa kali kv di layan mcm hampeh. Kali ni mmg kv betul2 menyombongkan diri. Lantak lah dia nak mengumpat beratus bakul pon!

Lps jumpa kt level atas, laki dia salam ngan laki kv. Tp dia takdak pun rupa nak salam ngan kv, so kv apa tah lg. Malas aku.

Masa kt dlm tesco pun beberapa kali terserempak ngan dia. Kv wat bodo jer. Anak dia beberapa kali tunjuk kt kv. " umi, kawan umi!". Kv wat tatau jer. Dia pulak yg nampak terpinga pinga. Hihi...puas hati aku. Wahaha

Maaf la kalo korang rasa kv jelek ke hapa.

Byk lg la kes yg kv bengang sbb tetiba je org ckp kv sombong. Padahal org tu takde usaha pun nk tegur kv ke hapa. Mebi kv tak perasan ke, pikiran kv tgh ke lain ke. Kv ada masalah ke. Sbb tu muncung jek kan. Mana la tau. Ni tetiba je sesedap mulut ckp kv sombong. Mmg aku naik hantu la. Tapi, takde la mengamuk bagai org gila. Ops!

Ada sekali tu masa kakak kv tgh praktikal KPLI (kv dah keje masa tu dan pakai kete sendiri dah). Kv yg hantar dan jemput dia. tetiba, kakak kv sound kt kv. Kawan dia kata, "cakap ngan adik mu, cer senyum gak sikit. Muka masam jer. nanti takde org nak!" Wah, mendidih beb!

Masalahnya, kv kawen dulu dari kakak kv tau. Aku langkah bendul wei!!! Ha, sapa nak naik stage jawab tu?

Moral of the story, jgn sesukahati menuduh org sombong ke hapa sehingga kita betul2 kenal ngan dia!


Geram siot!!!!

23 ulasan:

nanonano berkata...

uii..
bengang2 bile org cop kite sombunk,
tp padahal org tu yg sombunk..
tumbuk perot bru tao !

bat berkata...

keh keh keh sabaq nyah.. sometimes org tak tau kita camner..

Gee berkata...

kalu gee, gee akan ikut rentak org tu macam mana. kalu dia sombong, kita sombong lah. kalu dia peramah, kita pun jadi peramah..

KV berkata...

nana,
hiks..masa bengan tu mmg rasa nak tumbuk tau!

bat,
keh keh keh. Meks dah sabaq benor tu. Kalo meks tak sabar, berdas das kluaq peluru nanti. Hihi

gee,
kv pun ikut situasi gak. Kdg2 bleh jd sombong giler, kdg2 boleh jadi peramah giler.

CuTeMiUt78 berkata...

oh..oh.. gitu ke.. tapi memang..klu org kata kita sombong.. pasti terasa sakitnya hati.. sepatutnya sebelum nak dok kata org tu.. kenal ler dulu.. baru tau sombong ke tak..

AppleB berkata...

yang..mek dulu siap ada org call opis pi marah mek pasal mek sombong katanya. tk pernah nmpk mek senyum. masalahnya mek kan anak dara takkan nk sengih sana sini kan. plus mamat tu tak hensem pung hahahahahaha. tp dah kawen pun still sombong akakakkakaka.

mek dah tak heran bab sombong itew. makin org kata sombong makin la mek menyombong kekdahnya. lantak la dia situ kan. toksah dulik la org2 gitu. jeles je tu.

sabar la yer.

Zareda Norman berkata...

KV
tak payah layan..

sekali org baik 1000 kali kita nak baik..

YuszTieY berkata...

salam...

diorg dengki la tu sapa kater kita sombong...tgk kita lebih sikit dr dia,mula la manusia ni..tambah22 kalu saudara mara...

jgn layan la kv dgn ore cam tu...

senang2 jo ore ni nok suruh kito senyum kot der...

sya berkata...

Sapa kata KV sombong??? Meh kak sya ketuk kepala dia, KV ramah dan kuat senyum masa kak sya memula kenal KV aritu. Suami KV pun ramah orangnya.

