Rabu, 4 Mei 2011

LELEHAN HATI

Eh apsal aku pi tekan enter terus. Blom taip isi pun lagik dah kluar tajuk. Wakakaka. Weng sungguh la.

Uols, mek nak meluah perasaan. Dah lama duk pendam. Mek gerammmm!!

Dina kan mek hantar kat pengasuh sebelah rumah jer. Nak jadi cerita. Awal tahun ni, ada org mintak tolong pengasuh dina jaga anak dia. 2 org lak tu. Pengasuh dina tak sampai hati nak tolak beriya iya. So terpaksa lah mengasuh walopun tak rela. Sorang sebaya dina. Hat adik nya dlm umur setahun kut. Blom boleh berjalan lg.

Nak jadikan cerita, aku bersimpati ngan pengasuh dina tu. Hari2 dia bersungut letih. Sbb nya, budak2 tu, mak dorang ambik malam. Pagi2 dah hantar. Tambah lagi sorang kakak nya yg darjah berapa ntah datang lepak kat situ jugak. Siap adik pengasuh dina kena hantar dan ambik di skolah lagi. Memang aku tgk terlalu membebankan la utk keluarga pengasuh dina tu. So, aku pun, hari2 siap pesan ngan dina suh balik awal. Duduk ngan nenek. Pastu bila dah balik, tak payah pegi dah nanti kesian ngan ibu letih.

Lama2 aku dok provok lagu tu, kdg2 dina patuh2, kdg2 mengamuk jugak nak pegi. Sebelah rumah jer uols. Lagi pun dari kecik merah dia membesar kat situ. Dia dah terbiasa bermain kat situ.

Kemuncak cerita. Mak budak2 yg ibu dina jaga tu ada course 1 bulan. Tak boleh balik. Humang aih. Course apa benda la tu. Pengasuh dina dah tolak tak sanggup tapi dorang tetap hantar jugak dan wat dunno. Sampai hat kecik tu demam pun pengasuh dina yg kena bawak pi klinik. 2 kali dlm masa 2 minggu. Takde cuti weekend uols. Straight sebulan. Ni baru 2 minggu setengah. Kalo balik pun jam 12 malam baru dtg ambik. Besoknya sesubuh sepei dah hantar. Si kakak yg hantar (kakak dah abih form 6).

Kenapa aku yg sibuk? Bukan aku pun yg jaga depa. Kan?

AKu sedih, marah, kecik hati, geram. Sebab aku rasa anak aku dh terpinggir. Anak aku di jaga lebih kurang jer sbb anak aku dah besar, takde perangai sgt. Konon nya. Aku yg terpaksa berkorban masa, berkorban cuti sbb kesian kan pengasuh anak aku. Tp org lain selamba jer wat tak kisah. Mcm semalam aku cuti sbb dina demam. Ok lah, fine sbb dina anak aku kan. Aku sayang anak aku. Tp semalam, pengasuh dina dgn muka keletihan duk merungut yg dia letih kena berjaga malam. Dia anak dara lagi uols. Aku ingat kenapa. Rupa2 nya, 3 beradik yg dia kena jaga tu pakat jemaah demam. Dan mak depa tak dtg ambik pun malam tu. So dorang tido kat rumah pengasuh lah. Dan bila budak demam, malam2 pun dorang tetap cranky. Sampai pagi pengasuh kena berjaga.

Aku jadi malas nak komen. Tapi aku bincang ngan hubby. Luahan hati. Aku cakap aku jer yg sibuk pikirkan kebajikan pengasuh. Masa dia, wang dia, tenaga dia. Tapi org lain senang2 jer ambik kesempatan. Aku yg berkorban lebih2. Padahal aku bayar sama jer ngan depa. Sampai satu tahap, aku pujuk dina suh duk kat rumah jer. Tp aku tau akan menyusahkan nenek dia la pulak. Nenek nak kena jaga kedai, nak kena masak, nak kena ambik abang. Hmm. Tak selesai masalah jugak. Aku terpikir nak hantar kat tempat lain. Tapi susah jugak nak jumpa pengasuh yg sesuai. Lagi pulak, mesti pengasuh dina kecik hati kan.

Padahal pengasuh dina selalu cakap ngan aku, dina ok. Dina takde masalah, dina mendengar kata. Dina tak nakal. Tak susah jaga dia. Tapi aku kecik hati. Huhuhu

Susah nya bila aku sorang jer yg berfikir. Yang berperang dengan perasaan. Orang lain takde masalah pun. Selamba jer. Aku sorang jer yg kecoh. Hampeh betul.

Rasanya, aku perlu bersabar utk habiskan tahun ni. Tahun depan mmg nak kena hantar dina ke sekolah lah. Ambik full package sampai petang. Ari tu ingat nak hantar pasti jer. Balik skolah duk rumah pengasuh. Tp nampak gaya nya kena ubah plan la. Pengasuh dina dah sedih2 tahun depan mebi dina dah takmo pi rumah dia, dah skolah kan. Tp dina pandai, dia cakap balik skolah dia tetap nak duduk ngan ibu. Nampak nya aku kena lah keraskan hati! Hmmm

Bersabar lah wahai hati...

5 ulasan:

Joy berkata...

berperang dgn perasaan sensorang mmg sgt la x best....

efa fairuz berkata...

laaa..bakpo la gitu.. peseng tok caro ko anok.. lok jah anok duk nge pengasuh supo takdo raso gapo2..

pah nyusoh kokre lain la..

huhu saba mek deh.. insyaAllah ado jln lain tu..

KV berkata...

joy,
mmg sakit hati sbb kita sorang jer yg letih berfikir.

efa,
jalannya adalah kesabaran. Huhu

pB berkata...

salam


kalu ambik orghe gaji ..??

bat berkata...

either amik org gaji or anto play skool lah..

bersabarlah dear..