Selasa, 4 September 2007

BERURUT

Malam semalam, kali kedua kv berurut sejak mengandung lg ni. Yg first nya, masa kandungan masuk 8 bulan.

Nak kata best tu, tak berapa sgt. Menurut mak bidan, mengurut org peknen ni tak sama ngan mengurut yg biasa. Kena byk jaga. Kedudukan pun kena hati2. Takut apa2 kat baby. Tp at least hilang sikit sakit2 badan dok usung adik baby ni. Huhu...

Mengandung kali ni mmg teruk rasa nya. Sakit situ, sakit sini. Seawal 4 bulan kv dah rasa sakit2. Phobia dan serik. Menurut bidan, punca nya masa melahirkan danish dulu, kv tak cukup pantang. Tak berurut dan bertungku dgn sepenuhnya. Tambah plk, 2 kali sehari kv ulang alik ke husm nak pam kan susu utk danish yg masa tu dlm icu. Macam org tak beranak pulak. Tp terpaksa nak wat cemana.;(

MMg masa tu kv tak rasa apa2. Tp kesannya begitu ketara masa mengandung yg kedua ni. Nak bangun duduk pun susah. Hubby terpaksa bantu. BIla duduk lama skt, dah bangun tu jalan terbongkok2 dulu mcm robot. Lama skt baru jalan biasa. Kdg2 solat pun terpaksa sambil duduk. Aduhai...tp takpe lah, demi zuriat g kv dok idam selama ini. Apa guna merungut,kan?

Kv kena ambik pengajaran. Ari tu, segala ubat periuk tak boleh makan sbb danish masa tu kat wad sebulan lebih. Karang bagi susu kat dia, bercampur ngan ubat spital, jd benda lain pulak. Mungkin bersalin kali ni kv boleh berpantang dgn betul. Harap semuanya ok.

Kv tau mungkin kv akan rasa terseksa nak habiskan tempoh berpantang tu. Tp sedaya upaya kena la tabahkan hati. Demi kesihatan. Dah terbayang dah bulan puasa yg penuh dgn pelbagai jenis makanan tu. Pastu dgn pasar ramadhan nya. Huhuhu...kena kuatkan hati. Plg teruk, minuman berais yg tak berapa nak boleh pantang. Kena kuatkan semangat ni. Hehe..

Kv selalu sakit pinggang. Plg teruk sebelah kiri. Menyucuk nyucuk. Menurut bidan, masa berpantang dulu kv tak berdian (cemana ejaannya ek?). Tau dak berdian tu apa. Kalo org kelantan, dia akan buat satu pangkin, mcm katil, taruk bara kat bawah. Kita ni kena salai atas tu la. Tp sekarang dah takde dah. Plg dasyat pun bertungku jer. Kv ingat nak pinjam tilam kakak ipar yg boleh dipanaskan tu lah. Hehehe..jimat belanja. Kalo beli rm 1.5k jugek. Tangkai jering noh?

Mak bidan tu offer utk berurut dan bertungku selama 15 hari masa ramadhan ni. Baik sungguh hati dia. Makcik tua yg byk pengalaman. Kalo nak lbh dia tak sanggup sbb bulan puasa. KV pun rasa takde la sampai 15 hari. Mungkin seminggu pun dah ckp. Lps tu bertungku sendiri.

p/s: jantina baby, menurut ramalan mak bidan tak sama dgn yg doc scan. Cemana tu? Saspen sungguh! Hik hik

12 ulasan:

alia elena berkata...

alamak suspen gaks erkk nak tau adik si danish neh..hiks

paperpung bab berpantang ngan my mom paling senang..so far kalo tak fening2 blehlah makan kaedahnya hiks

Mummy Rizq berkata...

ermm.. sekarang ni susah tau nak carik mak bidan yg ok. tak berani nak amek bidan sembarangan. nanti lain jadinya...

