Selasa, 29 November 2011

JENJALAN @ PENANG

Episod jenjalan ok. Mek satukan dalan satu entry jer. Ku cuba yg seringkas mungkin. Hihi


GURNEY PLAZA / GURNEY DRIVE
Lepas lepak2 tepi pantai tu kami keluar gi gurney plaza. Nak bayar bil berukben. Bil tak sampai. Hubby lak tak perasan emel dia, terus kena potong line. Hahahaha. Jenjalan kat gurney plaza sesambil cari seluar utk mandi. Mek terlupa bawak seluar pendek hubby dan mek sendiri. Adeiii. my bad betui.


Lepas tu keluar lintas jalan ambik angin kat gurney drive pulek. Masa memula kami sampai tu air elok lg. Bila kami kluar tu air dah surut. Macam tak cantik lah pulek pemandangan dia. Tp boleh la layan perasan diiringi hujan gerimis.;P


Lawa gak senario di waktu senja kan.



BUKIT BENDERA
Pagi besoknya gi bukit bendera. Nak merasa naik kereta api kabel. Bila dah beranak pinak ni, kesoronokan anak2 adalah utama.

Dalam keteapi. Hari jumaat pun ramai org seh. Padahal dah awal pagi kami pegi tu. Oh tiket kalo tak silap 18 hengget pakej family. Ibu, ayah dan 2 anak.


Railway. Nampak biasa kan? Padahal curam giler. Keteapi pun di design bentuk senget menjunam.



Sempat bergambar dengan landmark bukit bendera. Kat atas tu ada restoren.


Ni pun kat puncak gak ni. Kuil apa ntah nama nya kat belakang kami tu. Pastu kalu naik atas sikit lg ada masjid lak. Kami duk lepak lepaskan lelah panjat tangga curam sambil layan anak main kat playground. :)


Pastu sewa buggy car. Perjalanan 4km. 2km pegi, 2 km balik. Ok lah kan. Drebar nya mmg mesra pelanggan la sbb dorang ni merangkap pemandu pelancong gak. Dorang cerita sejarah bukit bendera, tunjuk kan rumah2 lama zaman british, tunjukkan mcm2 tempat menarik lah peninggalan sejarah. Ada satu rumah tu, harga dia 10 juta. Laman besar giler atas bukit. Kami mmg kena dongak la nak menengok nya. Hanya ada 21 unit banglo kat atas tu. Semuanya zaman british lg.


Kami kat atas bukit bendera. Drebar buggy tolong snap gambar. ;)


Dah letih jenjalan kat atas nu, kami turun balik. Dina dah merengek ngantuk dah. Penat sgt agaknya minah tu. Selalunya mmg takde tido siang bagi dia.




HARD ROCK HOTEL.


Nak balik ke hotel tu, ajak hubby lajak ke Hard Rock Hotel di Batu Feringgi. Saje jer nak tengok dari dekat. Nak menginap kat sini rasa tak sesuai lak bagi orang darat kampung mcm kami ni. Mesti jakun lebih. Huhu. Kesian kat mek.;(


Sempat la bergambar sedikit sebanyak. hihi






BOTANICAL GARDEN

Petang nya lps layan anak2 mandi pantai dan kolam, kami ke botanical garden. Saja bawak anak2 jenjalan tgk monyet dan pokok yg comel2.


dedulu zaman mek remaja kera2 ni boleh diberi makan. Tapi agak nya bila dah terbiasa ngan manusia dorang jadi 'terlalu peramah' lak. Suka kacau pengunjung dan rebut makanan orang. Pastu dah dilarang beri makan kat kera2 ni. Tengok saja lah.



BATU FERINGGI SIDE WALK BAZAAR

Malam nya gi merendek kat sidewalk bazaar batu feringgi. Dekat ngan shang ri la. Tak habis kami berjalan. Panjang giler. Macam2 beli. Fridge magnet, cincin, jam, buah. Haha. nasib baik tak buat tatoo inai.;P. Nak kena pelangkung ngan hubby.;D

Pastu balik lepak kat hotel. Layan angin pantai malam2 pun best jugak.


PASAR CHOWRASTA

Hari terakhir kat penang mmg wajib ke pasar chowrasta. Walopun hazab nak dptkan parking tp alhamdulillah akhirnya kami dapat parking tepi pasar jer. Syukurrr.

Acara wajib kat sini adalah beli jeruk. Jeruk paling best adalah jeruk salak. Tiap kali ke Penang mesti kedai auntie ni kami pegi. Walopun berderet kedai jeruk lain tp kedai auntie ni jugak jadi pilihan.

Macam2 jeruk yg kami borong. Murah gilerrr. Buah kabung pun hubby beli.;) Syokkkk

Ok lah, abis dah entry jenjalan. Pasni sambung episod hat lain lak.;P

Isnin, 28 November 2011

SYOK NYA PENANG

Ya ampunnnnnnnn.
Malas betui nak apdet blog. Mmg malas tak buleh nak tolong dah rasanya.
Tapi sbb byk nak tempek kat blog untuk rujukan dan kenangan kena lah gagahkan diri. Kejar lah Pak Mood kat mana2 pung. Janji apdet belog.


Dekat2 ujung nak cuti skolah ari tu mek kalut ribut tanya kenkawan utara cuaca kat penag cemana. Sbb kat kelate hujan brok brek brok brek ala2 nak banjir dah. Pastu konon nak pegi rabu 16hb, bangun2 tido tgk cuaca cerah tp satu hapa pun tak setel. Hubby pujuk cakap pegi khamis kalo cuaca elok. Tapi naseb baik tak pegi hari rabu tu, hujan turun lebat sungguh. Kalo pegi mesti hati gelisah jer. Tengs buat kenkawan yg sudi beri maklumat pasal cuaca.