Eh KV kalu orang lelaki cakap kita sombong tak pe lagik sbb dia lelaki takkan kita nok sengih2 cam kerang busuk ngan dia nanti digelar pompuan gelenyah. Betul tak?

Tapi kalau pompuan dah bab kita hulur tangan tak sambut tu memang dah kira berdosa.

Agaknya kekadang kita terfikir patut le kerjaya atau keadaan mereka ditakut itu tak naik2 sebabnya kalau Allah naikkan taraf hidup mungkin dah tak jejak tanah lagi dah

Ungku Nor berkata...

rasa2 KV la kan..kan..
akak ni sumbung ke tak aa??
hehehehe

atty's berkata...

kty pun selalu gak org cop sombong...sbb air muka ku yg serius..tak kenai maka tak cinta..
jgn layan org camtu kv..

shafa berkata...

Susah nak judge org ni, Kl belum bercakap dah cop org sombong, itu dah lebih dah tue. Harus di bagi tazkirah org itu..Shafa sombong tak KV. heheheheeeeee

aNIe berkata...

KV...sesekali KV buat entry sarkastik...jadik jugak ye...

Akak pun memang pantang orang yg menyombong pastu kata kita plak sombong

CikguZue berkata...

betulla kan, takkanlah asyik nak senyum memanjang...lebih2 lagi kat org lelaki...karang dikata ape la pulak kan.

Biarlah rahsia berkata...

tergelak2 k.bie baca entry kv kali ni...siannya kat org yg kata kv sombong tu...reflects sbnrnya tu...

Sabar aje lah Kv...manusia ni mcm2...rasanya muka kv ni kategori kuat senyum dan manis...org tu tak pandai baca org kot...

sapa kata kv huduh...saba aje laa...

oren... berkata...

masa ko jumpe aku, ada nampak sombong tak??

KLMari berkata...

Orang kata tak kenal maka tak cinta...Siapa suruh orang tu tak nak berkenalan kan???? KLM pun ada gak yang kata sombong sebab KLM ni rabun!!! kekadang tu kureng nampak orang senyum kat kita...nak buat cemana kan...tetiba dah orang kata sombong..lantak ler...hehheheh

Mak Su berkata...

sokong kv

Intan Rosnitta berkata...

Berapi2 betul entry kv kali ni. Sampai sini terasa panasnya.

Yg lelaki tu pun satu, takkan lah kita nak sengih memanjang kat opis tu. Lainlah jumpa mata betul2 dgn dia.

Yg pompuan tu rasanya ada hati dgn hb kv kot. Tu yg geram x tentu pasal.

Hahaha. Abaikan je org2 mcm ni. Buat semak je. Kita kwn dgn yg nak berkwn dgn kita je. Abis citer.

:D

KV berkata...

to all, terima kasih atas pandangan dan pendapat. Mmg masa kena tu geram jer. Tapi lama2, hmmm malas nak pikir. Kita kawan dgn org yg nak kawan dgn kita je lah. Kan?

Nik Ha berkata...

Tak suka org yg suka melable nih. Kalau tak kenal btl2 toksah la duk label2 dih. Tp bg k.nik suka ati la kalu nak kata sombong asal jgn dilabel gatal plok..he..he..(kalau terlebih peramah kan org label gitu plok esp. dgn lelaki kan) Pendek kata serba tak keno ckp2 org ni

~eiyra~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~eiyra~ berkata...

hah! cerita ni mengingatkan saya pada cerita hari raya baru ni.. kisahnya bakal kakak ipar abg ngah saya (kira sepupu saya gakla sebenarnya pun) datang umah la beraya kan.. sebagai anak tuan rumah yg sesatunya dok rumah saya sambut la.. dan hulur tangan nak salam.. sekali dia ignore je!! huh! dah kena jerit dgn saya sekuat hati baru terhegeh2 nak salam.. hamik ko! kena jerit you! hahahah..dtg rumah org nak berlagak sombong plak kan.. cisss