Biarlah rahsia berkata...

kwn k.bie br bersalin 2 3 bulan lepas....dia masih berdian atas katil...suami dia buat sendiri...dia main letak dapur gas je bwh katil tu...kreatif sungguh...pg2 dia tidu laa atas tu boleh setgh jam atau sejam...
KV cuba laa buat mcm tu...
katil tu dia buat mcm geran/pangkin kat tepi2 sawah tu...ada lubang2..pastu hampar tika mengkuang dgn kain skit atas tu buat lapik...senang dan mudah..bila2 masa nk bersalai nak je atas tue...

KV berkata...

mama bat,
mmg ler, kalo makan2 ni ikut imunisasi individu. Asal perut anak tak kembung (sabit makanan yg kita makan tu), kira orait lah tu, kan? Hehe

mar,
bes aa makan angin?
bidan ni kena pandai pilih jugak. Mmg tak boleh amek sembarangan. Bahaya!

kak bie,
hubby kv pun offer nak buat pangkin tu. Hihihi..kv lak yg tak sanggup. Tgk la nanti kalo dpt pinjam tilam SIL tu rasanya tak buat la pangkin tu.

Nur Hafiza Hasan berkata...

Kak KV..
Bersalin kat mana nanti?
Kalau sempat buleh miss_tree gi jenguk baby nanti..
Heheheheheh..

kakLuna berkata...

wah..raya tahun ni baby dpt banyak duit raya la sbb ramai org dtg umah :)

pB berkata...

Dulu kak pB di'ae jugok.
Tapi bukae lar dok tido atah katil.

Tok Ma beli ting sekut tu.
Pah tu tebuk kut depae.
Pah tu , boh lar ba'ro api..

Nyadar lar dekat dekat ting sekut tu.
Panah bahagiae belakae n punggung ..

Tapi kak pB jenih manjo..
Smeta buleh lar..
Kalu lamo lamo, mula lar nok lari ..

Tu pung untuk anok hok no satu.

Apa apa pung, memae keno rajing patae...

KV berkata...

Cik pokok,
rasanya akak berpantang dekat rumah MIL di peringat. Hehe..moh la ke rumah, boleh kenal2.;)

kak luna,
hehe...mungkin rezeki baby kut.

kak pb,
kv pun jenis manja dan malas. Kalo bertungku sendiri, semetar jah. Pas tu malas doh. Ni pun tatau la lagu mano. Mmg kena upah bidan dulu mulo2 ni.;)

yusztiey berkata...

tak sanggup nak berdian la kalau saya ..sib baik dok kat mesir ni..kuih muih bulan pose takan terhidang ler kat depan mata...huhuhu..nak makan buat ler sendiri..sib baik ler boley la berpantang dgn selesa.
suspen tu jantina baby tuh..aper pun asalkan sihat tubuh badan baby tu..doa kan saya dok sakit2 dah ni..tapi sempat lagi jengok2 blog kawan2..heheee..bagi hilangkan sakit kit...ok

Mommy Lyna berkata...

alos. napok gayo meme keno patte sungguh2 ni. mujor la patte di kampungku bersama nenek2. hehe.
kalo kak KV abis patte doh time tu bole la mari jalan2 drumah i~

;)

aNIe berkata...

Kelmarin kak lady pun pegi berurut...belikat sakit sebab mengangkut barang2 ...kemas bilik hari tu...syoknya kene urut...

Kak lady dulu masa berpantang dulu pun cheating...masa bersalin hari raya siap curik minum air gas lagik....hehehe...tak berpantang betul2...harap2 tak le mengidap dikemudian hari...tapi ubat memang kak lady makan...macam2 ubat...

KV berkata...

yusztiey,
ahaha..blum bersalin lg ek? Sama2 'menunggu' lah kita. Pantang elok2 tau!

sitilina,
due hari raya kan? Insya allah akak abih pantang boleh jenguk baby dan siti.
Kalo berpantang dgn nenek2 kat kampung tu mmg masak la. Kena tahan skt. Tp utk kesihatan apa salahnya ikut, kan?

kak lady,
ehehe..akak mcm kv jgk, curi minum air sejuk. Hubby yg tolong. Kekeke