Isnin, 11 Julai 2011

PERARAKAN PIALA LIGA SUPER

Tahniah bbuat pasukan bola kesayangan mek, The Red Warriors kerana telah berjaya menjuarai Liga Super bagi musim 2011. Dapat 500k tuuuu!! Alhamdulillah. Syukur.



Hari Jumaat tu, penyampaian piala dan replika cek berlangsung kat Wisma FAM. Dalam fb duk sibuk dah war2kan sambutan malam nya kat airport kb. Ada perarakan kereta berhias dari airport terus ke stadium. Dan dekat stadium pun mcm2 xtvt ada sementara menunggu ketibaan the warriors.

Malam tu mek malas keluar ekceli, so hubby decided keluar sorang. Tp anak bujang nya excited nk ikut bila tau ada perarakan. So, mek pun kena kerah ikut sekali. Alahai. Masa tu dh jam 10.30 malam. Tengah bersiap tukar baju bagai, dina lak sedar dari tido. Terus hangkut dina sekali. Memula gi pengkalan chepa (airport dulu). Sepanjang ke airport tu dah lihat org ramai duk bersidai tepi jalan menunggu perarakan lalu.

Kami sampai dekat airpot dh nampak kereta berhias dari jauh. So berhenti kat tepi2 tu jer lah tengok perarakan. Ada kereta berhias. Ada lori dikir barat. Ada kelab viva. Kelab mcm2 la ikut konvoi. Mat motor mat rempit pun ramai. Dorang yg menguasai jalan. Haha




Kereta berhias yg di naiki players


Rombongan perarakan




Lepas kat airport tu, kami tak join masuk perarakan pun. Masak lah harungi jem. So, ambik jalan pintas gi stadium lak. Bawak anak jenjalan sesambil tunggu kereta berhias sampai. Lepas tengok sekali lg kereta berhias, kami pun balik. Kalo ikutkan Dina takmo balik. Nak naik merry go round la hapa. Tapi malas nak layan. Dah 12.30 malam. So, balik tidooo.

2 ulasan:

FAM berkata...

akak, sy selisih dgn diorg kt lcct ari jumaat tu. tp xtau sapa, bley. tgk kt baju red warriors baru hubby ckp tu team kelate. sengal betul! hahaha

KV berkata...

fatin,
ahahaha...ni mmg 'derhaka' dah ni. Wei dah selamat balik ka? Banyak sopim? Jelez weh!