Memaparkan catatan dengan label pengasuh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengasuh. Papar semua catatan

Rabu, 4 Mei 2011

LELEHAN HATI

Eh apsal aku pi tekan enter terus. Blom taip isi pun lagik dah kluar tajuk. Wakakaka. Weng sungguh la.

Uols, mek nak meluah perasaan. Dah lama duk pendam. Mek gerammmm!!

Dina kan mek hantar kat pengasuh sebelah rumah jer. Nak jadi cerita. Awal tahun ni, ada org mintak tolong pengasuh dina jaga anak dia. 2 org lak tu. Pengasuh dina tak sampai hati nak tolak beriya iya. So terpaksa lah mengasuh walopun tak rela. Sorang sebaya dina. Hat adik nya dlm umur setahun kut. Blom boleh berjalan lg.

Nak jadikan cerita, aku bersimpati ngan pengasuh dina tu. Hari2 dia bersungut letih. Sbb nya, budak2 tu, mak dorang ambik malam. Pagi2 dah hantar. Tambah lagi sorang kakak nya yg darjah berapa ntah datang lepak kat situ jugak. Siap adik pengasuh dina kena hantar dan ambik di skolah lagi. Memang aku tgk terlalu membebankan la utk keluarga pengasuh dina tu. So, aku pun, hari2 siap pesan ngan dina suh balik awal. Duduk ngan nenek. Pastu bila dah balik, tak payah pegi dah nanti kesian ngan ibu letih.

Lama2 aku dok provok lagu tu, kdg2 dina patuh2, kdg2 mengamuk jugak nak pegi. Sebelah rumah jer uols. Lagi pun dari kecik merah dia membesar kat situ. Dia dah terbiasa bermain kat situ.

Kemuncak cerita. Mak budak2 yg ibu dina jaga tu ada course 1 bulan. Tak boleh balik. Humang aih. Course apa benda la tu. Pengasuh dina dah tolak tak sanggup tapi dorang tetap hantar jugak dan wat dunno. Sampai hat kecik tu demam pun pengasuh dina yg kena bawak pi klinik. 2 kali dlm masa 2 minggu. Takde cuti weekend uols. Straight sebulan. Ni baru 2 minggu setengah. Kalo balik pun jam 12 malam baru dtg ambik. Besoknya sesubuh sepei dah hantar. Si kakak yg hantar (kakak dah abih form 6).

Kenapa aku yg sibuk? Bukan aku pun yg jaga depa. Kan?

AKu sedih, marah, kecik hati, geram. Sebab aku rasa anak aku dh terpinggir. Anak aku di jaga lebih kurang jer sbb anak aku dah besar, takde perangai sgt. Konon nya. Aku yg terpaksa berkorban masa, berkorban cuti sbb kesian kan pengasuh anak aku. Tp org lain selamba jer wat tak kisah. Mcm semalam aku cuti sbb dina demam. Ok lah, fine sbb dina anak aku kan. Aku sayang anak aku. Tp semalam, pengasuh dina dgn muka keletihan duk merungut yg dia letih kena berjaga malam. Dia anak dara lagi uols. Aku ingat kenapa. Rupa2 nya, 3 beradik yg dia kena jaga tu pakat jemaah demam. Dan mak depa tak dtg ambik pun malam tu. So dorang tido kat rumah pengasuh lah. Dan bila budak demam, malam2 pun dorang tetap cranky. Sampai pagi pengasuh kena berjaga.

Aku jadi malas nak komen. Tapi aku bincang ngan hubby. Luahan hati. Aku cakap aku jer yg sibuk pikirkan kebajikan pengasuh. Masa dia, wang dia, tenaga dia. Tapi org lain senang2 jer ambik kesempatan. Aku yg berkorban lebih2. Padahal aku bayar sama jer ngan depa. Sampai satu tahap, aku pujuk dina suh duk kat rumah jer. Tp aku tau akan menyusahkan nenek dia la pulak. Nenek nak kena jaga kedai, nak kena masak, nak kena ambik abang. Hmm. Tak selesai masalah jugak. Aku terpikir nak hantar kat tempat lain. Tapi susah jugak nak jumpa pengasuh yg sesuai. Lagi pulak, mesti pengasuh dina kecik hati kan.

Padahal pengasuh dina selalu cakap ngan aku, dina ok. Dina takde masalah, dina mendengar kata. Dina tak nakal. Tak susah jaga dia. Tapi aku kecik hati. Huhuhu

Susah nya bila aku sorang jer yg berfikir. Yang berperang dengan perasaan. Orang lain takde masalah pun. Selamba jer. Aku sorang jer yg kecoh. Hampeh betul.

