Isnin, 28 November 2011

SYOK NYA PENANG

Ya ampunnnnnnnn.
Malas betui nak apdet blog. Mmg malas tak buleh nak tolong dah rasanya.
Tapi sbb byk nak tempek kat blog untuk rujukan dan kenangan kena lah gagahkan diri. Kejar lah Pak Mood kat mana2 pung. Janji apdet belog.


Dekat2 ujung nak cuti skolah ari tu mek kalut ribut tanya kenkawan utara cuaca kat penag cemana. Sbb kat kelate hujan brok brek brok brek ala2 nak banjir dah. Pastu konon nak pegi rabu 16hb, bangun2 tido tgk cuaca cerah tp satu hapa pun tak setel. Hubby pujuk cakap pegi khamis kalo cuaca elok. Tapi naseb baik tak pegi hari rabu tu, hujan turun lebat sungguh. Kalo pegi mesti hati gelisah jer. Tengs buat kenkawan yg sudi beri maklumat pasal cuaca.

So malam khamis tu mmg mek pack barang siap2. Kalu jadi pegi hangkut jer. Kalo tak jadi duduk lah brg2 tu kat situ. Alhamdulillah cuaca elok jer. So kami terus kan niat nak pegi Penang. Pastu kalut call my bff tanya area dia keje kt mana best breakfast. Tp sayang dia tak dpt join. Takpe, jeruk penang best kan? Hak hak

Perjalanan alhamdulillah ok. Sampai baling mmg kami pakai garmin jer. Set terus hotel yg kamo booking. Hotel pun masa kat Jeli baru nak call. Mmg gamble sungguh la. Tp konfiden jer sb blom skul holiday kan. Singgah makan bekal (lunch) dekat RNR mana tah. Lupa lak nama tempat tu. Pastu terus shoot masuk pulau.


Akhirnya sampai jugak jambatan Penang. Tercapai lah hasrat nak suh anak2 tgk jambatan ni. Ekceli lps kawen, ni baru pestaim aku gi ke Penang. Berkurun lama dah tak pegi.


Kami book Tanjung Bungah Hotel. Dekat Tanjung Bungah. Mmg sengaja ambik hotel tepi pantai dan tgh2 antara georgetown dan batu feringgi.


Bilik kami, ambik seaview. Lawa betul permandangan nya. Puas hati.


Ehammm. Mencapap jugak lah.;P


Lps tu turun bawah bagi anak2 jenjalan kat kolam dan pantai sebelum keluar meronda.


Budak2 sukahati ada kolam. Dan mama nya tak habis2 mencapap.



Nice view huh?


Ada play ground sekali sebelah kolam. Mmg puas hati lah.


jenjalan je dulu tepi pantai. Kasi mukadimah.


Oke, nanti bersambung episod seterus nya (harap2 aku rajin ler)

3 ulasan:

Biarlah rahsia berkata...

mencapap tu apa?
k.bi tiap2 tahun mesti kena pegi penang...sampai dah boring jugak lah...sbb duk pusing tempat sama...penang-sungai petani-kedah.

Aikido@MushroomCute@Mariea berkata...

hehhe, baru nak tanya mencapap tu apa... tak habaq pon kat Mush nak mai Penang..huhuhuhu..Mush kan kat pulau ni

KV berkata...

kak bie n mush,
mencapap tu = mencari publisiti. Hahaha


Mush, laaa...duk penang ka? Tak perasan la pulok. Huhu