Isnin, 29 Ogos 2011

ALL ABOUT RAYA

Fuhhh...semangat nak beraya sudah lama meresap ke dalam jiwa. Hik hik

Selamat hari raya uols. Maaf kan mek andai kata terkasar bahasa atau tersilap bicara. Jemput datang beraya ke rumah mek uols.

Semalam adalah ramadhan yg paling hepi. Balik kampung berbuka dengan adik beradik dan anak2 buah. Penuh hall dan gegak gempita. Ada snap gambar tp malas nk aplod. Dan bila reramai cenggitu menu nya mmg best gilak. Kecoh samapi nak pecah rumah. Lps solat maghrib terus berdentam dentum main mercun dan bunga api. Pastu sambung makan jeruk buah rotan. Korang pernah makan tak? Sedap tau. Dan susah nak dpat sekarang. Sayang kakak much2.

Oke checklist raya.
Baju raya _ Semua dah setel. Yg sopan yg kasual yg klasik. Dah siap jahit manik, tempek batu dan iron. 3 jam ambik masa sudahkan iron. Rasa nak mereng. Huhu. Tudung raya dah beli. Tapi ada satu kaler takde dlm stok. Frust gilak.

Kasut raya - dah siap beli dah semua. Mek sorang jer takdak kasut baru. Redho jer lah. Tak sanggup mengharungi jem kota bharu.

Biskut raya - mek buat cornflakes madu jer. Ingat nak try buat benda2 lain tp tak cukup masa dan malas. Hat lain2 beli jer semua. Dah siap masuk balang dah pun.

Langsir raya - Ari tu dah tempah kat nagoya kan. Malam td dah setel gantung semua. Hari ni nak kena basuh langsir2 lama.

Laman rumah - hubby dah setelkan weekend lepas. Dah mesin rumput dah trim bunga dah macam2.

Lampu lip lap _ dah siap pasang dh. Ingat kan yg lama dh rosak. Rupa2 nya wayar kt rumah tu putus. So, dah byk la skt lampu lip lap. Siap buleh pasang kt garaj kete lagi. Hehe

Pelita - Dah 5 hari kut hubby pacak. Lps hembus mmg kena tutup ngan plasti. Petang2 dan malam hujan kan uols.

Duit raya - dah siap tukar dan setel dah masuk dlm sampul. Buat keje ni nga dina dan danish bikin rumah kecoh

Makanan pagi raya - ingat nak buat sate ayam dan roti jala. Bahan perap sate dah ambik kat rumah kakak mlm tadi. Petang ni balik pau kuah sate lak. Haha. Roti jala tu sekali ingat malas buat, sekali ingat nak buat. Tengok kerajinan petang nanti lah. Tapai MIL dah setelkan semalam. Ketupat palas mebi pagi ni kut MIL buat. Tp kesian lak dia demam. Mek mmg tak pandai buat ketupat uols.

Apa lagi eh? Itu jer lah kut yg teringat nak taip.

Dan jemputan kenduri mmg byk musim raya ni. Hari khamis tu bertindan tindan. Insyaallah kalo takdak aral akan dipenuhi. Moga2 tidak la hazab sgt mengharungi jem nanti.

Selamat bercuti uols. Hati2 di jalan raya dan di mana saja anda beraya.

Rabu, 24 Ogos 2011

WORDLESS WEDNESDAY (2)







p/s: cincin raya

WORDLESS WEDNESDAY (1)



p/s: tudung raya

Selasa, 23 Ogos 2011

KOLEKSI NOVEL

Akhir nyaaaaa...novel2 mek yg terperap bawah katil dah ada 'bilik' sendiri.

Mek beli rak murah jer dekat tesco. Tambah2 lagi ada sales. Laaagi la murah kan. Berbaloi.



See, comelkan bersusun jer novel2 ku. Owh, sungguh indah perasaan menyaksikan buku2 kegemaran bersusun di situ.



Novel karya ma lee chuswan.
1. Gelora - beli kat kedai buku popular ipoh
2. Selamat tinggal sayang - order online ngan creative ent.
3. Tirai impian - sampai lenguh betis mencangkung tengok novel2 lama kat pustaka seri intan, kok lanas. Naseb baik tak terlompat dlm kedai tu. Hepi banget jumpa buku ma lee chuswan. Dah kuning2 dah kertas nya. Masa nak bayar pun budak kaunter tu tatau nak scan kat mana. Musim dulu mana ada bar kod bagai tu nyah.


Owh jumpa gak janji assila by liana afiera malek (al fatihah utk arwah).


Nanti mek snap koleksi2 yg lain okeh.

Isnin, 22 Ogos 2011

LUNCAI

Luncai tu apa yer?

Walopun aku selalu dengar peribahasa, 'biarlah luncai terjun bersama labu2 nya' (maaf kalo tak tepat, tapi aku lupa yang sebetulnya).

Hmm...korang berblog untuk apa?