Rasanya, aku perlu bersabar utk habiskan tahun ni. Tahun depan mmg nak kena hantar dina ke sekolah lah. Ambik full package sampai petang. Ari tu ingat nak hantar pasti jer. Balik skolah duk rumah pengasuh. Tp nampak gaya nya kena ubah plan la. Pengasuh dina dah sedih2 tahun depan mebi dina dah takmo pi rumah dia, dah skolah kan. Tp dina pandai, dia cakap balik skolah dia tetap nak duduk ngan ibu. Nampak nya aku kena lah keraskan hati! Hmmm

Bersabar lah wahai hati...

Khamis, 18 Disember 2008

PEMERGIAN MENGEJUT

Kv curi update dlm blk meeting ni. Hiks

Pagi ni masa bersiap nak gi keje, MIL bagitau ayah pengasuh dina dh meninggal. Mmg terkejut sungguh2.

Dia mmg takde sakit apa. Mati pun dlm tido.

Tp kv terpaksa hadir meeting dulu, lps meeting terus tak masuk ofis dah.

Ok, itu je buat sementara.

Rabu, 16 April 2008

bengang

yuhuu..baru dapat online katanya. Bizi skt ngan urusan keluarga td.

Err..nak crita pasal perasaan bengang lah. Kalo lambat cerita karang jadi basi pulak kan. Hehe

Kv bengang ngan pengasuh dina ekceli. Bengang tahap melampau dah. Hujung minggu ari tu lah. ni dah cool skt, so cover blk la tahap bengang tu kan. Saja nak crita kat uols.

Dah lama kv peratikan dia mcm malas nk jaga dina. Kv pun risau gak kan. Apa2 hal nanti cemana kv nak solve problem ni kan. Sapa nak jaga dina nanti kan. Tp kv diam jer, simpan dlm hati. Malas nk bincang ngan hubby dulu kan.

Sejak bersalin kan dina, kv byk masalah keluarga (belah kv lah kan) Dgn mak sakit, kakak sakit dan kenduri kendara dan mcm2 lg. Dah la dulu dina meragam tak hengat. Asyik meraung je kejenya. Masa tu mmg kv tension gilor sbb tatau nak letak dina kt mana. Ye lah, adik beradik lain siap ada jadual cuti masing2 dan bermalam kt wad utk jaga mak. Tp kv sorang je yg takde jadual plus tak blh bermalam kt wad.

Masa tu mmg tension takut adik beradik dok ngumpat kv tak jaga mak kan. Dorang tk ckp apa pun tau, tp kv yg over sensitif. Mana lah tau kan. So, stiap sabtu (dr tgh hari sampai ptg mmg kv jaga mak dekat wad). Masa nk pegi tu mmg mintak tolong la pengasuh dina ni handle dina skjp. Mmg rasa terhutang budi lah kan. Benda ni berakhir bila mak kv dah takde.

Lps tu mmg kv tak curi dh masa dia. Walo hari cuti atau susah payah cemana skali pun kv tetap tk hantar dina kt dia kalo bukan jadual mengasuh. Kalo apa2 mil dan hubby yg uruskan. Ada satu kes, kv mintak tolong dia jaga dina belah pagi sbb kv nak blk kampung ada kenduri anak buah. Kalo bawak dina mesti tak boleh nak menolong kan. So, mintak dia jaga skjp, bila tgh hari hubby dan mil akan bawak dina blk kampung kv plk. Sehari before tu dia sanggup jer. Lesai.

Tp baru je sampai kt kg, hubby sms bagitau yg pengasuh dina demam. Kv rasa tak sedap hati jer. Sbb kv tgk dia ok je dok lepak kt tangga. Bengang tp senyap je la. Hubby yg jaga dina. Mmg susah hati lah kan. Kut2 hubby tak boleh nak handle dina sendirian. Seb baik ada mil.

Byk kes la dok jd gini. Mintak tolong, dia sanggup je. Tp sampai masa, mcm2 alasan dia bagi. Last2 mil jgk yg kena catch up. Dgn danish lg. Benarnya kv tak suka mil jaga dina. Bukan tak suka MIL ok! Tp mil dah jaga danish. Walo pun danish dh besar pjg tp perangai, aduhai mmg tak makan saman lah. Kesian mil tau! Pastu kalo tambah lg dgn dina, mesti lah haru kan. Nak masak utk atuk nenek lg. Kedai runcit lg. Tu yg kv sibuk cari pengasuh utk dina. At least, kurang skt lelah mil. Bila byk kes jd gini mmg kv susah hati lah kan. Huhu

Bulan mac lps, dia ckp ngan mil yg dia nk jaga dina sekerat hari je. Mcm cikgu. Habis tu hubby soal mil, so lps tu sapa nak jaga dina. MIL ckp yg dia sanggup jaga. Kami diam je dulu. Buntu sebenarnya. Pastu tak tanya pun soal bayaran bila dh sekerat hari tu. Pastu dia ckp plk kt MIL yg dia 'sudi' jaga dina cam biasa kecuali hari2 dia demam.