So malam khamis tu mmg mek pack barang siap2. Kalu jadi pegi hangkut jer. Kalo tak jadi duduk lah brg2 tu kat situ. Alhamdulillah cuaca elok jer. So kami terus kan niat nak pegi Penang. Pastu kalut call my bff tanya area dia keje kt mana best breakfast. Tp sayang dia tak dpt join. Takpe, jeruk penang best kan? Hak hak

Perjalanan alhamdulillah ok. Sampai baling mmg kami pakai garmin jer. Set terus hotel yg kamo booking. Hotel pun masa kat Jeli baru nak call. Mmg gamble sungguh la. Tp konfiden jer sb blom skul holiday kan. Singgah makan bekal (lunch) dekat RNR mana tah. Lupa lak nama tempat tu. Pastu terus shoot masuk pulau.


Akhirnya sampai jugak jambatan Penang. Tercapai lah hasrat nak suh anak2 tgk jambatan ni. Ekceli lps kawen, ni baru pestaim aku gi ke Penang. Berkurun lama dah tak pegi.


Kami book Tanjung Bungah Hotel. Dekat Tanjung Bungah. Mmg sengaja ambik hotel tepi pantai dan tgh2 antara georgetown dan batu feringgi.


Bilik kami, ambik seaview. Lawa betul permandangan nya. Puas hati.


Ehammm. Mencapap jugak lah.;P


Lps tu turun bawah bagi anak2 jenjalan kat kolam dan pantai sebelum keluar meronda.


Budak2 sukahati ada kolam. Dan mama nya tak habis2 mencapap.



Nice view huh?


Ada play ground sekali sebelah kolam. Mmg puas hati lah.


jenjalan je dulu tepi pantai. Kasi mukadimah.


Oke, nanti bersambung episod seterus nya (harap2 aku rajin ler)

Isnin, 14 November 2011

BESDAY PREZZIE

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

Sabtu, 5 November 2011

Salam aidiladha

Selamat hari raya korban uols.

Macam biasa, keghairahan untuk beraya Ada lah suram. Sendu.
Dan sebagaimana biasa, mek beraya kat rumah sendiri.
Mengulangi prosedur yg sama.
Bangun pagi masak2. Tapi tahun ni tatau nak masak apa.
Tadi kejap barubalik Dari pasar. Semata mata gi beli kobis Dan tembikai.
Jugak terpandang asam kerat lintang. Beli 2 hengget.
Pagi besok goreng behoon Singapore lah kut. Takdak idea. Utk makan anak beranak jer. Mug kale aidiladha kami tak buat Persiapan beriya. Sbb Nya Los solat sunat raya masing2 kalut balik rumah sendiri Dan terus ke tempat sembelih. Takdak masa dah nak ziarah rumah Koran tetangga.
Lps setel sembelih, wajib tukar syift ngan MIL. Kami balik rumah lepak tgk tv, mil lak g setelkan daging bahagian. Tgh hari lps mil bwk blk daging tu, masak lbh kurang. Terus siap2 nak balik kampung mek pulak.
Lepak anak beranak rumah kakak kejap, makan2, sembang2, gosip2. Pastu balik rumah sendiri.
Xtvt seterusnya mesti lah lalaland. Hik hik
Awat bila hari raya tubuh penat giler eh?
Nnti sapa2 yg nak dtg beraya, please call dulu. Tidak kalu minum teh o cicah biskut mayat jer. Hihi

Selamat hari raya kurban uols. Moga kita beroleh pengertian korban yg sebenar dlm kehidupan kita.

P/s : tgk gambar pa'an (player tteam) mkn tutti frutti terus recur liur. Dah la mlm td g lewat sgt. Kedai dh tutup. Juju

Sent from my iPad

Rabu, 2 November 2011

KONFEM 33

Alhamdulillah, syukur. Diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas lagi di bumi tuhan ni.
Today, mek dah 33 tahun.

Erkkkk??? 33???
Tua dah ker?
Awat mek rasa mek muda remaja lagi?
Sungguh tak sedar diri. Hik hik






Walopun baru 33 (ehemmm) rasa nya dah terlalu banyak menikmati nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Syukur sgt2. Walopun bagi org lain, apa lah sgt kan. Tapi bagi aku mmg syukur tak terhingga. Kita manusia biasa. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Allah tak bagi semua. Makanya wajib bersyukur dengan rezeki limpah kurnia NYA. Alhamdulillah.


Terima kasih buat rakan yg wish. Sungguh touching n ver der terharu okeh. Mekasih semua. Doa kan yg terbaik utk mek dan moga mek pun boleh berikan yang terbaik untuk semua. Insyaallah

Pagi2 hubby dah wish. Pastu tanya nak hadiah apa. Sebab merajuk (gaduh bodoh2) aku taknak pape, takde perasaan. Huwehhhh...org tua merajuk mmg buruk. Tapi lantak ah dah rasa nak merajuk kan. Pastu dah terima jawapan tak nak apa2 (betul ke aku tak menyesal ni????) terus di beri tazkirah akibat marah dan merajuk. Hambek sedass!!

Terus merajuk lagi. Huhu.

Sampai bila aku nak merajuk ni? Hadoyaiiiiiii