(amaran: en3 ni agak pjg, jgn semput nafas udah!)Yuuhuuu....kv masih lg bersiaran. Hik hik.
Now dah masuk minggu ke ampat pulus (40). Bila la dak baby ni nak kluar melihat dunia. Tak sabar2 dah rasanya mama nak melihat ni wei. Agaknya sedap jer dok dlm perut mama yer?
Kv still mai kerja. Lg pun tak de buat apa sgt. Puas blogging, jalan2 pusing ofis ni. Ni pegi kedai tak larat dgn panas membahang. Pas tu borak2 ,anyam ketupat. Hik hik. Kalo dok rumah pun boring sbb hubby takde. Yer lah, apa kejadahnya dia nak cuti sedang kan kv takde apa2 lg. So, kv pun mai la kerja. Ofis mate hari2 dok perli boring tgk mak buyung. Huhuhu...kalo boleh kv pun malas dah nak usung perut ni. Tak larat nak naik tangga nak gi bhg admin. Pastu nak gi solat. Tak pe, senaman bagus utk proses bersalin. Kena la jalan byk2.
Okeh, cerita pasal cuti2 merdeka kv n co.
Sebelah pagi (jumaat) lps hubby balik meracun semak samun/ lalang dlm kebun (tak habis2 lagi weh), kami pun gi pasar siti khadijah. Dah lewat dlm 9.30 lbh kurang. Masih ramai lg manusia walopun perarakan merdeka dah habis. Masuk pasar, beli ikan kerapu bara, ikan talapia dan ikan tuko (ikan pari saiz kecik - sedapnya hati ikan ni).
Ni ler rupa ikan kerapu bara dan talapia tuh. (abaikan kaki dak danish tu)

Danish sempat posing ngan ikan kerapu bara tu sblm di potong kecik2 oleh abahnya.

Lagi posing maut.
Tak lupa jugak, beli kacang rebus, cek mek, asam limau nipis, asam limau kasturi dan buah perah rebus.

Ni ler rupa buah perah tu. Pokok dia dlm hutan. Lbh kurang pokok getah. Ni makanan org kampung. Org dulu2 mana ada canggih cam org skrg. Kv beli ni pun nak mengimbas nostalgia masa kecik. Kak pb, masa dok dabong mulo dae kenal ko dok buoh pperroh ni?

Isi buah perah. Kv selalu makan yg dijeruk. Isi dia rangup. Rasa dia pelik. Kalo tak biasa mmg tak boleh makan. Hubby kv mmg tak gemar langsung. Yer la, kv kan anak jati kampung. Hik hik
Tapi yg ni versi rebus. Rasa mcm ubi. Tak berapa nak kaw rasa dia.

Ni pun satu lagi gambar isi buah perah tu.
Sambil2 lepak kat pangkin (slps masak utk lunch), hubby ngn danish suka layan anak kucing yg dua ekor tu. tatau la kucing sapa, tp beranak kat rumah tu. TP yg bagusnya, kucing ni dok lepak kat bawah tumah jer. Tak naik ke rumah. Kv tak suka pelihara kucing sbb malas nak uruskan makan minum dan bersih kan najis dia.

salah sekor anak kucing tu. Ni hubby taruk nama manja sbb dia manja overdose. Bulu dia cantik dan comel. Mcm kapas. Agaknya mak dia dulu tuut ngan kucing ala2 whiskas tu kut. Ada sekor lg kaler hitam. Full black. Yg tu lg gemok. Hubby letak nama parang kontot sbb dia langsung takde ekor. nak snap gambar tak boleh sbb parang kontot tu garang overdose. Menyembur nyembur mcm ular senduk!
Ptg lps solat asar tatau nak buat apa benda. Hubby kempunan nak makan nasik kukus. Tatau la kakak taruk spenda ke apa. Tiap2 minggu mesti beli. Selalu hari khamis dia meniaga pasar mlm kat rumah jer. Tp hari jumaat, nun jauh di pantai irama bachok. So, moh ke bachok ler kita.
Sebelum ke tapak pasar mlm tu, danish merengek nak maian kat playground. Main gelungsur. Layan dia sat.

Kv n co kat pantai irama bachok.;)
Kat pasar mlm tak de beli apa sgt. Nasi kukus, apam balik, putu halba dan milo beng utk danish. 7.40 mlm baru sampai kat rumah
Lps solat isya' hubby racun kv ajak gi tgk perarakan kereta berhias kat pasir puteh. Nanti boleh tgk pertunjukan bunga api sekali. So, layan jer lah sbb ambang merdeka kami tak pergi.;)

antara kereta berhias yg tak berhias pun.

perarakan merdeka. Tp tak sempat nak tgk bunga api sbb takde port nak letak kete. Penuh ngan manusia. Last2 balik jer.11.30 mlm sampai kat rumah.
Hari sabtu pagi2 lg gi kota bharu. MIL nak beli stok selipar utk kedai dia. Tp syg, kedai tutup ganti cuti merdeka. Mulanya ingat nak singgah kedai perabut yg nak tutup gudang (sblh hotel perdana tu) tp awal sgt, kedai masih blum bukak. SO, balik jer lah.
Lepak kat pangkin sampai gelap. Solat maghrib tu kami kluar. Jalan2 cari makan. Singgah food court 'teh o beng 50 sen' (nama betul ni) dekat traffic light kbg kerian. Makan satay, colek paru + perut dan 2 pinggan chicken chop. Air teh o beng dan teh o beng limau. Semua tu 16 ringgit jer. Huhuhu
Pastu kemana lg kalo bukan ke kb mall. Hahaha. Kasik la can, lps ni 2 bln tak leh gi. Hik hik. Pusing sana sini dah 10 lbh. Singgah pasar mlm tgh bandar sbb hubby nak beli kopiah. Nak tunggu org balik mekah lambat lg. Heheehe
Berakhir lah cuti2 mrdeka kv n co. Pjg nya en3 kv.;P