Dia sakit paru2 berair uols. Tu kes yg bertahun tahun dulu. Tp bila mengasuh dina ni penyakit dia dtg semula. Pelik kan? Ehehe. Tp masa jaga dina je dia sakit. Lps dina blk rumah, dia ok je. Siap ambik upah menjahit tulang belut dan sembat baju kurung lg. Sungguh pelik kan.

Last2 masa danish demam hari tu, kv cuti rabu dan khamis. Sepatutnya dia lah yg jaga dina kan. Sbb bkn hari cuti. Tapi masa kami sibuk ngan danish, mil yg kena jaga dina. Dia bagi alasan dia tak larat demam. Dua hari tu dia menyorok dr pandangan kami tau. Bila ptg2 skt baru dia kluar. Kv dah bengang tahap gaban tau! Kv mcm org gila dok ayun buaian tu kiri kanan. Danish meragam nak kv yg jaga. Dina pun bila tgk muka mama dia ni, ha, mama dia lah yg kena jaga dia.

Hari kakak kv meninggal tu, MIL mintak dia jaga dina skjp. Dia tolak mentah2 alasan tak larat. Padahal masa tu dia tgh naik basikal. Huhu. Sedih ok. Kv rasa nak menangis sbb bengang!!!

So, kv bincang ngan hubby. Takde guna gajikan dia sbb dia macam tak sudi dah nak jaga dina. Kami kena cari altenatif lain. Hubby ckp ngn mil suh cari pengasuh lain. Mcm2 alasan kami beri. MIL setuju mulanya.

Kv crita kt adik beradik. Dorang suggest kami antar nurseri je. Dekat ngan ofis kv. Senang crita. Benarnya bukan takat bayar upah ngasuh dia je. Makanan setiap minggu wajib kami beli. Kain baju setiap bulan wajib kv beli. Bukan dia yg mintak, tp kami yg beri. Dgn harapan dia akan kasihkan dina. Dan kami nak tunjuk kt dia yg kami pun pritahin kebajikannya jgk. Madu di beri tuba dibalas! Sungguh ku kuciwa!

BIla hubby tanya MIL semula, MIL ckp hold dulu rancangan kami tu. Hubby dah mula bengang dan dia bagi skt 'tekanan' kt mil. Ekekek. Gelak evil. MIL ckp, takpe, kita tgk dulu sbb masa nenek gi tanya kesihatan dia, dia ckp yg dia ok dan masih sanggup jaga dina.

So, mil segan la pulok. Kv n hubby punya alasan senang je. "Kesian lah dia terpaksa jaga dina kan. Dah la dia tak sihat." Mil mintak kami bertenang dulu. Huh.. sakit hati uols tau dak!

Tgk la, lps ni kalo dia buat perangai lg, atau mil sendiri angkat bendera putih, mmg kami angkut dina pi nurseri lah. Biar lah, bukan pilihan terbaik pun takpe. Nak kasi senang semua. Kami pun boleh kerja ngan hati tenang. La ni kami susah hati tau!

Lbh2 lg kv sakit hati pasal anak cikgu yg mak dia dok jaga tu. Siang malam pagi ptg mmg dok rumah dia. Kalo kluar negeri pun (negeri lain la) siap tinggal budak tu. Bukan 1 malam 4-5 mlm ok. Senang hati je dorang jaga. Siap jumaat sabtu. Full time. Hari biasa sampai maghrib baru gi ambik. Nak gi shopping pun tinggal. Kami angkut semua anak kalo nk gi shopping pun. Tak ke sakit hati uols?

Kami ni, pagi pukul 10 baru hantar pukul 4 mil dah gi ambik. Jumaat sabtu atau cuti am lain langsung tak ganggu dia. Kalau mintak tolong dia jaga utk hari cuti sekejap je (bukan penuh cam selalu) dia tolak. Tak sanggup. Fuh... mmg mendidih lah kan.

So, keputusan kv n hubby tunggu dan lihat. Kv dah fedup. Tgk reaksi mil je nanti. Sabar dih!