Ahad, 16 Ogos 2020

TAHUN 2020

 testing2

Tak sangka di tahun 2020 ni boleh masuk blog. Lupa semua pasword dan ID tp internet masih tak lupa kita. Kagum juge ahaha. Nati tolong syor dekat mek cemana nak recall balik eh. Mmg betul2 blur pasal blog. Lama giler kut kena tinggal. Sejak ada fb ig twitter. Blog dh jd rumah hantu.

Tahun 2020 yg penuh cabaran. covid19 banyak mengubah cara hidup manusia. Terpaksa kurangkan speed. Dulu 120% kut setiap benda now dh kena slow down. Dapat 70% pun kira ok kan. Covid kat kelate still ok. Masih zon hijau. Tp negeri lain terutama Kedah dh naik balik. Harap kita semua ok. Jaga jarak, ikut SOP. Jangan penting diri. Insyaallah selamat lah kita.

Ok lah setel meraban. Takde idea nk taip apa. Oh anak sulung mek dh form 5. Seken (bongsu) dah form 1. Mek pun dha masuk 4 series. But still gorgeous (masuk bakul tak larat nak angkat. Lebih Muatan)

Tapi kan, segan la pulak baca coretan lama. Punya la poyo syok sendiri. Agak nya masa tu baru bermula hidup kut. Hehe. Ampuni daku. Kita matang seiring usia rite. Tu zaman muda. Poyo lebih la. Now kita slow down sikit. Hidup lebih tenang. Insyaallah.

Moga uols sihat dan bahagia. Doakan iols pun sama

Daaaa...


Ahad, 13 Oktober 2013

SALAM AIDILAHDA

Salam uols,

How's ur preparation for aidiladha? Gempak? Ke hampeh mcm mek?

Rasa nya tahun ni aidiladha paling sunyi. Hukhuk. Sedih la weiiiiii

Mek ni yatim piatu uols. Bila raya wajib raya kt rumah sendiri (mak mertua dok skali). Setel kt rumah sendiri baru balik kampung. Bila mak ayah takde, rumah kakak jadi tempat berkumpul. Tapi tahun ni abang ipar dah takde. Selalu nya arwah lah yg paling sibuk. Tukang sembelih pun dia, tukang arrange pun dia, serbi serbi dia lah. mmg terasa sgt2 bila dia takde ni.

Tambah2 pulak, kakak mek ke mekah tahun ni. Niat mengerjakan haji utk arwah abang mek. Yg dulu arwah mak mek tak sempat tunai kan. So, kakak ambik alih niat tu. Dorang nak pegi laki bini. Dh byk tahun apply tapi tak dapat. Dan tahun ni apabila arwah suami kakak dah takde, Allah menjemput kakak menjadi tetamuNYA. Sesungguh nya perancangan  Allah adalah yang terbaik buat hambaNYA

Dan bila kakak takde, sunyi nya aidiladha tahun ni. Kami pulak, gi mari gi mari terlupa nak masuk bahagian korban. Aduhaiii...laaaagi lah takde meriah aidiladha thn ni. Insyaallah lps solat sunat hari raya kami balik kampung kjp. Abang2 semua masuk korban. Anak2 buah balik beraya. So blh lah kumpul reramai kjp before dorang balik KL ptg raya tu. Tapi sunyi nya kakak tkde. Takde la makanan best2. Itu je yg aku pikir. Sedih nya lahaiiiii

Besok mek masih keje. Malas nak ambik cuti. Ofis mek kan depan pasar. Kete sejak semalam dh bersusun tak bergerak ni ha. Jammed. Suka gak suasana kalut cenggini. Baru rasa nk raya kan. Rasa nya besok lagi padat kut.

Korang beli baju raya tak? Mek beli tp takde niat pun utk raya sgt. Baju keje. Or baju utk kenduri. Tudung pun beli tp kalo tak raya pun mmg beli. Dah kebetulan nak raya ni, anggap je lah tudung raya kan.

Ok lah uols. Meks bosan ni. Sbb tu melalut kat sini. Selamat hari raya aidiladha. Makan lembu jgn byk2 sgt tau. Kena darah tinggi nanti. And, hati2 di jalanraya. Terutama nya remaja yg baru jumpa stereng tu. Rasa aku nk jerrr lahar sorang2. Mabuk apakah bawak kete takde adab ni. Fuhhh...geram weh

Ahad, 29 September 2013

SEDIH

Huk huk...mek sedih uols. Entah cam bodoh jer isu nya tapi rasa sedih menggila. Nak kata PMS pun tak. Hormon tak balance kut. Maklum ler makin tua.