Kalu aku, blog adalah catatan peribadi. Macam diari. So, apa yg aku buat, aku beli, aku rasa, aku fikir, ada aku catat dalam blog. Sebagai kenangan. Tapi blog bukan diari. Diari lebih peribadi. Hanya kita yg baca apa yg kita tulis kat diari. Tapi blog ni orang lain boleh baca. Dari ceruk mana dunia pun orang boleh baca asalkan kita tak 'kunci' nya.

Kadang2 aku terlupa tentang itu. Seolah olah blog tu aku sorang yang baca. Maklumlah, pengkomen pun takde. Lagi la buat aku terlupa. Makanya kadang2, aku menulis entry syok sendiri. Bukan sekadar luahan perasaan tp ianya juga kenangan peribadi. Kan kat blog boleh taruk mcm2 terutama nya gambar. Dalam diari takde gambar.

So, sempena bulan ramadan al mubarak ni, aku nak mensuci kan hati. Takmo sentap2 dan takmo pikir yang negatif. Makanya dengan rasa rendah hati aku nak mohon maaf andai kata ada entry dlm blog aku ni mengguris perasaan sapa2. Mungkin aku tersalah buat orang menyampah. Mungkin aku ter show off benda yang tak sepatutnya. Banyak kemungkinan. Jadi aku mohon maaf dengan ikhlas.

Maaf kan aku yer.

JUADAH BERBUKA

Entah lah. Ramadan kali ni mmg takdak mood langsung nak snap gambar makanan or iftar. Tak tau ke mana pak mood menghilang. Malas mek nak cari.

Bukan langsung tak masak. Tapi kadang2 my hubby ni sayang bini dia lebih sikit (sila muntah) so dia cakap, beli kt param jer lah. Lagi pun depan rumah mek, makcik hubby meniaga juadah berbuka. Dan makcik hubby tu terer masak tersohor seantero dunia (huhu). So beli ngan dia jer lah. Tp kdg2 mek masak gak. Terasa gak la teringin nak makan makanan yg arwah mak masak time bulan puasa. Rindu mak. Al fatihah.


Kalo bulan puasa kan, mesti kuih akok jadi rebutan. Mek kurang gemar sangat kuih muih ni. Manis. Oh ni akok yg my fren bagi. Nak dapat kan akok ni kena tempah 4-5 hari baru boleh dapat. Tudiah, kelas kan.



Ni lah benda yang tak boleh takde time bulan puasa. Popia daging. Semua mek sumbat dalam tu. Daging, telur, tauhu, tauge, cendawan butang, crab stick. Hahaha. Buat banyak2 dan simpan dlm esbok. Pukul 7 boleh start goreng. Tak makan nasik pun takpe. Lagi satu mek suka time berbuka sotong goreng celup tepung. Pakai tepung serbaguna adabi jer. Sedappp. Sahur pun makan tu jugak. Walopun byk kolestrol. Lantakkkk


Ni lak menu kesukaan hubby. Ikan panggang cicah air asam. Kecik cinonet jer ikan tu kan? Hubby sorang jer makan. Tak elok membazir. Hehe


Korang masak apa ari ni? Mek takdak idea la

Ahad, 21 Ogos 2011

ALMARI RAYA

Apa2 benda yg di beli seblom raya adalah di anggap brg2 raya yer. Harap maklomat. Hik hik



Almari pinggan uols.



Akhir nya pinggan2 korel mek ada bilik masing2. Kalu dak, hauz tak boleh bernyawa duk dalam kotak bawah katil.


Bersemadi lah korang dengan aman di situ yek.


Ok ni lak lemari display aka lemari hiasan. Kononnya nak taruk brg2 tembaga or what so ever. Tp non ado brg2 aku rupa nya. Ke mana kah menghilang brg2 mertua ku. Ku cari2 tapi tak kejumpaan neh. Kuciwa. Pastu ada sepasang kaki lilin tembaga pusaka arwah mak tp pakat malas nak mem'brasso'. cemana tu?

Hat ni gambar versi gelap malap yer.


Ni mek snap waktu malam. Takde cahaya kat belakang. Comei dak? Cakap lah comel. Letih mek jelajah kedai perabut hat ada kat sini tau.


Owh akhirnya mek ada lemari kasut. Hoyeh. Dah lama nak beli tapi tak jumpa. Jumpa gak kat brandiss. Murah lak tu.


Kasut baru separuh bersusun. Puasa2 ni letih lah nak kobek bawah katil. Huhu


Owh pegi brandiss mmg tak sah kalo tak berpinau bijik mata. Semua rasa nakkkk jer. Pitis jer takdok. Hua hua hua. Mek beli wrought iron trolley. Raya2 ni senang nak letak gelas dan air.


Ok setel entry lemari raya.

Veru der entry makcik2 okeh. Lantak.

Selasa, 16 Ogos 2011

KASUT RAYA

Sabtu lepas, dalam malas2 pun, gagahkan diri pegi al ikhsan. Motif? Nak cari kasut raya anak2. Kota bharu jem gilak la wei. Korang pegi la taim mana pun mmg hazab betul jem nya. Tu blom org balik beraya lagi. Hauzzz



So, ini kasut raya abang danish




Ini lak kasut raya Dina Sarah. Sengaja mek guna kuasa veto pilih yg ni sebab kalo pakai dress pun seswai kan? Padahal Dina nk yg lebih sporty. Lantak. Huhu


Sandal abah. My hubby mmg jenis simple. So gini jer lah gaya nya.


