Selasa, 29 November 2011

JENJALAN @ PENANG

Episod jenjalan ok. Mek satukan dalan satu entry jer. Ku cuba yg seringkas mungkin. Hihi


GURNEY PLAZA / GURNEY DRIVE
Lepas lepak2 tepi pantai tu kami keluar gi gurney plaza. Nak bayar bil berukben. Bil tak sampai. Hubby lak tak perasan emel dia, terus kena potong line. Hahahaha. Jenjalan kat gurney plaza sesambil cari seluar utk mandi. Mek terlupa bawak seluar pendek hubby dan mek sendiri. Adeiii. my bad betui.


Lepas tu keluar lintas jalan ambik angin kat gurney drive pulek. Masa memula kami sampai tu air elok lg. Bila kami kluar tu air dah surut. Macam tak cantik lah pulek pemandangan dia. Tp boleh la layan perasan diiringi hujan gerimis.;P


Lawa gak senario di waktu senja kan.



BUKIT BENDERA
Pagi besoknya gi bukit bendera. Nak merasa naik kereta api kabel. Bila dah beranak pinak ni, kesoronokan anak2 adalah utama.

Dalam keteapi. Hari jumaat pun ramai org seh. Padahal dah awal pagi kami pegi tu. Oh tiket kalo tak silap 18 hengget pakej family. Ibu, ayah dan 2 anak.


Railway. Nampak biasa kan? Padahal curam giler. Keteapi pun di design bentuk senget menjunam.



Sempat bergambar dengan landmark bukit bendera. Kat atas tu ada restoren.


Ni pun kat puncak gak ni. Kuil apa ntah nama nya kat belakang kami tu. Pastu kalu naik atas sikit lg ada masjid lak. Kami duk lepak lepaskan lelah panjat tangga curam sambil layan anak main kat playground. :)


Pastu sewa buggy car. Perjalanan 4km. 2km pegi, 2 km balik. Ok lah kan. Drebar nya mmg mesra pelanggan la sbb dorang ni merangkap pemandu pelancong gak. Dorang cerita sejarah bukit bendera, tunjuk kan rumah2 lama zaman british, tunjukkan mcm2 tempat menarik lah peninggalan sejarah. Ada satu rumah tu, harga dia 10 juta. Laman besar giler atas bukit. Kami mmg kena dongak la nak menengok nya. Hanya ada 21 unit banglo kat atas tu. Semuanya zaman british lg.


Kami kat atas bukit bendera. Drebar buggy tolong snap gambar. ;)


Dah letih jenjalan kat atas nu, kami turun balik. Dina dah merengek ngantuk dah. Penat sgt agaknya minah tu. Selalunya mmg takde tido siang bagi dia.




HARD ROCK HOTEL.


Nak balik ke hotel tu, ajak hubby lajak ke Hard Rock Hotel di Batu Feringgi. Saje jer nak tengok dari dekat. Nak menginap kat sini rasa tak sesuai lak bagi orang darat kampung mcm kami ni. Mesti jakun lebih. Huhu. Kesian kat mek.;(


Sempat la bergambar sedikit sebanyak. hihi






BOTANICAL GARDEN

Petang nya lps layan anak2 mandi pantai dan kolam, kami ke botanical garden. Saja bawak anak2 jenjalan tgk monyet dan pokok yg comel2.


dedulu zaman mek remaja kera2 ni boleh diberi makan. Tapi agak nya bila dah terbiasa ngan manusia dorang jadi 'terlalu peramah' lak. Suka kacau pengunjung dan rebut makanan orang. Pastu dah dilarang beri makan kat kera2 ni. Tengok saja lah.



BATU FERINGGI SIDE WALK BAZAAR

Malam nya gi merendek kat sidewalk bazaar batu feringgi. Dekat ngan shang ri la. Tak habis kami berjalan. Panjang giler. Macam2 beli. Fridge magnet, cincin, jam, buah. Haha. nasib baik tak buat tatoo inai.;P. Nak kena pelangkung ngan hubby.;D

Pastu balik lepak kat hotel. Layan angin pantai malam2 pun best jugak.


PASAR CHOWRASTA

Hari terakhir kat penang mmg wajib ke pasar chowrasta. Walopun hazab nak dptkan parking tp alhamdulillah akhirnya kami dapat parking tepi pasar jer. Syukurrr.

Acara wajib kat sini adalah beli jeruk. Jeruk paling best adalah jeruk salak. Tiap kali ke Penang mesti kedai auntie ni kami pegi. Walopun berderet kedai jeruk lain tp kedai auntie ni jugak jadi pilihan.

Macam2 jeruk yg kami borong. Murah gilerrr. Buah kabung pun hubby beli.;) Syokkkk

Ok lah, abis dah entry jenjalan. Pasni sambung episod hat lain lak.;P

5 ulasan:

Aikido@MushroomCute@Mariea berkata...

Hehehe, tak per tak per...Kalau tahu nak dtg Penang bolehlah cadangkan tmpt2 yang ok untuk dilawati.

gi makan kat food court gurney drive tu tak? Pasemboq situ besttttt..siap ada show mamak berjoget potong rojak pasemboq lagi...

CikLilyPutih berkata...

oklah Penang. not bad. but klu ari2 kene nasi kandaq mau tembam merata tempat kan

KV berkata...

mush,
hehe...nenanti boleh rujuk mush kalo pi penang. Rojak pasemboq tak dan nak try la. lenkali pegi wajib try.

cik lily,
kami kureng gemar nasik kandaq, tapi kalo jarang2 tu boleh la layan.

bat berkata...

aa bestnya dpt borong jeruk tuh..

dok gi makan nasi kandaq beratuq pakah??? n pasembur dia pergghhh

KV berkata...

bat, jeruk tu aku rasa dh banyak benar beli nya, tp bila dah bagi2kan alahai sikit jer tinggal. Sesal tak beli laaagi banyak. Hehe. Pi makan nasi kandaq line clear. Belah pagi takde orang, so tak yah beratur.;)