Aku ingat aku dh cukup matang, tp rupanya masih cam budak2. Huhu

Takde salah orang lain pun, salah diri sendiri. Cepat benar terasa. Padahal takde isu pun. Ko apahal pompuan? Dah tua sangat kah????

Dah sedih tu mula lah nak merajuk. Nak menyendiri. Pastu mampu ke aku hidup sendiri takde kawan2? Nak cakap ngan sapa nanti? Dinding? PC? or Jung YOng Hwa. Sempat lagi tu. hakhak

Pas dh merajuk tu, mula la tatau nak handle situasi. Bodoh betul rasanya. Nak bercakap, rasa malas. Sbb masih merajuk kan. Tak nak jawab org tegur mcm melampau pulak. Hahah.. Tu la, merajuk lagi. Kan dah cam minah meroyan. Habis tu nak action macamana? Bengong jer rasa ni.

Oke, tarik nafas, hembus. Tarik nafas hembus.

Isnin, 23 September 2013

APA KHABAR UOLS?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar uols? Iols ok2 jer.

Kemaruk apa ntah hari ni tgn gatal nk taip entry baru. Berkepam dh blog. Dah benar terbiar.

Takdak cerita menarik. Mek makin gemuk. Anak still 2. Makin membesar. Alhamdulillah sihat sejahtera.

Abang danish. Dah 10 tahun. Tapi rasa mcm budak kecik je lg. Haha



Dina pun dah 6 tahun. Tak caya lg berapa bulan dh nk masuk darjah satu.


Ok lah, sehingga jumpa lg. Take care uols

Ahad, 21 Oktober 2012

Kelantan juara Piala Malaysia 2012

Alhamdulillah, Allah memberi rezeki kepada negeri ku bumi bertuah untuk menjulang piala Malaysia bagi tahun 2012.

Macam2 halangan dan rintangan. Provokasi yg melampau dari segenap segi. Kadang2 rasa kecik hati ngan kawan2 yg tidak respek kawan2 from Kelantan. Update status fb tak hagak2. Hmmm...takpe lah, yg penting kita ikhlas berkawan. Kalo taknak kawan pun nak buat cemana. Pasrah. Oke, habis topik tu.

Sambung pengalaman tgk bola Mlm td. Mek mcm biasa, final ke tak final ke tetap gemuruh tgk bola. Tak sanggup hokey. Mmg la sokongan padu tk berbelah bagi. Akan tetapi tak sanggup nk tgk. Nak pecah jantung dan kelenjar adrenalin. Huahuahua

Tapi hasrat nk menemankan suami tgk bola tetap Mek laksanakan. Bertolak Dr rumah jam 6.30am. Jam 2 dh check in kt hotel grand season. Pung pang pung pang, dlm jam 5 baru bertolak ke stadium shah alam. Punya la jem, seb baik kami hire driver yg 'berpengalaman'. Kalu dak mmg pusing masuk KL balik ah. Tak sanggup Mek. Dah la anak buah talu2 call tanya kt mana. Dorang tensen sbb lama sgt booking seat utk kami. Sowii sayang2 ku.

Masa game berlangsung mmg Mek tk tgk sgt. Aku asyik tgk videoclip CNBlue & FT Island jer. Tp babak2 penting tetap tak tertinggal. Haha

Dah setel dah menang semua, stuck kt lot parking plk. Jam 2.30 baru dpt sampai bilik. Hadoiii stres, tp puas hati dan syukur sgt2.

Terima kasih Allah dan tahniah TRW. Bangga sungguh menjadi anak Kelantan.

Rabu, 3 Oktober 2012

Koleksi rizalman

Walopun mmg sahih tertinggal keteapi, tp Mek tetap nak apdet jugok.

Ari tu kn beriya kompang kt blog Mek beli baju rizalman. So, nk lah tempek dlm blog buat kenangan di hari tua kata nyer.

Orang darat dan semekin macam Ni lah yuols. Harap dimaafkan. Hikhik

Selasa, 2 Oktober 2012

Lama tak jengah blog sendiri

Hai uols!! Sehat tak? Iols sehat2 jek. Makin tembun. Hikhik. Puasa sebulan turun 6kg jek. Tp sbb Mek gemut sangat, takde der kempis kt mana2. Strechesss kata mael lambong.

Takde apa nk citer, Mek aplod gegambar Mek dari raya hari tu. Sebulan open house rata riti. So takde makna nya turun 6kg tu.

Dah abih Syawal Ni malas nak timbang dah. Takut mengguris perahsaang.

Ok daaaa. Bye bye