Me? Huwaaaa..takdak kasut raya la uols. Pakai yg mana ada jer lah.


Oh, dapat gak free gift satu tote bag kaler merah dan satu lagi beg kasut.

Selasa, 9 Ogos 2011

TAMBUN SUNWAY CITY IPOH.

Kami pegi mid of July tu ari. Saja bawak anak jenjalan before puasa. Bermalam kat seri malaysia Ipoh. Besoknya pegi batu gajah menziarah tok sedara hubby. Pastu shoot gi Tambun. Lepas letih kat tambun naik kl. Begitu lah alkisahnya.
















Isnin, 8 Ogos 2011

SIMPLE CELEBRATION

Semalam kan birthday hubby. Otak ku dah tepu tatau nak beli apa. So, lepas bawak Dina pi klinik tu, aku mintak hubby singgah kedai kek. Nak beli kek. Aku cakap terus terang ngan dia. Takde maknanya nak seprais dah. Air dah masuk hidung. Hik hik


So, aku suh dia pilih sendiri kek apa yg dia suka. Ikut kan aku mau tiramisu jek. Tp dia pilih blueberry cake. Gasak lah. Janji dia suka. Dan ambik saiz hat paling kecik. 1/2 kilo jer, sbb tau tak habis nya makan 4 beranak.



Happy birthday husband!




Aanak2 yg over excited.



Dina siap take over cutting kek. Macam besday dia pulak.



Itu jer lah. Hadiah lain nanti lah nak pikir. ;P

Ahad, 7 Ogos 2011

7877

Today it's birthday my hubby. Hmmm.....boleh aku lupa. Sengal betul

Mati2 aku ingat besok birthday dia. Tetiba buka facebook pagi ni baru aku sedar yg hari bithday dia. Dah tua u bi. 34 oredi. Hak hak

Hmm..memula tu aku nk order capkek. Bulan puasa uols. Malas nak pikir makanan apa. Aku kalo bulan puasa banyak berhibenasi. Masa order capkek tu aku mention nak 8hb. That's mean besok lah kan? Tapi budak yg buak capkek tu tak sempat nak siapkan order aku. Banyak komitment katanya. So, aku pun kensel order. Ingat nak beli yg dah siap kat mana2 kedai kek.

Kononnya nak beli coklat dan sweet kad birthday nak letak atas meja keje dia. Nak seprais konon. Tapi nampaknya aku yang terseprais lebuh dulu. Huk huk

Pelik ni cemana boleh tertukar tarikh. Dah set giler babas dlm otak aku 8hn hari isnin. Huwaaaaa.... agak nya birthday dia 7hb bulan 8 kut. Sebab tu aku duk ingat angka 8 jek. Sadis!

Hmm tatau dah nak bagi present apa. Nak ajak buka puasa kat mana2 mcm takdak idea lak. Lagi pun dengan askar 2 org tu mmg mengundang stress lah kalo berbuka kat luar.

Otak aku tepu la. tatau nak pikir apa.

Anyway, happy birthday to mu hensem husband. Moga beroleh kebahagiaan yang abadi. Amin. Love u babeh.

Rabu, 3 Ogos 2011

KEDAI COKLAT CAMERON HIGHLANDS

Mid of July lepas, kami ke Ipoh. Lalu Simpang Pulai dari Lojing. Makanya, ambik kesempatan betulkan urat saraf kat satu kedai ni. Tak sangka plak kat Cameron ada kedai coklat cenggini. Macam2 ada kt dalam tu. Macam one stop centre gituh.



Avant Chocolate nama diberi.



Kat depam kedai ada jual buah sayur dan bunga segar


Kat dalam tentu nya coklat mcm2 jenis lah kan. Ada perisa rock melon, durian, manggo, strawberi dan mcm2.


Coffee bean dark chocolate. Ada tiramisu jugek.


Kordial mcm2 perisa.


Mek dan coklat stroberi. Bukan stroberi celup coklat hokeh.;P


Beli ni utk dina sarah. Bear pink n coklat. Nampak tak air liur basi? Haha. Dari gua musang dia tido. Sampai cameron baru bangun.


Kerepek cendawan


Banyak2 benda, tools set ni yg danish mintak.


Kopi stroberi. Agak sedap jugak rasa nya walopun sedikit pelik. Hehe


Cuka stroberi
Jem.


Ni buah apa wei? Maaf la mek darat sikit. Huhu


Buah cinta. Cemana rasa nay wei. Agak glemer kat Cameron tp tak pernah try.


Halia kering.


Strawberry Strudel. Nampak sedap kan? Boleh order makanan gak kt sini. Kebanyakannya berasakan strawberi. Layannn


Dan men dan stoberi. Pura2 jakun walopun haku tak hingin. Hik hik


Mesti panjat menda alah ni. Wajib


Bunga2 kalerful



Ehemm



Daisy

Grape





Dina sarah