Ahad, 10 Julai 2011

DAN MEK PUN KEMBALI GASTRIK

Dah 4 hari (hari ni hari ke5) hidup mek huru hara akibat gastrik.

Bukan tak biasa kena serangan gastrik, tp kali ni lain macam sikit. Biasa nya kalo kena, mesti senak ulu hati. Mmg sakit giler. Mek tak amal kan makan ubat pun. Biasa nya baring kasi belakang rehat. Atau pun mintak hubby picit belakang. Minum susu panas. Separuh hari dah 'setel'

Tapi kali ni bukan sakit perut. Mula nya sakit kepala. Ingat duk mengadap pc dan novel tak henti2. Pastu rasa loya nak muntah. Mek bertahan jer wat tatau. Tapi malam nya langsung tak boleh tido. Rasa rimas, rasa mcam lelah. Dan xtvt seterusnya adalah masuk toliet. Muntah dan muntah sampai lembik. Besok nya bersambung mcm tu jgk. Gagah kan diri masuk ofis tp mmg surrender ah.

Hubby bawak gi klinik. Doktor injek sedas. Darah ok. Kenaling weh. Ingat mek darah tinggi. Tapi bacaan just 111/65. Bacaan bawah agak rendah sikit sbb kebiasaan mek punya bacaan 70. Tapi doktor cakap ok. Maka nya ok lah kut. So doktor saspek gastrik lah. Injet sedas bagi tahan muntah. Balik rumah makan kuetiau sup dan tido. Tido mati hokeh. Langsung tak sedar. Anak balik skolah ka, dina tgk kartun ka, hubby ngan anak2 lunch ka. Mmg langsung tak sedar. Sedar2 dah jam 5 ptg. Hulaweiii lama betul mek tido.

Sedar2 tu perut lapar giler. Sambung makam lg kuetiau sup tadi. Mek mkn skt2 sbb bimbang muntah balik.

Now dah ok, cuma mmg sepanjang hari rasa pening dan loya. Cuma boleh bertahan la. So, mek ambik ubat gastrik secara berkala. Macam hubby buat dulu. Harap2 nya cepat2 lah ok.

Tak tahan weh, mcm mabuk mengandung rasa nya. Seluruh alam berpusing.

3 ulasan:

zura berkata...

oloss,kesiannya. saya pun selalu kena mcm tu, tp saya makan gaviscon yg slm sachets tu.lepas makan tu lega la sikit angin tu

KV berkata...

zura,
gaviscon dah tak 'jelira' dgn ai. Huhu

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

huhuhu..salah mkn ke lewat mkn ni...get well soon kv